CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tongkatali

Penyelewengan sejarah Kelantan

[Copy link]
Post time 23-1-2008 11:47 AM | Show all posts
byk x taulah......baguslah ada article ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2008 02:32 PM | Show all posts
artikel bagus!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-1-2008 03:03 PM | Show all posts

Reply #189 batman_2007's post

boleh....ada satu tempat tu takde soltann....kat plenet Marikh...boleh.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by panorama at 30-11-2007 09:09 AM
sukonyo baca sejarah ni...sumber sahih kan?


mana boleh senang2 jerr nk kata sahih
kita ssemua tk kenal pon sapo diorang ni
baca saja2  isi masa free tu bole lerr
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 02:39 PM | Show all posts
yg ni tragedi sejarah pulok tajok dier hok tadi tu penyelwngan sejarah! ingat ko isi thread lebih kure dgn tajok pnyelwngn sjarah rupanyer tk sangkot paut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2008 02:45 PM | Show all posts

Reply #4 batman_2007's post

artikel ni adalah berkenaan dengan sejarah yang biasa2 disebut oleh orang-orang tua zaman dulu di negeri kelantan.

masa dulu, pengukuran masa adalah tidak begitu penting bagi kebanyakan orang kelantan. ini mungkin kerana pendidikan formal tidak disediakan sepenuhnya oleh kerajaan masa itu.

jadi, biasanya mereka akan membandingkan peristiwa yang berlaku disekeliling mereka dengan umur mereka, sepertimana petikan artikel itu menjelaskan:

Makadengan mengingati beberapa peristiwa inilah akan dapat di jadikansebagai kayu ukur utk mengandaikan berapakah sudah umur si anu itu.Umpamanya dalam sesi perbualan antara orang tua2 dulu mengenai umur inimereka sering berbual:

T : Masa bah air merah  tu demo besar mano doh?

J : Kawe tak masok jawi lagi....demo besar mano?

T : Aeh...gemuloh mok ni royak kawe dok dale 40 lagi..

J : Hooh kalu ggitu demo ni mudo pado kawe banyok bena  lagi..

Berpandukpd detik peristiwa sprt ini-lah orang tua dulu dapat mengetahui berapaumur masing2. Kalu perbualan itu berlaku pada tahu 2008 dan bah airmerah pula berlaku pada 1926,  maka umur si T sekarang lebih kurang 94tahun kerana budak zaman dulu masuk jawi umur antara 12-15 tahun,kadang2 dah tumbuh bulu pahat baru masuk jawi...bkn macam sekarang.Umur si J pula ialah 72 tahun kerana tahun 1926 itu umurnya lebihkurangsebulan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-1-2008 05:48 PM | Show all posts
bah meghoh ado 2 kali...satu dalam taung 1926 dan satu lagi sekitar 1965-67...cuba check lah ado doh dlm paper itu hari..
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2008 05:54 PM | Show all posts

Balas #1 munkyG\ catat

bagus dapat baca sejarah kelantan ni...menambahkan lagi pengetahuan...timo kasih munkyg..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 12:37 PM | Show all posts
Originally posted by arizly_sha at 27-1-2008 02:36 PM


mana boleh senang2 jerr nk kata sahih
kita ssemua tk kenal pon sapo diorang ni
baca saja2  isi masa free tu bole lerr



anda bukan ahli...jadi anda memang tak tahu...


di surat khabar hari ini...tapi cerita dia macam biasa....sebab sumbernya bukan dari yang ahli.....



Long Gafar pahlawan berpengaruh Kelantan
Oleh Mohd Azis Ngah dan Haspaizi Mohd Zain
azis@bharian.com.my

270408 BM
LONG Gafar adalah seorang pahlawan yang mempunyai pengaruh dan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pemerintahan Almarhum Long Yunus Long Sulaiman di Kelantan dari 1762 hingga 1794.

Pahlawan itu bukan saja memastikan berjaya mengembalikan tampuk pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus selepas dirampas Long Deraman pada 1756, malah membantu Yang Dipertuan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis.

Putera Raja kerajaan Reman yang bersempadan dengan Perak, Kelantan dan Thailand ketika itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Kelantan.

Long Gafar diamanahkan menjaga kawasan Reman dan berkuasa mengutip hasil cukai serta melaksanakan undang-undang kecuali hukuman bunuh.

Menariknya, beliau mempunyai satu hobi iaitu menyabung ayam dan kegemarannya itu jugalah yang membantu kerajaan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis.

Ia bukan sebarang perlawanan kerana membabitkan pertaruhan negeri dan harta. Ketika Panglima Bugis yang tinggal di Pahang datang ke Terengganu, beliau membuat perjanjian pertaruhan dengan Yang Dipertuan Terengganu.


MAKAM milik Long Gafar yang terletak di Kampung Limbat.

