CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 23-2-2006 05:11 PM | Show all posts
Walaupun Ketam oghe Kelate, ni first time Ketam dengar sjaroh Kelate diselewengkan :hmm:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2006 12:20 AM | Show all posts
Originally posted by ketam_batu_jr at 23-2-2006 05:11 PM
Walaupun Ketam oghe Kelate, ni first time Ketam dengar sjaroh Kelate diselewengkan :hmm:


belajarlah nanti terlambatt! :nerd:
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2006 12:51 AM | Show all posts
saya tepekkan petikan dari wonbin..


Saiyid Hussien Jamadil Kubra merupakan nenek moyang kepada semua Syed, Syarifah, Nik, Wan, Long, yang berada di Kelantan, Patanni (Selatan Thailand), Raden di Jawa. Beliau adalah keturunan Arab, susur galur beliau adalah keturunan Nabi Muhammad SAW. Seperti yang saya terangkan di atas, beliau belayar ke Nusantara daripada India. Tujuan beliau ialah untuk berdakwah. Pada masa itu, Islam sudahpon ada bertapak di Nusantara, namun tidaklah menyeluruh. Beliau singgah di Sumatera, Melaka dan terus ke Kelantan/ Patanni. Beliau ini ada ramai isteri. Kuota 4 orang sentiasa penuh. Semua isteri beliau adalah anak Raja. Beliau menjadikan negeri Kelantan sebagai pusat dakwah beliau pada masa itu. Bahkan misi dakwah Wali 9 di Pulau Jawa pon di rancang daripada Kelantan.

Dalam manuskrip simpanan Istana Sultan Kelantan ada menyebut dengan jelas salasilah Sultan Kelantan dan Saiyid Hussien Jamadil Kubra. Bagaimanapon, identiti beliau telah dipadamkan oleh penjajah Inggeris. Buku sejarah di sekolah tidak menyebut nama beliau. Pihak penjajah telah memadakan identiti sebenar kerabat Istana. Yang tinggal ialah sejarah orang Melayu yang lemah dan primitif. Sehinggakan kini orang enggan percaya bahawa di Malaysia ini merupakan tempat di mana cucu cicit Nabi Muhammad bermastautin dan meneruskan dakwah islam mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 10:32 AM | Show all posts

Asal-Usul Long Gaffar

Asal-Usul Keturunan Long Gaffar

Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan dengan keturunan Sang Nila Utama. Menurut adat perpatih, anak lelaki perlu keluar mengembara bagi mencari untung nasib. Kisahnya bermula apabila tiga orang putera raja bersaudara  keluar mengembara menuju ke Tanah Melayu. Lalu mereka bertiga menaiki kapal layar diiringi oleh  para pengikutnya. Walau bagaimanapun, di tengah perjalanan kapal layar mereka telah dipukul oleh ribut taufan. Ini menyebabkan kapal layar mereka musnah dan karam. Kesemua anak kapal dan pengikut putera raja berkenaan dikatakan mati kecuali tiga orang putera raja berkenaan. Namun mereka bertiga tidak lagi bersama dan masing-masing hanyut dibawa arus.

Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.

Seterusnya, Tok Nik yang tidak tahu arah tuju itu meneruskan pengembaraannya seorang diri di tempat yang begitu asing  baginya. Di dalam pengembaraannya, beliau dikatakan telah bersahabat dengan orang bunian. Oleh kerana lama perjalanan, beliau dikatakan telah bertukar rupa dan menjadi sangat hodoh bagaikan rupa seorang orang asli.

