CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 27-4-2008 03:55 PM | Show all posts
Kepada sapo-sapo yang masih lagi keliru tapi minat nak tau...bacalah thread ni dari awal. Dulunya thread ni duduk dalam "history, legend...." tapi sebab "mod" yang BAIK HATI jadi jadilah thread ni "berkulat" di sini buat selama-lamanya. InsyaALLAH akan ada insan-insan yang diberi "petunjuk" untuk mengetahui KEBENARAN sejarah Kelantan untuk sekali-sekala mengHIDUPkan thread ni. Yang paling penting akan sentiasa ada insan-insan di luar sana akan mengiyakah apa yang saya tulis ini...dengan kata-kata...."...aku pernah dengar cerita ni dari nenek/datuk atau moyang aku"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2008 11:19 AM | Show all posts
Mungkin "farlin" boleh bagi komen kerana dulu  dia kata dia ada simpan buku sejarah Kelantan yang ASAL....apasal senyap. Jawab la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2008 12:46 PM | Show all posts


[ Last edited by  tongkatali at 28-4-2008 12:54 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2008 07:31 AM | Show all posts

Reply #202 tongkatali's post

SIAPAKAH LONG SENIK MULUT MERAH

Pasal Long Senik Mulut Merah ya...LSMM yang juga dikenali sebagai RAJA TEMENGGONG ARIA PAHLAWAN  ialah Putera kepada Temenggong Long Tan yang mati dibunuh di Hulu Kelantan dipercayai akibat perebutan tahta di kalangan anak-anak Long Yunus. Selepas Long Tan mati, emak LSMM berkahwin  pula dengan Tengku Selia Tua Limbat iaitu anakanda Long  kedua  Long Gaffar. LSMM pula kemudiannya berkahwin dengan Puteri Neng (juga dikenali sebagai Puteri Gunung, yangmana makamnya sekarang berada bersebelahan dengan makam Long Seri dan Long Gaffar di Langgar Limbat) iaitu anak Baginda Long Seri yang juga anak saudara Tengku Selia Tua . Jadi hubungan LSMM dengan keluarga Long Gaffar amatlah rapat...inilah kemudiannya menjadi punca kejatuhan pemerintahan Keluarga Long Gaffar di Kelantan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 12:27 PM | Show all posts
Gambar tapak istana Long Gaffar iaitu Kota Limbat di Kampung Limbat, Pasir Tumbuh Kelantan


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2008 12:43 PM | Show all posts
Gambar makam Bagingda Long Gaffar (kiri), puteranya iaitu Long Seri (Kanan) dan puteri Long Seri yang berkahwin dengan Long Senik Mulut Merah iaitu Puteri Gunung (di depan di luar pagar...nesan kuning) di Langgar Limbat (permakaman di raja zuriat Long Gaffar) di Limbat, Pasir Tumboh, Kelantan.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-5-2008 01:06 PM | Show all posts
Gambar di kawasan bekas tapak Istana Kota Jeram, di "DALAM KOTA" di Pasir Puteh yang telah dibakar hangus oleh PENJAJAH Inggeris pada tahun 1915...dah takde apa...cuma yang masih lagi tinggal ialah sebatang pokok durian yang dikatakan telahpun tumbuh sejak sebelum istana itu dibakar lagi. Kalau kita perhatikan di pertengahan batang pokok durian itu masih ada lagi kesan TERBAKAR (arang). Pokok durian ini dikatakan berada berhampiran dengan tapak istana...walaupun pucuknya terbakar tetapi ianya terselamat...mungkin kalau pokok itu boleh bercakap, ia akan menceritakan betapa kejamnya askar-askar Inggeris serta konco-konconya memusnahkah sebuah kerajaan yang pernah BERDAULAT di Kelantan...

