CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4688|Reply: 27

Perlukah Demand Seorang Graduan?

[Copy link]
Post time 24-7-2014 07:00 AM | Show all posts |Read mode
Coretan dalam surat khabar, blog mahupun majalah yang berkisarkan lambakan graduan menganggur menunjukkan angka luar biasa. Lihat saja, graduan ijazah kelas pertama turut terkena tempiasnya. Bukankah kecemerlangan akademik itu mampu membuatkan mereka mudah memperoleh pekerjaan?
Dulu, penulis turut mendaftar di laman ‘job street’ atau blog lain yang akan memuat naik perihal kerja kosong. Dari situ menunjukkan banyak kerja kosong yang diiklankan dengan pelbagai jawatan. Aneh, sekiranya graduan tidak mengambil peluang di depan mata.

Gaji? Kenapa ia dipersoalkan, sedangkan banyak cara yang boleh dilakukan terutama ia dapat mengasah bakat yang ada dan ambil peluang itu sebagai satu pengalaman. Inilah dikatakan, belum bekerja sudah ‘demand’ gaji!

Satu hal pula, di mana ada yang sudah bertahun-tahun tamat belajar tetapi belum pernah menghantar satu pun resume ke sana sini. Ada juga yang mengharapkan gaji harus setimpal dengan kelayakan yang ada. Wahai kawan, janganlah meletakkan harapan terlalu tinggi, dengan pengalaman yang belum ada, sudah tentu anda akan terbiar menganggur sampai bila-bila.

Jika perempuan, mungkin boleh tunggu orang masuk meminang. Tapi bagi lelaki pula, jangan berharap keluarga kekasih akan menerima anda sebagai menantu. Nak menyara kehidupan sendiri pun belum tentu lepas.


Cerewet & memilih

Ada benarnya apabila sudah tamat saja belajar, perkara pertama yang akan dilakukan adalah memilih pekerjaan yang secocok dengan anda. Oleh itu, diri akan sentiasa memikirkan soal gaji, tempat tinggal, jawatan dan pelbagai perkara remeh yang lain. Jangan terlalu ‘lurus’ untuk membuat pilihan kerana peluang hanya datang sekali dalam seumur hidup.

Fikirlah hala tuju yang betul terutama apabila anda dibebani dengan hutang pinjaman pelajaran ataupun keinginan membantu keluarga di kampung yang banyak bersusah payah untuk anda selama ini.

Ketahuilah bahawa graduan di Malaysia ini sangat ramai. Itu tidak termasuk lagi calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia yang pasti menunggu masa untuk keluar mencari peluang.

Walaupun anda menetap di Kulim tetapi berjaya mendapat kerja di Kuala Lumpur, tidak ada salahnya untuk anda berhijrah ke bandar lain bagi meluaskan pengalaman. Bahkan, anda adalah insan terpilih untuk menyandang jawatan berkenaan, ia lebih baik daripada calon yang tidak dipanggil bekerja!

Jika gaji menjadi topik utama, bangun dan berusaha sekerasnya agar anda dinaikkan pangkat dengan cara menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Ada baiknya bermula dari bawah. Di situ anda boleh belajar secara perlahan-lahan tanpa perlu ada sebarang tekanan dan mendapat ilmu tambahan daripada rakan kerja yang sudah lama berkhidmat.


Terpaksa untuk kerja

Apabila malas dan kemudian mendapat kerja. Itu menyebabkan ada di antara graduan yang bekerja dalam keadaan terpaksa. Apa yang dikatakan terpaksa merangkumi beberapa aspek, antaranya didesak oleh keluarga, tidak mahu menjadi penganggur atau malu jika tidak bekerja. Selain ada komitmen lain yang harus ditanggung membuatkan mereka tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja.

