CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Padha

Guwa punya kisah hantu yang light light

  [Copy link]
Post time 11-7-2014 07:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 12:29 PM
Aku ada 6 adik-beradik, yang sulung dah meninggal. Tinggallah abang aku, kakak aku, aku, adik lelaki ...

Bhaya btol...bedebar debar aku baca citer ni.. Huhuhu. Kalau la time ngigau tu x sempat nk d slamatkn, mcm mana la agak nya kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 08:02 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:16 AM | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 10:36 AM
Gapo panggil nama guwa? Janganlah marah guwa kalau post guwa tak best, guwa ni beginner. heh

bukan tak best.. cuma nak nasihat kan. tukar jelah pada ganti nama aku.. sebab banyak kali tengok ko tersasul... so itu melambangkan ko bukanlah pengguna tegar ganti nama guwa tu..

ganti aku je eak...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 10:27 AM | Show all posts
TT ku sayang...xde smbungan lagi ke??Tak sabau nak baca ni...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:02 AM | Show all posts
huuuu best!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 11:29 AM | Show all posts
...bestnyeeee..ape jadi kt adik tt skang?..dia takde cite ke ape die nampak dlm mimpi or igauan die tu?sila sambung lagi..banyak2 ckit..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 12:12 PM | Show all posts
Padha posted on 10-7-2014 12:29 PM
Aku ada 6 adik-beradik, yang sulung dah meninggal. Tinggallah abang aku, kakak aku, aku, adik lelaki ...

fuh...mengigau pelik ni..

err...entah2 kat rumpun buluh  tu ada perkampungan orang bunian tak??
Last edited by Ipo on 11-7-2014 12:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:43 PM | Show all posts
-Nasib baiknya ialah angah aku ni belajar silat jadi reti la dia nak tepis tepis hunusan membabi buta tu-

tergelak aku bace line kat atas ni...sbb membayangkan keadaan mase tu....

ancak tu ape???

satu lagi soalan, sebelum TT n family pindah rumah kat Melaka tu, sape yg duduk rumah tu? sbb TT kate rumah jiran yg kosong almost 10 yrs.... kire rumah kampong biase la yg panjang tu....mase mule2 TT cerita, aku bygkan rumah tu terlalu sempit sebab die kate satu bilik...mcm tido pon berhimpit2...huhuhu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2014 09:20 AM | Show all posts
Konpius skit dgn cita ko ni bro..sebnrnya mak kau ni kerja ke x..sebb mula2 cerita mak ko kene belasah sebb nak Carik kerja tp bapak ko tak Kasi..tapi bila Ada Suara panggil ko kat dapur yg ko igt mak ko tu ko ckp ko dok sorg mak kau kerja..tu je yg aku konpius..Huhu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 10:51 AM | Show all posts
dita85 posted on 11-7-2014 11:29 AM
...bestnyeeee..ape jadi kt adik tt skang?..dia takde cite ke ape die nampak dlm mimpi or igaua ...

Dia dah besar sekarang, dah 19 tahun. Bila aku tanya, dia kata tak ingat apa-apa pun tapi selalu juga aku cerita pasal kes dia mengigau tu. Kau tahu dia jawab apa?
"Rupanya aku punya hot ni bukan takat kalangan gadis dan makcik-makcik je, jin pun nak"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 11:14 AM | Show all posts
siape_aku posted on 11-7-2014 03:43 PM
-Nasib baiknya ialah angah aku ni belajar silat jadi reti la dia nak tepis tepis hunusan membabi but ...

Dulu rumah tu moyang aku yang duduk, lepas dia meninggal memang dah takde yang duduk. Memang lama rumah tu kosong. Masa kitorang datang pun memang lama tinggal dah rumah tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 11:29 AM | Show all posts
Salam lu orang. Selamat berpuasa. Jangan lupa doakan orang Gaza yang tengah berperang sana. Israel ni macam takde kerja, dok menyusahkan Palestin je padahal tak sedar menumpang. US pulak sokong belakang, dua-dua sengal. Aku liked page Israel defence force, gambar semua penuh penipuan.

Okay, aku lupa nak bagitahu yang benda aku cerita ni timeline dia 14 tahun selama aku kat situ. Masa aku umur 8tahun, mak aku dah start kerja kilang dekat Ayer Keroh. Ayah pulak kerja lori. Jadi cerita ni tak ikut timeline ye, aku jalan mana yang aku ingat.