Setelah lama mengembara, Tok Nik tiba di satu tempat yang bernama Bendang Saring. Kebetulan pada masa ketibaannya ada keramaian bagi memilih menantu. Raja negeri berkenaan mengisytiharkan sesiapa yang boleh mengambil dan membawa turun satu pelepah   dari pokok saring yang tinggi, akan dikahwinkan dengan puteri baginda yang bernama Nang Cayang    dan seterusnya akan diberikan sebahagian daripada negeri Bendang Saring. Pada mulanya pertandingan tersebut dibuka kepada putera-putera raja dan para pembesar sahaja. Namun, tidak ada dari kalangan mereka yang berjaya membawa turun satu pelepah dari pokok tesebut,

Seterusnya pertandingan tersebut diisytiharkan buat kali kedua dan pada kali ini ianya terbuka kepada semua rakyat jelata. Seorang demi seorang rakyat mengadu nasib, namun semuanya gagal. Akhirnya, Tok Nik memberanikan diri mencuba nasib kalau-kalau dapat menurunkan  pelepah pokok saring. Beliau memperkenalkan dirinya sebagai Tok Nik dan dari situlah beliau dikenali dengan nama berkenaan. Melihatkan rupanya yang hodoh, orang ramai yang hadir  mengejek dan mentertawakan beliau. Tindakan orang ramai itu tidak diendahkan oleh Tok Nik dan beliau seterusnya tampil menyatakan hasratnya. Beliau menyatakan dua permintaan iaitu sebilah kapak dan seberapa banyak paku yang boleh. Setelah permintaannya dipenuhi, beliau mengambil kapak dan setimba yang penuh dengan paku  lalu memanjat pokok berkenaan. Sambil memanjat, beliau mengambil kapak tersebut, lalu memukul paku ke batang pokok  saring bagi dijadikan tangga.

Akhirnya beliau sampai ke pucuk pokok saring dan beliau dapati terdapat tiga pelepah, sedangkan yang diminta hanya satu pelepah sahaja. Lantas beliau teringatkan kepada  abang dan adiknya yang tidak diketahui apakah untung nasib mereka. Beliau kemudiannya menetak dahan pertama, lalu bermohon kepada tuhan jika beliau adalah keturunan raja berdaulat, minta supaya pelepah itu jatuh ke tempat di mana abangnya berada supaya mengetahui bahawa beliau masih hidup. Pelepah itu kemudiannya hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di suatu tempat yang dikenali sebagai Gangga Negara di Kedah. Cahaya pelepah itu dikatakan berwarna putih (perak).

Selepas itu, Tok Nik menetak pula pelepah yang kedua dan bermohon kepada tuhan supaya pelepah itu sampai kepada adiknya walau di mana beliau berada supaya dapat diketahui hidup atau matinya. Lalu pelepah itu hanyut diterbangkan oleh angin dan jatuh di negeri Ayuthia. Pelepah itu dikatakan mempunyai cahaya keperangan (tembaga).

Akhir sekali, Tok Nik menetak pelepah terakhir dan memohon kepada tuhan supaya ianya jatuh ke pangkal pokok bagi membuktikan kejayaannya. Setelah pelepah tersebut jatuh, Tok Nik turun ke bawah menggunakan tangga yang telah dibuat semasa memanjat pokok tersebut. Tok Nik telah diisytiharkan sebagai pemenang, lantas Raja Bendang Saring memanggil Tok Kadi, lalu dikahwinkan Tok Nik dengan puterinya yang bernama Nang Cayang sebagaimana yang telah dijanjikan.

Pada mulanya, puteri tersebut enggan dikahwinkan dengan Tok Nik memandangkan rupanya yang hodoh. Oleh kerana sudah dijanjikan sebelum pertandingan itu diadakan, Raja Bendang Saring pun mengahwinkan puterinya dengan Tok Nik. Pada waktu malamnya, puteri Nang Cayang bersembunyi kerana enggan tidur bersama Tok Nik. Tok Nik membiarkan perlakuan isterinya itu dan pada waktu tengah malamnya, disebabkan terlalu panas, Tok Nik bangun untuk mandi. Sebelum mandi, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu menampakkan rupa beliau yang sebenar. Rupanya dikatakan sangat tampan, tidak seperti yang dilihat sebelumnya. Setelah selesai mandi, Tok Nik menyarungkan kembali pakaiannya dan rupanya kembali bertukar menjadi hodoh. Tindakan Tok Nik itu diperhatikan oleh khadam raja, lalu dikhabarkan kepada Raja Bendang Saring.   

