CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 16-6-2015 04:07 PM | Show all posts
Promote kat sinilah rmh sana nak masuk tol mahal sgt .. RA 6 pulak

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2015 04:17 PM | Show all posts
qimi08 replied at 16-6-2015 04:07 PM
Promote kat sinilah rmh sana nak masuk tol mahal sgt .. RA 6 pulak

Uishhh....dah kuar?

Pesbuk ek Kak Qimi?



Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 04:56 PM | Show all posts
tengok cover, first impression - mcm citer horror ala2 citer stephen king pon ado..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2015 05:05 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 16-6-2015 04:56 PM
tengok cover, first impression - mcm citer horror ala2 citer stephen king pon ado..

Memula gambor lain. Tapi aku mintak tukar...

Cover mula2 tu mcm muka kitfu...



Psssttt.... tolong pasang pagar balik kat rumah sinun http://mforum.cari.com.my/forum. ... &extra=page%3D1

Pagar 4 cukup.



Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:18 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 16-6-2015 04:17 PM
Uishhh....dah kuar?  

Pesbuk ek Kak Qimi?

Sorry nicki... lambat reply....
Haah dlm fb.... tgk publisher promote novel bln june

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2015 08:14 AM | Show all posts
BAB 46

Suasana pada hari ini terasa suram. Langit juga tampak mendung walaupun baru menjelang pagi. Segala persiapan telah di buat sebaik mungkin. Hari ini adalah harinya. Perintah Raja Amsyar perlu dipatuhi. Demi keselamatan dan kesejahteraan Arania, puteri itu harus dihantar jauh buat seketika.
Berapa lama pemergiannya? Tiada siapa yang mampu menjangka. Bukan juga Raja Amsyar sendiri.

Arania duduk sugul di satu sudut. Tidak mahu bercakap dengan sesiapa. Begitulah dia semenjak asal-usul sebenar dirinya diketahui. Terlalu terkilan kerana sejak sekian lama, perkara itu disembunyikan dari pengetahuannya. Menurut Raja Amsyar, semua itu adalah demi keselamatannya. Namun begitu, alasan yang diberi oleh Raja Amsyar tidak mampu diterima dengan begitu saja.

Mengapa dia tidak dimaklumkan lebih awal?

“Anakanda...”

Suara yang memanggil mematikan lamunan. Arania berpaling. Ratu Malaeka tersenyum padanya. Tetapi, senyuman itu tidak mampu menutup rasa hatinya yang sebenar. Senyuman itu berbalut kesedihan.

“Bonda.” Arania menyapa kembali bersama satu keluhan, lalu dia tunduk. Marah dan rajuknya pada Bonda dan Ayahanda masih menebal namun dia tidak pula menzahirkannya secara berlebihan.

“Pandanglah bonda, sayang.” Pinta Ratu Malaeka, sayu. Arania tetap tunduk. Ratu Malaeka kemudiannya melabuh duduk di sebelah Arania.

Hening seketika apabila masing-masing melayani perasaan.

“Anakanda masih marahkan bonda dan ayahanda?” Ratu Malaeka bertanya, hanya untuk memecah kesunyian antara mereka. Tidak perlu dijawab pun, dia tahu.
Arania kekal mendiamkan diri.

“Kami lakukan ini demi keselamatan anakanda.” Keluh Ratu Malaeka. Arania menggeleng. Alasan itu sudah acapkali didengari sehingga terasa bosan. Seolah-olah, dia tidak mampu menjaga dirinya sendiri.

Sikap mendiamkan diri Arania itu, menambah kepiluan pada Ratu Malaeka. Sungguhpun Arania itu hanyalah anak angkat, namun dia sudah menyayangi Arania seperti anak kandungnya sendiri. Apatah lagi, dia sendiri tidak dikurniakan anak. Pada Arania dan Syakilla, tempat dia mencurah kasih, demi merasai nikmat menjadi seorang ibu.

Kini, dia akan berpisah. Bukan saja dengan Arania, malah juga Syakilla. Tiada siapa yang tahu untuk berapa lama.

“Bonda tahu, anakanda terluka dengan kebenaran.” Ratu Malaeka berkata lagi. Arania menarik nafas panjang lalu dihembus perlahan.

“Bonda mohon, usahlah anakanda menyimpan rasa dan berdendam. Dan bonda mohon, anakanda maafkanlah kami.”

