CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
m_vaughn This user has been deleted
Post time 3-1-2005 04:11 PM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 3-1-2005 03:59 PM:
fuhh
byknya 'steward'
rasa mcm lotr plak
'steward of gondor'
:lol



:bgrin: nak buat macam mana... semuanya nak dok atas takhta... bukan atas nama sultan sebenar pun jadila....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


adam_300SE This user has been deleted
Post time 3-1-2005 11:50 PM | Show all posts
Originally posted by m_vaughn at 3-1-2005 11:42 AM:



Sultan sekarang byak tak ada daulah sebab dia org bukan sultan sebenar... kebanyakan sultan sekarang tak boleh dudok di istana yang sepatutnya kerana ada something yang menghalang... aku ada  ...



isskkk..dahsyat nyer sampai TV pun bleh kejar YDP, tapi larat ker YDP nak lari...??
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2005 11:51 PM | Show all posts
Originally posted by m_vaughn at 2005-1-3 03:10 PM:



ini plak dari negeri perak... istana kat kuala kangsar tu, tak bley dudok jugak sebab bukan ****** yang sah... tapi aku dengar raja nazrin terpaksa jugak dok kat situ... khabarnya dia sering  ...


nazrin naik secara tipu. kalau ikut sistem beraja perak mana boleh lantik anak sendiri terus jadi raja muda. kenalah ikut giliran. nampaknya kesultanan perak akan difaraidkan utk keturunan sultan azlan jer. nak bolot ler tu. tamak manusia ni.
Reply

Use magic Report

bug_vengeance This user has been deleted
Post time 4-1-2005 02:44 AM | Show all posts
hape la sultan2 ni
baik kasi aku jek keris tamingsari tu
:lol
Reply

Use magic Report

m_vaughn This user has been deleted
Post time 4-1-2005 09:43 AM | Show all posts
Originally posted by bug_vengeance at 4-1-2005 02:44 AM:
hape la sultan2 ni
baik kasi aku jek keris tamingsari tu
:lol




ko nak buat apa dgn keris tu? nak panggil hang tuah balik semula ker?:bgrin:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2005 12:07 AM | Show all posts

ASAL nama KELANTAN !

Dulu takde nama KELANTAN...yg ada hanya "NEGERI TANAH SERENDAH SEKEBUN BUNGA NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG". Dlm catatan sejarah pedagang CHINA dulu sebut "CHIH TU" sebagai merujuk kepada negeri ini.
Ia bermaksud negeri "CIK SITI".
Nama KELANTAN hanya bermula selepas pembukaan negeri ini oleh LONG GAFFAR lebih kurang pada tahun 1750an. Baginda telah mendirikan pusat pemerintahannya di LIMBAT, Pasir Tumboh, dekat KOTA BHARU. Baginda kemudiannya telah membahagikan negeri ini kepada dua bahagian iaitu kerajaan pusat yg berpusat di LIMBAT yang diperintahnya sendiri dan KOTA BHARU yang diserahkan kuasa pemerintahannya kepada sahabatnya iaitu LONG YUNUS. Peranan LONG YUNUS di sini hanyalah sebagai GABENOR dan sebarang keputusan hendaklah dirujuk kepada LIMBAT.
Sempadan bagi dua kawasan ini ialah PASIR TUMBOH. Bermula dari sinilah negeri CIK SITI ini kemudiannya digelar "NEGERI YANG DIKERAT LINTANG".
Itulah asal nama bagi KELANTAN.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2005 10:12 AM | Show all posts
aku pernah baca nama asal usul kelantan..iaitu berasal dari perkataan "Kilat-kilatan". Diceritakan seorang putera raja dari daerah selatan siam yang sering melihat cahaya terang benderang seperti kilat dan baginda sungguh tertarik untuk membuka negeri tersebut. Dari asal 'Kilat-kilatan" menjadi Kelantan pada hari ni. betul atau dongeng tak tau ler;)
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2005 11:57 AM | Show all posts
oooo cam tu rupanye sejarah kelantan.....................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2005 04:21 PM | Show all posts
Tok Janggut

Sebenarnya dalam peristiwa Pemberontakan Tok Janggut di Pasir Puteh pada tahun 1915, Tok Janggut tidak terbunuh. Mayat yang didakwa sebagai Tok Janggut sebenarnya adalah orang lain yang kebetulan mempunyai nama dan janggut yang menyerupai Tok Janggut. Tok Janggut yang sebenar berjaya melarikan diri ke Negeri Sembilan. Kejadian ini pernah dilaporkan oleh media tidak lama dulu. Kalau anda tidak percaya silalah rujuk laporan polis yang dibuat selepas peristiwa pemberontakan tersebut.

