CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ajinomotonosuga

Contoh perlembagaan 'penjajah' yang bertentangan syariatNYA

[Copy link]
Post time 30-12-2003 04:45 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 03:56 PM:
Gini, Nankarut, aku explain kenapa aku perlu tahu. Aku kena tahu dulu, pendapat engkau pasal syariat Islam dalam kes membunuh ni macamana? Dari mana engkau dapat ilmu tu - Quran dan hadis semata-ma ...


Dlm kes bunuh yg berhak memberi keampunan hanyalah keluarga mangsa bunuh dan bukannya Yang Dipertuan Agong(atau Majlis Raja2). So RacerX, di dalam perlembagaan kata apa? keluarga mangsa bunuh atau Majlis Raja-Raja yg berhak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 30-12-2003 04:57 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 16:45:
Dlm kes bunuh yg berhak memberi keampunan hanyalah keluarga mangsa bunuh dan bukannya Yang Dipertuan Agong(atau Majlis Raja2). So RacerX, di dalam perlembagaan kata apa? keluarga mangsa bunuh atau  ...


Bagi aku masa nak rujuk balik kat kitab-kitab kat rumah aku boleh? Insya Allah besok aku jawab. Benda macam ni tak leh tergesa-gesa, takut tersilap atau tersesat.

Sementara tu, cuba kita fikirkan kejap: masa zaman Nabi dulu ada ke sistem penjara dalam Islam ni? Setahu aku, hanya sekadar tahanan reman sementara - tak ada konsep penjara seumur hidup, etc.

Jadi kalau PAS memerintah nanti, adakah PAS akan (a) mengadili semula semua tahanan dalam penjara Malaysia dan mana yang bersalah akan dijatuhkan hukuman serta-merta sebelum dibebaskan (kalau bukan hukum bunuh lah!); (b) mana yang tak jatuh hukum akan dibebaskan serta merta, dan (c) menghapuskan sama sekali sistem penjara (lalu diganti dengan...)?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 04:57 PM:
Bagi aku masa nak rujuk balik kat kitab-kitab kat rumah aku boleh? Insya Allah besok aku jawab. Benda macam ni tak leh tergesa-gesa, takut tersilap atau tersesat.

Sementara tu, cuba kita fikirka ...


No problem. Ambillah masa anda. Niat aku berbincang isu ni pun bukan nak bertelagah. Cuma nak dapat conclusion bahawa Perlembagaan Persekutuan perlulah dipinda (bahagian-bahagian yg bercanggah dgn syariat sahaja, yg tak bercanggah bolehlah dikekalkan) bagi menghapuskan sekatan-sekatan ke atas perlaksanaan syariat Islam di negara ini sesuai dgn apa yg dinyatakan dlm Dokumen Negara Islam yg menyebut "kedaulatan negara boleh dicapai melalui keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah SWT."  Itu saja. Setakat ni cuma Camar yg jelas bersetuju (tegas bunyinya) bahawa perlembagaan yg ada sekarang perlu dipinda untuk menghapuskan sekatan2 tersebut.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 30-12-2003 05:55 PM | Show all posts
Allah... kalau itu je yang engkau nak, tak yah tunggu besok pun tak pa. Kan aku dah kata tadi, kalau ada bahagian dalam perlembagaan sekarang ni yang tak menepati syariat, maka memanglah kena pinda perlembagaan tu. Jadi itulah jawapan aku. Jawapan muktamad.

Cuma yang aku tak setuju ialah bila aku dengar orang kata perlembagaan ni BERCANGGAH dengan syariat. Sekadar pemahaman aku, secara menyeluruhnya perlembagaan ni mendukung prinsip-prinsip syariat - spt kebebasan berugama, keadilan dsb - dan kalau ada yang kena ubah pun mungkin sikit aje. Kita kena bezakan antara "perlembagaan" dengan "tingkahlaku orang yang menjalankan perlembagaan."

Tapi aku pernah dengar secara peribadi, ada member aku orang PAS kata perlembagaan yang ada ni kena ganti secara langsung dengan "perlembagaan Islam" yang baru. Sebab kata dia perlembagaan Malaysia ni tak Islamik. Tapi kat mana yang tak Islamiknya, apa dia perlembagaan baru tu, macamana rupanya, tak pulak dia tunjukkan. Bila aku mintak pun, sampai la ni dia buat diam je.

