View: 3016|Reply: 15
|
[Tempatan]
Tangan ‘kotor’ mampu jahit baju Melayu
[Copy link]
|
|
SIAPA dapat menduga, tangan ‘kotor’ yang dulunya digunakan untuk memegang parang dan merompak di sekitar ibu negara, kini mampu menghasilkan baju Melayu yang cantik serta sangat selesa untuk dipakai.
Lelaki berusia 31 tahun ini dikenali sebagai Pak Cu, berasal dari Peringat, Melor dan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita biasa serta dikurniakan tiga cahaya mata berusia antara tujuh dan 13 tahun.
Pak Cu dilahirkan dalam keluarga besar dan merupakan anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik. Tamat persekolahan di tingkatan lima, Pak Cu tidak pernah bekerja dan tidak tahu cara untuk menjana pendapatan dalam hidupnya sehinggalah dia mendirikan rumah tangga.
Akibat kesempitan hidup dan kurangnya menuntut ilmu buat bekalan dalam hidup, Pak Cu memilih untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah. Jenayah rompakan bersenjata menjadi pilihan yang terakhir dan lama-kelamaan kegiatan itu menjadi mata pencariannya sepenuh masa.
“Saya bergerak dan merompak secara berkumpulan. Merompak orang yang baru mengeluarkan duit dari bank dan sebagainya. Sebelum merompak, saya dan rakan-rakan akan memerhatikan mangsa dan bertindak selepas betul-betul berpeluang,” katanya.
Pak Cu berkata, bagaimanapun mata pencarian haram itu tidak kekal lama apabila dia ditahan polis dan dihadapkan ke mahkamah serta dihukum penjara selama tujuh tahun.
“Pun begitu, saya bersyukur kerana dihukum. Seandainya, pada masa melakukan jenayah yang terakhir itu, saya tidak ditahan, mungkin sehingga hari ini saya masih lagi seorang perompak dan seronok merompak di sana sini.
“Hasil rompakan pula diberi kepada anak-anak dan isteri untuk meneruskan kehidupan. Menjadi perompak, hasil yang diperoleh tidaklah lumayan tapi dapatlah mencukupkan keperluan kami lima beranak,” katanya.
Ketika menjalani hukuman, Pak Cu terpilih untuk menyertai bengkel jahitan di penjara pada tahun 2012. Hukuman pemenjaraan yang lama mencukupkan syarat untuk Pak Cu diajar cara-cara menjahit pelbagai baju lelaki ketika sedang menjalani hukumannya itu.
“Selepas dua tahun menyertai bengkel ini, saya sudah boleh menjahit uniform, kemeja lelaki dan jahitan yang paling saya gemari ialah menjahit baju Melayu. Buat masa sekarang saya sedang menyiapkan tempahan pelanggan untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.
“Dalam sehari bermula menjahit pada jam 8.30 pagi hingga 3 petang, dapatlah saya siapkan sepasang baju Melayu. Saya tidak mahu terburu-buru dalam menyiapkan sepasang baju itu kerana moto saya ialah ‘kepuasan pelanggan, kebanggaan saya,’” ujarnya sambil disusuli ketawa.
Selain tuntutan bagi mengisi masa lapang dan memenuhi Fasa 3 - Program Pendidikan Dan Kemahiran di dalam penjara, Pak Cu begitu gembira apabila terdapat ramai pelanggan yang membuat permintaan mahu dia yang jahitkan baju untuk mereka.
“Permintaan yang tinggi dan maklum balas serta respons yang baik daripada pelanggan itu adalah satu semangat kepada saya untuk terus meningkatkan kemahiran dalam bidang jahitan ini.
“Saya sendiri tidak menyangka dapat menghasilkan baju Melayu daripada buatan tangannya sendiri serta mempunyai pelanggan tetap yang menyukai cara dan gaya jahitan saya. Saya juga berharap akan dapat menyiapkan tempahan pelanggan tahun ini seperti tahun-tahun lepas,” katanya.
Setelah semua yang dilalui ini, Pak Cu merasakan setiap sesuatu yang menimpanya ada hikmah di sebaliknya. Ketika dalam menjalani hukuman penjara itu juga, Pak Cu disahkan menghidap penyakit asma.
Read here: http://www.sinarharian.com.my/ed ... aju-melayu-1.303859
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rupanya dah Masuk penjara ? Malas nak baca. |
|
|
|
|
|
|
|
dh cuci belom tangan dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Syukurlah dah insaf. Kalau pandai menjahit, banyak keuntungan boleh dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
multitalented betul tangan pak cu ni. handal memarang mahupun menjahit. |
|
|
|
|
|
|
|
untunglaaaaa dpt blajar free..... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus2... pengakhiran tu yg penting
istiqamah yer Pak cu |
|
|
|
|
|
|
|
Spa penjara pon ramai datin datin book okeh..apatah lg tempah baju neh |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus le kemahiran tangan tu digunakan utk buat kerja yang lebih baik seperti menjahit boleh le bukak kedai tailor bila keluar nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok-lah tu. Ke hadapan terus jgn pdg belakng yer |
|
|
|
|
|
|
|
kalu potong burung masuk islam
bunyi forumer melayu baru elok sikit perangai
pak cu tak masuk islam pon
so, next
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah ..
bagus nya
kurang2 dapat bagi duit halal kepada keluarga
|
|
|
|
|
|
|
|
stp perkara yg berlaku dlm diri mesti ada hikmah disebaliknya pakcik..bersangka baik la pada Allah s.w.t.. |
|
|
|
|
|
|
|
elokla tu..ini yg kita nak. |
|
|
|
|
|
|
|
ok la tu..lepas ni dah boleh jadikan kerja menjahit tu sebagai punca pendapatan pulak |
|
|
|
|
|
|
| |
|