CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 26-4-2015 10:34 PM | Show all posts
“Aku...” Syakilla teragak-agak mahu menjawab. “Aku menghabiskan masa di Lata Atari...”

“Oh...” Arania terangguk-angguk. “Aku juga terasa rindu mahu ke sana lagi. Kau pergi berseorangan saja?” Soal Arania lagi walaupun dia sudah sedia maklum dengan sikap Syakilla itu,

“Ah...iya.” Syakilla menelan air liur. Matanya dilarikan. Dia tidak mahu Arania mengetahui bahawa dia berbohong.

“Arania. Apa kau tidak lapar? Marilah bersantap dahulu. Tidak elok jika perutmu dibiarkan kosong. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan kau yang seperti ini.” Syakilla segera mengajak. Dia tidak mahu perbualan tentang dia dan Lata Desa Atari dilanjutkan. Bimbang terlepas kata. Sedaya mungkin, dia mahu merahsiakan pertemuannya dengan Qi. Cukuplah Dariz saja yang mengetahui tentang itu.

“Aku tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan.” Balas Arania.

“Jangan begitu, Arania. Makanlah walau sedikit.” Pujuk Syakilla.

“Baiklah.” Untuk tidak mengecewakan Syakilla, Arania bersetuju juga walaupun dia benar-benar tiada selera.

Mereka kemudiannya berjalan beringan masuk ke dalam kamar.

***
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 06:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Hhmmm... Bagaimanakah kesudahan kisah mereka? Too complicated to think...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 01:34 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 27-4-2015 06:49 AM
Hhmmm... Bagaimanakah kesudahan kisah mereka? Too complicated to think...

Mungkin tak seindah mimpi......

Complicated ek? Ai pun dah terasa macam ada komplikasi otak dah ni....

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-4-2015 01:34 PM
Mungkin tak seindah mimpi......

Complicated ek? Ai pun dah terasa macam ada komplikasi otak  ...

Takpe @Nicki_Meow yang penting endingnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 01:40 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-4-2015 02:23 PM

Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam.

Sudah beberapa kali skrin komputer riba itu diperiksa. Masih tiada tanda-tanda bahawa laman sesawang misteri itu akan muncul. Tidak tahu berapa lama dia mampu bertahan dalam keadaan ini. Hanya dapat berjumpa gadis pujaan hati di alam mimpi.

Untuk kesekian kali, malam ini dia kembali menjadi seorang perindu. Rindu mahu melihat mata tajam bak helang itu. Rindu mahu mendengar suara Syakilla yang merdu. Walaupun kedengaran tidak masuk akal, namun dia tidak dapat menafikan, kehadiran gadis itu telah membawa warna indah dalam hidupnya.
Jari masih lagi menari-nari di atas kertas. Potret wajah itu sudah hampir siap sepenuhnya. Termasuk yang ini, sudah sepuluh lukisan wajah Syakilla berada dalam simpanan.

“Syakilla…”

Jari berhenti melukis. Dia merenung lama pada potret itu.



Adakah aku sudah gila?

Satu pertanyaan yang sehingga kini, dia tak punya jawapannya.

Potret itu diletakkan atas meja. Perlahan-lahan, Qi bangun menuju ke tingkap bilik. Daun tingkap dibuka seluas-luasnya, membiarkan angin malam masuk dan menghembus wajah dan tubuh.

Langit malam dipandang lama, memerhatikan bintang yang bertaburan menghiasi dada langit. Qi mengira satu demi satu. Tidaklah banyak, hanya ada 10 butir yang dapat ditangkap matanya. Hati tertanya lagi. Adakah bintang ini, bintang yang sama dilihat oleh Syakilla di alam sana?

Syakilla,
Bintang yang aku lihat ini, adakah sama dengan bintang yang kau lihat?
Bulan itu, apakah sinarnya seindah purnama yang terbit di langit sana?
Rindu ini, adakah sama dengan rindu dalam jiwamu?
Rasa ini, adakah serupa dengan rasa dalam ragamu?
Hati ini, sudahkah ianya bersatu dengan hatimu?

