CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajinomotonosuga

Contoh perlembagaan 'penjajah' yang bertentangan syariatNYA

[Copy link]
racerX This user has been deleted
Post time 27-12-2003 04:37 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 27-12-2003 15:37:
Orang Islam yg jadi tokey Magnum tak kena pulak ye?


Yang tu aku tak setuju. Memang patut kena ada restriction di situ, orang Muslim tak leh jadi BOD syarikat yang jelas bertentangan syarak. Yang orang Muslim nak jadi BOD jugak tu, tak leh nak kata apa le... esok dia jawab le.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 27-12-2003 04:42 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 27-12-2003 15:42:
dlm kes tersebut kedua2 mrk dgn rela hati memeluk Islam tetapi dipaksa meninggalkan agama Islam oleh keluarga terbabit. Dan perlembagaan Malaysia membenarkan.


Dalam kes ini pada pendapat aku bukan salah perlembagaan. Sebab perlembagaan bagi hak memilih hanya pada orang yang berakal, ie mature. Sebelum sampai umur tu hak ada ditangan ibubapa - tak macam prinsip Islam ke tu? Jadi kalau mengikut perlembagaan budak bawah 18 tahun masih belum boleh fikir sendiri, maka budak tu kena tunggu je la 2 tahun lagi.

Perlembagaan ada akta bawah umur ni untuk menjamin keselamatan budak bawah umur tu juga: kalu ada budak umur 14 tahun kata dia ada hak nak buat hubungan seks dengan menteri umur 45 tahun, camna?

Benda ni macam pisau bermata dua: kalau dalam satu kes tu tak memihak pada kita, maka tak boleh lah kita nak tuduh kata tak betul, sebab kena tengok secara menyeluruh. Prinsip Islam pun suruh gitu juga, sebab tu Allah kata jangan ambik hukum berat sebelah, mana yang kita suka aje.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 05:32 PM | Show all posts
hrehhehe debat la hangpa. last-last dia akan kata sebab dalam perlembagaan tak sebut al-quran dan sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi maka ia tidak islamik.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 05:44 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-27 05:32 PM:
hrehhehe debat la hangpa. last-last dia akan kata sebab dalam perlembagaan tak sebut al-quran dan sunnah sebagai sumber rujukan tertinggi maka ia tidak islamik.


Bukan saja tak sebut KuntaKinte, malah lebih dari itu. Peruntukan Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan menyebut mana2 peraturan lain yg bertentangan dgn federal constitution maka dengan sendirinya ia tidak boleh diguna pakai dan batal. Astora pun cuba berhujah spt anda mengatakan piagam madinah langsung tak sebut Al-Quran & Sunnah sebagai rujukan tertinggi padahal semua orang tahu pemerintahan Rasulullah itu sendiri mematuhi suruhan & larangan Allah. Dan apa yg Rasulullah amalkan & lafazkan dlm pemerintahannya itu sememangnya sunnah baginda sendiri (bukankah sunnah itu amalan rasulullah? sapa yg memerintah madinah masa tu, tentulah Rasulullah SAW.)
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 05:54 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 05:44 PM:
Bukan saja tak sebut KuntaKinte, malah lebih dari itu. Peruntukan Artikel 4 Perlembagaan Persekutuan menyebut mana2 peraturan lain yg bertentangan dgn federal constitution maka dengan sendirinya ia ...


Memanglah kena tulis macam tu. Kalau dia tak tulis macam tu kelam kabutlah perundangan. Pentadbiran zaman sekarang bukan lagi pentadbiran berasaskan wahyu serta merta macam zaman rasulullah. Bila ada sebarang isu penting Allah akan menurunkan wahyu kepada rasulullah.

