CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2327|Reply: 9

[Tempatan] DBKL bina laluan basikal Mid Valley-Dataran Merdeka

[Copy link]
Post time 3-8-2014 05:51 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Satu laluan berbasikal sepanjang 5.5 kilometer menyelusuri pinggir Sungai Klang dari Midvalley ke Dataran Merdeka dijangka akan dibuka kepada orang ramai menjelang awal tahun depan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, pembinaan laluan itu kini di peringkat akhir dan dijangka siap sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

"Laluan sudah ada... jajaran dah siap... cuma hendak diperbaiki bagi memastikan keselamatan dan juga keselesaan penunggang basikal dapat diwujudkan.

"Lagipun ada satu jejak perlu dibincangkan bersama Prasarana (Syarikat Prasarana Negara Berhad) kerana ia merentasi dan menggunakan laluan ke LRT (Light Rail Transit)," katanya kepada pemberita selepas berbasikal bersama peserta dalam program "Hari Bebas Kenderaan Kuala Lumpur Edisi Raya" di sini hari ini.




Terdahulu, seawal 7 pagi, Ahmad Phesal bersama hampir 5,000 peserta termasuk yang berjalan kaki, berjoging dan memakai 'roller blade' mengelilingi kawasan sekitar ibu negara sejauh tujuh kilometer.



Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana program itu Datuk Naim Mohamad berkata, walaupun masih dalam minggu pertama perayaan Aidilfitri, kempen 'KL Pagi Bebas Kenderaan' yang kini masuk edisi kelapan berjaya disertai ribuan peserta.

Sambutan yang amat menggalakkan itu membuktikan warga kota amat menghargai dan menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar bebas karbon menjelang 2030.

Sehubungan itu, Naim, yang juga Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia berkata, cadangan untuk mengadakan riadah itu setiap dua minggu sekali akan dipertimbangkan secepat mungkin bagi memberi peluang kepada warga kota beriadah selalu.

"Penerimaan warga kota amat baik dan memang ada permintaan supaya aktiviti riadah ini dilakukan setiap minggu namun ia masih dalam perancangan dan kita akan lihat kesesuaian aktiviti ini nanti.

"Selain menyatupadukan rakyat berbilang bangsa dan agama, aktiviti riadah ini juga boleh dijadikan tempat berkumpul secara bulanan bagi mana-mana alumni dan persatuan," katanya. - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 05:57 PM | Show all posts
Horay!!! Saya suka berbasikal bersama Liang Liang. Nanti saya akan sampaikan berita gembira ini kepada beliau memandangkan beliau tak reti membaca Bahasa Melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 3-8-2014 05:57 PM
Horay!!! Saya suka berbasikal bersama Liang Liang. Nanti saya akan sampaikan berita gembira ini kepa ...


Hati2 ya berbasikal bersama liang liang..nanti kalu accident masuk liang lahad terus...
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 07:38 PM | Show all posts
trek itu bagus, tapi tahap kebersihan sg klang itu mungkin sedikit cacatkan pemandangan... jangan kata perabot, mayat orang pun s/times ada di sungai tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 07:42 PM | Show all posts
Jap, nak fefeeling Amsterdam ka Beijing ni....



Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..biar ummah tahu exercise dpt sihatkan badn,selain daripada hirup kari pekat dan kopi o extra manis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2014 07:58 PM | Show all posts
harap dapat ditambah laluan berbasikal tersebut terutama dikwsn2 yg jalannya teruk jam..spt KL Kajang,KL Klang..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap sentiasa buat kempen utk menggalakkan org ramai.jangan buat sekali pastu terus senyap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 09:08 PM | Show all posts
Decaffeinated posted on 3-8-2014 07:42 PM
Jap, nak fefeeling Amsterdam ka Beijing ni....

beijing pprt tak nak...amsterdam la kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 09:33 PM | Show all posts
lepas shopping kat mid bolehlah jalan kaki lepak kat dataran merdeka~~ klu nak nek ktm dari mid sampai ke kuala lumpur, punye la lembap pastu berhimpit hah... sekali sekala beriadah cam tu~~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.073518 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list