CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1739|Reply: 19

[Tempatan] Dlm bolasepak atau apa saja Malaysia tak kemana sbb mcm lalang

[Copy link]
Post time 24-7-2014 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
FAM harus contohi Jerman bina skuad mantap

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Agung Gabungan Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), Datuk Peter Velappan mencadangkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengadakan program pertukaran latihan dengan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) untuk meningkatkan mutu bola sepak negara ke peringkat lebih tinggi.
Velappan - bekas Penolong Setiausaha FAM dari 1963 sehingga 1980 - akur negara Eropah itu mempunyai struktur latihan yang terbaik di dunia yang membolehkannya muncul sebagai juara Piala Dunia 2014 yang berakhir di Brazil, baru-baru ini.
Beliau berkata Jerman bijak dalam mengasah bakat pemain mereka bermula dari peringkat tapak menerusi program pembangunan di sekolah, peringkat tiang melalui pembangunan di kelab bola sepak sehingga ke peringkat bumbung dengan pembangunan di peringkat skuad negara.
“Di Malaysia, kita gemar membina bumbung dahulu, sebelum pergi struktur bawah, tapak, yang bukan satu perkara yang betul.
"Saya bercakap dengan Presiden FAM (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) dan AFC untuk menghantar jurulatih ke Jerman. Bagi saya Jerman mempunyai program latihan (terbaik di dunia),” beliau memberitahu wartawan semasa mengimbau kembali pengalaman Piala Dunia 2014 di pejabatnya, di sini, hari ini. - BERNAMA
http://www.bharian.com.my/bharia ... admantap/m/mArticle

* Sebelum ni dengarnya nak contohi jepun,korea la bila jerman juara jerman pulak nanti bila italy ke argentina ke mana2 yg juara nak contohi lain pulak. Itulah malaysia..mcm lalang tak pernah nak cari identiti sendiri smpai kiamat pun always one step behind sbb pandai nak tiru org je.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2014 11:23 PM | Show all posts
Aku pernah baca kat CI ni juga. Sepatutnya di peringkat sekolah rendah lagi, harus ada satu program yang bagus di sekolah. Sebabnya ramai budak boleh participate. Bukan sekadar bebudak terpilih.

Setiap sekolah dilantik jurulatih bertauliah, kalau cikgu, harus pegi kursus kejurulatihan. Beri pendedahan tentang bolasepak yg betul. Adakan sunday league antara sekolah dalam satu daerah sepanjang tahun. Bukan kejohanan bermusim seperti sekarang.. Jadi prestasi seseorang bakal messi boleh diukur dan dibawa ke peringkat lebih tinggi. . Benda ni tak memakan belanja besar.  Kata kuncinya di sini ialah "CUNGKIL". bagaimana kita nak cungkil.?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
betul lah tu.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Suke ambik sikap berkecuali...sbb bacul.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 12:47 AM | Show all posts
perang_candu posted on 24-7-2014 11:23 PM
Aku pernah baca kat CI ni juga. Sepatutnya di peringkat sekolah rendah lagi, harus ada satu program  ...

nak buat camne..cikgu lelaki pun kurang..takkan nak suh cikgu pompuan jadik koc bola sepak kot
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:09 AM | Show all posts
ada dua je sebab xmaju2, politik duit dan politik anak beranak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2014 11:18 AM | Show all posts
saladin780 posted on 25-7-2014 12:47 AM
nak buat camne..cikgu lelaki pun kurang..takkan nak suh cikgu pompuan jadik koc bola sepak kot

itu bukan alasan....kalau betul2 komit nak majukan sukan bola...boleh je KBSM hantar seorang jurulatih bola..even persatuan pun boleh juga sama hantar.

dulu...mana ada padang disitu budak2 main bola...sebab tu negara kita antara jaguh bola sepak dirantau ini...korea dan jepun pun takut...kini...padang bola kosong...dah tak semeriah dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:24 AM | Show all posts
Stop taking football fields for new developments, KL dan Selangor sendiri dah tak banyak padang bola.
Korporat tolong la sponsor kasut bola kat budak-budak sekolah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 11:26 AM | Show all posts
kalu setakat bagi duit kocek rm500 je pada pemain hoki sepanjang perlawanan peringkat antarabangsa hari tu.
toksah le berharap sangat negara kita jadik juara.

