CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 16-7-2009 08:35 AM | Show all posts
323# cmf_tongkatali
Assalamualaikum tongkat ali, sengkucing, lloni dan semua forumers yang aktif di thread ini..
Saya bukanlah dari keturunan Raja Jembal atau Long Ghaffar tetapi saya amat berminat mencari susur galur keturunan dari sebelah datuk saya yang dikatakan berasal dari Kelantan.
Saya ialah cucu kepada Tengku Daie bin Tengku Saleh dari Kg. Bakau Tua, Kuala Muda, Kedah Darul Aman, yangdipercayai berasal dari Kesultanan Kelantan Darul Naim. Beliauberkahwin dengan Tengku Zaharah binti Tengku Mat Desa dari Kg. Paya, Mahang, Kedah Darul Aman, disebut orang, jika benar,dari leluhur adinda Sultan Ahmad Tajuddin II. Beliau menetap di Mahangsehingga ke akhir hayat. Tengku Zaharah meninggal dunia pada tahun 50-an di Mahang manakala Tengku Daie pada tahun 2004, padausia 94 tahun di Hospital Kulim. Masalah kami ialah Tengku Daie tidakmendaftarkan dirinya secara rasmi dan anak-anak sebagai tengku dan kurang menceritakanmengenai salasilah beliau, mungkin kerana kemiskinan pada waktu itu. Padaakhir-akhir usia beliau beliau ada juga memberitahu kepada ibu-ibu saudara sayanamun tidak dicatatkan secara kemas, malah hilang entah ke mana. Namun keluargayang dekat seperti sepupu(ada yang mengatakan duapupu) beliau iaitu Tengku Hakim bin Tengku Abdul Hamidmasih menetap di Mahang sehinggakini manakala Tengku Abdullah bin Tengku Abdul Hamid berkahwin dengan seorangrakyat Kelantan dan sekarang menetap di Taman Hidayah, BukitBelah, Machang.

Dengan ini, saya dengan penuh rendah hati, memohonkerjasama pihak tongkatali jika mempunyai maklumat mengenai TengkuSaleh dari sebelah nenda saya Tengku Daie dan juga Tengku Mat Desa dari sebelahnenda saya Tengku Zaharah. Tengku Saleh dipercayai datang ke Kedah denganadik-beradik serta sepupu-sepupu ketika serangan Siam ke atas Kelantan padaakhir-akhir 1800-an, (saya check juga tapi takde jumpa pun ada serangan Siam pada waktu itu) berkahwin dengan rakyat tempatan tetapi kembali ke Kelantandan meninggal dunia di Kelantan. Ataupun jika pihak tuan ada sebarang maklumat yang boleh membantu pencarian saya, saya amat alu-alukan.



Segala kerjasama pihak tuan saya ucapkan jutaan terima kasih. Blog saya:
http://donlaurel.blogspot.com,tetapi draf salasilah yang paparkan di situ saya percaya kurang tepat kerana iaadalah dari sebelah Tengku Zaharah sahaja.


Saya boleh dihubungi di nombor kosong so semile - ne duo satu limo pak so semile..
(Loghat Kelate ni lingua franca kawe drumoh...hehe..ore ttino kawe ore Gelang Mas, Pasir Mas)

Ma'assalamah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 10:40 AM | Show all posts
324# donbalon

hebat forumcari ni....dah jadi spt Jejak Kasih pula...
tapi apa salahnya...kita saling dekatkan kembali persaudaraan yg jauh
walaupun karis tak dapat nak bantu sdra donbalon tapi karis doakan usaha sdra akan diberkati Allah & berhasil.......amin
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 12:29 AM | Show all posts
karis,
mekasih..
den orang baru kek sini.. sila beri tunjuk ajar..

tongkat..
merujuk sms kito potang tadi..
mano nak dapek buku Hj Muzaffar tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 04:06 PM | Show all posts
abe Ali ade sms ke sehari dua ni...zb tak leh bls koz tefon beronar pulok....kes jatuh air kt MU baru ni la...tetiba gelap gelita pulok skrin tefon....
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 07:09 PM | Show all posts
128# Lloni

Assalamualaikum saudara-saudari..

