CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
 Author| Post time 4-7-2007 02:02 PM | Show all posts

Reply #112 farlin's post

Saya sangat setuju dengan pandangan saudara bahawa kita tak boleh hanya rujuk satu sumber je dan terus pegang 100%...sebab tu la saya ingin juga tegaskan kepada mana-mana penulis supaya lebih teliti semasa menulis jangan hanya taksub kepada satu-satu buku sejarah sahaja terutamanya berkenaan sejarah Kelantan. Saya percaya kalau saudara rajin mentelaah buku-buku sejarah Kelantan pasti saudara pun akan menjadi keliru sebabnya faktanya berbeza-beza.

p/s...saya rumuskan di sini kenapa fakta sejarah Kelantan dalam buku-buku yang berlainan berbeza...sebab masing-masing penulis cuba memuaskan hati pihak yang menjadi RAJA atau dengan kata lain nak "BODEK". Tak usah tutup lah bangkai gajah dengan daun "nyiur"...orang akan nampak itu adalah GAJAH...orang Kelantan kata sejarah Kelantan yang ditulis seolah-olah "tak temu takuk"....pening-pening !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2007 12:29 PM | Show all posts

Reply #134 tongkatali's post

ali, memang saya juga suka selidik sejarah klate kalu ada masa @ diperlukan utk sesuatu tujuan. Fakta yg kita dapat itu b'lainan krn penulisnya b'lainan macamlah juga bila kita baca sejarah hang tuah & mana2 saja sejarah lain krn tiap org menulis ikut maklumat & versi t'sendiri.
  
   haruslah diingat bahwa sejarah Rasulullah pun ada ketidaksamaan fakta contohnya kita dok sambut maulud nabi pada 12 R.Awal itu hanyalah satu pendapat shj, sedangkan pendapat lain masih wujud bbrapa tarikh lain. Ada yg menyatakan baginda lahir bulan ramadhan, r.akhir & macam2 lagi.

   Pinat, mungkin ko selaku org b'pendidikan dlm bidang gini boleh mensahihkan apa yg aku sebut ni..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 12:41 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 4-7-2007 01:07 PM
Memang benar Cik SITI tu gelaran yang berasal dari perkataan ARAB. Cuma apabila pedagang-pedagang CINA sebut dengan loghat bahasanya jadilah "CHIH TU"...ianya sebenarnya membawa maksud NEGERI CIK ...


  che ali sayang.... maaflah tapi saya rasa nk tergelak pula, rupa2nya itu cara anda mensahihkan statement tu ya. Kira pakai ikut sebutannya yg bunyi hampir2, aduh mudahnya!

  utk pengetahuan ali & forumners, kerajaan Chih Tu pernah wujud di bumi K'tan ini pd abad ke 6 M & ia merupakan antara k'jaan yg terawal  wujud di Asia Tenggara ini selain K'jaan Angkor (abad ke 7 M), K'jaan Funan (abad pertama M), k'jaan Champa & brapa kjaan lagi.

  Catatan mengenai K'jaan Chih Tu ada disebut dlm catatan pengembara China yg bernama I-Ching & Chih tu pula bermaksud T.Merah. Gelaran yg diperolehi oleh CSWK adalah sebagaimana yg telah saya nyatakan sbl ini. Antara K'jaan Chih Tu dgn gelaran Che Siti  langsung takda kena krn sbg.mana yg kita maklum, CSWK adalah insan yg hidup sekitar bbrapa ratus tahun yg lalu sedangkan k'jaan Chih Tu telah wujud seawal abad ke 6 Masihi lagi. Cubalah kira betapa jauhnya jarak masa, 1 abad = 100 tahun & kita pun tau nama k'jaan yg diperintah oleh CSWK kan....
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 12:45 PM | Show all posts
Lloni, naskhah ngan ISTANA KELANTAN tu elok je lagi, yg ko kata dah koyak tu dgn org lain lah kan? So apa sangkut pautnya istana kelantan dlm hal ini, kenapa kedengarannya seolah2 nk disalahkan naskhah koyak kat istana sedang yg koyak tu berada di tangan pihak lain?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 01:00 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 4-7-2007 01:00 PM


...Memang benar Long Yunus ada daerah pentadbirannya yang tersendiri dan daerah pentadbirannya itu sebenarnya adalah anugerah dari Baginda Long Gaffar yang menjadi Yang DiPertuan Kelantan. Lo ...


  soal 1 negri banyk pemerintah b'laku di mana2 negeri saja. Kalu ada sebarang kesilapan @ ketakwajaran yg dilakukan pemerintah akan memungkinkan dia akan ditentang @ dilawan oleh kaum kerabatnya sendiri @ mana2 wakil pemerintahannya. KIta kena faham sistem pemerintahan zaman dulu bukannya sistemetik cam zaman la ni, dulu kalu raja itu mangkat belum tentu lagi anak dia yg akan ganti, ianya mungkin diganti oleh adik, bapa saudara & sbg.nya.

