CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5069|Reply: 1

Tiada klausa ‘gigit’ dalam kontrak Suarez - Bartomeu

[Copy link]
Post time 6-8-2014 03:38 PM | Show all posts |Read mode
Tiada klausa ‘gigit’ dalam kontrak Suarez - Bartomeu

BARCELONA: Insiden ‘gigit’ membabitkan penyerang baru Barcelona, Luis Suarez dibimbangi mungkin berulang, namun tiada sebarang klausa mengenai perkara itu dalam kontraknya, menurut Presiden Barca, Josep Maria Bartomeu.

Penyerang Uruguay itu ketika ini sedang menjalani hukuman penggantungan selama empat bulan yang menghalangnya daripada beraksi bersama kelab Catalan itu sehingga Oktober namun Barca mendakwa, perkara terbabit tidak menghalang mereka untuk mendapatkan penyerang Liverpool itu.

Dan sekalipun Bartomeu berkata insiden gigit itu ‘mungkin berulang’, kelab itu tidak membuat sebarang tindakan atau mengubah kontrak berkaitan perkara terbabit malah menggambarkannya sebagai ‘pemain sempurna.’

“Kami tidak pernah berfikir dua kali mengenai keputusan ini dan kami memberitahu Luis selepas insiden gigit itu. Dia sedar dia melakukan kesalahan,” kata Bartomeu.

“Dia meminta maaf. Dia amat penting kepada kami. Ia bermakna dia tahu dia tidak melakukan perkara yang sepatutnya, dan sudah tentu, datang ke bandar kami, kelab ini, pasti ada satu cara untuk menguruskan Luis Suarez kerana di Liverpool dia seorang pemain yang sempurna.”

Sebelum insiden membabitkan pertahanan Itali di Piala Dunia, Giorgio Chiellini, Suarez sudah beberapa kali melakukan kesalahan sama ketika di Ajax dan Liverpool mencetus persoalan adakah ia akan terjadi lagi.
“Inilah soalan yang ramai orang tanyakan kepada kami ketika ini. Kami tidak boleh bercakap mengenai sesuatu yang kita tidak tahu akan berlaku atau tidak. Kami tidak tahu. Apa yang kami tahu ialah kami mengambil tanggungjawab ini dan dia juga mahu bertanggungjawab.

“Tiada klausa mengenainya. Jika ada klusa mengenainya, kami akan mengatakannya namun ia tidak wujud.” - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2014 05:34 PM | Show all posts
hahahha biar jer dia gigit, bukan 1st time pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.103925 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list