CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4072|Reply: 20

Cara menghadapi salesman yang memaksa

[Copy link]
Post time 12-8-2014 12:31 PM | Show all posts |Read mode
Korang pernah tak mengalami keadaan di mana salesman terlalu memaksa korang membeli satu2 produk tu?
Sebenarnya korang tak berminat pun nak beli barang die and memang takde budget untuk beli tapi just dengar penerangan die sebab kesian.
Susah kan nak escape keadaan macam ni? Contohnya siapa2 yang pernah terkena dengan salesman linguaphone yang kadang2 agak memaksa. Cara die senang je. Baca auzubillah kuat2 depan die. Lepas tu baca ayat Qursi kuat2 and tiup tiga kali. Cakap kat die nak halang diri sendiri dari hasutan syaitan untuk boros beli barang2 yang tak perlu. Mungkin die akan terkesima sebab takde orang lagi yang guna cara ni kat die. Kalau die still bebel2, baca lagi ayat tu kuat2. Ok tak cadangan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-8-2014 01:22 PM | Show all posts
Ok jugak. Mana yg terbaik asalkan bebas dari mereka2 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 01:43 PM | Show all posts
linghuaphone scammer lah. awat masih hidup lagi. gedik betul.
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:01 PM | Show all posts
cadangan tu mmg terbaik, salesman mungkin akan terkesima dan tukar kerjaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 05:02 PM | Show all posts
hahaha... siap ayat Qursi
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 05:26 PM | Show all posts
dekat opis aku ni dalam setahun aderlaa kot 3-4 kali adik2 yg tgh cuti semester ke, keje part time ke
dtg jual Al-Qur'an.. yang datangnya tunjuk and explain pelbagai versi Al-Qur'an yang depa jual..

sekali akhir tahun lepas, aku beli la jugak sebab pertama, kesian, kedua dia cakap boleh byr 2x sebab harga Al-Qur'an tu mahal boleh tahan rm300++ mcmtu, ketiga aku fikir, why not sebab yang ada kat rumah pon just Al-Qur'an dan tafsir, bukan yang jenis ada huraian berdasarkan bab2 tertentu.. selain boleh jgk menyumbang ke arah pahala sebab beli dan baca Al-Qur'an..

ok, back to topic.. since aku dah beli satu, tengah tahun ni ada jugak budak datang jual, beria suruh beli, ala2 memaksa laa, aku terus cakap NO sebab aku kata dah ada, then nak mujurnya budak tu faham, terus pergi..

tengah2 bulan puasa baru ni pulak, ada lagi sekumpulan budak yang datang sama, jual Al-Qur'an yang ala2 versi yang aku dah pernah beli tu.. aku cakap NO, tapi tak faham rupanya.. paksa2 jugak aku beli, utk pahala la, utk ilmu anakla segala, x rugi beli lagi sebab kalau anak bertambah, dah x berebut katanya..

lastly, aku cakap mcmni "dik, nak beli Al-Qur'an ni kene fikir jugak, bukan setakat isi atau versi yang digunakan tu sahaja diambil kira, tapi penghayatan pembacaan kita pon diambil kira.. kalau banyak Al-Qur'an kat rumah tapi jarang2 disentuh/digunakan (sebab anak seorg, baru umur 3thn, aku dengan laki jah kat rumah yg boleh baca Al-Qur'an setakat ni), apa gunanya membeli Al-Qur'an, kalau setakat nak tambah koleksi, itu bukan fungsi Al-Qur'an itu sendiri..tapi boleh jadi dosa pulak sebab membiarkan je Al-Qur'an tu tak digunakan.." bila aku cakap macam tu, tersenyap terus budak tu.. dan pergi dengan senyuman pahit sebab aku tak beli dari dia..

aku percaya mesti akan ada lagi budak2 macam ni yang datang nanti..

biasanya kat opis strictly not allowed utk penjual kan, tp maybe sebab budak2 ni jual Al-Qur'an, staff kat kaunter front desk tu benarkan depa menjual.. niat budak tu baik, tapi cara budak2 tu memaksa yang tak berapa best gitu kan.. huhuhuhu...

satu lagi astro, kalau pergi ke pasar malam mesti "kak, astro kak.." so jawab je "dah ada laa, brp byk nak pasang?" walhal xdek pon..

so moral of the story, nak beli, terus beli, kalau tak nak beli, tak payah biar dia explain, terus cakap tak nak.. kalau dia memaksa pandai2la cakap dah ada ke atau avoid dengan alasan2 yg munasabah supaya tak menyakitkan hati depa, sebab depa pon cari komisen (cari rezeki jgk)..