   Tengok sejarah Kedah yg asalnya dulu merangkumi Penang & Perlis, Sultan M.Jiwa ditentang oleh kerabatnya sendiri krn menaikkan putera bukan gahara sbg raja muda & para kerabatnya ini dibantu oleh org bugis dr selangor.

  Cuba kita renung sejarah raja pattani, dulu pattani kira k'jaan melayu besar & ia merangkumi kelate, t'ganu, kedah & ianya dikenali sbg negeri pattani besar,... tapi sekarang raja pattani dah tiada, krabatnya b'taburan ada yg hidup tanpa mendedahkan identiti utk keselamatan diri. Kalu ada yg p'talian rapat skit ngan queen kelate ni kira nasib baik la kira ada gak harta walau tak sekaya mana, cuma bila queen kita ambik krabat patani tu buat menantu kejap barulah naik skit martabat puak ni itu pun kejap je....semenatar jadi menantu dulu..

   Kalu kat T'ganu kita taukan keturunan yg patut jadi pemerntah bukannya keturunan yg sekarang ni..... kalu kat Perak kita maklum je lah dgn porak peranda & dok main 'cah keting' sesama krabat, hingga sekarang pun tak pernah 'sendik' hubungan diorang. Namanya saja ketua hakim negara, tapi azlan shah tak mampu mengelak dr mengikut kemahuannya menaikkan keturunan sendiri dlm pewarisan takhta menyebabkan nazrin tak perlu tunggu lama utk jadi raja muda. Tapi sapa yg berani sebut hal gini?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2007 01:08 PM | Show all posts
Betapa TIDAK WAJARnya kalu sewenangnya mengatakan sejarah telah diselewengkan. Kalu dah raja itu yg jadi pemerintah maka sudah tentulah sejarahnya yg dipelajari lainlah kalu kita dah belajar sampai tahap bachelor, degree @ Ph.D barulah akan jumpa dgn tahap yg lebih tinggi.

   Tak siapa pun melarang kita dr buat penyelidikan bahkan ianya adalah sesuatu yg sangat digalakkan. Kalu catatan di sebelah krabat long ghafar itu cukup adil, maka ia tentunya akan menyatakan dgn jelas segala silap salah/kelemahan yg b'laku dlm pmerintahannya hingga jadi begitu...

   & aku cukup b'syukur bukan mrk ni yg jadi raja kelate la ni, kalu tidak cubalah bayangkan org macam tg iskandar p.mas tu jadi raja.....OK le skit dr iparnya kat johor tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-7-2007 08:06 AM | Show all posts
Originally posted by farlin at 7-7-2007 01:08 PM
Betapa TIDAK WAJARnya kalu sewenangnya mengatakan sejarah telah diselewengkan. Kalu dah raja itu yg jadi pemerintah maka sudah tentulah sejarahnya yg dipelajari lainlah kalu kita dah belajar samp ...



ingin  saya khabarkan...bahawa sekandar itupun bukan dari titihan sebenar...dia juga tergolong dari raja bakal....

cuba farlin tanyo...pakar istano...itu pun kalu demotu nok ghoyak ataupun kalu tahu....sapo ghaja yg turun tahto tokse jadi ghajo sebab dia ingin bertawwadhuk dan tok sanggup oghe semboh dio....seoghe ghajo hok sakit di kaki tu...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 08:11 AM | Show all posts
cubo tanyo...sapokoh hok dari keturunan sebeloh mok dio dari dayang atau anok akat atau cino ko...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2007 10:10 AM | Show all posts
...Lloni, naskhah ngan ISTANA KELANTAN tu elok je lagi, yg ko kata dah koyak tu dgn org lain lah kan? So apa sangkut pautnya istana kelantan dlm hal ini, kenapa kedengarannya seolah2 nk disalahkan n ...

