CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 29-5-2015 03:48 PM | Show all posts
sila sambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-5-2015 01:16 AM | Show all posts

"I datang cayang..." Kata Tron sambil terlompat-lompat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-5-2015 01:31 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 30-5-2015 01:33 AM

BAB 43

Saat Syakilla meninggalkan kamar, Arania masih lagi sedang bersantap. Sengaja dia mencuri peluang  untuk ke Taman Di Raja sendirian. Niat ke Taman Di Raja tidak diberitahu pada Arania. Tidak mahu Puteri itu menuruti langkah ke mari. Gerak hatinya begitu kuat mengatakan pemuda asing itu akan muncul di sini.

Bimbang bertamu di hati. Dia tidak mahu Arania tahu bahawa Qi masih lagi muncul di Amariya ini. Qi tidak sepatutnya menghadirkan diri ke dalam kawasan Istana. Raja Amsyar terlebih dahulu memberi titah supaya pemuda asing itu dijauhkan dari Arania. Qi tidak boleh bertemu dengan Arania lagi dan itulah yang sedang dia lakukan.

Itulah yang dia patut lakukan. Memutuskan harapan Puteri itu pada Qi. Namun, perkara lain pula yang berlaku. Niat awalnya hanyalah mahu menjauhkan Qi dari Arania tapi dia sendiri yang terperangkap. Tindakannya yang terlalu mengikut hati itulah yang memakan diri. Semakin hari, semakin dia sukar untuk melupakan Qi.

Dalam bimbang, terselit jua rasa rindu. Berbual dan berbicara dengan pemuda itu memberikan satu rasa yang berbeza dalam jiwa. Setiap cerita dan kata-kata Qi padanya menghiburkan hati. Sukar untuk dia mengerti, mengapa atau bagaimana tetapi, pemuda itu membuatkan dia terasa istimewa walaupun hanya dengan panahan pandangan mata.

Dia melewati Taman Di Raja. Telinganya mendengar seperti ada suara-suara kecil sedang berkata-kata. Keningnya terangkat. Agak lama juga suara itu tidak didengari, mahupun bersua dengan empunya suara.

“Syakilla.”

Namanya dipanggil dengan nada berlagu. Tercari-cari Syakilla akan suara itu.

“Di sini.”

Syakilla berjalan beberapa tapak ke hadapan sebelum makhluk kecil berbulu itu memunculkan diri.

“Tron.” Syakilla tersenyum sedikit. Tron menundukkan kepalanya seperti membuat tunduk hormat.

“Pergi dulu. Semoga bertemu lagi.” Tron berlari-lari anak meninggalkan Syakilla. Syakilla hanya memandang telatah Tron yang mula mengejar seekor lagi makhluk kecil berbulu, tidak jauh dari situ.

Syakilla terus berjalan sehingga ke kolam kecil di tengah taman. Di situ, langkahnya terhenti lagi. Dia mula tercari-cari namun kelibat pemuda itu tiada di mana-mana.

Mungkinkah, gerak hatinya silap kali ini?

“Qi...” Panggilnya, perlahan. Tiada sahutan.  

“Qi...” Suaranya dikuatkan sedikit. Matanya melingas ke sekeliling.

“Qi...” Nafas berat terlepas dari mulut. Hampa.

“Aku di sini, wahai bidadari...”

Pantas Syakilla berpaling ke belakang. Jarak pemuda itu dengannya hanyalah dua tapak. Buat seketika, mata mereka bertautan tanpa ada apa-apa bicara lanjut.

"Aku rindu padamu, Syakilla."

Syakilla tergamam. Ini adalah kali pertama Qi begitu berterus-terang.

"Aku juga..." Balas Syakilla, setelah terdiam lama. Senyuman yang terukir dibibir pemuda itu membuatkan dia turut tersenyum. Dalam masa yang sama, Syakilla terasa hatinya pedih, bagai dicucuk sembilu tajam.

Dia sudah membulatkan tekad.

Pertemuan ini, adalah pertemuan mereka yang terakhir...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2015 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Seciput ja??
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:26 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 2-6-2015 09:44 AM

I'm totally lost dgn cerita ni...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 10:50 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 30-5-2015 01:16 AM
"I datang cayang..." Kata Tron sambil terlompat-lompat.

sikitnya.. sampai hati awok tronnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2015 01:59 PM | Show all posts
Alahai....sikitnya....sampai hati
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 03:33 PM | Show all posts
Okay...okay....

