CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 23-2-2009 11:32 AM | Show all posts

NAMA ASAL TERENGGANU (KUALA TERENGGANU)

CERIBON KOTA MENGKUANG

Menyabung Ayam Di Terengganu - Selepas kira-kira tiga bulan berada di Reman, baginda Long Gaffar diberitahu bahawa sebahagian dari negeri Terengganu,iaitu dari Kuala Terengganu ke Kemaman telah terserah kepada Bugis kerana kalah dalam pertandingan menyabung ayam. Long Gaffar amat tidak senang hati dan tercabar yang sekaligus merasa bertanggungjawab terhadap sesama sebangsanya yang teraniaya oleh Bugis. Lebih-lebih lagi Terengganu bukanlah kalah dalam peperangan ataupun oleh perebutan kuasa di kalangan sesama raja-raja di Terengganu. Oleh itu, selepas berfikir panjang Long Gaffar terus membawa 9 orang hulubalangnya, 20 kati emas dan seekor ayam sabung kesayangannya iaitu `Bakas Racun’ (ayam ini berwarna putih kapas, ekor seurat berwarna hitam, berparuh helang dan bermata ular), bertolak ke Padang Garung menuju ke rumah Tok Mandur Mid (Abdul Hamid) untuk mendapatkan khidmat seorang pakar ayam sabung  dan beberapa orang lain sebagai pembantunya untuk membawa barang-barang keperluan baginda ke negeri Cheribon Kota Mengkuang (asal nama Terengganu yang diberikan bersempena dengan nama Ceribon di Pulau Jawa kerana dikatakan orang-orang dari Ceribonlah yang mula-mula membuka pertempatan di situ).

         Kebetulan pada waktu itu Panglima Muda Terengganu juga tiba di Padang Garung kerana mencari ayam sabung untuk melawan ayam Bugis. Lantas beliau di bawa bertemu Long Gaffar  menanyakan sama ada baginda ingin menjual ayamnya atau pun menyertai nya ke Terengganu untuk mewakilinya melawan ayam Bugis, lalu Long Gaffar bertitah sekarang ayam sudah ada, tak payah beli, kita sendiri akan pergi. Long Gaffar segera memerintahkan para pengikutnya berkumpul dalam satu rombongan seramai 13 orang dan bersiap sedia untuk berangkat ke Terengganu. Mereka terdiri daripada baginda Long Gaffar sendiri sebagai ketua rombongan, Long Yunus sebagai pakar ayam laga, Penghulu Panglima Adas sebagai ketua hulubalang, Panglima Ebeh, Penglima Kepeh, Tok Sebang, Long Domit, Tok Khatib Calok (anak), Tok Khatib Siput (bapa), Tok  Amat, Tok Amin dan 2 orang pembantu. Long Gaffar berserta rombongan bertolak mengikut jalan laut menaiki kapal jong milik Panglima Muda Terengganu ke Terengganu.

p/s...peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1750-an iaitu semasa pemerintahan Marhum Berjanggut Sultan Mansor


[ Last edited by  tongkatali at 27-2-2009 10:20 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-2-2009 11:47 AM | Show all posts

