CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11168|Reply: 6

Koleksi Kisah2 Wanita Curang

 Close [Copy link]
Post time 22-8-2014 04:35 PM | Show all posts |Read mode
layan jangan tak layan..

Kekasih Dari Media Sosial

Kawan saya telah mengalami musibah ini , seorang Pejawat Awam. (  suami 41,isteri 38 ) seorang Pegawai Jabatan Kerajaan, PUTRAJAYA yang  membenarkan Myspace/Facebook digunapakai di Pejabat telah menemui  kekasih gelap bermula di Myspace kemudian pindah ke Facebook sehingga  berjumpa beberapa kali setelah lewat waktu pejabat dan ketika berehat.  Perjumpaan demi perjumpaan telah membawa kepada hubungan sulit..

Satu hari pejabat si sang isterinya bercuti dengan kekasih gelapnya  (tetapi mohon cuti pejabat tapi keluar berkerja seperti biasa dari  rumah). Rakan2 pejabat telah meghidu perbuataannya (mungkin keterlaluan  kot)dan memeriksa Komputer kegunaannya di Pejabat. Terjumpalah berbagai  Gambar2 yang daring2 yg dihantar kepada kekasih gelapnya dan bertukar2  gambar. Gambar2 itu mendedahkan aset sepatutnya milik suami atau  isterinya. dan salah seorang rakan pejabat adalah tinggal berdekatan  menghubungi suaminya uutk melihat gambar2 ini. .

Waktu tengahari datang si suami ke Pejabat dan terkejut kerana  isterinya bercuti di Pejabat dan Ketua Jabatan mendedahkan gambar2 ini .  Sebenarnya dia kerap di pejabat ketika waktu rehat utk berinternet dgn  kekasih hatinya sehinggalah rakan2 pejabat menyedari perubahan  sikapnya…menghindari pergaulan di pejabat, Kawan FACEBOOK adalah  kawannya sahaja..

Ketika pertemuan itu, Panggilan ke Talipon tangan oleh suaminya tidak  berjawap, dan pejabat juga buat panggilan ..sehingga si isteri tadi  mengesyaki dirinya kantoi dan menalipon pejabatnya..diketahui bahwa  suaminya ke pejabat dan beberapa perkara telah dijumpai. .

Pada malam itu dia kembali kerumah dan mengakui kepada suaminya yang  dia telah berlaku curang selama ini. Rakan2 pejabat datang kerumah dan  buat kaunseling dan minta perbaiki apa2 yg silap. Si suami sangat sabar  dan tidak marah (kerana dinasihati oleh Rakan2 pejabat)..
Mereka duduk selama 2 jam ditemani oleh rakan2 yang dipercayai utk  berbincang. Si suami amat sedih dan cuba berbuat keputusan yang baik..

Pengakuan yang dibuat oleh isterinya :.

Bermula dengan MySpace/FACEBOOK menemui jejaki ( sudah beristeri anak 2  orang), berinternet 8 bulan sebelum berjumpa ramai potensi Buaya  sehingga memilih satu dan berzina. Pernah ingin bertaubat tetapi si  lelaki ini terus merayu dan tidak dapat melupakan kekasih hatinya wlpun  telah cuba menghilangkan diri.

Pernah sebulan tidak jumpa , isteri ini  bertemu kembali dan menyambung kembali perhubungan mereka. Si suami tadi  mendengar pengakuan isteri tadi dengan sakithati tapi nasi dah jadi  bubur. Sedang mendengar pengakuan tadi si keluarga Mertua datang dan  isteri tadi meminta suaminya melepaskan dirinya yang telah banyak  berdosa dan memberitahu bahwa kekasih gelapnya sanggup mengambilnya  sebagai isteri. Mereka telah berbincang petang tadi setelah mengetahui  hubungan gelap mereka dihidu. Mudah sangat pertimbangannya. Anak2 yang  besar berumur 10 tahun mungkin terjejas pelajarannya akibat perpecahan  ini..