Pada keesokannya, satu perancangan telah diaturkan oleh Raja Bendang Saring untuk mencuri pakaian Tok Nik semasa beliau mandi. Pada malamnya, seperti malam sebelumnya, Tok Nik bangun untuk mandi dan sebelum itu, beliau menanggalkan pakaiannya, lalu diletakkan di satu tempat. Sebagaimana yang telah dirancangkan, semasa beliau sedang mandi, pakaiannya itupun dicuri oleh khadam raja, lalu dipersembahkan kepada raja. Raja Bendang Saring kemudiannya menitahkan supaya pakaian itu dibakar api.

Setelah selesai mandi, barulah  Tok Nik sedar bahawa  perlakuannya telah diintip dan pakaiannya telah dicuri. Oleh itu, Tok Nik terpaksa membuka rahsia dirinya yang sebenar. Lalu diceritakan kepada ayahanda mertuanya tentang asal-usul keturunannya yang berasal dari Pagar Ruyung dan peristiwa yang membawa beliau ke Bendang Saring. Selepas peristiwa itu, barulah puteri Nang Cayang mendekati suaminya Tok Nik dan hiduplah mereka berdua dengan bahagia. Sebagaimana yang telah dijanjikan juga, ayahandanya telah memberikan sebahagian dari negeri Bendang Saring untuk dirajai oleh Tok Nik dan puteri Nang Cayang. Setelah ayahanda mertuanya meninggal dunia, Tok Nik dilantik menjadi Raja negeri Bendang Saring. Selepas itu beliau dikenali sebagai Tok Nik Bendang Saring. Pasangan itu dikurniakan seorang putera yang juga dikenali sebagai Tok Nik (Tok Nik Raja Reman).  Setelah beliau meninggal dunia, beliau dimakamkan di Gua Kasut yang terletak di Kampung Jaha di Jalor (Yala).  Manakala kubur Tok Nik Raja Reman pula terdapat di Kota Bharu Reman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2006 10:37 AM | Show all posts
BERIKUT IALAH  SALASILAH KETURUNAN LONG GAFFAR


MAHARAJA SRIMAT TRAILOKYARAJA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2006 01:55 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 10-9-2006 10:32 AM
Asal-Usul Keturunan Long Gaffar

Menurut catatan, keturunan Long Gaffar dikatakan berasal dari Pagar Ruyung, Palembang di Sumatera. Susur galur keluarga Long Gaffar dikatakan mempunyai kaitan den ...




Ma kasih tongkat ali....
Sebijik cerita yg saya dengar dari arwah ayah ...........


Salah seorang dari mereka iaitu yang tengah, yang kemudiannya dikenali sebagai Tok Nik telah diselamatkan oleh ikan kekacang (muncung tajam dan berwarna putih). Ikan tersebut dikatakan telah membawa beliau ke sebuah pantai. Tok Nik kemudiannya naik ke darat dan seterusnya beliau bersumpah bahawa keturunannya tidak boleh memakan ikan kekacang kerana mengenangkan nasibnya yang telah diselamatkan oleh ikan tersebut.


nenet sedara pernah termakan ikan kekacang ni...dan badan dia naik biji2.... dan meninggal pastu...
alamak...lupalah...hari tu dah dapat nama saintifik ikan ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2006 07:31 AM | Show all posts
Eeerrrr...Boleh saya tau Amirda ni keturunan Long Gaffar juga ke....asal mana dan apa cerita yang u kata atuk u cerita tu..?
Boleh kongsi ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2006 03:54 PM | Show all posts

