View: 11508|Reply: 198
|
[Tempatan]
KJ desak kenakan bayaran masuk untuk warga Singapura
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengenakan bayaran kepada kenderaan dari Singapura yang masuk ke Malaysia.
Menurutnya, perkara ini harus dilakukan memandangkan Singapura sendiri telah menaikkan kadar bayaran masuk ke negara mereka.
“Sebelum ini Singapura telah mengenakan bayaran sebanyak SD$20 dan kini mereka telah menaikkannya kepada SD$35.
“Kita tidak perlu meminta pendapat daripada Singapura dalam hal mengenakan bayaran masuk kerana mereka sendiri tidak pernah meminta pendapat dari kita berkenaan kenaikkan bayaran masuk ke negara mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco Pemuda Umno Malaysia di Menara Datuk Onn.
Jelas Ahli Parlimen Rembau itu lagi, layanan yang diberikan oleh Singapura kepada negara kita tidak seimbang.
” Selama ini mereka masuk ke negara kita tanpa dikenakan apa-apa bayaran bahkan mereka juga tidak pernah membayar saman yang dikenakan terhadap mereka.
“Mereka turut menggunakan Lebuhraya Persekutuan dan lebuhraya-lebuhraya lain di negara kita. Siapa yang nak menyelenggarakan jalan yang mereka guna.
“Tetapi, kita pula tidak dibenarkan masuk ke negara Singapura jika tidak menjelaskan saman yang dikenakan di negara mereka,” ujarnya.
Jelas Khairy lagi, tidak timbul soal kemerosotan pelancong dari Singapura ke Malaysia kerana sudah pasti rakyat Singapura akan masuk ke negara kita.
“Mana lagi rakyat Singapura nak pergi. Mereka pasti akan masuk negara kita. Di sinilah tempat mereka membeli-belah, melancong, dan membeli durian.
“Saya juga akan bangkitkan perkara ini di dalam kabinet kerana sudah tiba masanya kita bertindak. Jika tidak kita akan terus mengalami kerugian,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Khairy turut menyatakan bahawa Pemuda Umno Malaysia akan turut serta dalam misi kemanusian ke Gaza.
“Kita akan sediakan bantuan kemanusiaan yang terdiri daripada bantuan perubatan.
“Bahkan kita juga akan mengajak sukarelawan Aman Malaysia dan juga pemimpin-pemimpin mahasiswa,” ujarnya.
Khairy turut menjelaskan bahawa Malaysia sangat komited dalam isu-isu kemanusiaan yang menimpa rakyat Palestin.
“Kita terlibat dalam misi kemanusian ini sudah lama, bahkan kita juga telah menghantar pelbagai bantuan ke Gaza seperti bantuan perubatan, makanan, dan juga bantuan kewangan.
xpyh bg singaporean masuk terus pun ok |
|
|
|
|
|
|
|
KJ seorg menteri yg pro-aktif dlm ramai2 menteri kabinet malaysia.......kalu dia jd menteri pertahanan ok gak cepat rasa nyer kes sabah tu settle......harapkan isapmuddin slow giler....runding runding runding..... |
|
|
|
|
|
|
|
kurang2 caj rm100..kalo harap menteri lain mau rm25 jer dicaj |
|
|
|
|
|
|
|
kita kena naiktaraf sistem kita dulu....kalau tak...tak guna juga... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dan buat satu sistem supaya mereka kena bayar semua saman sebelum masuk malaysia lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah KJ. Walaupun bukan portfolio dia, tapi dia tetap berani bersuara. Menteri2 macam ni la yang kita nak.
Bukan macam menteri2 kayu yg ramai dalam sekarang kabinet ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku sokong 1oo peratus kasi ajar same itu sgapork. Buat menyemak kat shoping complek je. Turun jb sbb nak beli ration murah dah cos sara hidup kat sgapork kalah new york. Elok letak cukai masuk yg tinggi utk gantikan subsidi barangan yg dibeli |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju. Cuma agk kecewa knp kerajaan mlaysia ni pasif dan lembab sgt bertindak, |
|
|
|
|
|
|
|
Setuju... Mohon dipercepatkan... Duit tu nanti boleh disalurkan utk kerja penyelenggaraan jalan dan pembersihan sampah yg dibuang oleh warga singapork yg tak bertamadun |
|
|
|
|
|
|
|
amat2 bersetuju
kadar purata per kepala perlu
diletakkan sekurang2 nya RM150.00
seorang
kadar yang amat rendah
berbanding macam2 kelebihan yang
orang singapura dapat buat di sini
termasuk membeli petrol murah bersubsidi, memandu
laju melebihi had di lebuhraya
dan membuang sampah merata2 |
|
|
|
|
|
|
|
...aku igt KJ ni dah kena tulah bomoh buaya itu hari tp rupanya sel2 otaknya makin bersambung berganda2....menteri camni yg kita nak...betul x @kak_sue? Aku cdgkan s' pork masuk msia kna caj kaw2, klau nama dlm list saman terus blacklist masuk msia waima dia datang jalan kaki ikut tambak johor |
|
|
|
|
|
|
|
akusukaq posted on 16-7-2014 12:28 PM
Aku sokong 1oo peratus kasi ajar same itu sgapork. Buat menyemak kat shoping complek je. Turun jb sb ...
kannnnnnn...iols pun setuju
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju2! |
|
|
|
|
|
|
|
kalo xdengar cakap letak aje kiki kat tambak johor tu
kasi stereng lock 1
settle |
|
|
|
|
|
|
|
DAP tak marah ke nanti?. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam cadangan AES tu ada sistem yang akan tapis kereta yang kena saman kat Malaysia kat pintu masuk Malaysia/Singapura..
Kalau ada saman dan tak bayar ada penalti etc..
Tapi dah AES ni pun cam terkubur ja maka tatau la apa akan jadi dengan cadangan tu |
|
|
|
|
|
|
|
d'zeck posted on 16-7-2014 12:44 PM
amat2 bersetuju
kadar purata per kepala perlu
memang patut kena charge pun, singapork pun negara maju kaya raya kelas pertama di dunia ni, setakat bayar berapa ringgit tu apalah sangat, duit diorang pun besor dari kita
guna je lah kesempatan ni untuk tambah pendapatan negara |
|
|
|
|
|
|
|
Kenakan aje bayaran masuk. Dah datang beli barang kat Mesia..lelagi hujung minggu kat Jb tu ha memang warga dia saja. Boleh plak pandang kerek kat aku yang turut sama membeli belah. Tapi tak taulah kot ada orang-orang berkepentingan nak jaga hati warga Singapore tu, sebab orang Singapore banyak rete kat sana. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila ler charged... aku pun angin ngan org singapork nie. Bawa keta kat negara org mcm jln tu dia yg punya... huh!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|