Peristiwa di atas sebenarnya bukanlah pemberontakan tetapi sebenarnya merupakan peristiwa perjuangan menentang penjajah dan kuncu-kuncunya iaitu Siam dan keturunan Long Yunus(yang memerintah Kelantan hari ini). Ini kerana kerajaan sebenar yang memerintah Kelantan pada masa itu ialah kerajaan yang diperintah oleh Engku Besar Jeram (keturunan Long Gaffar), yang berpusat di Jeram, Pasir Puteh. Kerajaan baginda pada masa itu enggan mengiktiraf kuasa dan campur tangan Inggeris di Kelantan. Sebab itulah Inggeris cuba menaikkan keturunan Long Yunus yang hanya merupakan hanya berjawatan yang bertaraf pegawai daerah Kota Bharu. Alasan tidak ingin bayar cukai hanyalah rekaan.
Sejarah selalunya ditulis oleh orang yang menang........(rujuk penyelewengan sejarah Kelantan.)
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2005 02:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2005 06:32 AM | Show all posts
betul raja skarang ni dah takde tulah..orang boleh buat ape pon. hmm pasal istana kat kuala kangsar tu,lawa tempat tu,atas bukit..aku slalu beli nasi bungkus makan tgh hari tepi sungai perak blakang istana tu.ahahha nyaman.  gano2 pong balik laye teyrap depe istano bule 6 nih! wohoo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2005 11:04 AM | Show all posts

TERKINI

Berita terkini yg saya dapat...seorang tokoh sejarah dari Universiti Malaya mengakui memang terdapat penyelewengan dalam penulisan sejarah Kelantan. Menurut beliau (nama dirahsia), keturunan yang memerintah sekarang memang tidak ada kaitan langsung dengan dua keturunan besar yang pernah merajai Kelantan iaitu keturunan Jembal dan Long Gaffar. Mereka juga tidak kaitan dengan sejarah "Tanah Serendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang".

p/s....patut pun istana Kelantan sekarang marah sangat bila guna nama "Tanah Serendah Sekebun Bunga Negeri Cik Siti Wan Kembang".
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 03:52 PM | Show all posts
mok nik pohon kepada tongkatali sekiranya dapat beri nama buku dan penulisnya serta penerbitnya  sekali untuk mok nik mencari dan membuat rujukan . Sejarah adalah berdasarkan kepada fakta bukan hanya sekadar pengentahuan sedia ada kita dan dari cerita2 mulut ke mulut.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 03:56 PM | Show all posts
ini adalah hasil dari buku yang mok nik baca dan mok nik tulis/salin satu persatu dari buku MONOGRAF SEJARAH : KEMUNCULAN KELUARGA PEMERINTAH BARU DALAM KERAJAAN TANAH MELAYU 1600 - 1900 - SUATU KAJIAN  oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali ( Pensyarah Jabatan Sejarah, UM), terbitan Persatuan Sejarah UM dgn kerjasama Penerbitan Saujana(M) sdn.Bhd.

Sebagaimana negeri lain, Kelantan juga mengalami kemunculan keluarga pemerintahan baru. Di kurun ke 15 dan 16 telah pun ada keluarga pemerintah di Kelantan, di kenali dengan Keluarga Diraja Jembal. Pemerintahan Keluarga di raja Jembal berakhir setelah mangkatnya Sultan Omar pada tahun 1721.

