CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2518|Reply: 13

[Tempatan] 45 kawasan Selangor, KL alami gangguan air

[Copy link]
Post time 11-7-2014 03:21 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Hanya 45 daripada 512 kawasan di wilayah Selangor dan Kuala Lumpur masih mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dan tekanan air rendah sejak Isnin lepas berikutan kekurangan pengeluaran air terawat di dua buah Loji Rawatan Air (LRA).

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini berkata antara kawasan tersebut ialah Taman Melati, Ampang Jaya, Desa Pandan, Jalan U-Thant dan Setapak Jaya.

"Masalah ini disebabkan pengurangan pengeluaran air terawat sebanyak 137 juta sehari (JLH) dari LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) dan LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP3) oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).


Gambar hiasan



"Pengurangan pengeluaran air daripada LRA Sungai Selangor Fasa 2 (SSP2) yang diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd itu juga berlaku disebabkan penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor," katanya.

Syarikat itu berkata bagi membantu mengurangkan kesulitan pengguna di kawasan tersebut, pihaknya meletakkan lori-lori tangki dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan.

"Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dialisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri," menurut kenyataan itu.

Menurut Syabas pihaknya akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 03:27 PM | Show all posts
Bertabahlah rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:31 PM | Show all posts
it;s ok negeri ditadbir dgn sangat baik sampai budget surplus berkepuk2

mb org korporat kekdahnye tapi tak reti2 nak leverage
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:34 PM | Show all posts
hari rabu dan khamis (9 & 10.7.14) air takda kat kawasan Bandar Sri Permaisuri..sahur dan buka rasa macam hazab sangat jah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 03:45 PM | Show all posts
aku da mula simpan air...
coz aku ada kawasan perumahan yg dekat kawasan aku da x de air..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:13 PM | Show all posts
mlm td tetiba xde air kt tmn pinggiran putra seri kembangan
seb baik sempat mandi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2014 04:14 PM | Show all posts
MANA JANJI JANJI MUNAFIK KHALID YANG AIR AKAN CUKUP SAMPAI 2019!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:14 PM | Show all posts
KHALID BERJANJI UMPAMA MUNAFIK
MEMANG DIA ORANG FASIK
CAKAP AIR CUKUP SAMPAI LIMA TAHUN
BARU 2014 DAH KENA CATU!!!!!

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2014 04:46 PM | Show all posts
ini adalah usaha sekali lagi utk jatuhkan Khalid Gagap



Mari kita semua sama-sama menyokong Abe Khalid ni dari dijatuhkan oleh anasir-anasir A&A

Last edited by tupaiterbang on 11-7-2014 04:50 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2014 04:49 PM | Show all posts
tak abis abis nak sabotaj kerajaan negeri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:38 PM | Show all posts
Knights: KHALID BERJANJI UMPAMA MUNAFIKMEMANG DIA ORANG FASIKCAKAP AIR CUKUP SAMPAI LIMA TAHUNBARU 2014 DAH KENA CATU!!!!!


Ko ni komen macam otak kat lutut kenapa

Bukan kuasa manusia nak turunkan air dari langit

Kan sekarang El Nino kat Malaysia

Bukan takat Selangor je xder air

Bertabahlah...rumah aku pun xder lain tapi ni bukan salah gomen

BTW, kat Pahang sana pun salu xde air...baru jer masuk news Kuala Lipis xder air...tu kat Selangor ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2014 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
jijigren posted on 12-7-2014 10:38 PM
Ko ni komen macam otak kat lutut kenapa

Bukan kuasa manusia nak turunkan air dari langit

Kat jengka tu tiap kali raya pon takde air.. Huhu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:10 AM | Show all posts
macam mana khalid nak selesaikan kemelut air di Selangor sedangkan kemelut kerusinya pun belum tentu selamat..baik dia selamatkan kerusinya dari selamatkan rakyat..rakyat tak mandi susah nak berwuduk, nak mandi junub...tu masalah mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2014 02:13 AM | Show all posts
Rasain loe....dengan rumah aku pun tadak air dah nim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 02:42 AM GMT+8 , Processed in 0.079244 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list