Meh sambung lagi................... sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-6-2015 03:48 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-6-2015 04:14 PM

Pada dinding kolam itu, mereka duduk menyandarkan tubuh, sebelah-menyebelah. Mata memandang jauh ke hadapan, melihat langit, melihat awan. Diam seribu bahasa, melayani rasa. Sesekali, Qi akan menjeling pandang pada gadis di sebelahnya. Sikit pun tiada rasa jemu.

Entah mengapa, gadis itu seperti keresahan. Cuba untuk bertanya namun mulutnya sendiri bagaikan terkunci.

“Ini pokok Moneira, bukan?” Soal Qi, sengaja mahu memecah kesunyian antara mereka. Matanya memerhatikan jalaran hijau di sekeliling kolam itu.

“Benar.” Syakilla menjawab.

“Mengapa tidak berbunga?”

“Masanya belum tiba untuk Moneira berbunga lagi.”

“Jadi, bunga Moneira ini tumbuhnya bermusim?”

Syakilla mengangguk.

“Bila Moneira akan berbunga semula?”

“Sepurnama lagi.”

“Oh.” Qi terangguk-angguk.

“Mengapa kau bertanyakan tentang Moneira?” Soal Syakilla pula.

“Bunga itu aneh tapi cantik.”

“Di duniamu, pasti ada bunga yang jauh lebih cantik dari Moneira.”

“Mungkin. Tapi aku merasakan Moneira ini sangat istimewa. Aku selalu berharap, dapat menemui Moneira di duniaku tapi tiada. Sebab itu aku suka ke mari.”

“Kerana Moneira?”

Qi tidak menyahut tapi menoleh ke sebelah. Sengaja dia merenung si gadis bermata helang itu namun Syakilla kelihatan berpura-pura tidak peduli.

“Kerana kau, Syakilla. Sama macam Moneira, kau tidak dapat aku temui di duniaku.” Qi menarik nafas seketika, mahu mengumpul keberanian untuk meluahkan rasa.

“Aku berharap untuk terus berada di sini...denganmu.”

Syakilla terus terdiam. Pandangan mata Qi tidak mampu dilawan lalu dia memandang ke hadapan. Tingkah-laku dan kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu membuatkan hatinya berkecamuk. Lelaki itu menyukarkan keadaan.

Apa yang perlu aku lakukan sekarang? Hatinya mengeluh sendiri.

Kau tahu apa yang perlu dilakukan. Dia tidak boleh muncul lagi. Jangan benarkan dia muncul lagi. Bagai ada satu suara lain berkata pada diri. Dia mengeluh lagi. Mampukah dia melakukannya? Membunuh segala rasa yang telah bertunas dalam jiwa?

“Syakilla...”

Teguran Qi mematikan segala monolog di kepala namun resahnya masih belum surut.

“Kau kelihatan rungsing.” Akhirnya, soalan itu Qi tanya juga setelah lama memerhati. Syakilla melepaskan nafas berat, seberat hatinya yang mahu mengungkap bicara seterusnya.

“Apa yang bermain di fikiranmu?” Qi berterusan bertanya.

“Moneira itu...” Syakilla menarik nafas. “Ianya bermusim. Bila tiba masanya, bunganya akan mati, berganti dengan yang baru.”

Qi menanti kata-kata seterusnya.

“Sama seperti Moneira, aku juga begitu. Sudah tiba masa untuk aku melupakan segalanya dan teruskan hidup yang telah ditakdirkan untuk aku.”

“Apa maksudmu, Syakilla?” Dahi Qi berkerut.

“Kita tidak boleh berjumpa lagi.” Walaupun pedih, Syakilla memaksa diri mengucapkan kata-kata itu.

“Apa telah berlaku, Syakilla?” Qi menyoal.

“Tiada apa-apa yang berlaku. Jika ada sekalipun, ianya urusanku. Kau sebagai orang luar, tidak berhak masuk campur.” Balas Syakilla. Qi terdiam. Kata-kata Syakilla menyentap perasaannya.

“Syakilla...kenapa sikapmu berubah?” Qi terasa gusar.

“Sudahku bilang tadi, ianya bukan urusanmu. Pergi dari sini dan jangan sekali-kali kau datang lagi.” Usai berkata, Syakilla bangun untuk meninggalkan tempat itu. Sudah tidak sanggup berada lebih lama dengan lelaki itu. Bimbang, tekadnya tidak cukup kuat.