Reply #86 tongkatali's post

Citer pasal ikan kekacang (bukan dari atuk...x sempat kenal arwah atuk...tapi arwah ayah)

tapikan...arwah ayah ni...dia cam taknk citer byl psl keturunan....sbb nya...saya sendiri tak tahu kenapa.... heheheee....
saya selalu nampak ada kad2 jemputan "Kerabat Long Gaffar", macam2 lah... "Raja Jembal" pun ada...tapi arwah ayah cam tak amik kisah.... dan seingat saya masa kecik2 dulu... selalu ada yg datang cam pujuk arwah ayah utk bersama2 ngan sedara mara dia..... (tak paham sgt...tapi nama2 sedara tu..mmg ada  "Raja")

nama saya Nik.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2006 10:13 AM | Show all posts
Mmg gitu la org2 tua kita...lepas tu dekat2 nak mati baru la panggil anak cucu...nak cerita pasal keturunan. Saya pun alami benda2 mcm ni. Menyasau pulak kita cari keturunan. Saya sendiri  dah 6 tahun kaji pasal keturunan terutama Long Gaffar.
Heran ya...kenapa org dulu2 buat gitu...tak sayang ke sejarah keluarga ?
Untuk pengetahuan AMIRDAA...salasilah keturunan keluarga saya dah hampir siap...sebesar dinding !
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2006 12:25 PM | Show all posts

CUBA BACA...MENARIK !

DALAM NI BANYAK YANG PERLU KITA KETAHUI AKAN TERJAWAB

http://www.geocities.com/mzfr/dinastiquraish/tajuk.htm
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2006 08:00 PM | Show all posts
Originally posted by tossee at 12-10-2006 18:00
pening aku nok baco...hok mano sow nih....:geram:


Kito baco belako la tossee  wei sebab bagi kawe ni amat penting dan sungguh bermaklumat utk generasi ake datang
Saya ado jugo info, ingat nok tanyo tongkat ali pasal keturunan syed nie sebab ado keno mengeno sikit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2006 08:26 AM | Show all posts
Kalu SICCUREZZA nak tahu pasal keturunan SYED, baca nih...

CUBA BACA...MENARIK !

DALAM NI BANYAK YANG PERLU KITA KETAHUI AKAN TERJAWAB

http://www.geocities.com/mzfr/dinastiquraish/tajuk.htm

BACA JANGAN TAK BACA
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2007 12:34 PM | Show all posts
Lloni....hopefully.. this thread is to be moved back to it original column by the new mod....

hargailah sumbangan penulis...kalu takdok oghe tulis puok kito tok tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:21 PM | Show all posts
waduh naik buntang mata ku nak baca banyak nyer  ok nanti ambe baca dulu pahtu ambe adioh tacang deh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by KaKLaLa_Lost_id at 22-2-2007 01:21 PM
waduh naik buntang mata ku nak baca banyak nyer  ok nanti ambe baca dulu pahtu ambe adioh tacang deh



hoh tacang jange tok tacang lala......info bernas tuh
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 04:03 PM | Show all posts

Reply #95 BellaDeLaRossa's post

hoh bella.....sabo deh nanti ambe beri tacang belaka..info bernas tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2007 02:04 PM | Show all posts
Jange gitu Nice....takut nanti derhaka pd raja...biar la sapa nak jadi raja pun....asal jd raja yang ADIL dan ingin melaksanakan SYARIAT dalam diri, keluarga, masyarakat dan negaranya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2007 07:12 PM | Show all posts

Reply #98 tongkatali's post

kawe maksudkan lagu tu la wahai saudaraku tongkatali...

maksud rajo sebenar ialah Rajo Hok Adil dalam memikul amanah dio sebagai rajo...

buke duk dale istano jah weiiiiiiiiiii


----------------------

[ Last edited by  KaKLaLa_Lost_id at 25-2-2007 09:08 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-2-2007 11:02 AM | Show all posts
Yo...yo...raja jangan la duk perap dalam istano jah...lepas tu kawan dengan set2 dio hok kayo-kayo. Kalu boleh gi lah tengok2 rakyat...jagan duk harap ke laporan pegawai2 jah. Molek lagi jangan duk protokol sangat gat...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 04:17 PM | Show all posts
aku pernah dengar citer nih dari ayah, lamaaa dah..tapi aku x percaya.Bile baca thread nih aku teringat ler balik.......tuk aku pon pesan yg keturunan die jangan makan ikan kacang.........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.303240 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list