“Bonda...” Arania mengangkat wajah lalu terus memandang Ratu Malaeka. Baru dia sedar, ada air jernih yang membasahi pipi itu. Perasaannya bercampur-baur.

“Anakanda bukan berdendam. Cuma...” Arania tidak mampu meneruskan kata-kata.

“Arania, ingatlah kata-kata bonda. ” Ratu Malaeka menelan sebak. “Arania, adalah anak bonda. Yang bonda belai dan bonda asuh dengan tangan ini.”

“Biar apapun yang jadi, bonda akan tetap menyayangi anakanda sepenuh hati. Tak akan berubah walau sedikit.”

“Bonda..” Arania menyapu air mata yang mengalir di pipi Ratu Malaeka dengan tangannya. Tapi, air matanya sendiri turut gugur. Arania memeluk Ratu Malaeka, erat walaupun masih tidak berkata apa-apa. Dia juga begitu menyayangi bondanya namun masih ada luka dalam hati yang belum sembuh.

“Kuatkan semangat anakanda. Bonda yakin, kita akan bertemu kembali nanti.”

Arania terangguk-angguk. “Bonda juga, perlu jaga diri.” Terasa rambutnya dibelai Ratu Malaeka dan Arania membiarkan saja. Arania kekal didalam pelukan bondanya sehinggalah seorang pengawal hadir memberi utusan bahawa semua kelengkapan telah siap.

Masa untuk berangkat telah tiba.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2015 02:32 PM | Show all posts
lagi....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2015 08:29 AM | Show all posts
Arania berjalan beriringan dengan Ratu Malaeka, diiringi pengawal yang memberi utusan tadi. Mereka menuju ke arah pintu bahagian utara yang selama ini di kawal ketat. Pemergiannya ini adalah secara rahsia. Tidak diketahui oleh banyak pihak. Malah, tidak semua penghuni dan pekerja Istana Suriyan yang tahu akan perihal ini.

Apabila menghampiri pintu utara, susuk tubuh Raja Amsyar dan Syakilla dapat dilihat dengan jelas. Raja Amsyar dan Syakilla sedang bertukar bicara. Wajah Syakilla pula tampak sugul dan tegang. Sesekali, kelihatan Syakilla terangguk-angguk.

“Kanda.” Ratu Malaeka menyapa Raja Amsyar tatkala mereka tiba. Arania pula memilih untuk  mendiamkan diri. Tatkala matanya bertaut dengan Syakilla, segera dia melarikan pandangan.

Syakilla sedar akan tingkah-laku Arania. Dalam hati, dia mengeluh sendiri. Marah dan rajuk Arania belum surut lagi.

“Anakanda Arania…” Panggil Raja Amsyar. Arania mengangkat muka. Muram.

“Anakanda.” Nada suara Raja Amsyar lebih rendah kali ini.

“Ayahanda harap anakanda mengerti bahawa, apa yang ayahanda lakukan ini adalah…”

“Demi keselamatan anakanda.” Arania pantas memotong kata-kata Raja Amsyar. “Iya, anakanda mengerti.”

Raja Amsyar menarik nafas panjang. Sebagai pemerintah Amariya, dia tampak tegas sentiasa, Namun saat ini, dikala mahu berpisah dengan anak-anak, hatinya yang keras jadi lentur. Apatah lagi, Arania masih belum mahu berlembut.

“Ayahanda dan bonda akan menyusul anakanda nanti, setelah beberapa urusan di Amariya ini selesai.” Raja Amsyar menyambung kata. Arania mengangguk perlahan. Pilu dalam hati semakin bertambah.

“Ayahanda doakan segalanya selamat.” Ucap Raja Amsyar. Arania kekal mendiamkan diri. Dia mereling ke sekeliling. Tiga orang pengawal sudah sedia untuk mengiringi perjalanan bersama enam ekor kuda. Xora, kuda kesayangannya juga tampak bersedia.

Bagaimana dengan dia? Adakah dia sudah bersedia? Sudah pasti tidak. Tapi, perintah Raja Amsyar perlu dituruti. Keselamatannya sebagai pewaris Amariya perlu diutama.

Arania mengeluh. Kadangkala, dia merasakan gelaran pewaris ini membawa nasib malang.

“Arania.”

Panggilan Syakilla mematikan lamunan. Syakilla dipandang.

“Masanya sudah tiba. Kita perlu berangkat sekarang.”

