CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3498|Reply: 25

[Dunia] Bila nak boikot barang2 dari negara ni pulak?

[Copy link]
Post time 17-7-2014 06:45 PM | Show all posts |Read mode
LAPORAN KHAS: Umat Islam Xinjiang ditangkap tanpa sebab, dibunuh secara kejamJul 17 2014 / Nurul Farina Nazlan
Oleh: AFEEQA AFEERA
SHAH ALAM, 17 JULAI: Nasib etnik Uyghur di wilayah Xinjiang, China disifatkan jauh lebih malang, berbanding penduduk di Gaza ekoran kekejaman dan penindasan terhadap mereka yang berlaku hampir setiap hari hanya kerana mengamalkan ajaran Islam.
Exco Undang-undang Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Mohd Khairul Anwar Ismail, berkata pihak berkuasa China sentiasa mengadakan kawalan ketat di kawasan tumpuan seperti masjid, universiti dan sekolah untuk memastikan tiada yang melanggar peraturan ditetapkan kerajaan itu.
Beliau berkata, jika suku kaum itu didapati melanggar peraturan, maka mereka akan dibawa ke balai polis untuk diseksa dan berkemungkinan dibunuh dengan kejam.
"Polisi kerajaan China adalah kita tidak akan tahu ke mana mangsa ini dibawa, bahkan kalau dijatuhkan hukuman juga tiada siapa yang akan tahu.
"Kalau kita lihat daripada konteks penindasan, memang berlaku kekejaman di dua wilayah itu cuma bezanya kalau di Xinjiang ia berlaku setiap hari tetapi di Gaza sekurang-kurangnya (penindasan) berlaku pada waktu tertentu.
"Rakyat Gaza boleh hidup dengan aman, cuma ketika Ramadan sahaja berlakunya serangan bom tetapi kalau mengikut laporan daripada ahli misi bantuan di sana, Gaza jauh lebih aman," katanya dalam sesi temubual khas yang turut dihadiri Naib presiden ABIM, Mohamad Raimi Ab Rahim, bersama Selangor Kini, dekat sini, hari ini.
Khairul berkata, kaum Uyghur itu adakalanya ditangkap tanpa sebab, dicederakan dan dibunuh, manakala kaum wanita pula berdepan risiko dirogol.
Beliau berkata, adakalanya hanya mayat mangsa yang diserahkan semula kepada ahli keluarga, namun pihak berkuasa di sana akan memberi alasan bahawa kematian itu disebabkan sakit ketika berada dalam tahanan.
"Pihak berkuasa di sana kalau sudah bertemu suspek, mereka akan ada lesen untuk bunuh, tangkap dan sebagainya, tetapi kalau seseorang itu bukan suspek, mereka akan rogol.
"Biasanya kalau masuk penjara, mangsa yang ditangkap akan diisytiharkan hilang," katanya.
Identiti Islam dilarang ditonjolkan di wilayah Xinjiang seperti menyimpan janggut bagi lelaki, dilarang memakai tudung, tidak dibenarkan solat untuk kakitangan kerajaan bawah 18 tahun dan terbaru larangan berpuasa mula dikuatkuasakan terutama di sekolah dan universiti.
Malah, masyarakat Islam di sana terus berhadapan tekanan oleh kerajaan China apabila pelajar universiti etnik itu diberi ugutan buang universiti atau hilang peluang kerjaya jika berpuasa.
Kerajaan China mendakwa, kempen melarang puasa itu adalah sebagai usaha menangani apa yang dianggap ‘perbuatan pengganas' oleh minoriti Muslim Uyghur.
-NFN-
Takkan tak nak bela org islam ni? Gaza je ke?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
xpela.... kang harga brg negara kita melonjak naik... china ni sumber murah...


lgpun putrajaya kn menuju kearah darul kominis :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan duta china nafi ke psal puasa tu ... ke duta china penipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 06:49 PM | Show all posts
Saya setuju patut kawal ketat terrorist di xinjiang ni, suka2 bomb, ambil parang tetak public...kalau tak kapal ketat barulah tak patut.