Pertaruhan itu membabitkan perjanjian berbunyi 慗ika kalah ayam Panglima Bugis, maka seluruh tujuh buah jong kepunyaannya serta muatannya akan diserahkan kepada Yang Dipertuan Terengganu. Jika ayam Yang Dipertuan kalah, maka kawasan negeri Terengganu mulai dari Seberang Takir hingga ke Kuala Setiu, dan 2,000 ela ke darat akan diserahkan kepada Panglima Bugis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 01:45 PM | Show all posts
LONG Gafar adalah seorang pahlawan yang mempunyai pengaruh dan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pemerintahan Almarhum Long Yunus Long Sulaiman di Kelantan dari 1762 hingga 1794.


Mukaddimah pun  dah mengarut sakan...sapo la sumber dia ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 01:46 PM | Show all posts
ahlawan itu bukan saja memastikan berjaya mengembalikan tampuk pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus selepas dirampas Long Deraman pada 1756


Ni pun mengarut...sambungan kepada kepala cerita tadi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 01:48 PM | Show all posts
...malah membantu Yang Dipertuan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis.  


....yang ni memang BETUL lagi SOHEH  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 01:59 PM | Show all posts
Putera Raja kerajaan Reman yang bersempadan dengan Perak, Kelantan dan Thailand ketika itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Kelantan.  


...yang ni sebahagiannya benar...memang Baginda Long Gaffar adalah Putera Reman...Kelantan dalam istilah negeri "Kelantan" belum wujud. Yang ada hanyalah "Negeri Tanah Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang". Hubungan yang wujud ialah lebih kepada hubungan Kerajaan Pusat iaitu Reman dengan negeri naungan iaitu negeri "Kelantan" atau lebih tepat KOTA KUBANG LABU. Kebetulan Isteri Raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak iaitu Puteri Neng Mas adalah adik angkat (sepupu...anak Long Deraman raja Legeh) Long Gaffar. Hubungan Reman/Legeh dengan Kota Kubang Labu TEGANG selepas Long Pandak membunuh Puteri Neng Mas dengan KEJAM dengam membelah perutnya dan diletakkan di atas gajah Neng Malai pemberian Long Deraman iaitu bapa mertuanya lalu dihalau balik ke Legeh...inilah punca kemarahan Legeh dan Reman ke atas "Kelantan".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 02:05 PM | Show all posts
Long Gafar diamanahkan menjaga kawasan Reman dan berkuasa mengutip hasil cukai serta melaksanakan undang-undang kecuali hukuman bunuh.


...mengarut...mengarut !!! Ni versi yang diadaptasi dan diubahsuai dari kisah pemerintahan Long Gaffar di KELANTAN (berasal dari perkataan negeri Kerat Lintang). Selepas menguasai dan mengasaskan Kelantan, Long Gaffar telah menganugerahkan LONG YUNUS sebahagian wilayah pesisir pantai Kelantan untuk ditadbir sebagai WAKIL kepada Baginda LONG GAFFAR. Long Yunus boleh mentadbir dengan bebas dan boleh melaksanakan semua undang-undang kecuali hukuman MATI yang mana perlu terlebih dahulu dirujuk kepada kerajaan pusat di LIMBAT yang diperintah oleh Baginda Long Gaffar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 02:09 PM | Show all posts
...Menariknya, beliau mempunyai satu hobi iaitu menyabung ayam dan kegemarannya itu jugalah yang membantu kerajaan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis..


Memang benar Baginda Long Gaffar gemar menyabung...pada masa itu sabung ayam menjadi permainan kegemaran masyarakat Melayu khususnya Kelantan. Tetapi WAJIB diingat Long Gaffar adalah seorang yang ALIM...sudah menjadi tanggungjawab baginda untuk menDAKWAH  dan mendekati rakyatnya. Baginda dikatakan tidak pernah sesekali bertaruh/berjudi dalam permainan ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 02:11 PM | Show all posts
[quote].....ayamnya diberi nama 態ekas Racun
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2008 02:13 PM | Show all posts
x dok sinopsis ker...laratla nak baca selori perenggan....euwww mcm baca buku sejarah jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 03:07 PM | Show all posts
Beliau juga bertanggungjawab mengembalikan hak kuasa pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus pada 1756. Atas sumbangan serta keberaniannya, beliau dikurniakan pangkat dan kuasa.  


Oh tidak....SALOH ....Sapo Tuan dan sapo kuli sebenarnya....Telah saya jelaskan di atas bahawa Long Gaffar lah TUAN iaitu ketua rombongan dalam peristiwa laga ayam tersebut. Manakala Long Yunus iaitu seorang "BUDAK" lagi....tidak lebih sebagai orang suruhan sahaja. Malah ada versi yang lebih "ganas' mengatakan Long Yunus atau "JUNUH" hanyalah budak penjaga ayam Long Gaffar sahaja...tidak lebih. Tapi dalam versi yang lebih lembut menurut sumber rasmi Kerabat Long Gaffar, Long Yunus yang ketika itu masih "budak'  adalah sahabat karib yang berpangkat ADIK kepada Long Gaffar, malah Long Gaffar sendiri dalam perbualan baginda dengan Long Yunus membahasakan dirinya ( Long Gaffar) "ABANG", manakala Long Yunus pula dipanggil "ADIK".

