CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12512|Reply: 31

Pulau Aman pulau pinang

  [Copy link]
Post time 25-8-2014 01:18 PM | Show all posts |Read mode
hi peeps,

aku silent reader kt board ni.. best2 gak story yang korang post..
aku dah seacrh pasai pulau aman ni dekat board ni tak de bukak lagi...
so aku terpanggil nak share serba sedikit pengalaman aku camping dekat pulau aman dulu masa sekolah,
saja nak tanya da tak kalangan korang pernah pergi ke pulau aman penang ni?
boley la share sekali..

aku share ni berdasarkan pengalaman sendiri dengan kawan2 seangkatan
dulu aku ni aktif la camping masa sekolah.
salah satu tempat yang selalu sekolah pilih pulau aman la..

sekarang pulau ni famos dengan mee udangnya,
masa aku p camping dulu, x de sapa pon yang ngadap ke sana..
sekarang ni ramai dah yang pergi so tak sunyi macam dulu la..

dulu lepas maghrib tak nampak orang dah..
scary je tempat dia huhuhu..

jap lagi aku sambung.
bagi can aku karang ayat sat..
nanti complaint x faham plak ayat shorform

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 02:04 PM | Show all posts
macam mana nak pegi pulau aman ni? ada feri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:08 PM | Show all posts
baru tau...
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 02:19 PM | Show all posts
saya stay kat simpang ampat ni haaaaa. asal batu kawan tu ha. dari banyak pokok getah sampai dah membangun macam tu tak pernah jemu lepak tepi pantai. dulu takdak lagi jeti batu musang tu. nak ke sana ke lalu kot bukit tu turun ke kelab. seronok menggagau kerang. Bila dah besaq panjang la dah takmau gagau kerang sebab takut hitam. hikhik.

kat area pulau aman tu taktau la. sebab tempat tu tak rasa horror pun. (bagi saya la) tapi kalau kat tepi pantai (batu musang tu) memang ada "benda" pun. arwah tok selalu cerita tentang asal-usul batu kawan tu. tentang 7 beradik yang jaga kawasan laut tu.

Terbaru, abang sepupu cerita. Depa pi mengai ikan kot kelab tu, dok mancing sampai malam. Bajet nak picnic dengan membe-membe (bakaq ikan ja pun) (dalam 4 orang). tengah dok sedap sembang rasa atas kepala ada semacam ja. dongak-dongak atas, tudiaaaaa ada cik lang baik punya dok bertenggek. Tau dak pokok hat mana? pokok yang besar ada batu bawah pokok tu. pokok tu nak kena lalu jalan yang macam berbukit tu. (pantai yang menghadap pulau aman) ........ kan ada dua kawasan. 1 lagi pantai yang menghadap jambatan pulau pinang yang lama.

sorry TT tumpang benang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 02:29 PM | Show all posts
ha pulau aman ni banyak cerita horror la..
meh aku share pengalaman aku dengan kawan2
masa pergi camping

part 1
tahun 2001
kem pengawas pusat sumber
malam tu kami jalankan aktiviti jalan malam, walking nite kot nama aktiviti tu
aku dah lupa, mula kami jalan by grop ramai2 ke telaga emas, telaga emas tu penghujung sekali jalan dekat pulau aman tu. Dijadikan lagend telaga tu special la.. sebab dia sebelah dengan air laut, tapi telaga tu x masin, So sapa yg berhajat apa-apa ke nak naikkan seri muka ke silalah minum air telaga tu dan basuh muka 3x sambil niat dalam hati nak dot dot dot... (kata kami punya fasilitator) aku pon pulunlah niat nak lulus periksa matematik (tapi fail jugak hahaha)

So dijadikan cerita start from that point, kami kena gerak berseorangan tapi perempuan diberi kelonggoran utk berpasangan . Dari telaga emas tu jalan sampai ke dewan tempat kami buat aktiviti, perjalanan anggaran dalam 15 minit jugak la ,jalan Telaga emas tu memang kiri hutan kanan laut. (x silap aku) Sunyi dan gelap ada pon senior laki dengan cikgu tunggu tepi jalan tapi dalam jarak yg agak jauh.