Entah kenapa Muslim di Malaysia boleh simpati dgn terrorist di xinjiang
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 06:52 PM | Show all posts
apa barang china yg boleh saya tumpang biokot?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Mulai sekarang aku boikot ayam PRC. Pasni bakso je gua layan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2014 06:55 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 17-7-2014 06:49 PM
Saya setuju patut kawal ketat terrorist di xinjiang ni, suka2 bomb, ambil parang tetak public...kala ...

malaysia pusat pengganas
malangla you tinggal disini.. huehuehue
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Badut.Sarkas posted on 17-7-2014 06:54 PM
Mulai sekarang aku boikot ayam PRC. Pasni bakso je gua layan

people republic fried chicken?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jom boikot China doll. Eh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:11 PM | Show all posts
Saya nampak "segelintir orang tertentu " suka menyiarkan khabar angin utk mengapi2kan kebencian puak tertentu terhadap orang lain. Pakai otak sikit mah, lu puasa tak puasa ada apa kena mengena dgn orang lain?

Duta China Nafi "Laporan Media" Halang Umat Islam Puasa ...
pahangdaily.blogspot.com/.../duta-china-nafi-laporan-...
Translate this page
Jul 4, 2014 - KUALA LUMPUR: Duta China di Malaysia Dr Huang Huikang menafikan laporan media asing pada Rabu kononnya umat Islam di wilayah ...

Sudah ramai orang awam bangsa Han dibunuh oleh teroris Xinjiang, kenapa tidak membangkitkan isu ini?

Skrg China gomen mestilah mengetatkan keselamatan supaya kes pembunuhan tak berlaku lagi, dan pihak teroris yg nak pecahkan XinJiang dr China menggunakan nya sbg alasan utk mengapikan hubungan antara kaum.

Kes Xinjiang serupa Kes Sabah, pengganas membunuh dan kerajaan ambil tindakan. Takkan sini ko kutuk pengganas Sulu, sana ko kutuk China gomen pulak, terlalu double standard.
Last edited by v(T.T)v on 17-7-2014 07:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:14 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 17-7-2014 06:52 PM
apa barang china yg boleh saya tumpang biokot?..

boleh, boikot dna keturunan pelacur.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:17 PM | Show all posts
saya kalau boikot tak mahu pi negara China...bila2 je..sebab banyak lagi negara2 lain yg saya boleh lawat..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:18 PM | Show all posts
cmf_herrhughie posted on 17-7-2014 06:49 PM
Saya setuju patut kawal ketat terrorist di xinjiang ni, suka2 bomb, ambil parang tetak public...kala ...

"Segelintir" umat suchi jika berkaitan perbuatan saudaranya semua betul, kalau salah semua salah orang lain.

Jika sokong Malaysia bertindak keras terhadap pengganas Sulu, takkan sana pulak kutuk gomen China , jangan double standard buat orang rasa hina.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:19 PM | Show all posts
v(T.T)v posted on 17-7-2014 07:18 PM
"Segelintir" umat suchi jika berkaitan perbuatan saudaranya semua betul, kalau salah semua salah o ...

Sebenarnya ketuanan melayu pun tak ingin kutuk pengganas Muslim di sulu, pasal mereka nak rampas tanah Sabah drp kadazan Dan yg paling penting, mereka rasa cukup stim kalau sulu Islam boleh rampas tanah Kristian...itulah sebab mereka mengaku sulu ialah local, bukan terrorist sehingga Ada member Muslim sendiri dibunuh, barulah puak2 ketuanan melayu rasa serba salah tak tau nak backup sulu atau tidak...

akai ketuanan melayu racist senang di baca.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 17-7-2014 07:17 PM
saya kalau boikot tak mahu pi negara China...bila2 je..sebab banyak lagi negara2 lain yg saya boleh  ...

Rugila pacik..walopun rakyatnya perangai hazab..tapi negaranya sangatlah cantik
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:23 PM | Show all posts
saladin780 posted on 17-7-2014 07:21 PM
Rugila pacik..walopun rakyatnya perangai hazab..tapi negaranya sangatlah cantik

negara lain pun cantik juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2014 07:27 PM | Show all posts
adakalanya hanya mayat mangsa yang diserahkan semula kepada ahli keluarga, namun pihak berkuasa di sana akan memberi alasan bahawa kematian itu disebabkan sakit ketika berada dalam tahanan.


Sila cermin diri dulu mah sebelum kutuk orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah suchi gigeh nk boikot smua orang..ape ko ingt ko yahudi yang supreme kah?..cermin diri tenung hidung jambu lama2..selamat berbuka
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 07:46 PM | Show all posts
ice_sky92 posted on 17-7-2014 07:01 PM
Jom boikot China doll. Eh.

Boikot china doll
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2014 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
shila amzah rilek je pakai tudung kat china.. masuk tv n now siap jadi laoshi lagi skang ni.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 01:22 AM GMT+8 , Processed in 0.083096 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list