CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12207|Reply: 77

[Jenayah] Tangkap gambar hantu

[Copy link]
Post time 4-8-2014 09:09 PM | Show all posts |Read mode
Tangkap gambar hantu

PANTU, Rabu - Seram. Itulah perasaan yang dialami oleh seorang ibu dari sebuah rumah panjang di kawasan daerah kecil Pantu apabila kamera telefon bimbit mereka tertangkap gambar makhluk halus baru-baru ini.

Kisah seram terbabit bermula apabila sebuah keluarga meninjau rumah baharu mereka yang masih sedang dibina dalam kawasan rumah panjang berkenaan pada waktu tengah hari. Memandangkan rumah baharu tersebut sedang memasuki fasa hampir siap, maka ibu bertindak menangkap beberapa gambar anak perempuannya di situ dengan menggunakan kamera telefon bimbit untuk diabadikan sebagai kenangan.

Tiba-tiba si ibu terkejut apabila mendapati salah satu gambar yang ditangkap olehnya mengandungi susuk makhluk halus berambut panjang, kata seorang penduduk dari rumah panjang itu ketika ditemui kelmarin.

Katanya, makhluk halus berkenaan telah memberi 'belakang' terhadap kamera telefon bimbit tersebut sehingga anak perempuan yang cuba digambarnya terhadang oleh susuk terbabit. Rumah baharu tersebut kononnya dibina di kawasan denai lama dalam rumah panjang berkenaan. Kata orang, laluan denai lama tersebut juga adalah merupakan laluan makhlus halus.

Justeru adalah dipercayai bahawa kedudukan rumah yang dibina atas laluan denai lama menyebabkan makhluk halus berkenaan muncul dalam kamera telefon bimbit tersebut, kata beliau.


SERAM... Susuk makhluk halus ini ditangkap dalam kamera telefon bimbit milik seorang ibu yang cuba mengambil gambar anak perempuannya (dihadang oleh susuk berkenaan) di rumah baharu di Pantu baru-baru ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 09:11 PM | Show all posts
Pantu kat mana ? Meluat la pekerja akhbar bangang macam ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:12 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 4-8-2014 09:11 PM
Pantu kat mana ? Meluat la pekerja akhbar bangang macam ni

kat Bandar Sri Aman, Sarawak
Last edited by JDT on 4-8-2014 09:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
apo bondo nih?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-8-2014 09:16 PM | Show all posts
iklan syampu pantene

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:17 PM | Show all posts
tak payah rebonding guna jari jer...kata hantu tuh sambil mengilai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-8-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Seremmmmms tp nampak macam rambut orang je
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalah rambut manusia.. Cantik lak rambut ponti tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 09:26 PM | Show all posts
mana hantunya

yang bawah rumah yang baring mengiring tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:27 PM | Show all posts
Kelas makhluk halus siap ada laluan stesyen airport macam KLIA.
Bimbo punya penulisan wartawan utusan.
Mahu propa pun guna lah gambar logika sikit, ini siap shining2 lagi rambut dengan rebonding.

apa kata pergi panggil sahaja jawa johor tabur garam situ kot2 boleh hilang airport makhluk halus itu.
baru ada glittering seshining gitu.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:30 PM | Show all posts
Hantu Pantu
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:31 PM | Show all posts
Cantiknya rambut.

Tak nampak langsung ada tanda-tanda kelemumoq atau uban.

Gamaknya kalau campak sikat dari atas, mau suisui jatuh sampai ke hujung rambut.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:35 PM | Show all posts
Gambar hitam putih ja. Telepon bimbit jenama apa dia guna ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
SissySembah posted on 4-8-2014 09:27 PM
Kelas makhluk halus siap ada laluan stesyen airport macam KLIA.
Bimbo punya penulisan wartawan utus ...

oittt ni seru hantu ke seru peyno ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ikan_kaghing posted on 4-8-2014 09:31 PM
Cantiknya rambut.

Tak nampak langsung ada tanda-tanda kelemumoq atau uban.

biasa rambut lurus camni mesti cina atau jepun... klu harapkan melayu mesti kerinting
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
yg legend hantu lilin.harian metro kua je cite hantu tu, dgr laku smpai sejuta naskahlol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 4-8-2014 09:35 PM
Gambar hitam putih ja. Telepon bimbit jenama apa dia guna ?

Jenama Cokia
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 4-8-2014 09:40 PM
yg legend hantu lilin.harian metro kua je cite hantu tu, dgr laku smpai sejuta naskahlol

Giler ko berebut org beli masa tu...penangan hantu lilin
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:41 PM | Show all posts
Maybe she's born with it, maybe it's Langsuir.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Hantu pun dah pandai berselfie...ini fitnah yahudi...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:01 AM GMT+8 , Processed in 0.062455 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list