Hmm..kalu ado buku tu nga DBP ambo waso nok gi jugok cari..
Kawe duo bule lebih doh selidik royalark.net, ado jugok berbalas email nga tue dio Christopher Buyers tu..
Moyang kawe Tengku Saleh ni tok tahu asa ttitih nga sapo.. anok Sultan Ahmad pun Tengku Saleh jugok, dale royalark takdok rekod anok supo adik-beradik dio hok laing..
Kawe tanyo Christopher tu ado dok maklumat dio royak hok ado dle website tu jah hok dale pengetahue dio nyo..
================
886 - 1890 H.H.        Paduka Sri Sultan Ahmad ibni al-Marhum Muhammad [Sultan        Tengah], Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of        Kelantan, eldest son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad        II ibni al-Marhum Tengku Temenggong Long Tan, Sultan and        Yang di-Pertuan Besar of the State of Kelantan, educ.        privately. Raised to the title of Tengku Besar        by his father, and Phya Rajadadhipati Putrapurutravisesa        (Phra Ratsathibodi Butburutphiset) by King Rama IV        of Siam 1860. Appointed as Siamese Governor over        Kelantan, prom. to the title of Phraya Rajadipati        Putrapurutravisesa Pradisvara Rajanarubadindra        Surindra Ravivamsa (Phraya Ratsathibodi        Butburutphiset Prathetsaratchanarubodin        Surintharawiwangsa) and presented with a Sword of        Honour, 14th June 1869. Succeeded on the death        of his father, 30th October 1886. Installed as        Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of        Kelantan on the same day. m. nine wives. He d.        at Istana Jahar, Kota Bahru, 8th March1890 (bur.        Royal Cemetery, Kampung Langgar), having had issue,        sixteen sons and thirteen daughters:
  • 1) H.H.                Tengku Long Muhammad [Long Kundur], Raja                Kelantan, who succeeded as H.H. Paduka Sri                Sultan Muhammad III ibni al-Marhum Sultan Ahmad,                Sultan and Yang di-Pertuan Besar of the State of                Kelantan - see above.
  • 2) H.H.                Tengku Long Mansur, Raja Muda, who                succeeded as H.H. Sultan Mansur ibni al-Marhum                Sultan Ahmad, Sultan and Yang di-Pertuan Besar of                the State of Kelantan - see below.
  • 3)                Y.B.M. Tengku Long Muhammad Saleh ibni al-Marhum                Sultan Ahmad, Tengku Temenggong. MSC 1900.                He d. before 1931. Copyright© Christopher                Buyers
  • 4)                Y.B.M. Tengku Besar Tuan Long Mahmud ibni                al-Marhum Sultan Ahmad [Tuan Mamat], Tengku                Sri Maharaja Tua. MSC 1900. Granted the title                of Phra Vijayarattaridhikara (Phra                Bichai Rat Riticharn) by the King of Siam. m.                Y.A.M. Tengku Ambik binti al-Marhum Tengku Putih,                second daughter of H.H. Tengku Putih ibni                al-Marhum Sultan Phaya Long Muhammad, Raja of                Patani, by his second wife, Y.M. Tengku Wawah                Putri binti Tengku Tengah, daughter of Tengku                Tengah. He had issue, one son:
    • a)                        Y.M. Tengku Muda Tuan Ja'afar bin Tengku                        Long Mahmud. He had issue, two sons:
      • i) Y.M.                                Tengku Muhammad bin Tengku Muda                                Tuan Ja'afar.
      • ii)                                Y.M. Tengku Hasin bin Tengku Muda                                Tuan Ja'afar.
    =================
Tok ayoh kawe Tengku Daie lahir tahun 1910 sama ada di Kuala Muda, Seberang Perai atau di Kelantan. Beliau berpindah ke Mahang, Kedah dan meninggal di Kedah. Ayah beliau Tengku Saleh berundur ke Kedah hujung2 1800-an. Lepas isteri beliau meninggal, beliau pulang dan meninggal di Kelantan tanpa membawa Tengku Daie. Ada dia bagitau mak sedara dia pegi cari  kubur Tengku Saleh di Pasir Putih ko Pasir Mas ada bertemu.