Jadi kalau ada yang bertentangan dengan al-quran pindahlah perlembagaan tu bukannya ambik al-quran jadi perlembagaan. kalau ambil al-quran jadi perlembagaan maka timbul pula masalah mazhab. Bila masalah nak selesai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2003 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-27 04:37 PM:
Yang tu aku tak setuju. Memang patut kena ada restriction di situ, orang Muslim tak leh jadi BOD syarikat yang jelas bertentangan syarak. Yang orang Muslim nak jadi BOD jugak tu, tak leh nak kata a ...



tang sini kut contoh baik napa depa kata undang2 persekutuan melebihi syariah di mesia ni.

misal kata denankarut tak suke oang islam jadik bod magnum tuh even yang keje kat counter or tukang dreber apa pun(kes subahat). cuba denankarut pi dakwa dia ikut enakmen syariah persekutuan. bawak bukti dan refer act mana.

why amik contoh pengerusi ke board je? tu yang kat kaunter? yang jadik akauntan kilang arak ke magnum ke..semuaaaaaaa muslim terlibat dalam taarif subahat? tak kire ke? sapa nak dakwa depa ikut enakmen syariah
persekutuan?

atau enakmen tu cuma meliputi soal kawin mati cerai harta zakat puasa haji itu saja? kita maklum syariah meliputi semua dalam hidup oang islam kan?

soalan aku, tang mana dalam perlembagaan penjajah yang bertentangan syariahNYA dalam soal keje dengan magnum tuh? mamat tu nak keje buleh, takmo keje buleh, takdak sapa paksa, idak gitu? So kat mana perlembagaan duk kata boleh langgar syariatNYA? soalan aku dah ko kasik contoh tu tang mana yang bertentangan syariatNYA?  logik aku nampak dari contoh ko kasik beli tak boleh tapi jual boleh, beli tu kalo ikut keutamaan lebih bahaya dari jual pasal even dalam ekonomi purchasing power/demand main peranan penting. Kalo thru education takdak sapaaaaa nak beli toto ke magnum depa tak laku macam tu gak supply GRO call gal seme tu..dari situ ko nampak napa depa amik praktikal effort dalam cegah sapa beli dari yang subahat lelain macam kat kaunter ke buat iklan ke seme tuh. tu lojik aku nampak pesal depa tangkap beli tak mo dakwa yang bab lain misal dalam board tu but pada aku kalo ko nak sangat ko pi dakwa, siap bukti semua lah. lepas tu ko dakwa semua2 yang subahat sampai akar umbi.  kalo ko pilih2 manusia itu sudah ada motif ada hidden agenda esp politically.

put those aside yang aku nak tau tang mana perlembagaan yang bertentangan syariahNYA.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2003 06:05 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-27 02:33 PM:
Contoh (1) yang diberikan Encik Nankarut dan Contoh 1(b) yang diberikan oleh Encik Dess tak de kaitan. Yang satu cerita pasal orang Islam main judi, yang lagi satu pasal orang Islam jadi tokey judi ...


salah tak dari segi undang2 Malaysia orang Islam yg jadi BOD syarikat judi? or salah tak dari segi undang2 Malaysia jadi tokey pusat2 maksiat berlesen (yg halal dari segi undang2 tapi haram di sisi agama Islam)? Duit hasil judi berlesen oleh orang islam boleh tak dianggap mcm duit hasil jual ganja?
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 06:13 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-27 05:54 PM:
Memanglah kena tulis macam tu. Kalau dia tak tulis macam tu kelam kabutlah perundangan. Pentadbiran zaman sekarang bukan lagi pentadbiran berasaskan wahyu serta merta macam zaman rasulullah. Bila a ...


So pada pendapat Kunta Kinte adakah perlembagaan yg ada sekarang tak perlu dipinda kalau hendak melaksanakan syariat & perintah Allah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2003 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2003-12-27 06:05 PM:
put those aside yang aku nak tau tang mana perlembagaan yang bertentangan syariahNYA.