<sambung>

Walaupun dua rumah sebelah aku takde penghuni, tapi sebab aku suka bersosial, aku cubalah nak berkawan dengan budak yang duduk belah belakang sana. Tapi sebenarnya dorang taknak kawan aku dengan kakak aku. Aku pun tak tahu kenapa. Last-last aku main je masak-masak dengan kakak aku. Siap bagi surat tulis jangan datang walhal lalu pun depan rumah dorang. Aku kecik kecik memang dah rebel, aku peduli apa dengan dorang punya surat. Haha. Aku lalu juga dan buat muka tak malu. So ada juga dorang ajak main, main kat jalan paya. Jalan paya tu jalan tanah merah keliling semak dan hutan dan jalan tu kira macam shortcut la, dekat sikit kalau takat nak pergi mengumpat kat rumah jiran sebelah hulu sana daripada guna jalanraya.

Ada sekali masa tu dok main main kat jalan paya tu, masa tengah enak lari lari lagi aku dah perasan macam ada kerusi tutup kain putih, meja putih tapi ada makanan kat dalam kawasan paya tepi hutan tu. Aku ulang dalam kawasan paya tepi hutan tu. Jadah siapa nak setting up meja untuk tea time dalam kawasan paya dalam hutan kan? Mulalah hati aku berdetik tanda terkejut. Aku apa lagi dalam dalam buat cool tu aku ajak la kawan kawan balik rumah. Oh ya, time tu time senja. Tapi deme ni semua sombong, taknak balik. Last-last aku ajak je kakak aku balik. Nasib baik dengar cakap kakak aku ni, kalau tak ringan je aku nak starlait dahi dia.

Malam tu, riuh satu kampong yang bebudak tu semua hysteria, demam. Dengar citer macam ada benda memanggil-manggil dan mengajak mereka join tea time katanya. Bertempiaran lari masing masing. Tula, takmo dengar cakap so called “kawan”  yang satu ni. Tapi aku tertanya tanya sebenarnya benda apa yang buat majlis tea time tu? Tapi aku sampai sekarang ingat kejadian ni.  

Kat kawasan paya yang aku cerita ni ada satu pokok yang tinggi tapi takdela rendang sangat. Orang-orang kampung sini kalau malam takde yang berani lalu belakang tu. Tapi alkisahnya, ada satu pakcik ni, nama dia Pakcik Majid ke Malik entah, tak ingat aku nama dia tapi dah arwah dah (Al-fatihah). Lepas je isyak kat surau, pakcik ni balik la rumah dia tapi dia lalu jalan paya belakang ni. Lalu je dia kat situ dia nampak cik pon tengah bertenggek kat pokok tu. Dahlah kain cik pon tu macam berkibar-kibar. Demam terus pakcik ni seminggu. Tapi seriusly kalau lalu jalan paya tepi pokok tu, secara auto bulu akan meremang ditambah dengan creepy feelings.
Last edited by Padha on 12-7-2014 11:56 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2014 11:45 AM | Show all posts
Malam tu hening sangat. Macam biasa semua orang tidur berdengkur tak ingat dunia, tak kurang juga aku tapi aku entah kenapa pukul 3 pagi tu aku terjaga tiba-tiba. Terdengar aku beberapa das tembakan angin ayah lepaskan tepat kena bucu katil, dan abangteh macam biasa tengah bercakap sorang-sorang dalam mimpi sambil tersenyum. Aku berfikir apa menda la budak ni tengah mimpikan. Tengah sibuk perati adik aku yang tak sudah-sudah senyum tu, aku terdengar bunyi bising. Bunyi pompuan tengah membebel sorang-sorang dalam bahasa Jawa ke entah apa entah. Aku amati betul betul, memang bukan bahasa melayu. Bahasa Urdu agaknya. Yang pasti aku memang tak paham. Dengar macam dia membebel kat depan rumah aku gitu.

Kalau lu orang nak tahu antara rumah aku dengan rumah sebelah yang takde penghuni, kat situ ayah aku set up ampaian buat sidai baju. Mak aku punya perangai malas beliau, bila dah sidai baju beliau suka tinggal beldi kat luar berdekatan ampaian. Jenuh aku pesan mak aku jangan biarkan beldi kat situ, bukan je memanggil nyamuk malah menyesakkan mata aku yang tak suka benda bersepah sepah ni.Haha. Mak bila aku pesan macam tu, beliau senyum kat aku lepas tu tampar mulut aku sambil cakap “jangan ajar mak apa yang mak kena buat”. Ok fine mak, aku amik apa mak cakap secara serius.