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2008 05:10 PM | Show all posts
rajinnyo tongkat ali kita ni yer..sampaikan gambo poko duye pong dia gi puko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2008 06:37 PM | Show all posts
Originally posted by zahirbatin at 5-5-2008 05:10 PM
rajinnyo tongkat ali kita ni yer..sampaikan gambo poko duye pong dia gi puko


salam...

jgn kata begitu saudara....perkara sejarah tak boleh main-main...mestilah dicerita betul-betul...

p/s : hanya jauhar yg kenal manikan.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 02:40 PM | Show all posts
saje nak tanya..nampaknya ramai yg mempunyai history yg lbh kurang sama..
arwah tok..pesan takleh makan ikan kekacang....
berkemungkinan tak kita ini bersaudara...............
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 02:53 PM | Show all posts

Balas #213 milay\ catat

1st time dngar ada ikan nama kekacang lawak beto la korang ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2008 03:05 PM | Show all posts

Reply #214 arizly_sha's post

mmhh..lawak lawak gak la...tp arwah tok aku pesan ni dah lamer...
dari aku kecik lu..aku pun tak penah amik pot..bila baca previous posts dalam thread ni ngan yg satu lagi..tu baru aku came across ikan kekacang ni balik....
different tempat mungkin panggilannya lain...in english..ikan barracuda ada forumner baru reply tadi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 04:46 PM | Show all posts
KENAPA TAK BOLEH MAKAN IKAN KEKACANG ???
Asal-Usul Keturunan Long Gaffar
Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara keluar mengembara  
menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh para pengikutnya. Walau bagaimanapun,
di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan
karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan.
Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.

Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan
oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke
sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.

Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing
baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan,
beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.

Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa
turun satu pelepah dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang
dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,


Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata.
Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib
kalau-kalau dapat menurunkanpelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok saring bagi dijadikan tangga.

sambung...


[ Last edited by  tongkatali at 7-5-2008 04:55 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 04:56 PM | Show all posts
sambungan...

Akhirnya beliau sampai ke pucuk pokok saring dan beliau dapati terdapat tiga pelepah, sedangkan yang diminta hanya satu

pelepah sahaja. Lantas beliau teringatkan kepada abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka. Beliau kemudiannya menetak dahan pertama, lalu bermohon kepada tuhan jika beliau adalah keturunan raja berdaulat, minta supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana abangnya berada supaya mengetahui bahawa beliau masih hidup. Pelepah itu

kemudiannya hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Gangga Negara di Kedah.

Cahaya pelepah itu dikatakan berwarna putih (perak).

Selepas itu, Tok Nik menetak pula pelepah yang kedua dan bermohon kepada tuhan supaya pelepah itu sampai kepada

adiknya walau di mana beliau berada supaya dapat diketahui hidup atau matinya. Lalu pelepah itu hanyut diterbangkan oleh

angin dan jatuh di negeri Ayuthia. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga). Akhir sekali, Tok Nik menetak pelepah terakhir dan memohon kepada tuhan supaya ianya jatuh ke pangkal pokok bagi membuktikan kejayaannya. Setelah pelepah tersebut jatuh, Tok Nik turun ke bawah menggunakan tangga yang telah dibuat semasa memanjat pokok tersebut. Tok Nik telah diisytiharkan sebagai pemenang, lantas Raja Bendang Saring memanggil Tok Kadi, lalu dikahwinkan Tok Nik dengan puterinya yang bernama Nang Cayang sebagaimana yang telah dijanjikan.

Pada mulanya, puteri tersebut enggan dikahwinkan dengan Tok Nik memandangkan rupanya yang hodoh. Oleh kerana sudah dijanjikan sebelum pertandingan itu diadakan, Raja Bendang Saring pun mengahwinkan puterinya dengan Tok Nik. Pada

waktu malamnya, puteri Nang Cayang bersembunyi kerana enggan tidur bersama Tok Nik. Tok Nik membiarkan perlakuan

isterinya itu dan pada waktu tengah malamnya, disebabkan terlalu panas, Tok Nik bangun untuk mandi. Sebelum mandi, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu menampakkan rupa beliau yang sebenar. Rupanya dikatakan sangat tampan, tidak seperti yang dilihat sebelumnya. Setelah selesai mandi, Tok Nik menyarungkan kembali pakaiannya dan rupanya kembali bertukar menjadi hodoh. Tindakan Tok Nik itu diperhatikan oleh khadam raja, lalu dikhabarkan kepada Raja Bendang Saring.