So adakah pada pendapat Aji bermakna tanpa meminda perlembagaan semua syariat Islam boleh dilaksanakan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2003 06:51 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 06:16 PM:
So adakah pada pendapat Aji bermakna tanpa meminda perlembagaan semua syariat Islam boleh dilaksanakan?



ikut pendapat aku.....

sekali pun TIADA PERLEMBAGAAN apa pun,  seseorang ISLAM  itu berkat ilmu dan petunjukNYA, semua ibadatnya adalah merujuk syariahNYA.

jangan sentuh pasal perlembagaan (ciptaan manusia i.e. Piagam Madinah tu ciptaan manusia ke bukan denankarut?), ko hurai dulu

apa itu syariat

siapa yang tahu 'full' syariahNYA? yang ko maksudkan semua syariat islam tu haa, sapa manusia yang tahu semua syariat ISLAM?

bior 2 ni dulu..nanti susah plak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 06:55 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2003-12-27 06:51 PM:
ikut pendapat aku.....

sekali pun TIADA PERLEMBAGAAN apa pun,  seseorang ISLAM  itu berkat ilmu dan petunjukNYA, semua ibadatnya adalah merujuk syariahNYA.

jangan sentuh pasal perlembagaan (c ...


sebaik2nya kita pandu kepada Al Quran dan juga hadis.
itu mukjizat dan juga syariat yg paling ulung.  mudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2003 07:03 PM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2003-12-27 06:51 PM:
ikut pendapat aku.....

sekali pun TIADA PERLEMBAGAAN apa pun,  seseorang ISLAM  itu berkat ilmu dan petunjukNYA, semua ibadatnya adalah merujuk syariahNYA.

jangan sentuh pasal perlembagaan (c ...


hudud termasuk dlm syariat Islam tak Aji?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2003 07:56 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-27 07:03 PM:
hudud termasuk dlm syariat Islam tak Aji?



ikut panduan ko ni..FITNAH termasuk syariat islam tak denankarut?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2003 08:13 PM | Show all posts
Originally posted by dess402 at 2003-12-27 06:55 PM:
sebaik2nya kita pandu kepada Al Quran dan juga hadis.
itu mukjizat dan juga syariat yg paling ulung.  mudahkan..



apa tu syariat paling ULUNG? berpandu quran dan hadis pakai apa? dulu ada nabi laa ni tadak nabi tapi ada pewaris nabi, orang berilmu. so jelaskan pulak takrif ulama? aku tak tanya seme nih...balik pada topik tuh, ko dah kasih contoh, tang mana perlembagaan penjajah yang bertentangan syariatNYA?

objek is perlembagaan. ko paham ka denankarut. objek yang bertentangan syariat tu bukan perlembagaan tapi manusia. dalam kes ko kasik tu manusia yang beli, yang subahat dalam judi tuh. ni yang aku kata bijak pandai islam duk buat perlembagaan depa bubuh selari pada apa penjajah bubuh. persoalan ni kalo diskus pasal syariat dalam bentuk law islam, ada khilaf ulama samada syariat ni applicable to muslim only or both.

tang mana yang bertentangan? keje kuat rajin usaha bukak bisnes halal..semua ini SYARIAT ISLAM tak denan karut? blajar pandai2 masuk uni jadik manusia berguna, semua ini syariat tak denankarut?

kalo semua maaruf tu syariat, tang mana mula tang mana kemudian? kat mana perlembagaan yang halang orang islam nak menyeluruh dalam menegak syariat Allah swt? Mana satu, ni aku nak tahu, aku nak cek. Mana?
Reply

Use magic Report

commando4 This user has been deleted
Post time 28-12-2003 12:49 AM | Show all posts
ajinomoto....

aku nak tanya hang satu jer...

hang masa SPM dulu...bahasa malaysia hang dapat berapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2003 03:18 AM | Show all posts
Originally posted by commando4 at 28-12-2003 12:49 AM:
ajinomoto....

aku nak tanya hang satu jer...

hang masa SPM dulu...bahasa malaysia hang dapat berapa?



