KUALA LUMPUR 8 OGOS 2014: Ratusan biji burger (hotburgermalaysia) oleh Fizo Omar diagihkan secara percuma kepada orang ramai bertempat di sebuah masjid di Wangsa Maju selepas selesai Solat Jumaat.
“Alhamdulilah, tidak sampai 5 minit burger percuma yang saya agihkan telah habis diberikan terutama kepada jemaah masjid, dan pada waktu yang sama juga saya letakkan sebuah tabung untuk didermakan kepada Penduduk Gaza,” ujarnya Fizo dihubungi Murai.
Menurutnya lagi, agihan burger percuma ini tidak ada kena mengena dengan kempen boikot burger jenama popular dunia itu dan mahu mempromosikan burger jenamanya, niatnya untuk mengagihkan burger secara percuma sudah lama difikirkan dan hanya memilih masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
“Boikot itu hak individu itu sendiri, apa yang saya lakukan adalah benar-benar ikhlas dan tiada unsur untuk sabotaj mana-mana pihak, sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat memberangsangkan dan Inshaa-Allah saya akan edarkan lagi secara percuma di hari yang lain,” katanya.
Last edited by RatuDunia94 on 14-8-2014 02:52 AM
|