Abe Ali,
Engku Besar Tuan Ahmad berundur ke Reman tu tahun 1915 kan?
Masa tu umur dia dah berapa ya? Sebab sewaktu saya kecik dulu rasa2 terdengar datuk saya menyebut asal keluarga ayahnya dari Pasir Putih. Ntahla..setiap kali teringat terasa kesal sebab tak bertanya betul2 semasa beliau masih hidup. Baru 5 tahun meninggal. Ayah saya berpindah ke Pahang tahun 1977 lagi, jadi balik Kedah setahun sekali atau dua tahun sekali je.
Pak sedara mak sedara saya tak ambil tahu sangat hal2 macam ni..

Raya ni balik beraya di kelantan harap dapat berjumpa  abe li..
Ma'assalamah,.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 08:19 PM | Show all posts
328# donbalon

Saya amat bersimpati dengan saudara DON kita ni...ramai juga yang mengalami nasib yang sama dengan DON...puncanya sikap orang-orang tua kita yang tidak "peka" pada sejarah keturunan...mengetahui titih keturunan itu TUNTUTAN Islam. Saya pun dulu senasib dengan DON...apapun saya kagum dengan semangat DON...harap jangan pudar...ada HIKMAHnya. InysaALLAH...saudara akan menemuinya.

p/s...cuba tanya orang-orang tua yang masih ada...ada atau tidak apa-apa PANTANG-LARANG...seperti tidak boleh makan IKAN KEKACANG...itu sahaja CLUE yang boleh menyambung kepada INDUK yang satu...cuba tanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2009 08:26 PM | Show all posts
128# Lloni

Engku Besar Tuan Ahmad berundur ke Reman tu tahun 1915 kan?
Masa tu umur dia dah berapa ya? Sebab sewaktu saya kecik dulu rasa2terdengar datuk saya menyebut asal keluarga ayahnya dari Pasir Putih.Ntahla..setiap kali teringat terasa kesal sebab tak bertanya betul2semasa beliau masih hidup. Baru 5 tahun meninggal. Ayah saya berpindahke Pahang tahun 1977 lagi, jadi balik Kedah setahun sekali atau duatahun sekali je.
Pak sedara mak sedara saya tak ambil tahu sangat hal2 macam ni..
donbalon Post at 19-7-2009 19:09


Ya...Engku Besar Jeram Tuan Ahmad berundur ke Reman...tanah asal keturunannya...selepas MUSUH TOK JANGGUT pada 1915 dan kemudiannya mangkat di sana...makamnya ada di sana...orang Reman taulah kisah ni. Kalau berasal dari sekitar Pasir Puteh, Machang, Kusial (Ku Sial), Kg Pek Batu 32 hingga ke Kuala Kerai...termasuk calon N41 Manek Urai Tuan Aziz Tuan Mat...maka tadok orang lainlah...dari titihan taklih makan ikan kacang la tu.

p/s...pasal Sultan Ahmad dan Tengku Saleh tu ada saya cerita dalam "Persemendaan Di Antara Zuriat LG dan LY"...cuba rujuk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 08:31 PM | Show all posts
323# cmf_tongkatali
Assalamualaikum tongkat ali, sengkucing, lloni dan semua forumers yang aktif di thread ini..
Saya bukanlah dari keturunan Raja Jembal atau Long Ghaffar tetapi saya amat bermina ...Tengku Saleh dipercayai datang ke Kedahdenganadik-beradik serta sepupu-sepupu ketika serangan Siam ke atasKelantan padaakhir-akhir 1800-an, (saya check juga tapi takde jumpa punada serangan Siam pada waktu itu)
donbalon Post at 16-7-2009 08:35


Berkenaan dengan serangan Siam pada lewat 1800...cuba DON rujuk kisah perebutan tahta di Kota Bharu yang melibatkan campurtangan Siam...yang menyebabkan keturunan Raja Kg Laut (kalu tak silap)...di bawa ke Patani dan dirajakan di sana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2009 08:35 PM | Show all posts
LAGI Barracuda...IKAN KkhACANG


tongkatali Post at 10-9-2008 09:06


p/s...nilah ikan kekacang
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 08:37 PM | Show all posts
Bila lihat peta lama negeri-negeri Melayu, terkenang negeri Reman. Sedih mengenangkan nasib mereka.