OK, boleh tutup kes?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 07:11 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 05:55 PM:
Allah... kalau itu je yang engkau nak, tak yah tunggu besok pun tak pa. Kan aku dah kata tadi, kalau ada bahagian dalam perlembagaan sekarang ni yang tak menepati syariat, maka memanglah kena pinda ...


menghalang syariat tapi tak BERCANGGAH dgn syariat. cuba explain sket?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 30-12-2003 07:36 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 19:11:
menghalang syariat tapi tak BERCANGGAH dgn syariat. cuba explain sket?


"Menghalang syariat" tu kata-kata engkau, bukan aku.

Pegangan aku selama dalam thread ni ialah, kalau ada dalam perlembagaan yang tak sesuai dengan syariat, maka wajarlah ubah. (Nak kata wajib tu, tak sure lah pulak, sebab mungkin ada orang lain akan kasi dalil dan argumen yang kata benda tu tak wajib. Misalnya, kita kata hukum hadd wajib jalan dalam negara Islam; tapi ada orang kata tak semestinya begitu, sebab time Khalifah Umar dulu pernah ditangguhkan hukuman hadd untuk setahun... sekadar contoh).

Pegangan aku yang kedua ialah, pada pemahaman aku, perlembagaan Malaysia ni tak bercanggah dengan syariat, walaupun mungkin ada detail dua-tiga yang tak selari dengan syariat. Sebab perlembagaan ni mengizinkan ia diubah. Maknanya, kalau ditakdirkan "kerajaan Islam" memerintah Malaysia, maka kerajaan tu boleh saja ubah perlembagaan sesuai dengan interpretasi dia tentang syariat Islam (samada interpretasi tu benar atau tidak, lain cerita lah, kan).

Jadi bila member aku cakap macam tu, aku terpanggil untuk tanya: apa yang tak Islamiknya perlembagaan yang sedia ada ni, kalau apa yang kurang boleh diubah? Dan, adakah dia (atau orang-orang yang sama waktu dengan dia) berasa bahawa "perlembagaan Islam" yang PAS mahu bangunkan itu, akan cukup sempurna sampai tak payah dipinda-pinda lagi kemudian hari?

Kalau jawabnya masih kena ada pindaan juga, maka apa beza sangat ia dengan apa yang dah ada ni, secara prinsipnya?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2003 07:52 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 07:36 PM:
"Menghalang syariat" tu kata-kata engkau, bukan aku.

Pegangan aku selama dalam thread ni ialah, kalau ada dalam perlembagaan yang tak sesuai dengan syariat, maka wajarlah ubah. (Nak ka ...


Aku tanya hang ni jangan marah ye racerX.

Aku quote balik kata2 hang:
"Sebab perlembagaan ni mengizinkan ia diubah. Maknanya, kalau ditakdirkan "kerajaan Islam" memerintah Malaysia, maka kerajaan tu boleh saja ubah perlembagaan sesuai dengan interpretasi dia tentang syariat Islam."

So soalan aku berbunyi begini: Kalau ikut prinsip hang yg kata "sebab perlembagaan ni mengizinkan ia diubah" maka adakah perlembagaan negara India, Britain, Australia, New Zealand sesuai dgn syariat juga? Jangan ubah tiang gol lagi ok?  Nasib baik Aji yg bukak thread ni, kalau tidak dgn tajuk thread sekali hang ubah.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 30-12-2003 08:10 PM | Show all posts
Kenapa tidak?

Aku syak pemahaman engkau mengenai prinsip disebalik syariat itu terbatas/sempit. Jadi aku tanya hang pulak, Adnankarut:
1. Apa dia prinsip-prinsip syariat Islam tu pada pemahaman engkau?
2. Kenapa Allah turunkan syariat-syariat tersebut?
3. Adakah Allah telah menurunkan syariat-syariatNya kepada orang Islam sahaja, sepanjang sejarah dunia?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


racerX This user has been deleted
Post time 30-12-2003 08:16 PM | Show all posts
Lagi satu, Nankarut, nampaknya engkau ni pun pandai mengisi kata-kata kedalam mulut orang juga. Misalnya, engkau tuduh aku kata "menghalang syariat", padahal aku tak kata pun.