Syabas saya ucapkan kepada saudaraKu "farlin" kerana akhirnya menjawab segala pertanyaan bukan saya seorang sahaja tentang nashkah asal "SEJARAH KELANTAN" yang kononnya masih lagi tersimpan (...disembunyi ?) di Istana Kelantan. Harap saudara dapat mengeluarkannya dari "simpanan" dan memberi peluang kepada orang ramai khususnya kepada pengkaji sejarah supaya dapat memperbetulkan semula sejarah yang telah tertulis.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #138 farlin's post

Nampaknya FARLIN cuba membawa forumer jauh ke permasalahan ke"RAJA"an negeri-negeri lain...Farlin tentu sedia maklum tentang permasalahan dalam Istana Kelantan...saudarakan "orang Istana"...jadi Istana Kelantan pun sekarang ber"masalah", bukan sahaja masalah di antara Istana dengan Tengku Iskandar dan Tengku Ibrahim yang ditabal oleh Datuk Anuar Musa...bahkan sesama sendiri pun bermasalah...

...p/s...dulu-dulu keluarga saya bila pergi ke istana akan disambut dengan kata-kata..."kita ni bukan orang lain"..."anok-beranok kito"...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:31 AM | Show all posts
Okey...pada masa bilakah keturunan Long Yunus mula "merampas tahta" Negeri Yang Di Kerat Lintang (KELANTAN) ini...

Keturunan Long Yunus mula merampas tahta Kelantan sedikit demi sedikit semasa pemerintahan Baginda Long Seri (putera Long Gaffar) yang berpusat di Limbat, Pasir Tumboh...dimana pada masa itu Kota Bharu diperintah oleh Long Senik Mulut Merah. Salah seorang puteri Baginda Long Seri iaitu Puteri Gunung telah dikahwinkan dengan Long Senik Mulut Merah...kesempatan ini telah digunakan sepenuhnya oleh Long Senik Mulut Merah kerana sebagai menantu beliau bebas keluar masuk ke Istana Kota Limbat. Bermula dengan "mengambil" peralatan-peralatan penting istana Limbat dengan alasan "pinjam"...sehinggalah kepada pembinaan Istana Balai Besar di Kota Bharu, di mana Istana Balai Besar ini dibina oleh tukang-tukang mahir dari Limbat atas arahan Baginda Long Seri dan bentuk binaannya pun hampir sama...yang berbeza cuma Istana Kota Limbat dibina bertiang, manakala Istana Balai Besar dibina di atas tanah tanpa tiang.

  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:44 AM | Show all posts
SIAPAKAH BAGINDA LONG GAFFAR ?

Berikut ialah hasil pembentangan oleh salah seorang AJK Pertubuhan Kerabat Long Gaffar Kelantan...


Assalamualaikum w.b.t.

Yang dimuliakan tengku pengerusi majlis, yang amat dihormati ayahanda Tengku yang Di Pertua PKLGK, Tengku Timbalan YDP, barisan tengku-tengku ahli-ahli jawatankuasa, tengku-tengku hadirin yang dihormati sekelian.

        Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada barisan tengku-tengku ahli jawatankuasa kerana memberi peluang kepada saya untuk berucap dan seterusnya mempersembahkan salasilah keturunan satu keturunan yang pernah merajai bumi 揟anah Seri Indah, Tanah Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:49 AM | Show all posts
PEMERINTAHAN RAJA-RAJA KELANTAN SELEPAS LONG GAFFAR

PEMERINTAHAN BAGINDA LONG SERI

        Selepas kemangkatan Baginda Long Gaffar pada tahun 1783 ( Pelajaran Tata Rakyat Negeri Kelantan : Ab. Razak Mahmud),  putera baginda yang bernama Long Seri telah ditabalkan menggantikan ayahandanya.

Pada masa pemerintahan Long Seri, usaha-usaha bagi menjatuhkan pemerintahan keturunan Long Gaffar oleh keturunan Long Yunus bermula. Ia bermula dengan perkahwinan Long Senik Mulut Merah dengan puteri sulung Long Seri. Keadaan ini telah membolehkan Long Senik Mulut Merah bergerak cergas di dalam kawasan istana Kota Limbat.

Long Senik Mulut Merah mula memainkan peranan bagi menjatuhkan pemerintahan mertuanya yang merupakan keturunan Long Gaffar. Usaha ini dilakukan bagi memastikan kuasa pemerintahan ke atas negeri Kelantan dapat dibolot oleh keturunannya yang merupakan dari keturunan Long Yunus.

Di antara usaha-usaha yang dilakukan oleh Long Senik Mulut Merah ialah  mendapatkan alat-alat kebesaran kerajaan kepunyaan istana Kota Limbat. Dengan menggunakan alasan  搈eminjam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 10:56 AM | Show all posts
Berdasarkan kepada petikan di atas diharap semua forumer dapat faham bagaimana kronologi "rampasan tahta" Kelantan berlaku. Proses "rampasan tahta" ini sebenarnya jika kita perhatikan melibatkan satu perancangan yang rapi di satu pihak yang mengambil kesempatan di atas kealpaan pihak yang satu lagi...dan proses ini sebenarnya berlaku dalam masa yang agak lama...dan untuk lebih berlaku adil, saya tidak dapat nafikan bahawa KELEMAHAN ke"raja"an yang di ketuai oleh Baginda Long Seri (ditambah dengan usianya yang sudah terlalu tua pada masa itu) juga menjadi antara faktor penyebab kemerosoton kuasa dan kejatuhan kuasa serta berpindahnya tahta kerajaan dari Kota Limbat ke Kota Bharu.

