CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2492|Reply: 1

MSN Mahu Lebih Kuasa Tentukan Atlet Ke Sukan Asia

[Copy link]
Post time 7-8-2014 12:11 AM | Show all posts |Read mode
        


   
                                                    (Ubah saiz teks)       
        SEPANG: Majlis Sukan Negara (MSN) mahu diberi lebih 'kuasa' dalam menentukan senarai atlet yangakan menyertai kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon, September depan.

Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata satu perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan dalam masa terdekat untuk memastikan atlet yang akan mengambil bahagian di Sukan Asia benar-benar berkualiti dan mampu memberi saingan.

Katanya, jawatankuasa pemilihan MOM dituntut agar membuat penilaian rapi sebelum atlet atau mana-mana pasukan disenarai ke temasya sukan besar supaya tidak lagi wujud 'penumpang' dalam kontinjen negara.




"Saya sentiasa bersikap tegas cuma saya harap suara saya lebih diterima selepas ini. Saya telah mengadakan perbincangan awal dengan Tan Sri Tunku Imran (Tuanku Jaafar), Datuk Low Beng Choo (Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia) dan Datuk Sieh Kok Chi (Setiausaha Agung MOM), (mengenai perkara ini) dan mereka nampaknya lebih menerima alasan-alasan yang diberikan sebelum ini.

"Jadi, saya harap sesuatu dapat kita lakukan untuk ke Incheon nanti. Yang penting kita tidak perlu membawa penumpang dalam kontinjen negara," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), di sini sejurus tiba dari Glasgow, Scotland.



Mengakui misi mencapai sasaran tujuh pingat emas di Sukan Komanwel 2014 gagal, beliau berkata bukan sahaja atlet malah beberapa jenis sukan didapati tidak sepatutnya dihantar untuk menyertai pertandingan yang tinggi tarafnya seperti di Sukan Komanwel dan Sukan Asia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2014 02:04 AM | Show all posts
Semua nk kuasa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.057059 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list