View: 3062|Reply: 7
|
Nafsu makan bergelora – Tips mengawal nafsu makan anda !!
[Copy link]
|
|
Nafsu makan bergelora – Tips mengawal nafsu makan anda !!
Nafsu adalah perasaan yang normal bagi semua individu kerana semua orang menginginkan sesuatu yang dapat memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Jika bercakap tentang nafsu makan, ia adalah perkara yang paling rumit yang hendak dielakkan bagi kalangan individu yang sedang menjalankan proses mengurangkan berat badan. Segala macam senaman serta pelan diet yang telah dilakukan, akhirnya segelintir kecundang kerana tewas menahan nafsu makan yang bergelora. Oleh itu, anda harus mempelajari dan mengkaji bagaimana nafsu makan ini perlu dibanteras selain 'mindset' diri anda juga memainkan peranan yang amat penting. Berikut adalah cara mudah membantu anda mengawal nafsu makan anda.
Kenal Pasti Kelemahan!
Adakah anda tahu makanan yang sangat diminati? Setiap orang mempunyai kelemahan yang berbeza tetapi kebiasaanya terdiri daripada pisang goreng, cekodok, roti canai, minuman ringan, donat, kentang goreng, keju, pizza, biskut coklat dan banyak lagi. Untuk mengawal nafsu anda, cara terbaik ialah mengenalpasti kelemahan anda ini. Sebolehnya jauhkan diri anda daripada makanan yang anda minati ini kerana terlalu sukar untuk anda menolak bila ia didepan mata. Jadi jauhkanlah diri anda!
Jangan Biar Anda Lapar
Ini adalah cara terbaik untuk memastikan selera anda dalam keadaan terkawal. Makan setiap 3 jam membuatkan anda sentiasa rasa kenyang.
Bukan Mudah Untuk Berubah
Mengawal nafsu dan selera makan bukanlah satu tugas yang mudah. Untuk memulakan perubahan juga satu cabaran besar. Mulakan perubahan yang kecil dan sederhana tetapi pastikan ia berpanjangan.
Tidak perlu terburu-buru melakukan perubahan yang drastik
Contoh: Jika anda mempunyai kebiasaan menikmati 2 biji roti canai setiap pagi, mulakan perubahan dengan mengambil hanya sebiji. Secara perlahan teruskan usaha kearah diet yang lebih sihat dan singkirkan tabiat diet yang tidak baik.
Jangan Mulakan Dengan Pencuci Mulut
Mudah saja. Elakkan pencuci mulut ini sebagai permulaan hidangan. Mengapa? Kerana gula dari pencuci mulut ini akan meningkatkan selera anda untuk menikmati lebih banyak makanan. Pilihlah makanan yang seimbang.
Peraturan 20 Minit!
Perlu diingat bahawa anda memerlukan kira-kira 20 minit bermula dari suapan pertama untuk kenyang. Jika anda ‘terpaksa' akur dengan nafsu anda, makanlah dengan perlahan dan seimbang.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pagi aku minum bancuhan segelas air dengan satu sdb apple cider vinegar. Boleh tahan lapar sampai tengahari. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah kadang tak lapar pun, saja nak kunyah-kunyah |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah, selalunya rasa nak mengunyah je.
"You are not hungry, you are just bored" |
|
|
|
|
|
|
|
Suka mengunyah |
|
|
|
|
|
|
| |
|