Selain tidak pasti kerjaya apa yang harus mereka pilih, ada yang merasakan kerjaya itu mestilah dalam bidang yang dipelajari. Ada juga yang tidak peduli kerja apa sekalipun walaupun berlainan dengan apa yang dia belajar. Asalkan ada kerja dan dapat gaji.

Sebelum tamat belajar, fikir dan renungkan cita-cita yang anda impikan. Lantas tetapkan pendirian untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak dapat apa yang dimahukan, jangan sesekali menyesal atau berputus asa.

Jika pada mulanya ia sekadar ‘paksa’ tetapi selepas dipupuk dengan kerajinan dan usaha yang tinggi, status itu akan bertukar menjadi ‘rela’.


Bodoh sombong

Ya, ini adalah satu sifat yang harus dihindarkan dalam diri seseorang itu terutama yang masih bergelar ‘fresh graduate’.

Nuralya Mohd Roslan, 27, mengatakan tidak ada syarikat yang akan menawarkan jawatan besar sekiranya individu itu tidak mempunyai pengalaman.

“Sebagai contoh, anda mengidamkan ­jawatan pegawai atasan tapi hakikatnya anda perlu terlebih dulu memegang jawatan yang setimpal atau memulakan yang bawahan dulu. Jika anda ingin menjadi pensyarah misalnya, anda perlu menjadi pembantunya terlebih dahulu.

“Saya mengatakan ini berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan di mana ini yang membuatkan seseorang itu menolak setiap peluang temu duga, lalu mendatangkan kerugian pada diri sendiri sampai bila-bila,” kata ustazah muda ini.


Serba boleh

Menurut seorang lagi rakan Gen Y, Mohd Hafizul Mohd Yahya, 28, kemahiran ‘multitasking’ atau serba boleh sangat diperlukan oleh syarikat besar.

“Jangan menyimpan angan-angan tinggi sekiranya anda tidak ada kemahiran itu. Jika hanya duduk menaip dan mengangkat telefon, pasti seseorang itu tidak akan lama bertahan. Misalnya, anak muda kini tidak suka kerja yang membosankan sehingga buat diri rasa malas bangun pagi untuk ke tempat kerja.

“Oleh sebab itu, mereka tidak dapat mempersembahkan mutu kerja berkualiti yang syarikat mahukan. Ini yang membuatkan ramai graduan menganggur tidak ‘tahan’ dengan cara yang ditampilkan tempat kerja lama,” kata pegawai bank ini.

Justeru, semua graduan digalakkan untuk bekerja yang membabitkan bidang praktikal berbanding teori yang sudah tidak lagi relevan pada masa kini.

Setiap pekerjaan mahukan anda bijak dan tangkas dalam menghasilkan sesuatu. Bidang yang ada hari ini memerlukan anda membuat lebih daripada apa yang tercatat dalam ‘kontrak’ atau kertas perjanjian.

Biar apa sekalipun alasannya, ia terletak di tangan sendiri. Sama ada bekerja atau me­nganggur. Kajian yang dilakukan mendapati graduan meluahkan banyak perkara pada pekerjaan pertamanya. Hasil Kajian


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 07:57 AM | Show all posts
memang berlambak..dah la byk kolej entah apa2 entah..pencen pon ada yg 60 tahon da..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 09:05 AM | Show all posts
masa interview tu kena tunjuk yg kita layak..demand je la gaji tp fresh graduate biasanye 2.5k - 3k je..
jgnlah demand 5k pulak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-7-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Keje dulu baru pikir gaji, pegalaman tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2014 01:54 PM | Show all posts
Tu semua rezeki..but kena usaha jugaklah br timbul rezeki..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2014 04:56 AM | Show all posts
Rezeki tu ada di mana mana, kalau rezeki kita setakat tu teme seadanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 01:53 PM | Show all posts
kalau takde pengalaman takyah la nak demand
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:24 PM | Show all posts
betul..

peluang keje belambak..

nak ngn tak nak jea..

antara alasan, jauh dari rumah..