So lepas sorang2 sampailah turn aku dengan kawan aku (nama wani), Dalam perjalanan tu memang gelap sangat, dengar bunyi angin laut ja. Masa aku ngan wani jalan laju dan memang kami berpelukan kuatlah x pikir apa dah, mulut aku tekumat kamit baca ayat qursi, wani pulak dia none muslim aku x tahu dia baca apa.
sampai 1 point tu tetiba kawan aku tanya "eh hang dengar tak" aku diam je mulut aku plak makin kuat baca macam2 dah masa dia tegur tu,bulu roma aku masa tu berdiri tegak even aku tak tahu apa dia dengar, makin laju kami jalan tetiba si wani ni dari tadi nak nangis terus nangis peluk aku kuat sambil muka dia tutup dengan tudung aku, aku pon cuak gilalah lagi sampai terstop dekat situ, sebab si wani ni dah lembik lutut. Aku pandang sekeliling memang tak ada sape kat situ gelap gulita, aku suruh wani teruskan jugak perjalanan kami pujuk dia cakap dah dekat dah nak sampai tempat cerah,
aku gagah papah dia jalan jugak masa dalam perjalanan tu aku terperasan kelibat putih dekat sebelah hutan (wani jalan belah laut, aku belah hutan) aku diam je anggap mainan perasaan dekat nak sampai tempat cerah baru aku nampak senior aku dengan cikgu aku. Aku dah lega dah kenapa tetiba si wani ni menjerit tarik aku patah balik..
aku peluk dia terus dari patah balik masa tu cakap itu cikgu dengan abang fendy lah. Dia cakap bukan - bukan (dah separuh meracau ) cikgu dengan abg fendy terus datang dekat kami tanya kenapa nih. relaks2 kami orang ni bukan makhluk lain.. masa tu wani peluk aku erat pelan2 pusing muka dia tengok arah cikgu dengan senior aku. Terus cikgu tu balik dengan aku dan wani sampai ke dewan, dalam perjalanan smpai ke dewan wani diam seribu bahasa sambil kami tunggu kawan2 lain sampai... aku pon tak tahu nak cakap apa sebab aku tak dengar apa yg dia tanya aku tadi.. cuma bayangan je aku ternampak itu pon aku tak pasti..

abis aktiviti tu cikgu buat BBQ beramai memandangkan esok petang kami dah nak balik ke seberang, masa aktiviti BBQ tu kawan aku si Ain pulak yang kena.
nanti aku cerita apa yang ain nampak dan si wani tu nampak pulak.




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 02:31 PM | Show all posts
Naurah_rik posted on 25-8-2014 02:19 PM
saya stay kat simpang ampat ni haaaaa. asal batu kawan tu ha. dari banyak pokok getah sampai dah mem ...

erk..
gila real ke.. huhu x sanggup aku
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-8-2014 02:33 PM | Show all posts
krustykrab posted on 25-8-2014 02:04 PM
macam mana nak pegi pulau aman ni? ada feri ke?

ha ada feri..
sekarang ni ada jeti baru ikot batu kawan..
kalau dulu jeti lama tepi kedai cina..
kotor gila lepas tu plak bot buruk
nak pergi tunggu air pasang, kalau surut bot x boley masok..
igt lg peristiwa jalan dalam lumpur ke tengah laut air surut bot x nak masok ambil kami
sampai cram kaki aku.. bodoh betol huhuhu
tapi skrang dah mudah dah..
jeti baru pon lawan ramai pengantin snap gambo.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 03:21 PM | Show all posts
part 2:
lepak kat dewan abis aktiviti walking nite

masa ni kita aktivit BBQ tp masa ni semua pakat letih dah tak lalu nak makan semua nampak bantal je, perasaan seram tadi pon dah beransur hilang. Bila semua dah sampai dan berkumpul, cikgu pon bg la taklimat aktiviti ni nak uji kebranian bla bla blalah..
jadi mana yang ternampak ke terdengar ke anggap je diorang tu cuma datang jenguk kita je.. aku dalam hati cikgu ni boley cakap macam tu sebab si wani ni dah separuh lembik dah masa tadi dengan aku, nasib la dia tak pengsan. so aktiviti tadi kira selamatlah x de yang terkena histeria atau sampuk yang teruk-teruk (mungkin ada tapi aku x tahu). Lepas habis taklimat kami bersurai sama ada nak balik dorm atau lepak makan terpulang masing-masing,