Qi berterusan memandang langit…

***
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 01:52 PM | Show all posts
aku baca novel ke cerpen.. mesti sikit2 duduk kat balkoni melihat bintang, mengira bintang bertaburan di angkasa.. kununnnnnnn...
aku tanya.. cer tiap2 mlm ko tengok bintang kat angkasa nun.. kek luar umah ko sendiri..
ada bertaburan ke tidok?
aku rasa zaman sekarang ni.. yg nampak 2,3 butir je.. itu pon ntah2 satelite kot?

kalo zaman2 80an 90an dulu ye la.. masih nampak bintang berteraburan di dada langit.. memang awesome gila masa tu layan bintang2 neh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2015 02:04 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-4-2015 02:05 PM
cmf_conan replied at 27-4-2015 01:52 PM
aku baca novel ke cerpen.. mesti sikit2 duduk kat balkoni melihat bintang, mengira bintang bertabura ...

Cit! Potonglah ko ni!

Baru nak feeling. Takkanlah nak letak komet melintasi langit malam ataupun satelit bergemerlapan nun di ufuk timur. Mana maunyeeee...  

By the way, untuk menjawab soalan ko tu...

Yes, aku sendiri masih berpeluang mengira bintang di langit pada malam hari. Tapi idokler tiap-tiap hari dan bintangnya pun idokler sebanyak zaman 80-an 90-an dulu. Tapi masih ada lah bintangnya dalam 10 butir. Paling best, waktu bulan mengambang. Memang jelas nampak bintang dan bulan. Rasa seram sejuk pun ada kekadang bila tengok langit camtu sorang2. Kot keluar werewolf...

(Aku duk umah tinggi, tingkat 17. Itu pasal buleh nampak jelas )



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:17 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 27-4-2015 02:19 PM
Nicki_Meow replied at 27-4-2015 02:04 PM
Cit! Potonglah ko ni!

Baru nak feeling. Takkanlah nak letak komet melintasi langit mala ...

tingkat 17 pon nampak 10 butir je..
kalo dok atas tanah? apa pon tak nampak
kalo kat amariya tu lantak la ko nak kata nampak komet-komet berterbangan sekalipon..

tapi kalo alam realiti.. nak berimaginasi pon..
biarlah kena dgn tempat, masa dan peredaran waktu dlm cerita tu..
bagi aku laaa.. sbb zaman la ni certain2 tempat je bleh nampak bintang bertaburan tu..
kalo kat tempat aku ko nampak kapal terbang berterbangan je laa..
bintang ilek.. nasib baik boleh nampak bulan mengambang lagi..
bulan je mengambang..bintang tak nampak ponggg..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2015 02:21 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-4-2015 02:24 PM
cmf_conan replied at 27-4-2015 02:17 PM
tingkat 17 pon nampak 10 butir je..
kalo dok atas tanah? apa pon tak nampak
kalo kat amari ...

Okay, okay.

Aku dah tukor ayat tu. Qi nampak bintang 10 butir aje agar lebih sesuai dgn zaman kini....
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 02:34 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-4-2015 02:21 PM
Okay, okay.

Aku dah tukor ayat tu. Qi nampak bintang 10 butir aje agar lebih sesuai dgn zaman k ...

cettt.. aku tak suruh tukau ponggg..
meluah rasa je.. mungkin org lain ok je benda2 mcm ni..

mcm aku pernah komen dulu..
asal minum kat restoren je.. mesti jus tembikai..
pehtu kalo kije seketeri balik2 bancuh kopi utk bos, pehtu tersembur kopi pahit..
ujung2 bercinta kawin ngan bos sendirik..
takpon potostet kertas sampai lima nam ratus copy..
zaman la ni.. org tak potostet dahh... print aje laa lima nam ratus copy..

wehh seketeri kat tempat aku ni takdak masa bancuh kopi kek bos..
sibuk lari sana lari sini print sana print sini ado laa..
dtg awal pagi.. balik ntah pukul berapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 02:52 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-4-2015 02:54 PM
cmf_conan replied at 27-4-2015 02:34 PM
cettt.. aku tak suruh tukau ponggg..
meluah rasa je.. mungkin org lain ok je benda2 mcm ni..