masa SPM ke? aaa masa spm aku punye bahasa malaysia dapat cangkul, 7 tapi bahasa melayu aku aaaaa 1.:cool:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2003 07:07 AM | Show all posts
Originally posted by ajinomotonosuga at 2003-12-27 07:56 PM:
ikut panduan ko ni..FITNAH termasuk syariat islam tak denankarut?


kenapa tak jawab aji. boleh tak laksana hudud tanpa pinda perlembagaan yg ada?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2003 01:37 PM | Show all posts
dalam lain perkataan, kalo under kerajaan alternatif atau pada landasan DNI yang warwar itu, tige kes itu macam mana bentuk hukumannya?

dey nan.. hang jawab lah yang ni... apa bentuk hukuman yang patut dikenakan pada ke tiga2 kes tu? :stp::stp:

sepatutnya kerajaan alternatif bila dah kata salah sesuatu benda harus sediakan penyelesaian...  ini tidak.. itu salah, ini salah, tapi penyelesaiannya tak bagi pun... :re:
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2003 01:39 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-28 07:07 AM:
kenapa tak jawab aji. boleh tak laksana hudud tanpa pinda perlembagaan yg ada?


Boleh... hudud boleh dilaksanakan tanpa meminda perlembagaan dengan syarat hudud hendaklah menjadi sebahagian drp kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan menjadi undang2 umum serta dilaksanakan di seluruh negara.

Perlembagaan menentukan yg negeri2 tak boleh buat undang2 jenayah yg menjadi hak kerajaan persekutuan menentukannya.... walaupun umumnya urusan agama adalah menjadi hak kerajaan negeri.

Kita tak boleh kata perlembagaan tak betul kerana prinsip yg digunakan ialah jenayah seperti mencuri, bunuh, dsb.nya yg boleh juga dianggap sebagai jenayah syariah telah diletakkan di dalam senarai persekutuan. Jadi kalau persekutuan hendak ia boleh buat hudud menggunakan peruntukan sedia ada. Tak perlu pinda.

Yg susahnya ada negeri nak rampas hak itu dengan mengatakan ia bercanggah dengan bidang kuasa keagamaan yg umumnya adalah urusan negeri. Kalaupun kuasa menghukum diberikan semaksimun mungkin hingga hudud boleh dibuat di negeri sepertimana yg Pas cadangkan, ia masih tak boleh jalan juga sebab ia tidak berkuasa menggubal dan melaksanakan undang2 jenayah yg menjadi hak persekutuan.

(Nota: had maksimum hukuman yg boleh dikenakan oleh mahkamah syariah bukan terletak di dalam perlembagaan persekutuan tetapii di dalam satu akta khas yg digubal mengikut pasal berkaitan di dalam perlembagaan. Akta itu yg perlu dipinda sebenarnya - biukan perlembagaan)

Kesimpulan aku:  perlembagaan tak meghalang perlaksanaan hudud kalau hudud menjadi undang2 persekutuan (kanun keseksaan).

Soalan: Selain hudud (yg sebenarnya tak terhalang pun) apakah agaknya undang2 syariah lain (atau syariah mengikut yg difahami dan dinyatakan oleh aji)  yg tak boleh dilaksanakan akibat perlembagaan?
nancarut?

[ Last edited by Camar on 28-12-2003 at 01:45 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2003 02:02 PM | Show all posts
Originally posted by 8tuk at 2003-12-28 01:37 PM:
dalam lain perkataan, kalo under kerajaan alternatif atau pada landasan DNI yang warwar itu, tige kes itu macam mana bentuk hukumannya?

dey nan.. hang jawab lah yang ni... apa bentuk hukuman yan ...


thread aji mintak contoh, aku dah bagi. thread ni hendak membuktikan perlembagaan yg ada tidak menghalang syariat islam. so apa pendapat 8tuk?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:43 PM GMT+8 , Processed in 0.076263 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list