Si isteri tadi telah tekad dan mengakui keterlanjurannya meminta agar  suaminya melepaskan dan telah menceritakan segala yang telah dilakukan  (tidak menunjukan keinsafan). Pada malam itu mereka telah dipisahkan  tempat tidur akhirnya bercerai . Inilah penangan FACEBOOK kalau salah  digunakan kita akan senang jumpa org yg mahu buat kerosakan..diajaknya  melakukan kerosakan besama.  Tunjuklah gambar yang berani2 sedikit maka  itulah IKLANNYA.. memberi message  : bahawa saya boleh diajak tidur  bersama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-8-2014 04:38 PM | Show all posts
pompuan mmg bersifat sentimental value,
yang ni pun menarik jugak..

Isteri Orang Bercinta Dengan Bekas Kekasih (suami org)

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=532699 Last edited by tupaiterbang on 22-8-2014 04:40 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 04:49 PM | Show all posts
Abai suami sendiri, rindu suami orang.

Kisah ini hampir serupa  dengan apa yang saya alami dua minggu lalu. Bezanya, mungkin saya tidak  sebaik dan sesempurna suami beliau..

Banyak persamaan antara kisah saya dengan kisah Siti iaitu curang  dengan teman lelaki lama berpunca daripada laman sosial facebook,  berpura-pura dengan suami, bersayang-sayang dengan teman lelaki, cuma  saya tak pasti ada perjumpaan rahsia atau tidak. Saya sangat memahami  jika suami Siti sukar memaafkannya..

Kisahnya begini. Saya suami yang bekerja sendiri manakala isteri  bekerja sebagai guru. Dalam perkahwinan kami selama 22 tahun banyak  cabaran dihadapi, sama ada besar mahupun kecil..

Semuanya kami lalui dengan tabah walaupun sesetengah perkahwinan yang  mengalami pengalaman seperti kami mungkin membawa kepada perceraian.  Kami masih mampu bertahan, dengan izin Allah SWT..
Isteri mula mengenali facebook daripada kawan guru di sekolah.  Apabila isteri menyebut mengenai facebook, saya awal-awal lagi tidak  bersetuju dan memberikan beberapa kes kehancuran rumah tangga akibat  facebook. Namun secara diam-diam, isteri membuka juga akaun facebook..

Mula-mula berkongsi kandungan facebook beliau dengan saya yang tak  pandai guna facebook. Lama-lama beliau semakin bijak dan pandai  menggunakan ciri-ciri dalam facebook..

Entah macam mana, satu hari saya terfikir untuk melihat kandungan  facebook beliau dan saya dapati ada satu mesej yang isteri saya hantar  kepada satu nama yang dijumpai, berbentuk pertanyaan adakah orang itu B  yang belajar dengannya dulu? Hati saya hancur bila saya dapati B yang  dicari itu adalah bekas teman lelakinya. Lalu dengan sedikit pengetahuan  mengenai facebook, saya membuka akaun dengan menggunakan nama hampir  sama dengan nama B, lalu saya berpura-pura mencari isteri saya. Satu  mesej dihantar, tidak lama, terus mendapat jawapan..

Saya dapat bayangkan betapa gembiranya hati isteri saya ketika itu,  dan betapa remuknya hati saya pula. Namun, saya bertahan dan teruskan  kerana ingin tahu sejauh mana isteri saya pergi. Daripada mesej isteri  saya kepada saya yang menyamar menjadi B, ada mesej yang berbaur  keluhan..

Kononnya saya sentiasa sibuk, tak ada banyak masa untuk dia. Dang  Setia, saya hanya peruntukkan satu malam setiap minggu untuk membina  kerjaya saya sehingga larut malam. Hari lain, selepas kerja, saya  gunakan untuk keluarga. Namun syaitan memang begitu, membesar-besarkan  sesuatu yang boleh merosakkan umat..

Setelah beberapa mesej saya terima, akhirnya saya tak dapat bertahan  lalu saya dedahkan apa yang saya dapat daripada mesejnya. Dipendekkan  cerita, isteri saya mengakui kesilapannya dan memohon maaf. Saya  maafkan. Hati saya sedikit lembut kerana beliau sebenarnya hanya  dipermainkan oleh saya yang menyamar menjadi B..

Beberapa bulan lalu, saya rasa tidak selesa dan hati saya  meronta-ronta untuk mengetahui adakah isteri saya benar-benar insaf. Ini  kerana, saya ternampak dalam bil telefonnya, satu nombor luar daerah  yang mempunyai masa berbual agak lama..

Allah nak tunjuk agaknya, entah maca mana, satu hari saya terpandang telefon bimbitnya dengan satu nama lelaki di muka telefon..