dari duk umh baik la keje..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 09:46 AM | Show all posts
Aq harap aq akan dapat tempat aq dalam masyarakat someday..
Dapat kerja, bleh sara diri semua tue.
X demand pun
Sedap duduk kata orang kampung.
Masih terumbang-ambing sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 09:59 AM | Show all posts
graduan sekarang memilih ,
aku ni keje jer dr bawah ,
malah bukan dlm bidang yg aku belajar
malah tersasar jauhhh

tapi once you will appreciate what you learn bila u keje
pendek kata , jgn sombong, be humble
learn , and learn and learn
tak senang nak jadik senang
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:08 AM | Show all posts
from employer's perspective...kena ada quality and flexibility....and kena demonstrate willing to learn attitude and patience..skrg byk sgt graduan...dulu in malaysia just public univ..skrg private univ..twinning program..new college..buat jumlah graduan ramai..and peluang pekerjaan x sbyk graduan baru tu...ni tak campur lagi ngan graduan from overseas...
bila interview nak cakap simple english pun susah..and ramai pulak yg berkira pasal keje..and bila had umur kerja di panjangkan makin byk lambakan graduan ni....
harap ada ramai involve dalam bidang yang kurang org masuk macam agro industry..fisheries yg mmg kurang org

Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 09:25 PM | Show all posts
zafir posted on 21-8-2014 09:08 AM
from employer's perspective...kena ada quality and flexibility....and kena demonstrate willing to le ...

nak tanya pendapat pasal bidang agro or fisheries tu.. bisnes mcm mana tu ea? tgh berfikir2 nak bukak bisnes yg kurang persaingan n masyuk..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:41 AM | Show all posts
asteruk posted on 25-8-2014 09:25 PM
nak tanya pendapat pasal bidang agro or fisheries tu.. bisnes mcm mana tu ea? tgh berfikir2 nak bu ...

hi asteruk...banyak..tanam bunga for commercial and export, buah-buahan, ternak lembu, kambing, industri berasaskan perikanan, industri baja, industri berasaskan marin.. mmg dah ada sekarang di malaysia..tapi penglibatan masih begitu kurang...especially di kalangan graduate...kebanyakan lepas grad byk cari kerja yg tetap di co swasta or kjaan..x byk usaha memberi keyakinan untuk berjaya dalam industri macam ni...tapi industri mcm ni kalau diusahakan cara betul boleh mendatangkan pendapatan yg begitu lumayan....bila gi supermarket byk benda di jual dari china and diimport, tetapi kita pun boleh buat..cuma xde org buat....contoh agro tourism, kbnykan kerajaan negeri boleh bagi kegunaan tanah untuk industri ni, dlm tanah tu boleh tanam buah, sayur, bunga, ternah haiwan, buat chalet, hotel, tempat rekreasi, and becoming resort..so when u go there u find everything..from that u boleh diversify your hasil to other products..mmg byk peruntukan and assistance ..cuma tak byk exposure and bila tak ramai berkecimpung kita pun takut2..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:11 AM | Show all posts
zafir posted on 26-8-2014 09:41 AM
hi asteruk...banyak..tanam bunga for commercial and export, buah-buahan, ternak lembu, kambing, in ...


hi en zafir.. saya betul2 berminat.. rasanya banyak sgt kebetulan dlm post ni

1. saya mmg terfikir nak ternak lembu@Kambing tapi takde ilmu perniagaan langsung selain risau pasal modal yg tinggi

2. saya ada terjumpa satu blog baru2 ni pasal kursus borong barang jualan dari china.. barang2 biasa macam tshirt, kerongsang etc..

3. yg ni saya betul2 berminat gak.. mmg impian saya nak bukak chalet/resort.. tapi rasa mcm angan2 je la. kerajaan boleh bagi tanah? ada lebih info tak?

