CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1050|Reply: 1

[Tempatan] Keterbukaan dagangan China

[Copy link]
Post time 21-7-2014 07:37 PM | Show all posts |Read mode
PERTAMA kali saya berkunjung ke China, hampir tiga dekad lalu pada tahun 1985 – saya dapat melihat bahawa kehidupan mereka ketika itu masih jauh ditinggal zaman. Kelihatan ramai yang menggayakan “jaket Mao” ketika itu dan dan menunggang basikal.

Saya beruntung kerana lawatan kedua adalah selepas 22 tahun seterusnya, iaitu pada 2007. Secara jujur, saya terpaku dengan perubahan di China – masyarakat mula menggayakan fesyen terkini dan barisan basikal di jalan raya sudah digantikan dengan pelbagai jenis kereta.

Pada 2014, semasa saya berkunjung ke China bersama Perdana Menteri, Najib Razak bagi meraikan sambutan ulang tahun ke-40 hubungan bilateral antara Malaysia dan China – kami terpegun melihat kadar pembangunan yang begitu cepat.

Ini merupakan lawatan kedua saya ke China tahun ini dan masih ada beberapa lagi siri lawatan yang bakal menyusul. Ternyata setiap kali anda berkunjung ke kota-kota besar di China - anda pasti dapat melihat perubahan.

Kini, China merupakan ekonomi kedua terbesar di dunia – dan ia mendahului dihitung berdasarkan parti kuasa beli (PPP).

Bank Dunia menganggarkan jumlah penduduk China yang hidup di bawah garis kemiskinan antarabangsa (dengan pendapatan USD1.25 sehari) telah menurun dari 43% daripada jumlah penduduk miskin dunia pada 1981 kepada cuma 13% pada 2010. KDNK per kapita China pula meningkat kepada RMB38,354 (USD6,100) dari tahun 2009 ke 2012.

Perubahan di China ternyata akan berterusan. Namun, apakah sebenarnya faktor yang menunjangi perubahan ini?

Pada pendapat saya, perubahan ini berjaya dilakukan kerana masyarakat mereka terbuka dalam melakukan transformasi.

Di bawah pemerintahan Deng Xiaoping, China mempelopori “sosialisme dengan ciri-ciri China”:  sekali gus keluar dari kepompong ekonomi tertutup dan membuka negara serta ekonomi mereka kepada pasaran dunia yang luas dan mencabar. Ini terbukti melalui inisiatif  menyertai Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) pada 2001.

Sememangnya, keputusan ini bukanlah satu langkah yang mudah buat gergasi ekonomi Asia ini – ia merupakan satu proses rundingan yang panjang - memakan masa selama hampir 15 tahun.

Keahlian WTO bagi China bukanlah sekadar untuk membuka pintu kepada pasaran antarabangsa. Ia juga satu langkah bagi memastikan barangan mereka terlindung daripada tindakan sebelah pihak yang tidak menguntungkan yang boleh dikenakan oleh rakan-rakan dagangan mereka.

Salah satu syarat untuk menyertai WTO adalah di mana China terpaksa mengurangkan tarif ke atas barangan industri kepada 9% secara purata pada 2005. Sementara itu, tarif ke atas barangan pertanian dikurangkan kepada 15% manakala hampir kesemua kuota dan syarat untuk mendapatkan lesen sudah dihapuskan.

Dalam masa sama, China juga memperkukuhkan kapasiti pengeluaran ekonominya. Eksport yang dahulunya berasaskan pertanian kini beralih ke arah sektor pembuatan. Malahan, Shenzen yang terkenal pada hari ni sebenarnya adalah antara Zon Ekonomi Khas terawal yang diperkenalkan pada 1980.

Ini semua merupakan langkah berani yang tidak pernah dilakukan sebelumnya, apatah lagi mengambil kira semangat nasionalis yang tinggi di China dan sikap tradisional mereka yang ragu-ragu akan kuasa asing. Namun, mereka memilih untuk mengetengahkan elemen keterbukaan dan hasilnya dapat dilihat secara jelas pada hari ini.

Pada 2013, WTO melaporkan China sudah mendahului Amerika Syarikat sebagai negara dagangan terbesar di dunia, dengan jumlah dagangan sebanyak USD4.16 trilion.
KDNK China sepanjang tempoh tersebut meningkat dari USD1.3 trilion kepada lebih dari USD9 trilion pada 2013.

Sebetulnya, ramai pemimpin China yang dahulunya tidak pasti sama ada proses pembaharuan ini akan mendatangkan kebaikan. Ramai yang was-was untuk melakukan transformasi.

Sememangnya ia satu risiko yang terpaksa diambil dan ternyata akhirnya membuahkan hasil lumayan. Dengan mengamalkan keterbukaan, China telah mengubah imej mereka dan juga seluruh dunia.

Pengajaran dari China buat Malaysia dan negara-negara lain sangat jelas – kita harus berani berubah dan melakukan transformasi.  Sekiranya tidak, kita akan kekal pada takuk yang lama dan kian merudum.

Datuk Sri Mustapa Mohamed merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Segala komen dan teguran membina amatlah dialu-alukan ke mustapa@miti.gov.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 05:22 AM | Show all posts
Allahuakbar
ini la kuasa Allah memajukan negara asal MCA yg menjadi rakan jihad kpd org Islam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:46 AM GMT+8 , Processed in 0.053087 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list