It's okay. Apa kau bgt tu ada benarnya. Dan aku tukarkan pada yg lebih logik.

Actually, ini lebih kepada sastera (aku rasalah, tak tau betul ke idok sebab aku bukan budak sastera ).

Metafora 'merenung taburan bintang' ni macam kau merenung benda-benda yang cantik. Dan kau kaitkan benda yg cantik itu dgn benda yg sedang difikirkan. Contoh kau terkenangkan Hafiz. Jadi, sebab kau rindukan Hafiz, kau pun merenung bintang (benda cantik) dan kau kaitkan bintang tu dengan betapa cutenyeee Hafiz. Contoh...okay?

So, dalam konteks Qi merenung bintang ni, dia teringatkan Syakilla yang cantik itu.

Metafora lain pun ada. Bukan bintang aje. Taman Syurgawi pun boleh. Padahal, bukannya kita pernah tengok taman syurgawi tu macam mana.

Pemahaman aku yg tak seberapa ni macam tulah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 02:57 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 27-4-2015 03:00 PM

Malam kian larut. Arania sudah lama lena. Kelihatan nyenyak sekali. Masih belum ada tanda-tanda tidur Arania terganggu oleh mimpi seperti malam-malam sebelumnya. Betapa Syakilla berharap Arania akan segera sembuh dari racaunya.

Hanya dia saja yang masih belum mampu melelapkan mata. Puas sudah dia cuba namun matanya masih berdegil tidak mahu lena. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Lalu dia segera bangun dan menuju ke beranda.

Syakilla merenung langit. Malam ini, ianya cerah dengan sinaran bulan. Bintang-bintang yang bertaburan membuatkan hatinya yang galau sedikit terhibur. Seketika, hati teringatkan seseorang. Perlahan-lahan, bibirnya mula melagukan satu puisi…

Waktu pintumu ku buka setengah
Gemersik menikam melantun suara
Ku tinjau sejenak untuk periksa
Bergema di lembah inderaloka
Suaramu membisik merdu di kalbu memanggilku

Ku buka sepenuh pintu dayamu
Dan melangkah masuk ke dalam tamanmu
Aku tak pasti apa kan berlaku
Mungkin aku, akan terkorban dalam merinduimu

Mengapa kau hadir saja
Dalam setiap mimpi-mimpiku
Dan meninggalkan kunci dan peta
Untuk ku cari, di mana hatimu berada
Keindahan tamanmu tiada bermakna
Jika wajahmu tidak ku temui
Biar ku terlantar dimamah waktu
Aku tetap akan menunggumu
Haruskah aku terus menunggumu…


Dalam merindu, fikirannya juga tak keruan. Dia tahu, dia perlu membuat keputusan. Dia punya tanggungjawab yang lebih besar dari memikirkan tentang kemahuan hati. Kehadiran Qi akan hanya mengganggu perhatiannya. Qi tidak boleh muncul lagi di Amariya ini.

Syakilla berterusan merenung bintang. Seperti ada sembilu, perlahan-lahan menusuk masuk ke dalam hati…
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 03:22 PM | Show all posts
Edited by cmf_conan at 27-4-2015 03:25 PM
Nicki_Meow replied at 27-4-2015 02:52 PM
It's okay. Apa kau bgt tu ada benarnya. Dan aku tukarkan pada yg lebih logik.

