CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7912|Reply: 0

Wang tunai RM5000 untuk dimenangi. Pertandingan menulis Esei Bahasa Inggeris

[Copy link]
Post time 22-7-2014 03:30 PM | Show all posts |Read mode



Pertandingan esei Sunway-Oxbridge untuk mempertingkatkan mutu Bahasa Inggeris
Bandar Sunway, 9 Julai 2014 – Sejajar dengan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan Sunway untuk meningkatkan mutu pendidikan di sekolah-sekolah di Malaysia terutamanya dalam kemahiran berbahasa Inggeris, Sunway menjemput semuapelajar sekolah menengah untuk menulis esei dalam Bahasa Inggeris mengenai isu-isu berkaitan dengan merokok, mulai 6 Julai 2014. Ini adalah kali pertama Pertandingan EseiSunway-Oxbridge dianjurkan bersama Kumpulan Sunway, The Oxford & Cambridge Society Malaysia, Jeffrey Cheah Foundation, Sunway University dan Monash University Malaysia. Pertandingan ini mendapat sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pertandingan Sunway-Oxbridge ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah yang menggunakan sukatan pendidikan Malaysia.





Terdapat dua kategori bagi pertandingan ini – Kategori A bagi pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 (berusia 13-15 tahun) dan Kategori B bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (berusia 16-17 tahun). Di bawah Kategori A, pelajar dikehendaki menulis 350 patah perkataan atau kurang, mengenai pentingnya menjauhkan diri dari merokok; manakala peserta Kategori B pula dikehendaki menulis 650 patah perkataan atau kurang, mengenai mengapa mereka percaya bahawa persekitaran yang bebas-asap adalah baik untuk semua.
Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Oh My English!, sebuah siri popular televisyen di saluran Astro TV IQ. Hadiah berjumlah RM28,000 berbentuk tunai dan RM190,000 dalam bentuk Dermasiswa Sunway tersedia untuk dimenangi.





Peserta dikehendaki menghantar esei mereka di atas talian menerusi www.sunway.edu.my/essay.





Seratus finalis terbaik perlu menduduki pertandingan menulis esei yang akan diadakan pada 6 September 2014 di beberapa lokasi di seluruh negara, termasuk Pulau Pinang, Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak.











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.068994 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list