[ Last edited by  tongkatali at 9-7-2007 12:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 05:47 PM | Show all posts
Originally posted by farlin at 7-7-2007 12:45 PM
Lloni, naskhah ngan ISTANA KELANTAN tu elok je lagi, yg ko kata dah koyak tu dgn org lain lah kan? So apa sangkut pautnya istana kelantan dlm hal ini, kenapa kedengarannya seolah2 nk disalahkan n ...



farlin..kalau nak pinjam utk buat kaji selidik buleh ko....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-7-2007 12:44 PM | Show all posts
Saya amat berbesar hati dan amat berterima kasih kiranya "farlin" dapat meminjamkan buku yang saudara dakwa ada di "istana" tu...semoga dapat menjawab segala kekeliruan yang ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2007 12:57 PM | Show all posts
Sebenarnya hubungan di antara kerabat di Raja Kelantan (Long Yunus) dengan kerabat-kerabat Long Gaffar dan Jembal amat baik tapi ada pasang-surutnya...bahkan di antara kesemua keturunan kerabat di atas sebenarnya mempunyai hubungan kekeluargaan yang erat dan sentiasa diperbaharui terutamanya melalui hubungan perkahwinan.
Misalnya hubungan kekeluargaan di antara Kerabat Long Yunus dan Kerabat Long Gaffar amat erat sehinggakan Long Gaffar sendiri semasa hayatnya menganggap Long Yunus sebagai adiknya, kemudian Long Senik Mulut Merah pula dijadikan menantu oleh Baginda Long Seri dan begitulah seterusnya di mana seringkali berlaku perkahwinan silang di antara kedua-dua keturunan kerabat tadi.Boleh dikatakan kemuncak kepada hubungan baik di antara kedua-dua keturunan kerabat tadi berlaku semasa Almarhumah Sultanah Zainab (anakanda Tengku Seri Utama) yang merupakan keturunan Long Gaffar yang berkahwin dengan Sultan Yahya Petra dan semasa Almarhum Tengku Faisal masih lagi hidup. Selepas kedua-duanya mangkat, hubungan kekeluargaan mulai mengalami zaman "gerhana" sehinggalah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 9-7-2007 10:20 AM
Nampaknya FARLIN cuba membawa forumer jauh ke permasalahan ke"RAJA"an negeri-negeri lain...Farlin tentu sedia maklum tentang permasalahan dalam Istana Kelantan...saudarakan "orang Istana"...jadi  ...



  hehehe...oooo jadinya you ni jenis org yg layak gi ke istana gak lah ye. Aku boleh faham rasa frust sstengah kaum krabat yg tak capai hajat nk jadi raja, tapi bg aku kalu raja yg sekarang ni sudah cukup ok kalu nk banding ngan negeri lain tu, aku dah tk berangan lagi le utk pikir soal takhta. Hal nenek moyang dulu bg aku biarlah tinggal sbg kebanggaan & iktibar buat aku sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 05:29 PM | Show all posts
Originally posted by tongkatali at 9-7-2007 10:10 AM
...Lloni, naskhah ngan ISTANA KELANTAN tu elok je lagi, yg ko kata dah koyak tu dgn org lain lah kan? So apa sangkut pautnya istana kelantan dlm hal ini, kenapa kedengarannya seolah2 nk disalahka ...



  amboi...senangnya dia . Bakpo pulak saya kena susah payah utk awak. Kan awk kata dulu pernah gi istana siap diorang kat istana tu cakap lagi yg 'kita ni bukn org lain....."
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 05:34 PM | Show all posts

Reply #143 tongkatali's post

bukannya nk heret ke permasalahan negri lain cuma betapa TIDAK WAJARnya menyebut sejarah telah diselewengkan. Bg aku takdok alasan kukuh kenapa nk kata istana kelate la ni tk suka disebut pasal CSWK/Tnh. Serendah tu...

  Itu hanya tanggpan anda saja kan? Kalu tidak takkanlah Tuanku berdua masa gi ke New York baru ni utk acara kat PBB tu antara lainnya membawa sama imej CSWK ke sana?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.124278 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list