Actually, ini  ...

aku paham apa yg ko cuba sampaikan..
mcm kata.. tengok bintang nampak syakilaa...
tengok bunga nampak syakilaa.. tengok tron nampak arania.. ehhh..

kalo kata itu cerita fantasi.. apa saja yg ditulis aku hadap je laa..
kalo kata itu cerita imaginasi.. kalo ada benda pelik2 aku bleh hadam lagik..
tapi kalo cerita bukan fantasi yg dikaitkan dgn tempat dlm dunia realiti,
pastu ada benda pelik2.. tu aku takleh hadam..

contoh.. citernye dok kat kolompo.. tiba2 kat kolompo ada perlabuhan pulok
mcm satu citer tu.. balik kije lalu hutan rimba kiri kanan, tiba2 jumpa hotel 5 bintang
aku tau aku paham apa yg nak disampaikan.. tapi adakala logikanye itu.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2015 03:30 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-4-2015 03:22 PM
aku paham apa yg ko cuba sampaikan..
mcm kata.. tengok bintang nampak syakilaa...
tengok bunga n ...

Thanks. Will take note untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Yelah kan. Mungkin aku patut luaskan kuasa....eh... ...luaskan pandangan utk Metafora yg lebih realistik.

Apahal tah sejak dua menjak ni, asal sembang aje musti kemaruk nak guna metafora bagai...

contoh.. citernye dok kat kolompo.. tiba2 kat kolompo ada perlabuhan pulok
mcm satu citer tu.. balik kije lalu hutan rimba kiri kanan, tiba2 jumpa hotel 5 bintang
Jap. Aku macam tau aje cerita sapa ni....adakah?



Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 03:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 27-4-2015 03:30 PM
Thanks. Will take note untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
Yelah kan. Mungkin a ...

ampunnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 03:52 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-4-2015 03:22 PM
aku paham apa yg ko cuba sampaikan..
mcm kata.. tengok bintang nampak syakilaa...
tengok bunga n ...

Ya la..aku tahu..citer tak logik tu citer aku..Yang sebenarnya masa tu aku terfikir kat area bangi, hotel equatorial..memang kiri kanan nk ke hotel tu ada hutan kecil..pokok besar sume..
Lepas ni..tak dok doh cito aku yg kdg2 tak ada logika...bak kata Agnes Monica
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2015 04:24 PM | Show all posts
Ipo replied at 27-4-2015 03:52 PM
Ya la..aku tahu..citer tak logik tu citer aku..Yang sebenarnya masa tu aku terfikir kat area ban ...

ye ye aku paham..
kalo tengok pilem atau drama pon..
kunun2 kat kisah berlaki tempat A, tapi shooting sebenor bukan kat tempat A
mcm adegan kejar mengejar di hong kong kunun, tapi penggambaran kat petaling street
nak menggambarkan penceritaan gituuu..
jangan marah Ipo ehhhh..
sbb masa tu sambil baca citer ko, sambil bayangkan jalan2 kat kelumpo neh..
tu yg tiba2.. aikkk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2015 05:21 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 27-4-2015 04:24 PM
ye ye aku paham..
kalo tengok pilem atau drama pon..
kunun2 kat kisah berlaki tempat A, tapi sho ...

Faham jugak...
Kadang aku rasa citer aku tak sampai kat pembaca apa yang aku nak sampaikan.
Pada aku..aku maksudkan begini tapi pembaca faham begitu...
Aku pun..erk?
Aku tak sentap pun..ok je ada komen sebegitu, at least boleh detect kekurangan karya tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 02:32 PM | Show all posts
syakilla anak kandung, arania anak angkat??

#sambungkunyahpopcorn
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2015 02:33 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-4-2015 02:32 PM
syakilla anak kandung, arania anak angkat??

#sambungkunyahpopcorn

itu yang ku rasa sedari awal..

#curipopcornprettykunyahlajulajusambiltengokadalipasketak

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.082440 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list