Pada keesokannya, satu perancangan telah diaturkan oleh Raja Bendang Saring untuk mencuri pakaian Tok Nik semasa

beliau mandi. Pada malamnya, seperti malam sebelumnya, Tok Nik bangun untuk mandi dan sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu diletakkan di satu tempat. Sebagaimana yang telah dirancangkan, semasa beliau sedang mandi, pakaiannya itupun dicuri oleh khadam raja, lalu dipersembahkan kepada raja. Raja Bendang Saring kemudiannya menitahkan supaya

pakaian itu dibakar api. Setelah selesai mandi, barulah Tok Nik sedar bahawa perlakuannya telah diintip dan pakaiannya telah dicuri. Oleh itu, Tok Nik terpaksa membuka rahsia dirinya yang sebenar. Lalu diceritakan kepada ayahanda mertuanya tentang asal-usul keturunannya yang berasal dari Pagar Ruyung dan peristiwa yang membawa beliau ke Bendang Saring. Selepas peristiwa itu, barulah puteri Nang Cayang mendekati suaminya Tok Nik dan hiduplah mereka berdua dengan bahagia. Sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah memberikan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajai oleh Tok Nik dan puteri Nang Cayang. Setelah ayahanda mertuanya meninggal dunia, Tok Nik dilantik menjadi Raja negeri Bendang Saring. Selepas itu beliau dikenali sebagai Tok Nik Bendang Saring. Pasangan itu dikurniakan seorang putera yang juga dikenali sebagai Tok Nik (Tok Nik Raja Reman). Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala). Manakala kubur Tok Nik Raja Reman pula terdapat di Kota Bharu Reman.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 05:02 PM | Show all posts
MisteriPengembaraan 3 Putera Raja
Kisah asal-usul keturunan Long Gaffar dikatakan bermula dengan pengembaraan tiga orang putera raja dari Pagar Ruyung yang tidak dapat dikenalpasti siapakah mereka itu sebenarnya, kerana riwayat lisannya
(VLG)
hanya menyatakan mereka adalah putera-putera raja dari Pagar Ruyung, Palembang, di mana menurut tradisinya di kalangan raja-raja yang mengamalkan Adat Perpateh yang diwarisi dari tanah adat di Pagar Ruyung, apabila seseorang dalam suatu keluarga khasnya keluarga diraja dilantik menjadi raja, maka saudara-saudaranya yang lain dari keluarga diraja berkenaan yang tidak terpilih menaiki takhta kerajaan itu semestinya mengembara keluar negeri membawa haluan masing-masing untuk mencari pengalaman hidup, menuntut ilmu dan menanamkan semangat keperwiraan yang tinggi dalam dirinya. Dalam hubungan ini, didapati tiga orang putera diraja yang bersaudara dari Pagar Ruyung dikatakan telah keluar meninggalkan tanah air mereka, ibarat jika, 揫i]untung sabut
timbul dan jika untung batu tenggelam. Mereka terpaksa meredah hutan belantara dan melayari lautan dengan menggunakan jong (bahtera) yang lengkap dengan segala peralatannya. Namun nasib tidaklah menyebelahi mereka, ke rana sebaik-baik sahaja mereka berada di tengah laut tiba-tiba di takdirkan Allah ribut kencang telah melanda bahtera mereka dan sekaligus karam di laut yang menyebabkan mereka tiga bersaudara itu terpisah tanpa arah dan tujuan. Tetapi, dengan berkat doa dan tawakal sejatinya kepada Allah Ta`ala, mereka terselamat sampai ke daratan.. Putera Tengah yang dikatakan datuk Long Gaffar telah dapat menyelamatkan dirinya dengan berpaut kepada apa sahaja yang terapung di laut dan tiada siapa pun yang menyangka dan mengetahuinya, tiba-tiba seekor `ikan ke kacang抂/color] yang besar telah membawanya ke persisiran pantai di utara Tanah Melayu. Ia merupakan suatu keajaiban dan luar biasa sekali yang menyebabkan putera itu terfikir sejenak di mana hati kecil (dhamir)nya berbicara seketika, di mana baginya tidak mungkin sama sekali bagi seekor ikan yang kebiasaannya makanan manusia itu dapat menolongnya melainkan dengan kudrat dan iradat Allah Ta`ala. Sejak itu, lantaran terhutang budi dan nyawanya kepada makhluk penyelamat itu, dan peristiwa ini seolah-olah menjadi suatu sumpahan kepadanya dan zuriatnya sehingga melarang dirinya dan zuriatnya memakan ikan kekacang, di mana barangsiapa dari kalangan mereka memakannya maka buruklah padahnya.


