View: 62182|Reply: 191
|
Dah besar rupanya anak Mas Idayu
[Copy link]
|
|
DAH BESAR RUPANYA ANAK MAS IDAYU
Siapa sangka dalam kemeriahan Mas Idayu bergelek danggut, dia sebenarnya sudah mempunyai anak dara berusia 16 tahun bernama Nur Dayini Asyiqah.
"Kalau nak tahu wajah saya masa dulu macam Dayini sebab wajahnya banyak ikut wajah saya. Mungkin sikapnya sahaja tidak sama seperti mak dia yang tegas ni," ujarnya dipetik sebagai berkata.
"Sejak dulu kami hanya tinggal berdua. Dia memang tidak ada kawan, kalau ada pun kawan-kawan di sekolah sahaja. Mana nak ada kawan, saya memang kawal dia. Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen.
"Setiap hari saya akan hantar dan ambil dia di sekolah. Pernah dulu, saya bagi dia naik bas sekolah tetapi kasihan pula sebab sampai rumah lambat tapi kena keluar awal. Jadi sejak itulah saya yang bertanggungjawab menjadi pemandu untuk menghantar dan mengambil anak dari sekolah," tambah dua beranak ini yang menetap di Shah Alam, Selangor.
Mengenai sekolah anaknya yang begitu jauh daripada rumah, kata Mas Idayu, sebelum ini mereka menetap di Bukit Antarabangsa, jadi tidak ada masalah jarak ke sekolah. Cuma dia terus mengekalkan anaknya di sekolah di tengah ibu kota itu kerana pada tahun hadapan anaknya bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Kalau nak pindah sekolah pun, sudah pertengahan tahun. Saya kasihan pada dia, kalau tukar sekolah baharu takut Dayini tidak dapat sesuaikan dengan persekitaran baharu pula.
"Jadi setakat ini biarlah saya berkorban untuk anak dengan menjadi pemandu setiap hari. Andai kata saya bertugas di luar daerah, dia akan tinggal dengan papanya di Damansara dan papanya akan hantar dia ke sekolah," katanya.
Untuk info, anak Mas Idayu kini sedang belajar piano dan dia juga berbakat dalam bidang nyanyian.
"Saya memang sengaja hantar dia belajar bermain piano sebab subjek itu membantunya untuk berfikir pantas dalam mata pelajaran Matematik. Dia memang boleh menyanyi dan selalunya kalau ada apa-apa acara kesenian, cikgu akan pilihnya.
"Apapun setakat ini, saya mahu dia beri tumpuan pada pelajaran dulu. Saya tidak halang dan tidak menggalakkan. Biar dia buat keputusan sendiri. Kalau betul dia nak nyanyi, saya akan beri tunjuk ajar seperti mana saya mengajar budak-budak lain," jelasnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni anak dia dgn aman grasika ke? |
|
|
|
|
|
|
|
ni anak dengan aman graseka ke? |
|
|
|
|
|
|
|
"Lagipun kalau di rumah, dia lebih suka mengadap komputer atau menonton televisyen."
Jgn jadi keyboard warrior iye dik.. |
|
|
|
|
|
|
|
chempaka_ku posted on 8-8-2014 07:12 AM
ni anak dengan aman graseka ke?
haah..
Mas Idayu & Aman Graseka
Tiada siapa yang tahu bila perkahwinan mereka telah diadakan. Malah, sehingga kini, selepas bercerai dengan pelakon "Cinta Kita" itu, penyanyi dangdut Mas Idayu masih enggan menjelaskan kisah cinta mereka dan mengapa mereka berpisah selepas 10 tahun berkahwin secara rahsia.
Jelas Ayu, dia tidak mahu kisah peribadinya menjadi perbualan ramai dan dia punya alasan tersendiri mengapa dia tidak mahu bercerita.
Namun begitu, hasil perkahwinan mereka, Ayu dan Aman dikurniakan seorang anak bernama Dayini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nape dia taknak citer pasal kawen ar.. Gigih sorok.. Sampai cerai pun sorok.. |
|
|
|
|
|
|
|
muka copy paste...mcm akak dgn adik |
|
|
|
|
|
|
|
dulu2 kan fans mcm xleh terima kalau artis tu dah kawen..mesti populariti merundum jatuh.. |
|
|
|
|
|
|
|
kawal sungguh anak smpai tak ada kawan. biar betik mak mcm ni??
feling2 anak kau princess kah?? |
|
|
|
|
|
|
|
Ohh? Gambar baju purple tu mak ke anak? |
|
|
|
|
|
|
|
Aman graseka yang dagu panjang tu ke? Tak tau pulak diaorg pernah kahwin.. |
|
|
|
|
|
|
|
cantek anaknyer..copy paste muka mak |
|
|
|
|
|
|
|
bersungguh sorok kawen ngan aman graseka .. even dah terbukti sepital tempat bersalin... pon nak nafi2... kawan kampung dia semua dah kata diorang dah kawrn... still nafi... tup2 ngaku dah cerai... |
|
|
|
|
|
|
|
Kawin rahsia sebab takut popularity menurun katanya!???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|