si wani ajak aku balik terus tapi aku ni cuak tak abis lagi sebenarnye pikir asrama yang kami menginap tu sunyi atas bukit lagi pon aku tengok x de sapa yang balik lagi, so aku pujuk wani duduk lepak dulu sebab x de sapa yang balik lagi, nanti dah ada grop ramai2 baru kita balik,
Wani pon setuju dengan cadangan aku, aktiviti BBQ start around awal 11 kalau aku tak silap pakat membakar la cikgu2 dengan senior.. kami pi kutip ja, Masa tu aku lepak dengan wani,ain,anis dengan kembar rohana,rohani.

kami lepak dekat kaki2 lima dewan depan dewan tu rumah2 orang la.. masa kami dok lepak sambil makan tu masing2 bukak cerita masa walking nite tadi, si ain ngan ana tu becok becerita sepanjang perjalanan tu ada 2,3 senior dok tunggu tepi jalan. Kira perjalanan diorang tu cakap tak ade la cuak sgt sebab ada orang tunggu, aku dengan wani muka dah lain, mana taknya sepanjang perjalanan tu kami x nampak sapa pon dok tunggu. kami diam ja x bukak mulut lansung (sedangkan aku ni mulut becok la jugak).

masa lepak tu ada abg senior ni mai dekat aku ngan wani  (aku lupa nama dia apa) dia tegur kami, awat yg tadi ampa laju sangat jalan sampai kami tegur pon ampa tak pandang, mentang la jalan 3 orang. aku ngan wani ni terdiam terus, spontan aku jawap, apa abg merepek ni tadi sy ngan wani jalan berdua ja. kami x nampak pon abg2 dok tunggu kat tepi, kami nampak last cikgu ajak ngan abg fendy ja tu pon dah sampai tempat terang.
masa tu semua pakat terdiam dah tertanya-tanya masing2, wany dari tadi diam mata dah begenang then abg tu terus tukar topik nak g tidur, kami masing2 diam tetiba ain pecah suara dia tanya aku " wey shida hg nampak tak perempuan yang kat rumah tu dia buat apa eak?" aku pandang la arah dia tunjuk, aku jawab la "ha nampak aih mak cik tu dok ayun anak dia tidoq la kot"  (sebab aku nampak spring buai tu berayun and ada suara orang berbual).

Ain macam tak puas hati jawapan aku dia, dia ulang lagi sambil tunjuk dekat anis, dgn sikembar 2 orang tu "iskh bukan la.. wey ampa nampak tak tu perempuan tu dok sebelah tu yang pakai baju putih." semua pakat tengok tempat dia tuju si wani ni dah teresak2 ajak aku balik asrama dah kata dia dah letih sangat.

Aku pon ikotlah si wani tu memandangkan masa tu dah ramai yang nak gerak balik, masa aku bangun nak belah tu aku sound ain "hang ni merepek apa.. tu hal famly anak beranak la.. ntah depa dok projek ka apa dah jom balik"
aku belah balik asrama dulu dengan wani n kak senior 3 orang, sampai asrama aku suruh wani basuh kaki, basuh muka baru tido, si wani buat apa yang aku suruh, dah x sampai 5 minit ghaib dah dia ke alam mimpi, letih sangat agaknya (1st camping dia join)

aku tak boley lelap mata, dalam setengah jam si ain balik asrama dengan cikgu dan senior lain sambil nangis meracau2 nak balik malam tu jugak, cikgu minah suruh kami semua tidur dan ambil wuduk mana yang belom tidur lagi. cikgu minah tu pujuk ain esok yang kami dah nak balik,
si wani dah tak sedar diri aku pulak tengok je ain nangis dari tadi.. so mlm tu semua pakat tido dlam seribu tanda tanya apa yang jadi.. cikgu ngan akak senior pesan jangan sapa bukak mulut sampai semua dah selamat balik ke seberang
nak tahu apa jadi.