Agaknya, dia lupa nak balik ke menu asal selepas membuat panggilan.  Bila saya periksa nama dan nombor itu, ia sama seperti yang saya jumpa  dalam bil. Berderau darah saya. Ketika saya sibuk di tingkat bawah,  agaknya dia sibuk menghubungi lelaki itu. Saya namakan sebagai Z..

Ketika sarapan pagi, saya tanya isteri saya siapa Z? Dia kata tak  kenal… hmm.. mustahil. Saya desak, baru dia kata, itu kawan lama ITM;  saya musykil, mana ada ITM keluarkan doktor perubatan pada 1980-an?  Macam-macam alasan isteri saya buat. Dia pujuk saya, dia kata kawan lama  di ITM, tak ada apa-apa dan hanya berhubung sekali..
.
Selang beberapa minggu, hati saya tak sedap lalu saya periksa telefon  bimbit isteri, ada satu panggilan keluar ke nombor Z, dan ada satu  mesej daripada Z bertanyakan ; Saya bukan bodoh, isteri saya  kata dia tertekan nombor itu. Saya terima alasan itu tapi saya terfikir  mengenai mesej  Isteri saya kata Z kawan lama dan hanya sekali  mereka berhubung, tapi jawapan seperti itu biasanya untuk  orang yang biasa berhubung dan mesra. Saya mula mengatur strategi.  Dipendekkan cerita, siasat punya siasat, rupa-rupanya isteri menjalin  hubungan sulit dengan Z..

Z juga teman lelaki lamanya yang dia jumpa semula dalam facebook.  Namun isteri saya pandai, dia tak bercinta dalam facebook tapi membuka  satu akaun e-mel baru dengan nama yang nampak macam e-mel kerja. Allah  nak tunjuk, saya dibantu oleh sahabat yang pandai bidang IT, kami  berjaya mengesan kata laluan facebook dan e-mel isteri saya..

Terkejut dan kecewanya saya. Kata laluan yang digunakan adalah  kombinasi nama isteri saya dan nama Z. Ya Allah! Ini bukan hubungan  biasa. Saya berjaya membaca e-mel mereka. Alangkah kecewanya saya bila  membaca satu e-mel isteri saya kepada Z yang dimulai dengan lagu Maher  Zain-Till The End Of My Life..
Hancur luluh hati saya. Dalam kesibukan isteri saya, dalam diam,  dalam kepura-puraan, rupa-rupanya bercinta. Bila kisah ini berjaya saya  bongkar, isteri saya merayu-rayu memohon ampun dan ingin bertaubat..
Bak kata Siti, walaupun suaminya memaafkan, masakan sama hati suaminya dulu dengan sekarang… itulah hati saya..

Air mata saya mengalir setiap kali mendengar lagu Maher Zain itu,  terbayangkan bagaimana ia dinyanyikan oleh isteri saya di depan Z. Saya  sangat kecewa dan sedih. Anak tempat saya mengubat hati sekarang ini..

Saya nasihatkan kepada mereka yang berkahwin dan sekarang bersosial  dengan facebook, hentikanlah kalau ia digunakan untuk berhubung dengan  bukan kaum sejenis, terutama dengan kenalan lama. Inikan pula teman  lelaki lama. Percayalah, walaupun bilangan kes seperti saya ini kecil,  tidak mustahil ia akan bertambah..

Bayangkan, dengan usia facebook yang baru setahun jagung, banyak  rumah tangga retak dan musnah, tidak mustahil banyak lagi yang menunggu  musnah. Yang sudah memulakan percintaan songsang, bertaubatlah!.

Last edited by tupaiterbang on 22-8-2014 05:16 PM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 05:39 PM | Show all posts
We want more!!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 07:53 PM | Show all posts
encik tupai ni baru2 ni nampak kerap sangat bukak thread isteri curang.

musykil..................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 08:32 PM | Show all posts
misslauren posted on 22-8-2014 07:53 PM
encik tupai ni baru2 ni nampak kerap sangat bukak thread isteri curang.

musykil.................. ...

selaras dengan perkembangan semasa..
Wanita Malaysia Paling Kuat Curang
http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1149262


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-8-2014 08:52 PM | Show all posts
bagus bro.. buka lg..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 11:02 AM GMT+8 , Processed in 0.101890 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list