“Pulanglah Qi. Kembalilah ke duniamu. Jangan muncul lagi.” Tutur Syakilla lalu mula melangkah membuatkan Qi terpaksa bertindak. Dia pantas bangkit. Jemari
Syakilla ditarik lalu digenggam kuat. Terkejut dengan tindakkan Qi, Syakilla tergamam.

“Syakilla.” Mata bak helang itu direnung semahunya.  

“Jika ada perkara yang aku tidak tahu, tolong jelaskan. Andai aku ada berbuat salah, tolong betulkan. Dan sekiranya aku telah menyakiti hatimu, aku mohon... kau maafkan.” Tutur Qi, perlahan. Berharap benar agar Syakilla tidak meninggalkan dia tanpa sebarang alasan kukuh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-6-2015 04:19 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 1-6-2015 04:25 PM

“Qi....” Syakilla cuba bertegas namun hatinya sendiri mula runtun. “Aku tidak tahu bagaimana harus aku terangkan padamu.” Syakilla cuba memandang Qi tepat pada mata tapi tak boleh. Dia akhirnya tunduk sendiri.

“Syakilla. Apa sebenarnya yang telah berlaku?” Qi melontar soalan sama.

“Kita tidak boleh berterusan begini. Dunia kita berbeza. Dan aku punya tanggungjawabku sendiri. Aku tak mampu menggalasnya jika tumpuanku terganggu.”

“Aku masih tak faham.” Qi semakin rengsa. Sukar untuk memahami kenapa tiba-tiba saja Syakilla bersikap begini.

“Qi...” Hatinya benar-benar galau saat ini. “Usahlah menyukarkan keadaan.”

“Keadaan apa?”

“Dunia kita berbeza, Qi. Kau dan aku, tak mungkin jadi nyata.”

“Dengar sini, Syakilla. Aku tidak mengerti apa yang kau cuba sampaikan. Tapi aku mahu kau mengerti apa yang aku mahu sampaikan sekarang.”

Syakilla memandang Qi, tepat pada mata.

“Aku...” Qi menelan air liur. Risau dan gemuruh berbaur dalam hati namun dia perlu ucapkan juga. Apa nak jadi pun, jadilah.

“Aku...” Nafas ditarik panjang.

“I Love You.”

“Apa?” Syakilla terpinga-pinga.

“Aku...telah jatuh ha...”

“Sampai hati kau, Syakilla!”

Suara itu mematikan kata-kata. Serentak kedua-duanya menoleh ke arah empunya suara.  

"Arania..."

Wajah Syakilla berubah riak untuk kesekian kali.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 05:32 PM | Show all posts
arania syok kat qi
qi syok kat syakilla
syakilla syok kat qi

ni bukan cinta antara benua tapi cinta antara 2 alam
(lain macam dah bunyiknye   but you know what i mean lah )
bukan dipisahkan oleh lautan
tapi dipisahkan oleh err..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2015 05:42 PM | Show all posts
ayooo.....Arania dah Nampak....habis la Qi dgn Syakilla.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 04:47 PM | Show all posts
“Lepaskan aku.” Syakilla merentap jarinya dari pegangan Qi. Dia meluru ke arah Arania. Wajah Arania yang tegang itu membuatkan dia rasa bersalah.

“Arania…” Syakilla cuba meraih jari Arania namun dengan pantas Puteri itu melarikan tangannya. Pandangannya beralih antara Qi dan Syakilla.

“Kau mengatakan, Qi tidak akan muncul lagi. Jadi, apa dia buat di sini?” Soal Arania. Suaranya mendatar.

“Dia cuma…” Syakilla mati kata.

“Aku hadir ke sini kerana mahu bertemu dengan Syakilla. Adakah ianya menjadi kesalahan?” Qi datang menghampiri.

“Usah masuk campur dalam hal ini!” Suara Syakilla meninggi. Qi terdiam.

“Arania, aku boleh jelaskan.” Tutur Syakilla.

“Jelaskan sekarang.” Arania membalas kasar. Syakilla membuka mulut untuk berbicara namun tiada apa yang keluar. Tidak tahu bagaimana untuk dijelaskan. Lebih kusut lagi apabila Qi juga berada di sini.

“Jelaskan!” Suara Arania naik lebih tinggi. Syakilla menghela nafas dalam-dalam.

“Apa yang aku lakukan ini, adalah kerana titah ayahanda.” Ujar Syakilla.

“Ayahanda tidak mahu kau bertemu lagi dengan pemuda itu. Dia telah menyuruh aku menjauhkan Qi darimu.”

Berkerut kening Arania.