NEGERI KELAR LINTANG NEGERI KELANTAN

Mengasaskan Wangsa Raja-Raja Kelantan Dari Zuriatnya.桽etelah kemenangan terakhir dalam Perang Kota Kubang Labu II, Long Gaffar pada mulanya dikatakan bercadang untuk balik ke Reman, tetapi hasratnya itu tidak dipersetujui oleh rakyat dan di pembesar-pembesar di Kota Kubang Labu. Mereka dikatakan telah bermesyuarat dan membuat keputusan supaya baginda Long Gaffar terus tinggal di situ kerana mereka berpendapat bahawa hanya Long Gaffar sahajalah yang mampu untuk mengembalikan keamanan serta menyatukan keseluruhan jajahan takluk dan wilayah-wilayah Cik Siti Wan Kembang. Baginda akhirnya akur dengan kehendak rakyat dan mengambil keputusan untuk terus bertapak di situ. Long Gaffar telah mengisytiharkan bahawa nama negeri yang dahulunya dikenali sebagai Negeri Cik Siti Wan Kembang itu telah ditukar menjadi 揘egeri Kelar Lintang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2009 09:36 PM | Show all posts
Kereta Porche Cayene YTM Tengku Mahkota Kelantan Tengku Faris hilang di KL baru-baru ni...hairan ! Kalau kereta RAJA pun boleh hilang apatah lagi kereta atau motor kapcai rakyat ...saya bukan nak ulas pasal kereta Tengku Faris hilang tapi tentang  Kelantan sebagai sebahagian daripada Malaysia dengan "kiblat"nya KL...ini sekarang ! Dulu Kelantan pernah menjadi negeri dalam Empayar Patani Besar di mana pada zaman kemuncaknya Kesultanan Melayu Patani pernah mengandungi 42 buah negeri di dalamnya. Jadi "kiblat" Negeri Tanah Seri Indah Sekebun Bunga Kisaran Payung Negeri Cik Siti Wan Kembang pada masa itu ialah Kota Patani yang menjadi pusat pemerintahan, pusat perdagangan dan pusat pendidikan yang terkenal bukan sahaja di Nusantara malah ke seluruh dunia. Jadi pada masa itu segala Raja, anak Raja, para pembesar serta rakyat akan berkunjung ke Kota Patani sama seperti kita semua berkunjung ke KL sekarang. Adapun dulunya tiadalah PORCHE...MERCS dan sebagainya. Yang ada hanyalah GAJAH dan KUDA. Bagi Raja-Raja, GAJAHlah kenderaan pengangkutan utama, hatta sebagai hadiah perkahwinan pun Raja Legeh telah menghadiahkan GAJAH NENG MALAI kepada menantunya LONG PANDAK iaitu Raja Kota Kubang Labu kerana mengahwini Puteri Neng Mas. Gajah sungguh berharga ketika itu dan menjadi perkara biasa gajah berkeliaran di bawah-bawah rumah dan di kampung-kampung. Istana-istana dan rumah-rumah sengaja dibina tinggi sekitar 10 kaki dari tanah siap dengan "pelantar" bagi memudahkan mengenderai gajah. Cuma kadang-kadang apabila mengingatkan zaman kegemilangan GAJAH sebagai porche atau mercedes pada masa itu, teringat juga peristiwa yang menyayat hati yang pernah berlaku di Kelantan iaitu PERISTIWA TRAGEDI KAIN CINDAI, yang kemudiannya mencetuskan Perang Kota Kubang Labu 1 dan 2 dan seterusnya mengakibatkan kehancuran Kerajaan Kota Kubang Labu sekitar akhir tahun 1750-an.

[ Last edited by  tongkatali at 10-3-2009 21:38 ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2009 10:59 AM | Show all posts
teror jugak bak baghi ni......kalu baghi kot alik cerito hok puok2 tok2 gughu pondok tak dok ko eh? nok jugok rasonyo dengar ceghita tok kenali, tok selehor dan hok laing2

http://iglootots.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 09:48 PM | Show all posts

Balas #8 Lloni\ catat

betul betul betul....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-3-2009 02:09 PM | Show all posts

Balas #288 nizamje\ catat

Come mache tue dio lah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2009 02:12 PM | Show all posts
Banyok lagi namo-namo tepat nak tulih ni tapi tok dan...tunggu lah


p/s....selamat menyambut PUJO UMO Sultan Kelantan KDYMM Sultan Ismail Petra pada 31 Mac. Semoga Tuanku dipanjangkan umur dan dilimpahi rahmat hendaknya...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU...DAULAT TUANKU
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2009 02:54 PM | Show all posts
zb kalo habang ali post citer syok sangat baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 09:31 PM | Show all posts
interesting topic...
aderr lgik x???
nk taw laa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 08:02 AM | Show all posts

Balas #292 mysr01\ catat

Aderrrrr....tapi kadang-kadang kena la berhati-hati...kena tapis sikit-sikit...sebab benda sensitif sangat-sangat. Tapi itulah....nak percaya atau tidak terpulang
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 02:06 PM | Show all posts
citer je laa..kalo ado hok sensitif tu pandai la mod tapis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2009 09:01 PM | Show all posts