Walaupun baginda mempunyai putera lelaki yg sepatutnya dari segi system politik kesultanana Melayu mewarisi takhta kerajaan, tetapi takhta kerajaan telah diduduki oleh menantu baginda, Long Bahar. Long Bahar ialah keluarga bangsawan Pattani. Ketika menduduki takhta kerajaan di Jembal, Sultan Omar bersahabat baik dengan pemerintahan Pattani yg dikenali dengan panggilan Datuk Pangkalan Tua. Oleh kerana hubungan rapat ini, dua orang putera Datuk Pangkalan  Tua, Tuan Sulong dan Tuan Bahar (dikenali juga Tuan Besar) telah berkinjung ke Kelantan. Di Kelantan, Tuan Sulong  telah berkahwin  dengan Che Biru anak Penghulu Hitam, pembesar Sultan Omar; dan membuat kota di Kubang Labu. Long Bahar pula berkahwin dengan  Raja Pah, Puteri  Sultan Omar dan menetap di Sening, Jembal. Perkahwinan ini menyebabkan terlibatnya keluarga bagsawan Pattani dalam pentadbiran Kelantan. Setelah Sultan Omar mangkat, menantu baginda Long Bahar telah dilantik dan ditabalkan sebagai pengganti memerintah Kelantan di Jembal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:01 PM | Show all posts
Kenaikan Long Bahar di atas takhta kerajaan Jembal, menandakan berakhirnya pemerintahan nisab Sultan Omar; dan juga memperlihatkan munculnya keluarga baru, keturunan bangsawan Pattani di Kelantan. Berikutnya apabila Long Bahar mangkat, baginda digantikan oleh puteranya Long Sulaiman, bukan hasil perkahwinannya dengan Raja Pah, puteri Sultan omar, tetapi dengan isterinya di Pattani.  Perlantikan Long Sulaiman di atas takhta kerajaan Kelantan telah menamatkan terus kemungkinan keturuanan diraja Jembal berkuasa semula di Kelantan.

Long Sulaiman mempunyai dua orang puteri dan seorang putera, Long Yunus. Salah seorang daripada puterinya berkahwin dengan Long Deraman raja Bukit Jarum, Legeh, Selatan Pattani. Kemudian berlaku perselisihan masalah perluasan kuasa, Long Sulaiman dibunuh oleh Long Deraman menantunya. Long Deraman tidak melantik Long Yunus sebagai pengganti Long Sulaiman, sebaliknya menyerahkan takhta kerajaan Kelantan kepada Long Muhammad putera Tuan Sulong saudara iparnya dan membuat pusat pentadbiran di Kota Kubang Labu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:01 PM | Show all posts
Perlantikan ini bukan sahaja memperlihatkan perpindahan pusat pentadbiran Kelantan dari Sening(Jembal) ke Kota Kubang Labu, tetapi juga kemunculan keluarga baru sebagai pemerintah Kelantan. Walaupun begitu keluarga baru ini mempunyai hubungan persaudaraan dengan keluarga diraja pemerintahan Jembal yang diasaskan oleh Long Bahar. Disamping itu ia juga memperlihatkan kekeuasaan Long Deraman di Kelantan.

Walaupun demikian pemerintahan keluarga Tuan Sulong tidak dapat bertahan lama, hanya dua orang puteranya sahaja iaitu Long Muhammad dan Long Pandak. Long Pandak diangkat menjadi Raja Kelantan oleh Long Deraman menggantikan Long Muhammad berpusat di Kota Kubang Labu. Perlantikan ini pula ekoran daripada tindakan Long Deraman membunuh Long Muhammad, sebagai membalas dendam kerana membunuh isterinya, Engku Pasir Mas, adik Long Deraman tanpa usul periksa dan mayatnya dihantar dengan seekor gajah tanpa pengiring. (  tentang pembunuhan Engku Pasir Mas dan serangan Long Deraman sila rujuk buku Kelantan Dari Zaman ke Zaman oleh Muhammad Husin Khal’I Haji Awang)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2005 04:03 PM | Show all posts
Ketika pemerintahan Long Muhammad, dan kemudiannya pula Long Pandak, Long Yunus putera Long Sulaiman diberi layanan yang baik supaya tidak akan timbul lagi sebarang perasaan atau keinginan untuk menuntut hak ke atas takhta kerajaan. Namun demikian Long Yunus mempunyai cita-cita untuk menduduki takhta Kerajaan Kelantan. Dalam usaha untuk mendapatkan takhta kerajaan Long Yunus mendapat bantuan daripada Sultan Mansur 1 Terengganu.