“Sebagai bakal pemerintah Amariya, kau tidak boleh jatuh cinta dengan orang asing. Apatah lagi, dengan pemuda ini. Jadi ayahanda…”

“Kau tidak berhak untuk menentukan hidup aku, Syakilla!” Arania memotong kata-kata Syakilla dengan pantas.

“Tapi ini titah ayahanda. Aku cuma mematuhi arahan…” Syakilla membela diri.

“Arahan?” Arania tersenyum sinis, memandang tepat ke wajah Syakilla. Itu bukan apa yang dia lihat tadi. Syakilla dan Qi berpegangan tangan. Dari riak wajah Syakilla, nyata yang Syakilla sendiri sudah jatuh hati.

“Benar. Apa yang aku lakukan adalah atas arahan ayahanda. Ayahanda tidak mahu kau bertemu lagi dengannya. Ayahanda juga tidak mahu lagi pemuda ini muncul di Amariya.” Syakilla mengulangi penjelasannya.  

“Apa maksudmu, Syakilla?” Soal Qi pula setelah lama mendiamkan diri. Mendengar penjelasan Syakilla, hatinya bagai retak seribu.

“Kau melakukan semua ini atas perintah Raja Amsyar?”

“Tidak perlu aku ulanginya untuk kesekian kali.” Balas Syakilla, kasar. Walaupun begitu, hatinya juga pecah berderai tatkala melihat wajah Qi.

“Aku sangka, kau  rasa apa yang aku rasa...” Suara Qi berubah nada. Berat dan perlahan membuatkan Syakilla semakin pilu. Sedaya-upaya, dia cuba untuk tidak menzahirkan perasaan sebenar.

“Kau sudah tahu hal yang sebenar, bukan? Jadi, pergilah dari sini. Usah muncul lagi di Amariya ini. Kau tidak dialu-alukan!” Tutur Syakilla.

“Syakilla…”

“Pulangkah ke duniamu.”

Qi hilang kata-kata. Syakilla direnung lama namun gadis itu memalingkan wajah ke arah lain. Dia mengalih mata pada Arania tapi Puteri itu juga sepertinya berada dalam keadaan tanda-tanya.

“Pergi!”

Qi menurut juga suruhan Syakilla. Perlahan-lahan, dia melangkah meninggalkan mereka lalu berjalan melewati kolam kecil, terus masuk lebih jauh ke dalam taman.

Dia terus berjalan sehingga suasana di sekelilingnya kini penuh dengan pohon-pohon rimbun. Akhirnya, langkah terhenti di sebatang pohon besar lalu dia terduduk di situ.

Termenung.

Qi berterusan begitu sehingga telinganya mendengar bunyi berdesing menandakan panggilan untuk pulang sudah tiba.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 04:51 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 1-6-2015 05:32 PM
arania syok kat qi
qi syok kat syakilla
syakilla syok kat qi

Idok ler berbelit sangat kan?



Cuma lembab aje nak hapdet....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2015 04:51 PM | Show all posts
zameyla replied at 1-6-2015 05:42 PM
ayooo.....Arania dah Nampak....habis la Qi dgn Syakilla.....

Jeng Jeng Jeng......




Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2015 05:01 PM | Show all posts
kesian Syakilla dgn Qi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2015 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian nya kat sha qi lla..huhu..slmtkn lah cinta diorg..ohhh..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2015 03:39 PM | Show all posts
Adakah Qi di alam nyata akan berubah balik 360 darjah hasil kekecewaan dgn syakilla

Adakah Qi akan jadi sasau lalu ditimpa kemalangan sehingga koma dan tak pasal2 muncul balik di amariya dan kali ni muncul bagai tak boleh kembali ke alam nyata? (aku pon pening ngan ayat aku neh )
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 04:55 PM | Show all posts
apa jadi kat tron???

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2015 07:17 PM | Show all posts
"Qi..."

"Hmmmm..."

"Qi..."

"Hmmmm..."

"Qi..."

"Apa dia.. aku belom pekak lagi laa!"

"Tengok la sini.."

Errkkk.. Qi yang sedang berbaring di katil dengan fikiran menerawang ke Amariya terkedu.
Ibu tiada di rumah. Yang tinggal hanya lah Tron. Jadi siapakah yang sedang bercakap dengannya??? Peluh jantan mula merecik di dahi. Perlahan-lahan dia berpaling ke kiri.
Matanya membulat. Mulutnya melopong.

Ngeeeeee!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.080782 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list