Balas #294 zahirbatin\ catat

Demo pm gapo kawe...terpadam ! PM semula boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2009 11:09 AM | Show all posts

Reply #295 tongkatali's post

tkpo la abe ali..nanti zb pm len kali lah cuma zb lama doh nk tanyo..abe tau ko dok skit sebanyok kisah tok che dol?ada satu bukit kt t.merah nama bkt tok che dol sempena nama dia..
dngar citer dio ni turunan raja kelate jugok..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 04:43 PM | Show all posts
Salam Bro...hebat tred ni...panjang lebar, tapi sasilah tu yang susah nak kait-mengait loni, sebabnya ramai keturunan Ku, Tengku, Long, Tuan, Che dan lain-lain yang tua-tua dah lama dah tiada, yang tinggal ni mudo-mudo kadang-kadang terhad sangat butir-butir yang boleh didapati..

Nak tahu jugak bakpo ramai keturunan demo-demo ni tak sir nak buat pertemuan..masing-masing tak mahu ngalah. Kawe ingat ko Tuk kawe, sapa mati pun tak sir bawak anak cucu kenal keturunan, macam keras-kerasan..tak leh bawa berunding ke???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2009 01:42 PM | Show all posts

Balas #297 manumomar\ catat

Yang muda-muda kenalah rajin-rajin tanya...dan bukukan. Manakala yang tua-tua tu perturunkanlah segala SEJARAH sebenar kepada anak cucu ketika masih SEGAR...jangan pula tengah duk bertarung dengan sakratulmaut baru panggil segala anak cucu mendengar cerita. Ada la tu sebabnya orang tua-tua SUSUK cerita sebenar...mungkin tak nak kita berbaloh...atau mungkin kerana kecewa...atauuu....entahlah !


p/s...manumomar ni asal mana ? Cubalah cerita apa yang saudara ketahui

[ Last edited by  tongkatali at 26-4-2009 13:43 ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 11:24 PM | Show all posts
saya register sini semata2 tertarik dengan minat semua kat sini pasal sejarah raja-raja.........kelantan ker, trganu ker, kedah ker, perak ker dlll.... cuba masuk sini untuk pengetahuan semua www.sejarahnagarakedah.blogspot.com    utk mengetahu sejarah realiti raja2 di Malaysia ini ......

thank you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2009 04:41 PM | Show all posts
bkpo ore2 tua stail xsir buh anok cucu dio namo hok asal ado nik dan wan...bkpo stail sek2 ore dlu trus kerat slalu namo nik ngn wan ni untuk generasi loni....pelik jgk tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 08:23 PM | Show all posts


SAYA DAN KELUARGA BERKONGSI KESEDIHAN DENGAN SELURUH RAKYAT KELANTAN DI ATAS BERITA KEGERINGAN KDYMM AL SULTAN ISMAIL PETRA, SULTAN DAN YANG DIPERTUAN NEGERI KELANTAN DARULNAIM. SEMOGA ALLAH SWT SEGERA MENYEMBUHKAN PENYAKIT DAN PENDERITAAN DAN SETERUSNYA MEMANJANGKAN USIA TUANKU...AMIN  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 08:28 PM | Show all posts
Originally posted by otomen_taro at 14-5-2009 16:41
bkpo ore2 tua stail xsir buh anok cucu dio namo hok asal ado nik dan wan...bkpo stail sek2 ore dlu trus kerat slalu namo nik ngn wan ni untuk generasi loni....pelik jgk tu


Sebab mereka tak faham makna di sebalik gelaran WAN...NIK...TENGKU....mereka ingat ia hanya BUDAYA atau amalan orang dulu-dulu yang SUKA-SUKA yang tiada kaitan dengan AGAMA...jadi dibuanglah gelaran tadi. Ada juga yang kononnya takut MALU andainya anak cucu keturunan mereka tu MISKIN...PAPA...jadi takut nanti orang HINA. Tapi semua tu berpunca dari KEJAHILAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 08:39 PM | Show all posts

TENGKU MAHKOTA KELANTAN TENGKU FARIS PETRA

p/s...sekiranya apa-apa terjadi kepada ayahanda baginda, TMK akan dilantik menjadi SULTAN

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:51 AM GMT+8 , Processed in 0.379836 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list