..
tongkatali Post at 21-10-2008 13:50


REMAN
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 05:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 21-7-2009 17:57

Abe Li..
Memang saya sedih..
tambah2 pulak yang berminat untuk menjejak hanya saya seorang..
mungkin orang2 tua zaman dahulu menganggap bergelar tengku tetapi miskin esktrim menambah kehinaan..
nasib baik sepupu datuk saya Tengku Hakim, Tengku Lokman dan Tengku Azmi masih mengekalkan.. adalah sikit bukti kuat dan rujukan..
Seorang lagi sepupu beliau Tengku Abdullah (ulang nama datuk mereka) bin Tengku Abdul Hamid bin Tengku Abdullah sekarang menetap di Taman Hidayah, Bukit Belah, Machang. Digelar orang Pokku Kedah. Tengku Abdullah (1) yang berhijrah bersama moyang saya Tengku Saleh ke Kedah. Kubur Tengku Abdullah (1) ada di Kg Bakau Tua, Kuala Muda, sekarang termasuk dalam Seberang Perai. Sirih pulang ke gagang la ni..

Hal pantang-larang memang tak ada, cuma disebut anak tiri datuk saya dari isteri keempat beliau (bercerai mati), sewaktu kecil beliau ada ingat jika Istana Kedah ada majlis, datuk saya dan Tengku Hamid masih dijemput. Tengku Hasan, yang kami panggil Tokteh Che San, adik kepada nenek saya Tengku Zaharah pun selalu dijemput ke majlis istana pada waktu itu, menurut beliau juga. Diceritakan oleh Paksu Hj Ahmad, saudara jauh kami di Mahang, Kedah, yang Tengku Zaharah adalah anak tengku Mat Desa, dari leluhur Sultan Abdullah Al-Mukarram Syah, dan baru dalam level cucu dengan Sultan Abdul Hamid, nenda Sultan Abdul Halim sekarang.

www.youtube.com/watch?v=4p7pyl4GXqc

Lama-kelamaan hubungan menjadi jauh dan jauh sehinggalah datuk saya tidak lagi mendaftarkan dirinya mahupun anak-anak sebagai Tengku atau Raja..
Wallahu'alam bissawaab..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 06:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by donbalon at 20-7-2009 18:20
Ya...Engku Besar Jeram Tuan Ahmad berundur ke Reman...tanah asal keturunannya...selepas MUSUH TOK JANGGUT pada 1915 dan kemudiannya mangkat di sana...makamnya ada di sana...orang Reman taulah kisa ...
cmf_tongkatali Post at 19-7-2009 20:26


Abe Li..
Kalu gitu waso koho dekak doh nok buleh jjupo salasilah ambo ni..
Ari tu lepas balik dari Kuala Muda, saya call sepupu saya yang tinggal di IPD Machang, cucu Tengku Zaharah juga. Suami dia polis orang Pangkal Kala, Pasir mas kerja di situ. Demo tu gi Taman Hidayah, jjupo la Pokku Kedah nyo..
Dio royak di Kg Pek ado jjupo woghih-waghoh dio, woghih ambo jugok la..
hok nok ssukonyo maso ambo di UM dulu, ado sore gu hok kkacik molek nga ambo namo dio Tengku Aziri bin Tengku Ali, mok dio namo Tuan ggapo kawe lupo doh..
Asa dio Kg Pek la, lo ni masuk Felda kemehe 1, kalu royak ko're Rajo Ali kena belako la nyo..
Ambo fine-tune bahaso kelate ambo nga dio la..
mulo buleh doh kkecek, ambo di jerantut pung rama ore kelate.. tapi sekak ssaing nga Tengku Aziri ni kiro kalu gi Kelate meme tok seko la ore luar..
tapi nok kiro buke ore luar jugok ambo ni..
nok jadi sirih pulang ke gagang jugok kkali..