jap aku sambung..
bos datang kikikiki

Last edited by cheida_mymee18 on 25-8-2014 03:23 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2014 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
blh gk aku nk try g pulau aman ni nanti. TT duk penang pulau ka seberang perai?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2014 04:10 PM | Show all posts
mr_cool5885 posted on 25-8-2014 03:35 PM
blh gk aku nk try g pulau aman ni nanti. TT duk penang pulau ka seberang perai?

dok seberang..
pulau aman ni kalau pergi waktu pagi x sekeras mana pon..
tapi mai senja tu memang terasa..
aku last pergi camping alam sekitar punya tahun 2005
masa ni dah kurang seramnya.. sebab masa ni pulau ni dah comercial,
then tidur pon dekat sheley ja (betul x eja) dah tak sewa asrama.
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2014 04:24 PM | Show all posts
TT ... stay waiting nih !! sambungan pleaseeeeee !!
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 02:48 PM | Show all posts
scary gak cita tt nih.. aku sorang2 kat opis meremang lak rasa baca cita nih  ..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 03:20 PM | Show all posts
aku pernah pergi pulau aman masa belum kahwin dulu...dengan kawan aku,bapa angkat aku,dan
kawan bapa angkat...nak pergi memancing la katanya...

naik bot petang pukul 6.00....pasang khemah dekat jeti jer....kawan aku nie...suka sangat gelak....lawak
sikit2 apapun nak gelak sakan...adalah kawan bapa angkat buat lawak apa tah,dia gelak sakan..dekat 1 minit juga...sekali bapa angkat suruh diam,serius jek...angin kuat masa senja nan merah kat jeti tu...nak gelap pulak...

pagi2 esok baru bapa angkat bagitau,dia dengar ada suara pompuan lain,gelak jugak,ikut kawan aku gelak tu...jadi cam double..terus seram bulu romaku...yang lawak tak leh lupa tu,nak masak mee segera,nak cuci la periuk yang ada bawa diorang taruk umpan,sekali ingatkan air dlm botol mineral tu...sekali cuci2 bau semacam jekk...rupanya minyak tanah.....cuci dgn air laut pulak...masak maggi....hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 04:34 PM | Show all posts
pulau aman femes dgn belacan dia....orang jugak kata, tempat ni femes tempat buang kucing...entah btui entah tidak...
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2014 09:17 PM | Show all posts
apu pernah gi kat tmpt ni, best aman dan damai.. naik bot lama jugalah nak sampai tp best
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 08:51 AM | Show all posts
hahaha sory uolss iolss MC semalam,
slalu on forum kt tempat kerja.. jap2 aku update latest punya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-8-2014 09:05 AM | Show all posts
rockysha69 posted on 26-8-2014 03:20 PM
aku pernah pergi pulau aman masa belum kahwin dulu...dengan kawan aku,bapa angkat aku,dan
kawan bap ...

ha khen..
aku pernah kena yg ni tpi masa kem kedet remaja sekolah..
hoo x menahan..
nnt free aku hupdate ehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 11:39 AM | Show all posts
part 3

ok pagi tu upacara penutup abis upacra penutup kami semua gerak balik seberang dalam bus semua tido letih sangat dah..
keesokkan hari isnin waktu rehat kami berkum[ul di library masing2 bukak cerita bermula dari cerita abg senior (aku lupa nama diorg)
Ceritanya begini

masa aku dengan wani berjalan tu diorang tegur kami, tapi kami buat dek je jalan laju pulak, diorang nampak kami berjalan be3, yang ke3 tu sebelah aku ja tapi x nampak muka cuma ikot seiring je jalan dengan kami, diorang ingat memang kami berjalan be3.
Aku celah.. "mana ada kami jalan 2 orang je mana da 3 no wonder la si wani kata ada bunyi suara"
jadi wani dan aku pula mulakan cerita,