Last edited by bunga_lestari on 12-8-2014 05:32 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat pasar malam mmg selalu ade org duk promote astro. Kalo aku lalu dpn dia, dia tanya jer nak pasang astro x, aku ckp "kat sini boleh terminate astro x. Bosan la dgn siaran ulangan astro". Terus diam org tu. Bila aku patah balik, dia buat2 x nampak aku dah. Tapi kat rmh pakai njoi jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 12:54 AM | Show all posts
aku pernah jadi Salesman................x pernah pula berpengalaman jumpa mcm idea TT ni..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2014 11:16 AM | Show all posts
kalo buat pekak or bisu menjadi x agak2..??
Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2014 11:23 PM | Show all posts
kalau tak nak, cakap tak nak jer lah.. baca ayat kursi lah, auzubillah lah dah macam mempermainkan ayat2 al-quran pulak..

cakap "tak nakkk!!" kuat2 pun rasanya dah membantu.. straight to the point je.. ini lah masalahnya org2 melayu nih.. being too nice for the wrong reason..  



Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2014 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aku cakap kat diorang ni bahawa aku sedang bertugas .. tu jer ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 08:20 PM | Show all posts
Just say a firm no. Give a smile and blah
Jgn la tcegat kat situ like a deer in a spotlight
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2014 03:59 PM | Show all posts
promoter astro teman bg alasan xde tv.

promoter broadband bg alasan xde coverage kalau dia tny abg dok mna..teman cakap dok dlm gua kekeke..

skrg ni kat parking kereta ade ramai plak org tggu promote pegilat keta, pencuci lampu keta la, haish rimas..dh bg alasan ni keta pinjam pun x jalan...siap buat demo cuci lampu keta la...

ari tu anne tu pucat teman warning sape suruh u cuci..???? wakakaka blah terus dia
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2014 05:18 PM | Show all posts
maleo posted on 18-8-2014 03:59 PM
promoter astro teman bg alasan xde tv.

promoter broadband bg alasan xde coverage kalau dia tny ab ...

hahaha, alasan ko ni kelakar jugak.. boleh digunapakai..

btw, tq momod ryo utk kedit..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 09:57 AM | Show all posts
Semalam kena dengan Herbalife. Orang nak cepat, boleh pulak main tarik-tarik, kata "sekejap je, lima minit je." Weh, lima minit tu dah boleh drive sampai rumah tahu tak.
Bila tengok pamplet yang dia bagi, nama produk tu tak ditulis. Lepas tu baru dia kata Herbalife.
"pernah dengar Herbalife tak? Produk ni bagus. Messi, Ronaldo...semua duta kita. Produk ni adik makan pagi waktu breakfast, kenyang sampai petang. Boleh kurus...bla...bla...bla..."
Tak faham bahasa punya orang walaupun cakap dah lambat dan tak nak, saya cakap je "Saya tahu Herbalife. Tapi saya lebih suka makan makanan yang asli, lagi sedap dan cukup zat. Herbalife lebih banyak bahan kimia dan membahayakan kesihatan."
Baru kakak tu lepaskan tangan.

Win.

Kadang-kadang, kita dah cakap "tidak" dengan tegas, tapi penjual ni tak faham.
Kita cakap "dah ada" pun diorang akan kata, "yang ni lain, tak sama dengan yang itu..."
Kita cakap, "tak ada duit," diorang kata, "murah je, boleh bayar ansur..."
Macam mana?
Kita faham la, diorang ni meniaga dengan cara yang halal. Tapi sebagai peniaga pun, kena la faham pembeli jugak. Kalau tak faham, pergi masuk kelas bahasa Melayu, fahamkan erti perkataan "tidak mahu" tu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:57 AM | Show all posts
cakap tak nak jer...kalau dia tak faham bahasa, terus pergi jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2014 01:28 PM | Show all posts
kalo yg call, pernah sekali aku letak tepi saja hp aku.... dia bebel bla bla bla... n skali dia "helo? hello?"... and hp aku trus biaq kat tepi...

kalo yg in person depan bank ni, leceh skit nak elak... kena hati kering
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 04:02 PM | Show all posts
aku punya style, kalo deme kata "..5 minit je..5 minit.."
aku memang bagi peluang deme bebel selama 5 minit (sambil dengar, aku tengok jam)
cukup je 5 minit..aku cakap "dah 5 minit ye, terima kasih"
aku terus berlalu pergi..
dah kata 5 minit..5 minit jer laa chance aku bagi..

kalau tak, aku straight je cakap.."maaf, tak berminat..terima kasih.."
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 02:01 PM | Show all posts
aku selalu buat camni ' sori , i busy sambil jeling buat muka kerek '.
Konpem depe pon sentap nak promote barang. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2014 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang jah..bila diorang approach,sis buat garu2 satu badan,dengan muka terseksa,kalo dia tanya kata penyakit gatal berjangkit drpd babi..kompem lari mureka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.162278 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list