Abe Li,
Ado thread baru ko Persemendaan ...... "  tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 06:26 PM | Show all posts
Berkenaan dengan serangan Siam pada lewat 1800...cuba DON rujuk kisah perebutan tahta di Kota Bharu yang melibatkan campurtangan Siam...yang menyebabkan keturunan Raja Kg Laut (kalu tak silap)...d ...
cmf_tongkatali Post at 19-7-2009 20:31


Abe Li..
Makin menarik.. ni..
Amat berharap misteri dapat diselesai segera sebelum pulang berhari raya di kelantan..
Boleh plan sikit nak melawat mana2 dan kaum keluarga yang telah sekian lama ingin ditemui..
Insya-Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2009 09:07 PM | Show all posts
335# donbalon




PERSEMENDAAN DI ANTARA ZURIAT LONG GAFFAR
DAN LONG YUNUS



Salasilah kerabat Long Gaffardi Kelantan, sejakdahulu sampai ke hari ini didapati bercampur-aduk denganahli-ahlikeluarga dari kerabat diraja lain yang pernah merajai Kelantan,sepertiKerabat Raja Jembal (RJ), Kerabat Long Yunus (LY), dan bukan kerabat(BK), iaitu lantaran persemendaan atau perkahwinan yang berlaku dikalanganahli-ahli kerabat berkenaan dan lainnya di mana ia merupakansuatu keyunikandalam peme rintahan beraja di Kelantan sehinggamenjadikan kerabat Long Gaffardi Kelantan mem punyai pertalian dengankerabat-kerabat diraja lain, khasnyadengan kerabat Long Yunus atau jugadengan kerabat-kerabat diraja lain,amnya  baik secara langsung atautidak lang sung, menyebabkanmasing-masingnya mempunyai saham yangtersendiri di dalam pemerintahan beraja diKelantan.

     Berhubung dengan persemendaan di antara ahli-ahlikerabat diraja diKelantan, khasnya di antara ahli-ahlikerabat  Long Gaffar denganahli-ahli kerabat Long Yunus, maka,nama-nama berikut dapatmenjelaskannya, misalnya perkahwinan Long (Tuan) SenikMulut Merah, cucunda Long Yunus dengan Tengku Puteri Neng,cucu Long Gaffaryang kemudian bergelar Raja Perempuan Gunung, Bachok,manakala suaminya setelahmenjadi raja Kelantan bergelar Sultan MuhammadII; kemudian terdapat 3 zuriat Long Mansor (anakanda Long Seri)yangberkahwin dengan zuriat Long Yunus iaitu yang pertama, puteranya TengkuSalleh berkahwin dengan Tengku Tengah iaitu puteri Long Sulong (Sultan Ahmad).Kedua, Tengku Kalsom puteri Long Mansor berkahwin dengan Tengku Besar Badaryangjuga anakanda Sultan Ahmad. Kedua-dua perkahwinan silang initidakmenghasilkan zuriat. Ketiganya ialah perkahwinan cucunda perempuanLong Mansoryang bernama Tengku Kembang iaitu anakanda Tengku Nik Tapong(Ku Senik). TengkuKembang telah berkahwin dengan Raja Temenggong Tua Tengku Abdul Ghafar(pewarissebenar tahta Kesultanan Kelantan) iaitu adinda Long SenikMulut Merah. Dariperkahwinan ini lahir Tengku Ahmad Tengku PanglimaRaja yang kemudiannyamelahirkan 6 orang anak iaitu, Tengku Zaid, TengkuNor Asiah, Tengku Fatihah,Tengku Faizah, Almarhum Tengku Nora (bekasSultanah Johor), DYMM Sultanah JohorTengku Zanariah dan Tengku Iskandaryang pernah menuntut tahta KesultananKelantan
.  Seterusnya perkahwinan Tengku Ampuan Zainab darizuriat Long Gaffar dengan DYMM Sultan Yahya Petra dari zuriat Long Yunus dandemikian juga  perkahwinan Tengku Ya`akub, bekas Yang DipertuaPertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan dari zuriat Long Gaffar dengan TengkuZubaidah,adik DYMM Sultan Yahya Petra dari zuriat Long Yunus.Demikiansekadarmenyebut beberapa ahli keluarga dari kedua pihak berkenaan yangterlibat secaralangsung dalam persemendaan ini.