1.2 Bendang Saring.梉/b]Setelah berihat seketika sambil bersyukur kepada Allah di atas ke selamatan yang dikurniakan Allah kepadanya, baginda terpaksa meneruskan perjalanan nya tanpa dua saudaranya itu. Dengan menyerah diri dan masibnya kepada Yang Maha Esa berjalanlah baginda, masuk hutan keluar hutan, masuk padang keluar padang, malah naik bukit turun bukit, lama kelamaan sampailah ia ke `Bendang Saring抂/b], iaitu suatu wi layah negeri yang terletak di antara Yala (Jala) dengan Patani (Selatan Thailand).


1.2.1Pesta Memilih Menantu.梉/b]Setibanya di sana didapati rajanya mempunyai seorang puteri yang bernama Neng Cayang. Puteri ini amat cantik dan menjadi rebutan ramai di kalangan putera-putera raja di seluruh pelusuk negeri.Raja Bendang Saring berfikir bagai mana cara terbaik untuk memilih bakal suami puteri kesayangannya itu. Lalu terlintas di fikiran baginda akan pokok saring yang menjadi sempena nama negeri baginda. Pokok Saring, sejenis pokok kipas yang amat tingggi ini, rupa-rupanya telah memberi ilham ke pada baginda untuk mengadakan pesta memilih menantu kelak dan sekaligus pokok ini juga dijadikan asas dan syarat utama pertandingan, di mana baginda ingin mengadakan pertandingan untuk memanjatnya. Oleh itu Raja Bendang Saring bertitah 揵arangsiapa yang berjaya memanjatnya dan dapat pula mengambil barang sepelepah daunnya maka dialah yang akan dijadikan me nantu raja kelak dan 10 buah negeri dalam taklukan baginda turut menjadi hak miliknya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-5-2008 05:02 PM | Show all posts

1.2.3Kasih Saudara Melebihi Segala.--Akhirnya,ia berjaya sampai kepuncaknya dan apabila dilihatnya pokok saring itu hanya ada tiga pelepah sahaja telah mengingat kannya ada tiga bersaudara yang semuanya menjadi mangsa bahtera karam di laut sehingga tidak lah terfikir langsung untuk memenangi pertandingan memanjat pokok setinggi itu untuk menjadi menantu raja. Beliau terus teringatkan akan abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka, adakah masih hidup ataupun sudah mati. Oleh itu, sambil menetak pelepah yang pertama
beliau berseru dan berdoa kepada Tuhan 揫b]Jika benar dirinya adalah keturunan raja yang berdaulat mohon supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana sahaja abangnya berada ..!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 08:55 PM | Show all posts

Reply #214 arizly_sha's post

tak pernah dengar ke nama ikan kekacang? awak umur berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 10:18 AM | Show all posts


Lagi gambar kesan terbakar pada pokok durian....cuba perhatikan betul-betul di bahagian tengah batang pokok durian ini...terdapat dengan jelas kesan terbakar (arang)...akibat dari kebakaran istana Kota Jeram pada tahun 1915.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 10:25 AM | Show all posts


Kelihatan dalam gambar dari sebelah kiri YDP Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan YM Dr. Engku Ibrahim Ismail dan adindanya Tengku Muhammad (dua dari kiri) berdiri di atas bekas tapak Kota Jeram yang telah dibakar hangus oleh PENJAJAH Inggeris dan konco-konconya pada tahun 1915. Disebelah kanan ialah penunjuk arah yang juga anggota kerabat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2008 10:34 AM | Show all posts



Tengku Muhammmad (Ayah Ku Mat) menunjukkan Sungai Jeram yang dulunya menjadi nadi utama pengangkutan keluar masuk ke Kota Jeram kini mengalir lesu. Kota Jeram dikatakan dibina sekitar lewat 1830-an dan dibina menghadap sungai ini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.115603 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list