CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1857|Reply: 17

[Tempatan] McDonald's Menjadi Kambing Setelah di Boikot

[Copy link]
Post time 9-8-2014 12:55 AM | Show all posts |Read mode
McDonald's Malaysia: Kami 'kambing hitam' akibat boikot

Astro Awani | Kemas kini: Ogos 08, 2014
(Diterbitkan pada: Ogos 08, 2014 23:21 MYT)


KUALA LUMPUR: McDonald's Malaysia berkata mereka adalah 'kambing hitam' kepada individu-individu yang memboikot mereka kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan Israel.

Beberapa francais mereka di seluruh negara telah terdedah kepada vandalisme, sementara staf-staf mereka diganggu berikutan tuduhan telah menyalurkan dana dan membantu Israel di atas kekejaman rejim Zionis terhadap Gaza.

"Semua pekerja kami yang merupakan warganegara Malaysia terpaksa mengharungi gangguan, ugutan dan cacian. Beberapa restoran francais kami telah terdedah kepada vandalisme sehingga kami tidak mempunyai pilihan kecuali untuk menutup dan memberhentikan operasi kami untuk hari itu," kata mereka di dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada Jumaat.

"Realitinya, staf-staf dan francais kami tidak bersalah dan tindakan ini secara dasarnya tidak adil untuk mereka dipersalahkan," tambah mereka yang juga menyatakan tindakan memboikot adalah hak individu dan meminta untuk tindakan tersebut dilakukan secara tenang.

"Kami faham dan menghormati tindakan untuk memboikot adalah merupakan hak setiap invididu, namun kami kecewa McDonald's Malaysia dengan tidak adil dijadikan sasaran. Kami menggesa rakyat Malaysia untuk bertenang dan mengelak daripada melalukan tindakan yang akan memudaratkan mana-mana pihak."

Rangkaian restoran makanan segera ini sekali lagi menegaskan bahawa tiada hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada mereka yang disalurkan kepada mana-mana aktiviti politik atau konflik di seluruh dunia.

"Kami ingin menegaskan sekali lagi pendirian kami bahawa McDonald's Malaysia tidak menyalurkan sebarang hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restoran kami untuk menyokong mana-mana aktiviti politik mahupun konflik di seluruh dunia. Kami telah secara konsisten dan telus menyuarakan pendirian kami, tetapi malangnya maklumat itu telah disalah ertikan oleh pihak-pihak tertentu."

McDonald's juga telah menyuarakan sokongan mereka untuk keamanan dapat dicapai di Gaza.

"Kita semua adalah rakyat Malaysia dan kita berkongsi matlamat yang sama. Mari kita bertoleransi dan saling menghormati pendirian masing-masing. Tetapi apa yang lebih penting, kita harus terus berdoa dan berharap agar konflik di Gaza berakhir dan keamanan dapat dirasai oleh mereka."

Senarai nama-nama produk dan syarikat, termasuk McDonald's, dikatakan telah 'menyalurkan' wang kepada rejim Zionis di Israel telah tersebar meluas di media sosial sebagai gerakan untuk memboikot barangan yang dihasillkan oleh Amerika Syarikat dan Israel.

Pada Selasa, akhbar Sinar Harian melaporkan protes ganas telah dijalan di dua cawangan McDonald's di Kerteh dan Dungun, yang mengakibatkan kira-kira 80% kerugian di kedua-dua restoran tersebut.


Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... bat-boikot-41541?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 12:57 AM From the mobile phone | Show all posts
esok aku nk beli ayam mcd..ade sape2 nk kirim?lol
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 9-8-2014 12:57 AM
esok aku nk beli ayam mcd..ade sape2 nk kirim?lol

Sian lu tarak org nak kirim..semua tgh boikot..

Lol..



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:00 AM | Show all posts
punyalah beratus logo-logo dalam poster boikot Yisrael tu, mekdi jugak yang kena ludah, mekdi jugak yang kena lontar batu jamrah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasyawal posted on 9-8-2014 12:59 AM
Sian lu tarak org nak kirim..semua tgh boikot..

Lol..

lu mkn mcd pun org x pasan sebab lu banyak topeng..ari2 tukar kulit
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 9-8-2014 01:01 AM
lu mkn mcd pun org x pasan sebab lu banyak topeng..ari2 tukar kulit

Tak pa..lu tunggu jab...mesti ada anjing2 yahudi ketagih mcd pesan big mac..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-8-2014 01:09 AM From the mobile phone | Show all posts
lavasyawal posted on 9-8-2014 01:03 AM
Tak pa..lu tunggu jab...mesti ada anjing2 yahudi ketagih mcd pesan big mac..

wa taw umah lu mesti ade megi, komputer lu pkai tu mesti pkai windows..tu yahudi punya tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:12 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 9-8-2014 01:01 AM
lu mkn mcd pun org x pasan sebab lu banyak topeng..ari2 tukar kulit

hodoh sgt ka muka sutun no life tu sampai kena pakai topeng?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
TuntungReturn posted on 9-8-2014 01:09 AM
wa taw umah lu mesti ade megi, komputer lu pkai tu mesti pkai windows..tu yahudi punya tu

Lu pakai computer tapi line tenet kena potong cam si dino siap kena ctos pun tarak guna gak..



Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:16 AM | Show all posts
Apake bongok nak boikot McDonalds Malaysia ? Itu syarikat majoriti Malaysia la. 26% Vincent Tan, 25% Mohamed Shah Abdul Kadir.
Majoriti pekerja pula orang Islam
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:18 AM | Show all posts
la sutun hodoh tak hbis lg jaja psl ctos p1
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:32 AM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 9-8-2014 01:16 AM
Apake bongok nak boikot McDonalds Malaysia ? Itu syarikat majoriti Malaysia la. 26% Vincent Tan, 25% ...

McD hq kat amarika nun ada dpt % tak dr McD msia?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:38 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 9-8-2014 01:32 AM
McD hq kat amarika nun ada dpt % tak dr McD msia?

Mesti la. Jenama mereka punya

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:39 AM | Show all posts



sian pak itam.. Last edited by aderaderker on 9-8-2014 01:43 AM

Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:45 AM | Show all posts
berapa banyak benang pasal mcd daaa... salah satu promosi gak dalam sibuk2 nak boikot rakyat malaysia jenis ati lembut.. cpt simpati sok lusa okla tu biz mcd
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 01:48 AM | Show all posts
Boikot Intel lagi bagus.

Ada banyak loji fabrikasi berbilion dolar di israel.
Di Malaysia mereka cuma bina kilang murahan untuk pemasangan & ujian saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2014 01:51 AM | Show all posts
dino posted on 9-8-2014 01:18 AM
la sutun hodoh tak hbis lg jaja psl ctos p1

peminat Apple bukan iSheep ke sis?
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2014 05:15 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.101705 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list