Tentang bagaimana Long Ynus mendapat bantuan  daripada Terengganu terdapat perbezaan diantara sumber Terengganu dengan Kelantan. Sumber Kelantan mengaitkan hubungan Long Yunus dengan Terengganu melalui peristiwa sabungan ayam di Batu Buruk, Kuala Terengganu. Dalam sumber ini dicatatkan seorang Panglima Muda Terengganu datang ke Kelantan, tiba di rumah Mandor Mis di Padang Garong, Kota Bharu. Di sini beliau bertemu dengan Long Yunus dan Long Ghafar (anak raja Reman dan sahabat baik Long Yunus). Setelah hajatnya disampaikan Long Yunus dan Long Ghafar sanggup ke Terengganu. Pada ketika itu Long Ghafar ada membawa ayam sabungnya bernama “ Bakas Beracun”. Di Terengganu upacara sabung ayam dilangsungkan dengan orang Bugis. Pertaruhannya, sekiranya orang Bugis kalah mereka sanggup menyerahkan jong dan muatanya sekali; sebaliknya jika Terengganu kalah, kawasan sepanjang dari Seberang Takir hingga ke Kuala Setiu menjadi hak milik orang Bugis. Temasya sabungan ayam berakhir dengan kemenangan ayam Long Ghafar. Sultan Mansur 1 gembira dengan kemenangan ini dan kemudiannya membantu Long Yunus bersama-sama  Long Ghafar menyerang Kelantan; dan berjaya mengalajkan Long Pandak, seterusnya Long Yunus menduduki takhta kerajaaan Kelantan. ( Untuk peristiwa sabung ayam ini, boleh rujuk buku tulisan Haji Nik Mahmud Ismail, Rengkasan Cetera Kelantan, m/s 23-26)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:04 PM | Show all posts
Berdasarkan kepada sumber Terengganu pula, karangan Haji Abdullah al-Masjid,dirumikan dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris oleh H. Marriot, setelah bapanya   Long Sulaiman dibunuh oleh Long Deraman, Long Yunus mengundurkan diri ke Bukit Datu, kemudian ke Losong, Terengganu. Ketika berada di Terengganu, Long Yunus berjaya mendamaikan perkelahian di antara Ku Tana Wangsa (saudara tua Sultan Mansur 1) dengan Bendahara Husin (Bendahara Bukit Puteri). Berikutnya Long Yunus berkahwin dengan  Tun Jumat, puteri Ku Tana Wangsa. Kini Long Yunus telah menjadi sebahagian daripada keranat diraja Terengganu.

Setelah berapa lama di Terengganu, Long Yunus meminta saudara iparnya, Tun Tahir Temenggung menyampaikan hasartnya untuk mendapatkan semula takhta kerajaan Kelantan kepada Sultan Mansur 1. Sultan Mansur 1 memberi bantuan dan sebanyak tiga kali gerakan dilakukan ke atas Kelantan. Akhirnya Long Yunus berjaya menduduki takhta kerajaan pada tahun 1776. (Tarikh ini didasarkan kepada Rahmat Saipan-Perkembangan Politik Melayu Tradisional 1776-1842; m/s 9)
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 04:04 PM | Show all posts
Dalam serangan pertama, Long Pandak dikalahkan oleh Long Yunus menduduki takhta kerajaan Kelantan. Kemudiannya dengan bantuan Long Deraman, Long Pandak berjaya mengundurkan Long Yunus ke Terengganu. Dengan itu Sultan Mansur 1 sekali lagi mara ke Kelantan dan kebetulan angkatan Long Deraman dan Long Pandak pula mara ke Terengganu. Kedua2 pasukan ini bertemu di Penarik, Setiu, Besut tanpa pertempuran. Di sini keputusan dicapai Long Pandak sebagai Sultan dan Long Yunus sebagai Raja Muda. Tidak lama kemudian Long Deraman meninggal dunia di Bangnara, dan Long Pandak berpindah ke Legeh. Dengan itu tinggallah Long Yunus sendirian memerintah Kelantan.

Namun demikian Long Yunus kemudiannya di fitnahkan dan berundur ke Terengganu. Oleh kerana Long Pandak tidak mematuhi arahan Terengganu, angkatan Terenngganu bersama-sama Long Yunus dan Long Ghafar ( Tuk Limbat) sekali lagi menyerang Long Pandak dan mencapai kejayaan.

Dengan itu Long Yunus ditabalkan menjadi Sultan Kelantan. Manakala Long Ghafar; kerana jasanya telah dianugerahkan gelaran Engku Seri Maharja Perdana Menteri berkuasa dari Sungai Pasir Tumbuh hingga ke Laut sempadan Terengganu. Kenaikan Long Yunus diatas takhta kerajaan bermakna keluarga Long Bahar kembali berkuasa di Kelantan. Kedudukan Long Yunus mendapat pengiktirafan Terengganu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-9-2005 11:10 AM | Show all posts

Moknik...Moknik...

Kan saya dah kata...sejarah Kelantan telah diselewengkan. Saya juga dah sebut orang yang mula-mula menyelewengkan sejarah Kelantan ialah Dato' Perdana Menteri Nik Mahmud. Yang awak duk rujuk buku tu wat apa. Saya rasa Moknik patut baca apa yang saya tulis dari awal dan cuba faham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:49 PM GMT+8 , Processed in 0.085267 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list