hrmm... bila la nak tukar pemerintahan yg dungu nih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:27 AM | Show all posts
Tak perlulah terlalu fokus dan berhabis $$ utk bolasepak

Realitinya fizikal org msia dianggap kecil dan lemah secara purata


Faktor utama pasukan Jepun & Korea terkandas di pusingan kumpulan semasa WC baru2 ni adalah kebanyakan dari pemain2 mereka tidak kuat/gagah secara fizikal
Ini diakui oleh pengurus pasukan Jepun & Korea
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:31 AM | Show all posts
Tak yah buang masa boleh tak? Sukan bolasepak Malaysia memang takkan ke mana pun sampai bila-bila...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:35 AM | Show all posts
bangcak posted on 25-7-2014 11:26 AM
kalu setakat bagi duit kocek rm500 je pada pemain hoki sepanjang perlawanan peringkat antarabangsa h ...

ko masih mabuk daun ketum ke?...org cerita pasal bola, ko cerita pasal hoki..penyokong PR memang macam ni ye..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:37 AM | Show all posts
toksira posted on 25-7-2014 11:27 AM
Tak perlulah terlalu fokus dan berhabis $$ utk bolasepak

Realitinya fizikal org msia dianggap kec ...

maradona, messi tak besar mana pun...lebih kurang org asia jugak..skill dan perbagai2kan idea itu banyak membantu mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:39 AM | Show all posts
mcm jerman nak layan permintaan malaysia.....jgn harap laa....,jepun/korea dr dulu malaysia dok mintak2 tak de pun dia org layan.......tp tgk coach baru malaysia si dollah salleh ni mcm mana....pembantu dia plak si reduan tu......nk tgk si reduan tu mcm mana....masa jd pengulas bkn main lagi kritik org itu ini sekali jd coach perlis terus tersungkur team tu ke liga FAM.....sembang lebih
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:43 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 11:37 AM
maradona, messi tak besar mana pun...lebih kurang org asia jugak..skill dan perbagai2kan idea itu  ...

Sorang dua pemain yg pendek ok la
Yg lelain tu semuanya tinggi2 belaka

What if dlm satu pasukan tu hanya sorang dua aje yg melebihi 6 kaki?




Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 11:46 AM | Show all posts
toksira posted on 25-7-2014 11:43 AM
Sorang dua pemain yg pendek ok la
Yg lelain tu semuanya tinggi2 belaka

kalau dah tahu pendek2...jangan main hantaran2 tinggi..yg penting skill, tahap kecergasan yg tinggi, serta idea yg perbagai...masalah kita ialah..kita dah tahu fizikal ketinggian tak ada...nak gak tiru stail eropah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2014 12:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 11:35 AM
ko masih mabuk daun ketum ke?...org cerita pasal bola, ko cerita pasal hoki..penyokong PR memang m ...

Patut la pemimpin sendiri pon kutuk penyokong mudah lupa dan takde yg cerdik.

Sila baca tajuk tred ada perkataan "...atau apa saja" tak??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 02:51 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 25-7-2014 11:18 AM
itu bukan alasan....kalau betul2 komit nak majukan sukan bola...boleh je KBSM hantar seorang jurul ...

budak2 hari ni main tablet je pacik...dah besar sikit 'main bola' kat kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:04 PM | Show all posts
senang je.

buang semua anak2 raja soltan moltan ahli politikus dlm FAM.

Lantik semua bekas2 pemain kebangsaan, yelah, depa2 yg pernah tendang bola.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2014 03:08 PM | Show all posts
saladin780 posted on 25-7-2014 02:51 PM
budak2 hari ni main tablet je pacik...dah besar sikit 'main bola' kat kedai mamak

dah tak ada yg kasi galakan...budak2 main tablet lah...pada hal...melalui sukan kita boleh mendapat pendapatan yg lebih tinggi dari umpamanya seorang exekutif...dorongan dan galakan ini yg diperlukan jugak.

ni masing2 asik pk nagetif je...tu yg merudum sukan bolasepak negara tu..

macam hari ni keluar paper...tengku johor tak suka plak 2 org pembantu jurulatih yg dipilih sendiri oleh Dollah Salleh..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.233885 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list