Dan dalam hal ni pun, engkau membelit fakta. Ambik apa yang aku tulis, kemudian engkau keluarkan dari konteks. Bukankah kita selama ni bercerita pasal Perlembagaan MALAYSIA? Jadi apa komen aku dalam thread ni sebenarnya tak de kena-mengena dengan perlembagaan negara lain, yang mungkin tidak mengambilkira komposisi rakyat berugama Islam sewaktu ia ditulis.

Kemudian engkau kata, engkau berbicara bukan nak bergaduh! Bukankah ternyata, Nankarut, yang engkau cuma mahu menang saja sebenarnya, dan bukan mencari Kebenaran?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 08:53 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 08:10 PM:
Kenapa tidak?



hang jawab kenapa tidak ye? Itu jawapan kau ye? Berpegang kpd prinsip hang yg kata "sebab perlembagaan ni mengizinkan ia diubah" maka bolehlah geng umno yg lain setuju bahawa perlembagaan negara India, Britain, Australia, New Zealand juga menepati syariat. Hang buat lawak ker racerX?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2003 09:01 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-30 08:16 PM:
Lagi satu, Nankarut, nampaknya engkau ni pun pandai mengisi kata-kata kedalam mulut orang juga. Misalnya, engkau tuduh aku kata "menghalang syariat", padahal aku tak kata pun.

Dan dal ...



Mencari kebenaran ye? betul ker kau nak cari kebenaran? Tajuk thread ni "Contoh perlembagaan 'penjajah' yang bertentangan syariatNya". Contoh yg bertentangan dgn syariat aku dah beri. Tapi kau tetap mempertahankan perlembagaan tersebut sebagai tak bercanggah dgn syariat. Tang mana yg hang kata kebenaran tu? Boleh explain?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 31-12-2003 02:51 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 30-12-2003 20:53:
hang jawab kenapa tidak ye? Itu jawapan kau ye? Berpegang kpd prinsip hang yg kata "sebab perlembagaan ni mengizinkan ia diubah" maka bolehlah geng umno yg lain setuju bahawa perlembagaan ...


Kenapa engkau rasa perlembagaan negara-negara tu tak sesuai dengan syariat? Boleh bagi komen yang terperinci sikit?

Tapi tolonglah, hormatlah aku sikit: janganlah main cut and paste benda yang difikirkan oleh orang lain. Aku yakin bila engkau main dengan bini, engkau tak mintak tok guru engkau datang tolong main untuk kau, betul tak? Jadi bila berfikir, hendaknya begitulah juga.

Jadi janganlah berdalih-dalih ye: cuba bagitau sikit kenapa perlembagaan-perlembagaan tu, menurut nafsu engkau, tak sesuai dengan syariat? (Aku boleh agak: "Sebab tak de hukum hudud"... Ah! Takkan singkat benar otak kau ni, Nankarut! Don't let me down, bro... show me some real balls; be a real MAN for a change, buddy! You can do it, I know you can!)
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2003 03:07 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-30 01:32 PM:
Tengok betul2 apa yg anda dah tulis. Jika ada kes bersandarkan qisas adakah Perlembagaan yg ada membenarkan keluarga mangsa memberi keampunan or hak itu diberi kpd pihak lain (Majlis Raja2). Perkar ...


Kes tersebut tidak bersandarkan Qisas tapi takzir. Jika kes tersebut bersandarkan qisas maka para ulama perlulah berijtihad sama ada perlu memberi kuasa pengampunan tersebut kepada keluarga atau kerajaan.

Misalnya jika kes pengampunan tersebut diberi kepada keluarga, apa akan jadi jika tanpa pengetahuan kerajaan berlaku pula ugutan terhadap keluarga mangsa supaya memberi pengampunan? Pembunuh tersebut akan terlepas dan mungkin membunuh orang lain pula.

Nankarut,

Proses perundangan merupakan satu proses kehidupan dunia. Sungguhpun merupakan perintah Allah namun dalam banyak keadaan Allah memberi kelonggaran kepada kita. Dari isu solat hinggalah kepada hal-hal besar, allah memberi kita kelonggaran kepada perkara-perkara yang mungkin tidak dapat kita lakukan atas faktor-faktor semasa.

