CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9848|Reply: 35

Man United meningkat dibawah Louis Van Gaal, kalahkan Liverpool 3-1 di final

[Copy link]
Post time 5-8-2014 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Man United Belasah Liverpool 3-1, Muncul Juara

MANCHESTER United berjaya mempamerkan kebangkitan dibawah kendalian Louis van Gaal selepas membenam Liverpool 3-1 dalam perlawanan akhir Piala Juara Antarabangsa di Miami, pagi Selasa.
Menerusi kemenangan itu, ia bermakna, Van Gaal turut berjaya menghadiahkan piala pertama kepada United  selepas kurang sebulan memegang jawatan jurulatih.



Dalam perlawanan sengit antara dua musuh utama Liga Perdana Inggeris itu, Liverpool terlebih dahulu di depan menerusi jaringan penalti ketua pasukannya, Steven Gerrard.



Bagaimanapun perlawanan yang memasuki babak kedua memperlihatkan kebangkitan pemain United menerusi serangan dengan formasi 3-4-2-1.
   


Tidak perlu menunggu lama, Wayne Rooney berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-55 sebelum Mata menambah jaringan dua minit kemudian.
Kedua-dua pasukan yang dibenar membuat pertukaran pemain lebih daripada tiga kemudian melakukan percaturan semula bagi memastikan kemenangan memihak kepada skuad mereka.


Tindakan Van Gaal memasukkan pemain muda, Lingard pada minit ke-78 bagi menggantikan Herrera ternyata berbaloi apabila pemain itu menyumbat gol ketiga pada minit ke-88.
Menerusi kemenangan tersebut, anak didik van Gaal membawa pulang wang tunai AS$1 juta bersama reputasi dan moral yang tinggi untuk memulakan Liga Perdana Inggeris pada 16 Ogos ini.



Ia dilihat sebagai satu kebangkitan yang memberansangkan apabila United yang menamatkan liga musim lalu ditempat ketujuh kembali menggerunkan lawan pada musim ini.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 02:33 PM | Show all posts
saitan pegang tombak menang ehhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 06:07 PM | Show all posts
Bekas jurulatih belanda ker ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 06:33 PM | Show all posts
aufa posted on 5-8-2014 06:07 PM
Bekas jurulatih belanda ker ?

yup.. teringat game belanda vs spain.. spain lead dulu dgn gol penalti sudahnya sendu sedan bahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 06:41 PM | Show all posts
pegi mana2 liga selalu je mng piala
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 07:28 PM | Show all posts
tomatome posted on 5-8-2014 06:33 PM
yup.. teringat game belanda vs spain.. spain lead dulu dgn gol penalti sudahnya sendu sedan bahaha ...


tapi Bulanda lawan Kosta Rika lagi tak leh lupa, masukkan reserve keeper last minute...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2014 07:29 PM | Show all posts
perkara paling menarik aku ttg manyu tahun nie adalah player yang kekal dan player yang keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:10 PM | Show all posts
Patutlaa ramai benci m.u..menang frenly serupa menang piala eropah..kecoh x hengattt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 08:11 PM | Show all posts
M.u juga beat juara eropah real madrid 3-1...konfom next season m.u juara eropah..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:40 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:41 PM | Show all posts
CL dalam tangan.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:44 PM | Show all posts
bulih lah lawan JDT kalu hebat sebegini....
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:51 PM | Show all posts
Yg paling best menang 3-1 tp tajuk tulis BELASAH..menang 3-1 kira belasah ke?..liverpool beat m.u last season 3-0 rilek je..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:54 PM | Show all posts
pyropura posted on 5-8-2014 07:28 PM
tapi Bulanda lawan Kosta Rika lagi tak leh lupa, masukkan reserve keeper last minute...

menjadi gak tuka keeper padahal kt liga xdela hebat mana.. at least beb costa rica kalah penalti shoot spain lak naseb dia sebijik macam fool smlm.. da goal penalti mst bajet da mng huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:55 PM | Show all posts
kecimpret posted on 5-8-2014 08:51 PM
Yg paling best menang 3-1 tp tajuk tulis BELASAH..menang 3-1 kira belasah ke?..liverpool beat m.u la ...

huhu membara betul lu ngan man u ek hehe... xpe cuba lagi beb dis season lol
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 08:59 PM | Show all posts
mengyu bakal juara champions league musim ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2014 09:06 PM | Show all posts
satusembilan posted on 5-8-2014 08:59 PM
mengyu bakal juara champions league musim ni

apa bakal2?
memang kompom
sebab tu meng yu musim akan datang ni takyah main game kelayakan, takyah main game dalam grup, takyah main game kalah mati
kira dapat piala terus gituh


Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:10 PM | Show all posts
tomatome posted on 5-8-2014 08:55 PM
huhu membara betul lu ngan man u ek hehe... xpe cuba lagi beb dis season lol

Bkn membara tp rs gelihati..kah kah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2014 09:13 PM | Show all posts
van gaal kan the genius one
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 07:40 AM | Show all posts
kecimpret posted on 5-8-2014 08:51 PM
Yg paling best menang 3-1 tp tajuk tulis BELASAH..menang 3-1 kira belasah ke?..liverpool beat m.u la ...

Penyokong liverpool ker nih ?huhu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 05:31 PM GMT+8 , Processed in 0.080464 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list