     Kesan dari pergolakan politik dan desakan ekonomi,perkahwinan,agama dan sebagai nya bukan sahaja menjadikan ahli-ahli kerabatLongGaffar berada bertaburan di mana-mana sahaja, samada dinegeri-negeridalam Malaysia atau juga di negeri-negeri di luar Malaysiayang kadangkalamenyukarkan kita terutamanya untuk mengesan danmengenalpasti ahli-ahlikeluarga Long Gaffar, apa lagi apabila merekatidak menggunakan gelaran dirajayang biasa seperti Tengku, Engku dan Kuatau pun yang berkaitan seperti Nik,Megat, Wan dan seumpamanya, keranadidapati ramai juga di antara ahli -ahlikeluarga Long Gaffar yang telahmeninggalkan gelaran-gelaran itu kerana sesuatuse bab tertentu, iaituseperti yang berlaku kepada keluarga Tengku Abdul Samad,cucu LongGaffar di Pulau Chondong, Machang yang dikatakan mempunyai 12anaktetapi sehingga ke hari ini daripada 12 orang itu hanya seorangsahaja daripada4 orang  puteranya yang dikenali masih menggunakangelaran diraja,seperti Haji Raja Abdullah iaitu yang lebih dikenalisebagai Tok Kerawat PulauChondong, Machang sedang dua yang lain hanyadikenali dengan nama Mohd NorLabok, Machang dan seorang lagi hanyadikenali sebagai Tok Resat Kuala Sat,Machang. Begitu juga yang berlakudi kalangan zuriat raja Jambu, saudara LongGaffar,  iaitu sebagaimanayang terjadi kepada keluarga Tuan Lembutyang berpindah ke Limbat danBukit Abal seperti Haji Nik Ismail dan Tuan GuruHa ji Daud Bukit Abal,Pasir Putih, kerana, segala gelaran demikian tidak lagipenting khasnyabagi mereka yang bertaraf ulama itu.

     Namun demikian, dengan mengambilkira fakta-fakta diatas danlainnya, maka, ahli-ahli kerabat Long Gaffar masih dapatdikesan,diteroka dan dikenalpasti sekurang-kurang nya melalui 5 jalurketurunanberikut:

(1) Keturunan dari sebelah ibu-bapa yang kedua-duanya dari zuriat Long Gaffar(LG),
Di mana, pada kebiasaannya menggunakan gelaran-gelaran seperti Tengku, Engku,Ku, Tuan atau Tan.

(2) Keturunan sebelah bapa sahaja, di mana ibunya sama ada dariketurunan LongYunus  (LY) atau Raja Jembal (RJ) yang menggunakangelaran-gelaranseperti Tengku, Raja, Engku , Tuan atau Nik

(3) Keturunan dari sebelah ibu sahaja, di mana bapanya sama ada dari LYatau RJyang menggunakan gelaran-gelaran Tengku , Engku, Tuan  atau Raja

(4) Keturunan dari sebelah ibu sahaja, di mana bapanya bukan darikerabatdiraja yang biasanya menggunakan gelaran-gelaran seperti Nik,Megat atauPuteri, dan
(5) Keturunan dari sebelah ibu-bapa, sama ada kedua-duanya dari kerabatdirajaatau salah seorangnya yang meninggalkan segala gelaran diraja,bahkan zuriatmereka juga tidak menggunakan apa-apa gelaran di atas,tetapi ini akanmenyulitkan kita untuk mengetahui dan mengenalpastiketurunannya melainkandengan merujuk ke pada ibu-bapa atau datuk nenekmereka untuk mendapatkanmaklumat   
   