Jadi, suara pompuan membebel yang aku dengar kat belah depan tiba-tiba aku dengar dah bergerak pergi kat belah ampaian pulak. Macam minah tu tengah membebel sambil jalan keliling rumah aku. Sambil membebel tu aku dengar bunyi beldi terjatuh. Haa, kan aku dah pesan kat mak guwa. Ni satu lagi sebab napa jangan letak beldi kat luar. Mak aku ni degil, agaknya perangai degil mak menurun la kot ke aku. Bunyi tu macam bunyi beldi yang tersepak tau, lepas tu aku dengar minah kat luar tengah membebel marah siapa yang letak beldi kat luar sampai dia terlanggar (dia membebel dalam bahasa aku tak faham, aku agak je dia cakap camtu. Haha). Aku dalam hati “mak aku, mak aku yang salu tinggalkan beldi ni”.

Dah habis dia membebel, aku dengar dia menangis rintih rintih pulak. Mendayu-dayu. Aku time tu rasa nak terkencing dengar. Peluh jantan aku tak habis habis keluar. Sebab kalau nak kira ampai dengan bilik aku mana jauh, dalam sekangkang kaki aku je. Dah merintih tu tiba tiba dia diam lama juga dalam 3 minit gitu pastu gelak pulak. Mula slow macam psychotic pastu makin kuat macam mengilai.  Minah tu memang mengilai beb. Gila tak scary, aku tak boleh buat menda pun. aku punya denyutan jantung bergerak ibarat kereta f1, sikit lagi nak meletup. Aku tak tahulah part dia diam 3 minit tu dia mengintai bilik aku tidur ke apa. Bilik tu dah la banyak lubang-lubang boleh intai. Dahla belah atas tingkap pun macam senang je nak jengah.

Macam mana aku terkesima jumpa mamat hensem, macam tu jugak aku terkesima dengar hilaian minah yang guwa yakin adalah pontianak amatur. Macam ni rupanya bunyi pontinak mengilai, memang sama macam bunyi hilaian yang kita dengar kat cd hantu cuma lagi berdengung dan kuat. Aku tak tahu, orang kata kalau dengan hilaian kuat maksudnya jauh. Tapi aku siap dengar bunyi benda berkibas keliling rumah. Memang aku yakin makhluk tu mengilai sambil buat rondaan kat guwa punya rumah. Time tu aku rasa macam hilang nyawa. Aku berdoa harap Pontianak tu tak buat gila jenguk kat tingkap aku. Alhamdullilah, nasib baik tak masuk. Kalau masuk aku tak tahu nak jemput cemana, nak hidang air apa. Tapi time tu pun memang aku tutup mata rapat-rapat. Semua time tu tidur dalam bilik dan aku belah tepi sekali.

Esok aku story apa yang aku dengar kat mak. Macam biasa mak aku cakap aku berhalusinasi. Tapi rupanya mak aku pernah juga dengar pontinak mengilai dekat rumah tu tapi itu hari yang lain. Saja je kot mak taknak aku fikirkan sangat. Adakah Pontianak yang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergh! Paling seram kalau dia tetiba gelak
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
ko org pahang ek? hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 11:20 AM | Show all posts
siape_aku posted on 11-7-2014 03:43 PM
-Nasib baiknya ialah angah aku ni belajar silat jadi reti la dia nak tepis tepis hunusan membabi but ...

ancak tu cam bekas makan jin
selalu org pakai buloh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2014 06:10 PM | Show all posts
bosan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Padha posted on 12-7-2014 11:45 AM
Malam tu hening sangat. Macam biasa semua orang tidur berdengkur tak ingat dunia, tak kurang juga ak ...

Klu kak ponti masuk sedekah ayat qursi je la...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:43 AM | Show all posts
perghhh xleh d bayangkan owww perasaan tu...giler seram...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2014 10:50 AM | Show all posts
siape_aku posted on 11-7-2014 03:43 PM
-Nasib baiknya ialah angah aku ni belajar silat jadi reti la dia nak tepis tepis hunusan membabi but ...

ha ah, aku pun.
caman boleh ada satu bilik je?
korang tido, himpit2, ramai2 ke, tido kat ruang tengah gitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:13 PM GMT+8 , Processed in 0.103085 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list