4. kereta idaman saya mini cooper.. tiba2 avatar en. zafir bertukar menjadi mini cooper.. hehe Last edited by asteruk on 26-8-2014 11:17 AM

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:42 AM | Show all posts
asteruk posted on 26-8-2014 11:11 AM
hi en zafir.. saya betul2 berminat.. rasanya banyak sgt kebetulan dlm post ni

1. saya mmg ter ...

hi asteruk..jgnle panggil encik hehe...terasa tuo den hehe...zafir je...actually i pun minat sume benda tu..tapi bila dah lama keje..and tanggungjawab dah byk...susah nak start benda2 ni..but org2 muda baru habis belajar sebenarnya memang sesuai..sbb pengalaman menjalankan perniagaan sangat berharga..
1-yes...boleh pergi kursus pengurusan ternakan under kementerian asas tani...dana or modal boleh jugak tanya..byk insentif..tapi kena ada paper work yang complete..agro bank pun ada bagi assistance
2-yes, ramai je org mesia ni wat side income beli barang kat china, indonesia, vietnam etc and jual balik through internet, kat kedai..or jual sambil2...ada yg leh wat duit ribu2 jual handbag, tshirt, baju blouse pempuan etc...menarik jugak biz camni..sbb leh melancong sekali..balik mesia jual je..tpai most of them dah tau what to buy..sbb diorang nak let go cepat je barang2 tu..and nak pusing balik
3-Aah mmg ada insentif diberikan untuk penggunaan tanah bagi agro entrepreneur...yang nak wat agro tourism sume tu..in fact kerajaan pun ada peruntukan nak tolong..selain ternak lembu kambing..boleh diversify buat tempat tinggal..felda is doing it now...and byk jugak private orchard farm or homestay konsep ala2 agro tourism skrg
4-hehe mini cooper tu kete impian..insyaallah nak beli murah2 je ...nampak byk yg murah2 skrg..more to weekend car..minat tgk italian job tu


Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk gaji 10k pergi bertanding politik. :lol

Akak xnaik2 dalam puteri umno. Menyampah betul. Dpt bahagian cawangan je.

best jd wanita. Blh ternak lembu dalam kondo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2014 03:31 PM | Show all posts
zafir posted on 26-8-2014 11:42 AM
hi asteruk..jgnle panggil encik hehe...terasa tuo den hehe...zafir je...actually i pun minat sume  ...

terima kasih zafir.. rasa berkobar2 lak nak menceburi bidang perniagaan ni walaupun takde ilmu.. mungkin nak start secara kecil-kecilan dulu kot
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 26-8-2014 11:45 AM
Kalau nk gaji 10k pergi bertanding politik. :lol

Akak xnaik2 dalam puteri umno. Menyampah betul.  ...

lembu dlm kondo? anak ikan la tu.. takkan anak lembu pulak
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:36 PM | Show all posts
asteruk posted on 26-8-2014 03:31 PM
terima kasih zafir.. rasa berkobar2 lak nak menceburi bidang perniagaan ni walaupun takde ilmu.. m ...

aah bagus tu asteruk....tanamkan semangat and harap impian menjadi kenyataan...walaupun cabaran tu berliku...tapi pengalaman tu beharga
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:44 PM | Show all posts
asteruk posted on 26-8-2014 11:11 AM
hi en zafir.. saya betul2 berminat.. rasanya banyak sgt kebetulan dlm post ni

1. saya mmg ter ...

buat bisnes xperlu keluar modal. dah ada modal baru terjun bisnes trading. atau buat bisnes servis .

3 jenis pendapatan wajib ada pada usahawan :

pendapatan utama = bila buat kerja atau menjual baru dpt hasil
pendapatan side income = tidak perlu pantau setiap hari contoh menjual ebook
pendapatan passive income= saham/hasil sewa rumah/hasil sewa kedai.

bila dh ada ketiga ketiga jenis pendapatan lebih secure.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.082237 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list