SKOP.Tulisan ini cuba menyingkap kembali Long Gaffar dan peranannyasebagaiseorang raja atau pemerintah yang pernah mewarnai sejarahkegemilanganpemerintahan beraja di Kelantan suatu masa dahulu denganmenumpukan kepadasalasilah awalnya, iaitu asal-usulnya sejak daripra-kelahirannya, kehadirannyadi Kelantan dan keterlibatannya dalamPerang Kota Kubang Labu I dan II, menyabungayam di Terengganu sehinggakepada mengasaskan wangsa raja-raja Kelantan darizuriatnya yangberpusat di Limbat, Peringat Kota Bharu dan di Jeram, PasirPuteh.Segala peristiwa yang berkai tan, carta zuriatnya, dokumentasijejaknyadan bibliografi sebagai pelangkapnya (Supplementary), adalahsatu-satunyasumbangan dan didikasi serta penghargaan dan ingatanyangberkekalan  dari generasi kini terhadap moyang mereka Long Gaffar.

    Oleh itu, adalah diharapkan, setidak-tidaknya ia akan menjadibuktiwujudnya se buah kerajaan beraja di Kelantan yang diasaskan olehLongGaffar di Limbat dan di teruskan oleh zuriatnya di Jeram, PasirPuteh yangsekaligus memberi jawapan yang tepat dan benar terhadapusaha-usaha sesetengahpihak yang ingin menggelapkan fak ta sejarahpemerintahan Long Gaffar danzuriatnya di Kelantan.


tongkatali Post at 9-9-2008 08:21


DON...tolong la baca start dari page 1...bacalahhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 01:57 PM | Show all posts
Abe Li..
Saya dah baca "persemendaan" tu..
Kalau selepas dijejak kami ini keturunan Long gafar juga, rasanya kami agak unik sebab tengku saleh dari Kelantan, tengku Daie anaknya tak pasti lahir di kelantan atau Kedah, namun nenek kami dari leluhur Kesultanan Kedah. Dalam video tu Pkasu tu cerita hal keturunan nenek saya la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 02:52 PM | Show all posts
338# donbalon

Bagi saya itu biasalah...yang UNIKnya....asal-usul gelaran seperti "TENGKU"..."NIK"..."WAN"..."MEGAT"..."TUN"....dan lain-lain...kenapa adanya gelaran itu...ADAT BERSENDIKAN SYARAK, SYARAK BERSENDIKAN KITABULLAH
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2009 04:00 PM | Show all posts
Abe Li,
Megat tu di Perak saja kan?
Ayah Raja @ Tengku + Mak tiada gelaran kan?
Tuan dengan Tengku sama level je kan?
Saya ada kawan sama sekolah di Kuantan dulu, nama dia Tuan Azman bin Tuan Ismail, tapi nama abang dia Tengku Kamaruzzaman bin Tuan Ismail..
yang kelakar masa tingkatan 4 ada budak2 dari KL masuk mendaftar..
ada sorang tu tanya dia bila nampak name tag dia..
"..ehh.. suka-suka ngko letak kat name tag Tuan.. cikgu tak marah ke?"
Tuan Azman jawab "Lah..nko pun boleh letak.. cikgu sini ok.. nak letak encik, yang berhormat pun boleh".. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 02:10 PM | Show all posts
340# donbalon


Tak kiralah apa GELARAN dia...soalnya di sini MENGAPA ada gelaran itu...itu yang telah dikaji dan dijelaskan oleh HAJI MUZAFAR dalam bukunya. Bacalah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2009 04:25 PM | Show all posts
341# cmf_tongkatali
Menarik tu Abe Li..
saya ari tu tak sempat pegi cari..
Ingat hujung minggu ni mau cari juga..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2009 05:39 PM | Show all posts
341# cmf_tongkatali


hehehe....dah masok thread Sultan Ismail board sana?
ade kabar positif tauw

Tuanku Sultan bukan je dh bukak mata bahkan dh boleh cakap sikit2......
kan zb dh kata....zb konfiden sgt Tuanku akan pulih....
x patut abe samakan keadaan SI dgn yasmin ahmad........
SI lain krn baginda ada doa dr TGNA & dr rakyat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.404096 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list