start dari wani masa kami berjalan tu dia terdengar suara seakan2 bernafas dekat tepi telinga dia lepas tu panggil nama dia, dia tnya aku dengar tak, aku cakap sumpah x dengar apa2 , so kami assume maybe suara senior tadilah kot kan mungkin kami berjalan kerana takot sgt sampai x perasaan diorang,  then aku tanya wani kenpa dia nangis teruk sangat masa dah dekat nak sampai, wani cerita masa tu dia dengar budak nangis, memang jelas sgt dia dengar sampai lembik lutut dah dia rasa, so aku cerita masa wani lembik lutut tu aku ternampak kelibat putih kt tepi hutan tapi aku assume mainan perasaan aku jugak, gila kalau aku lembik si wani lembik tempat tu.. apa jadi aku pon x taw.. maka terpaksalah aku kuatlan diri... (even aku ni penakut yakmatttt huhuu)
then masa sampai la last jalan penghujung yang kami nampak cikgu ajak dengan abg fendy, wani nampak ada perempuan belakang diorang tu tapi x de muka, means mata,hidung mulut smua tak ada. dia cakap benda tu memang nampak jelas sangat masa tu wani x pikir apa dah melainkan lari je dan tutup muka,

wahh masa tu semua pakat bediri bulu roma, aku tanya la then masa cikgu dah sampai tu ada lagi x benda tu, dia cakap masa cikgu,abg fendy ngan aku pengang2 dia masa tu dia gagahkan diri tengok benda tu tak ada dah, aku cakap "perasaan hg ja kot wani".  Wani maki aku "kepala hotak hang, real aku nampak kot, hg x pa la dia main cu chak jaaa".

then wani sambung lagi, masa kitaorang lepak makan tepi dewan tu, Si ain tegur nampak orang tak,dia nampak perempuan yang sama jugak kat situ, masa tu dia dah memang tak tahan dah sebab tu dia ajak aku balik asrama, nasib la masa balik asrama tu dia boley tidur sebab letih sangat,
Ain mencelah pulak dia nampak benda yg sama dengan wani, masa kami tengah lepak makan2, ain nampak kelibat perempuan tepi rumah tu, masa tulah dia pakat tanya kami semua nampak tak, Wani cakap masa tu dia dah teperasan dah x sangka ain nampak benda yang sama dengan dia,
ain sambung cerita masa dia nampak tu perempuan tu mengadap belah laut, dia nampak perempuan tu duduk sorang sambil dukung baby, dia tanya aku, aku asyik dok marah dia cakap orang dalam rumah tu.

masa kitaorang semua belah tinggal ain,anis, dengan kembar. Ain cakap dia  nampak perempuan tu pusing muka 360, muka langsung x dak.. yang ada wajah putih sangat, rambut panjang paras lutut," wani celah "betoikan ain, perempuan tu lah yang aku nampak" ain cakap masa tu dia memang dh macam nak histeria tp rupanya cikgu2 dengan ada beberapa orang senior dah perasan perubahan ain, diorg cepat2 datang azankan tepi telinga dia.. masa tu diorang bawak dia balik asrama cepat2, nasib la balik asrama dia dah kurang meracau2..
sebelum tidor akak senior pesan ambil wuduk even badan kotor, malam tu ain still x dpat tidur dan dia cakap still nampak lembaga putih tu kelihatan merayau2 dalam asrama.. masa tu semua dah hanyut dibuai mimpi katanya, dia tutup muka dengan selimut sampailah dia sendiri terlena..

akak senior dengan abg senior pon bukak la cerita yang pulau aman tu memang tempat dia keras, penuh dengan jelmaan menyerupai pelajar kalau ada camping, ada nampak cik kunti la.. mcm2 la.. selalunya dia akan kacau student buat onar ka, mulut capoi ka.. sapa badan lemah memang senang nampak benda tu.

so kami assume si wani dan ain kena kacau mungkin disebabkan badan diorang kotor time tu (period) lepas dari peristiwa tu ain dengan wani dah x join mana2 camping sekolah anjurkan..

aku still ke pulau aman utk camping seterusnya..

Last edited by cheida_mymee18 on 27-8-2014 11:40 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 01:50 PM | Show all posts
mamaezah posted on 26-8-2014 04:34 PM
pulau aman femes dgn belacan dia....orang jugak kata, tempat ni femes tempat buang kucing...entah bt ...

belacan diorg sedap wehh
aku da belii hehehe, patot bnyak kucing sana heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-8-2014 01:51 PM | Show all posts
surfinv posted on 26-8-2014 09:17 PM
apu pernah gi kat tmpt ni, best aman dan damai.. naik bot lama jugalah nak sampai tp best

ha ah memang tempat dia redup je.. air laut pon x cemar lgi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.083611 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list