CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2804|Reply: 10

[Tempatan] Edisi Peniaga Kaya Di Hari Raya: Cendol 200kg Sehari

[Copy link]
Post time 22-7-2014 08:22 AM | Show all posts |Read mode
DUYONG - Ramadan memberi limpahan rezeki buat satu keluarga yang mengusahakan jualan cendol di Bukit Duyong, di sini, apabila mereka mampu membekal 200 kilogram sehari kepada pelanggannya.

        Mengekalkan resepi tradisional dan hanya menggunakan bahan asli perniagaan diusahakan keluarga Nurul Azwa Shamsol, 22, mampu memberi pulangan berlipat kali ganda setiap kali Ramadan.

        Menurut Nurul, mereka sekeluarga sudah mengusahakan dan membekal cendol sejak 14 tahun lalu selepas mewarisi resepi daripada neneknya sebelum ini.

        Katanya, mereka membuat cendol berkenaan dengan menggunakan bahan utama tepung ubi, beras dan jagung serta diadunkan dengan perahan pandan serai dan wangi bagi mendapatkan warna serta bau yang harum.

“Kami tidak mencampurkan perasa dan pewarna tiruan kerana ia tidak digemari penjual cendol disebabkan akan mudah putus apabila disediakan.

“Bagi menjamin kualiti yang terbaik untuk pelanggan, kami mengekalkan resepi tradisi itu bagi memastikan pelanggan dapat menjual minuman itu dengan rasa yang menyegarkan,” kata anak sulung daripada lapan adik beradik itu.

        Nurul berkata, lazimnya pada hari biasa mereka hanya menjual sekitar 100 kilogram cendol sehari saja, namun pada Ramadan keluarganya terpaksa mengandakan pengeluaran disebabkan permintaan tinggi.

        Menurutnya, dia bersama ibunya Azizah Hussin, 46, dan adiknya Daniel, 17, melakukan proses bermula dengan mengisar pandan dan mengadun tepung untuk dimasak menggunakan mesin.

“Proses ini mengambil masa yang panjang dan disebabkan permintaan tinggi ditambah kawah digunakan untuk memasak cendol tidak dapat dilakukan dengan jumlah banyak. Ia perlu dilakukan beberapa kali,” katanya graduan lepasan Diploma Hotel dan Katering Politeknik Merlimau, di sini.

        Beliau berkata, sejak memulakan perniagaan pada 2000 sehingga sekarang mereka terus mengekal harga jualan cendol iaitu RM2.50 bagi sekilogram.

Read here: http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/200kg-cendol-habis-setiap-hari-1.301647 Last edited by GhostWalking on 22-7-2014 02:25 AM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg ditonjolkan...patut mak dia yg dipopularkan sebb meniaga dah lama.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 08:56 AM | Show all posts
200kg..pergh masyuk betoi tu
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:38 AM | Show all posts
Rezeki hari raya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 09:53 AM | Show all posts
rezeki yg halal bg mereka yang rajin berusaha
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 10:03 AM | Show all posts
apada. tajuk 2000KG = 2 Tan.. baca2 rupa 200kg. terkejut bagai kejap.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2014 10:57 AM | Show all posts
boleh tukar kereta baru..
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:00 AM | Show all posts
znuyul posted on 22-7-2014 10:57 AM
boleh tukar kereta baru..

tak cukup.  lepas tolak kos berapa duit ja dpt ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 11:16 AM | Show all posts
Sedap nyaaaa dpt mkn cendol  
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
200kg x rm2.50 = rm500

Rm500 x 30 hari = Rm 15000
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 11:13 PM | Show all posts
Alhamdulillah.....
Kaya jual cendul, pasni nk jual cendol jgk leeee
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.539823 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list