Tidak timbul soal Long Gaffar mengembalikan pemerintahan kepada Long Yunus...Long Gaffar adalah Yang Dipertuan Kelantan (Negeri Kerat Lintang)...sebenarnya Long Yunus lah yang diberikan kawasan pemerintahan di pesisir pantai Kelantan iaitu dari Tabal (Takbai) hingga ke pantai Semerak sebagai WAKIL kepada pemerintahan pusat di Limbat yang dikuasai oleh Baginda Long Gaffar. Long Yunus diberikan hadiah berupa wilayah pemerintahan oleh Long Gaffar kerana banyak membantu baginda terutamanya semasa laga ayam di Terengganu. Jadi jelas di sini Long Yunus lah yang menerima "anugerah" dan yang memberi "anugerah" ialah Baginda Long Gaffar sebagai RAJA dan Yang Dipertuan Negeri Kerat Lintang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 03:31 PM | Show all posts
...Berdasarkan sejarah lisan, Long Gafar yang digelar Engku Serimahraja Perdana Menteri pernah tinggal di Kampung Jeram, Pasir Puteh dan berpindah ke Kampung Limbat lalu membina istana di situ.
.  


...Habis lintang pukang cerita sebenar...rosak...rosak...MENGARUT !  Ada ke gelaran "Tengku Perdana Menteri" kepada anak Long Gaffar iaitu Long Seri dan gelaran  "Seri  Maharaja" kepada cucu baginda iaitu Long Demor dicampur aduk...3+1... diberi kepada Long Gaffar. Untuk pengetahuan semua Long Gaffar tidak ada gelaran lain...hanya "BAGINDA" sahaja ! Manakala semua gelaran yang ditulis itu sebenarnya "ANUGERAH" (semua ini perangkap zuriat Long Yunus iaitu Long Senik Mulut Merah) Long Senik Mulut Merah yang menggantikan Long Yunus di Kota Bharu yang diberikan kepada Baginda Long Seri iaitu putera Long Gaffar  dan puteranya iaitu Long Demor bagi membalas jasa bapa mertuanya (Long Senik Mulut Merah mengahwini puteri Long Seri yang digelar PUTERI GUNUNG) kerana membantunya menyekat serangan Raja Bukit (Marak) yang mahu menyerang Kota Bharu. Sebagai mengenang jasa Long Seri (iaitu bapa mertuanya yang juga pemerintah Kelantan), satu keramaian diadakan di Kota Bharu selama 7 hari 7 malam bagi. Dalam majlis itu satu "muslihat" bagi mengambil alih pemerintahan Kelantan telah di atur, di mana anugerah TENGKU PERDANA MENTERI telah dianugerahkan kepada LONG SERI. Manakala putera baginda iaitu Long Demor telah dianugerahkan gelaran Tengku Seri Maharaja.

Satu lagi Long Gaffar tidak pernah mendirikan istana di Jeram, Pasir Puteh. Istana Jeram dibina oleh cucunda baginda iaitu Long Demor atas arahan ayahandanya iaitu Baginda Long Seri (pemerintah Kelantan selepas Long Gaffar). Dipercayai bahawa pelan dan tukang bagi membina istana Jeram adalah sama dengan pelan dan tukang yang membina Istana Balai Besar di Kota Bharu yang menjadi tempat bersemayam Long Senik Mulut Merah.  Kedua-dua istana ini iaitu istana Jeram dan istana Balai Besar adalah dibina atas arahan Baginda LONG SERI...kalu tak silap sekitar awal tahun 1840an atau lebih awal. Jelas di sini bahawa Long Gaffar ...sepanjang hayat pemerintahan baginda hanya BERSEMAYAM di singgahsana di ISTANA KOTA LIMBAT sahaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2008 03:41 PM | Show all posts
INFO: Long Gafar

....Diberi kuasa sebagai pesuruhjaya bagi kawasan bersempadan mulai Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut, ke timur hingga ke Terengganu dan ke barat hingga ke Kelantan dan ke selatan hingga ke Kuala Krai..



Ha...ha...habis cerita diputar belit



Telah saya jelaskan di atas...yang sebenarnya menjadi "pesuruhjaya" atau "pegawai daerah" ialah Long Yunus. Long Yunus telah dilantik sebagai "ESURUHJAYA" bagi kawasan-kawasan pesisir pantai bagi mentadbir dan mengawal wilayah itu dari dicerobohi oleh musuh...dan bagi melindungi kerajaan pusat yang berpusat di ISTANA KOTA LIMBAT di Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu. Sempadan bagi "wilayah" Long Yunus dengan Kerajaan Pusat ialah SUNGAI PASIR TUMBOH. Dari pembahagian wilayah inilah lahir nama negeri "KERAT LINTANG", yang mana lama kelamaan hanya di kenali sebagai KELANTAN sahaja.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.068086 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list