Dalam hal-hal keduniaan seperti perundangan al-Quran tidak memberi satu manual perundangan yang lengkap sebaliknya memberi guidelines. Kesilapan Pas ialah menjadikan guidelines sebagai satu rigid undang-undang kontemporari tanpa mengambil kira faktor-faktor sekeliling.
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2003 03:10 PM | Show all posts
Originally posted by adnancarut at 2003-12-30 01:26 PM:
Cubaan kedua kunta kinte nak alih tiang gol nampaknya.  Tak berani stick dgn thread ni ker Kunta Kinte? Kes Menteri Belia & Sukan tu diadili ikut syariat Islam ker? Macammana dia ...


Aku tak ada sebab nak alih tiang gol cuma mungkin cara aku terang sukar untuk orang Pas faham. Jadi aku permudahkan jawapan aku. Ya, hukuman ke atas Mokhtar Hashim mengikut syariat Islam. Ia dijalankan dibawah konsep takzir kuasa pemerintah!
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2003 03:15 PM | Show all posts
nan,

1. soalan aku bila nak jawap? apa benda yang hadi awang nak ubah dalam perlembagaan malaysia? tak maula benda umum; tolong bagi details sikit.

2. Apa hukum setubuh dengan mayat dalam Hudud terengganu?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 31-12-2003 03:51 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinte at 31-12-2003 15:15:
nan,
1. soalan aku bila nak jawap? apa benda yang hadi awang nak ubah dalam perlembagaan malaysia? tak maula benda umum; tolong bagi details sikit.


Aku dah tanya dalam satu thread lain: macamana rupa PERLEMBAGAAN KERAJAAN ISLAM MALAYSIA tajaan PAS tu? Tapi Nankarut tak menjawab pun. Banyak ulat gegata je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2003 05:55 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinte at 2003-12-30 01:23 PM:
2. Isu Datuk Mokhtar Hashim ni ia dijatuhkan hukuman bersandarkan pembuktian-pembuktian untuk takzir  bukannya untuk Qisas. Beliau juga menjalani hukuman takzir yang dikenakan. Jadi pengampunan ke atas beliau setelah sekian lama menjalani hukuman penjara adalah atas belas ihsan pemerintah atrau ulil amri. Dalam zaman rasulullah, umar, abu bakar dan khalifah-khalifah Islam dahulu juga terdapat konsep memberi kemaafan atau keampunan ini. Dalam Isu hudud sendiri pun, rasulullah sebagai rasul dan ulil amri pernah melepaskan kesalahan  di bawah hudud. IUni merupakan precedent case yang jelas terhadap konsep keampunan dari hukuman dunia oleh pemerintah.


Kunta Kinte,
aku minta anda bawa ke sini contoh kes bunuh yg diampunkan sendiri oleh Rasulullah dan bukan oleh keluarga mangsa bunuh yg menjadi precedent case dalam undang-undang Islam. ada ke tak da?
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2003 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by racerX at 2003-12-31 02:51 PM:
Kenapa engkau rasa perlembagaan negara-negara tu tak sesuai dengan syariat? Boleh bagi komen yang terperinci sikit?

Tapi tolonglah, hormatlah aku sikit: janganlah main cut and paste benda yang d ...


Boleh tak aku quote racerX sebagai berkata Perlembagaan india mengikut syariat Islam?
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 31-12-2003 06:56 PM | Show all posts
Quote lah apa yang engkau suka, Nankarut. Aku dah agak dah mesti engkau nak belit kot lain. Bila orang tanya tak mahu jawab. Jatuh taraf aku berdialog dengan orang macam engkau ni. Salam.
Reply

Use magic Report

racerX This user has been deleted
Post time 31-12-2003 07:02 PM | Show all posts
Originally posted by KuntaKinte at 31-12-2003 15:15:
nan,

1. soalan aku bila nak jawap?


Tak yah tunggulah buah yang tak gugur tu, Encik KK... budak ni dia pandai mengajuk macam burung kakatua aje. Cut and paste dan putarbelit kata-kata orang je yang dia pandai. Macamana dia nak jawab, kalau dia tak reti berfikir dan tak reti juga nak berdialog menggunakan kata-kata dan ide dia sendiri?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.080576 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list