CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4537|Reply: 8

Cara berkesan urus diabetes

[Copy link]
Post time 17-8-2014 03:19 AM | Show all posts |Read mode
Berat badan berlebihan atau obesiti didefinisikan sebagai pengumpulan lemak tidak normal atau berlebihan lalu membawa risiko kesihatan. Ia faktor risiko utama bagi beberapa penyakit kronik, termasuk diabetes dan penyakit kardiovaskular.
Kira-kira 65 peratus populasi dunia tinggal di negara di mana berat badan berlebihan membunuh lebih ramai penduduk daripada mereka yang kekurangan berat badan.

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2011, 33.3 peratus populasi di seluruh negara mengalami praobes manakala 27.2 peratus pula adalah obesiti.

Laporan antarabangsa Oxfam berjudul Good Enough To Eat Index yang dikeluarkan baru-baru ini mendedahkan, Malaysia disenaraikan sebagai negara paling ramai penduduk gemuk di Asia Tenggara dan di tempat keenam di rantau Asia Pasifik.


Selain itu, Malaysia berada di tempat ke-44 di antara 125 negara dengan kadar kelaziman diabetes dan obesiti tinggi.





Obesiti disebabkan oleh ketidakseimbangan tenaga antara pengambilan dan penggunaan kalori di dalam badan.

Antara faktor lain seseorang mempunyai obesiti ialah pening­katan dalam ketidakcergasan fizikal disebabkan keadaan tidak aktif dalam kebanyakan pekerjaan, perubahan dalam jenis pengangkutan dan peningkatan perbandaran.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-8-2014 03:19 AM | Show all posts
Berat badan, diabetes jenis 2 dan SGLT2

Diabetes jenis 2 membabitkan 90 peratus populasi penghidap diabetes di seluruh dunia dan sebahagian besarnya disebabkan berat badan berlebihan dan ketidakcergasan fizikal.

Berat badan boleh mempe­ngaruhi diabetes dan sebaliknya. Ia menjadi lebih sukar bagi pesakit diabetes untuk mengawal paras gula darah jika berat badan bertambah.

Pada zaman prasejarah, tubuh manusia dipercayai membentuk satu sistem untuk memaksimumkan penjimatan dan penyimpanan tenaga dalam badan akibat kekurangan bekalan makanan yang konsisten.

Fungsi sistem ini termasuk mengurangkan aktiviti sistem endokrin neurologi untuk melambatkan metabolisme, menjimatkan tenaga yang tersimpan di dalam badan kita juga sebagai cara mempertingkatkan penyerapan semula glukosa berlebihan yang disingkir oleh buah pinggang.

Pada zaman moden hari ini, kebanyakan kita mempunyai bekalan glukosa mencukupi atau berkemungkinan berlebihan daripada makanan dimakan.

Akibatnya, sistem yang pada satu masa dulu penting untuk kehidupan kini menyumbang kepada penambahan berat badan dan risiko.

Kawalan gula dalam darah untuk jangka masa panjang penting untuk melambatkan permulaan dan mengurangkan tahap keterukan komplikasi diabetes jenis 2 dan risiko makrovaskular.

Satu protein dikenali sebagai kotransporter sodium glukosa 2 (sodium-glucose cotransporter 2, SGLT2) mengawal atur penyerapan semula 90 peratus glukosa di dalam buah pinggang.

Ia mencegah kehilangan glukosa dengan mengangkut semula daripada buah pinggang masuk ke dalam peredaran tubuh badan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-8-2014 03:20 AM | Show all posts
Penurunan paras glukosa atau penurunan berat badan

Kemajuan dalam rawatan diabetes membolehkan kemunculan perencat SGLT2 bertindak sebagai penghalang penyerapan semula glukosa di dalam buah pinggang lalu mengakibatkan glukosa disingkir melalui air kencing.

Oleh kerana ia meningkatkan perkumuhan glukosa renal, pesakit diabetes jenis 2 mungkin mengalami penurunan dalam paras glukosa darah.

Jumlah glukosa yang dikumuh setiap hari mungkin me­nyebabkan penurunan berat badan sebanyak beberapa kilogram dalam masa sebulan.

Bagi pesakit diabetes, penurunan jumlah berat badan yang sederhana boleh melambatkan perkembangan penyakit ini secara mendadak.

Kajian menunjukkan lebih kurang 50 hingga 100 gram glukosa dikumuh di dalam air kencing setiap hari. Oleh itu, berdasarkan prinsip kasar empat kalori untuk satu gram glukosa, sebanyak 200 hingga 400 kalori dikumuh setiap hari.

Oleh itu, sesetengah pesakit mungkin mengalami penurunan berat badan dan ini boleh memanfaatkan mereka yang mempunyai berat badan berlebihan.

Dalam jangka masa panjang, jumlah kalori dikumuh di dalam air kencing dalam masa enam bulan adalah bersamaan penurunan berat badan sebanyak dua hingga tiga kilogram.


Penutup

Diabetes tidak boleh diubati pada masa ini tetapi boleh dikawal dan pesakit boleh menjalani kehidupan aktif. Pengurusan berat badan masih kekal sebagai komponen penting dalam pengurusan diabetes jenis 2.

Namun, mencapai dan me­ngekalkan berat badan sihat adalah cabaran bagi pesakit diabetes jenis 2. Bagaimanapun, rawatan diabetes kelas baru dengan mekanisma baru yang berfungsi secara bebas daripada insulin memberi banyak manfaat kepada pesakit diabetes jenis 2, terutama dalam mempermudahkan penurunan berat badan.

Bincang dengan doktor anda untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana anda boleh mengurus diabetes dengan berkesan.


Artikel ini ditulis oleh Perunding Endokrinologi Dr Zanariah Hussein
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gud info
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 07:04 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2014 02:34 PM | Show all posts
Kurangkan pengambilan gula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-8-2014 05:07 PM | Show all posts
Guna stevia drops untuk gantikan penggunaan gula. tambah lagi stevia pun baik untuk diabetics.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:43 PM | Show all posts
Tq atas infonya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 04:00 PM | Show all posts
Harga istimewa untuk rawatan kencing manis (diabetes).

LUQMAN HERBS CENTRE mengadakan promosi rawatan kencing manis dari harga biasa RM260.00 sebulan kepada RM180.00 sebulan (tidak termasuk caj pos) bermula dari 10 September 2014 sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Kesan positif rawatan kami boleh dirasai dalam masa yang singkat kerana yang pasti rawatan kami tidak akan memudaratkan kesihatan anda.

Sila dapatkan set rawatan anda sekarang dengan menghubungi Admin @ 010 9823704 (sms / whatsapp / viber / telegram ) untuk maklumat selanjutnya.

Pembelian adalah terhad kepada 2 set rawatan sahaja bagi setiap individu.

Maklumat lanjut, sila ke page kami: https://www.facebook.com/LuqmanHerbsCentre
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.360366 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list