Kata-kata Syakilla hanya dibalas dengan dua kali anggukan. Tidak bersuara. Tegar dia menahan diri dari mengucapkan sebarang ayat kepada Syakilla sebagai tanda tidak puas hati.

“Bonda.” Arania berpaling mengadap Ratu Malaeka. Kolam matanya bergenang lagi. “Anakanda pergi dulu.” Tunduk hormat diberikan pada Ratu Malaeka lalu dibalas dengan pelukan erat. Lama.

“Bonda sayangkan Arania.” Ratu Malaeka berbisik sayu. Arania mengangguk beberapa kali. Terlalu sedih sehingga tak terucap sebarang kata. Beberapa saat kemudian, pelukan dilepaskan. Arania menghadap pula Raja Amsyar. Pada ayahandanya itu, dia turut memberikan tunduk hormat.

“Ayahanda dan bonda akan menuruti anakanda ke sana, setelah beberapa urusan di Amariya ini selesai.” Ujar Raja Amsyar. Arania mengangguk.

“Jaga diri...”

Kali ini, Arania mengangkat muka. Tatkala memandang pada Raja Amsyar, hati bertambah pilu. Jelas tergambar riak kesedihan dan kebimbangan di situ walau tidak dizahirkan secara lisan.  

“Dikau bukan anakandaku, Arania. Tapi dalam dirimu, telah mengalir darah saudaraku. Kerana Amariya, aku tak mampu pertahankan nyawa Raja Zulkhan.

Namun kali ini, aku akan pertahankan puterinya, biar apapun yang terjadi.”

“Ayahanda...” Arania menggetap bibir.

“Pergilah sekarang.”  

Arania mengangguk. Sekilas dia memandang Ratu Malaeka lalu mengucapkan selamat tinggal. Setelah itu, dia menghampiri Xora. Kepala kuda kesayangannya itu diusap seketika sebelum dinaiki.

“Syakilla.” Raja Amsyar mengalihkan perhatian. Syakilla memandang Raja Amsyar.

“Lindungilah Arania sedaya-upayamu.”

“Anakanda menjunjung perintah.” Balas Syakilla. Tunduk hormat diberikan pada Raja Amsyar.

“Bonda mohon, berhati-hatilah. Jaga diri kalian.”

“Usah risau, bonda.” Tutur Syakilla, juga dituruti dengan tunduk hormat. Ratu Malaeka membalasnya dengan pelukan erat.

“Bonda juga sayangkan Syakilla.” Bisik Ratu Malaeka. Hampir menyebabkan Syakilla menitiskan air mata namun ditahan. Dia perlu kuatkan semangat. Demi Arania dan demi Raja Amsyar dan Ratu Malaeka.

“Kami pergi dulu.”

Setelah berkata, Syakilla menghampiri Ishan lalu berbisik “Kita angkat meninggalkan istana ini, sekarang.” Ishan terangguk-angguk. Syakilla menaiki kuda itu.

Saat perpisahan telah tiba. Syakilla dan Arania memandang buat kali terakhir pada Raja Amsyar dan Ratu Malaeka lalu melambai beberapa kali. Diriingi dengan lima orang pengawal, mereka mula meninggalkan Istana Suriyan.

“Puteri bonda...” Ratu Malaeka hiba.

“Mereka akan selamat. Usahlah dinda risau.” Raja Amsyar cuba memujuk Ratu Malaeka dan juga, dirinya sendiri. Entah mengapa, kebimbangan dalam hatinya semakin menjadi-jadi. Apakah benar tindakannya ini?

Kelibat Arania dan Syakilla berserta pengawal pengiring sudah hilang dari pandangan.

Satu hembusan nafas terlepas dari mulut. Resah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2015 09:18 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 4-7-2015 08:29 AM
Arania berjalan beriringan dengan Ratu Malaeka, diiringi pengawal yang memberi utusan tadi. Mereka m ...

wah..dah jumpa Arania ngan bondanya

mesti syakilla berjauh hati nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 01:27 PM | Show all posts
lamanya tunggu sambungan...



Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2015 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai.... Sedihlah plk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:26 AM | Show all posts

Tabahlah uols.

Iols sedang berusaha gigih nak kasi abes ni walaupun.....

Selamat Hari Raya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:26 AM | Show all posts
Ipo replied at 4-7-2015 09:18 AM
wah..dah jumpa Arania ngan bondanya

mesti syakilla berjauh hati nanti..

Merajuk uols... huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:27 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 10-7-2015 06:24 PM
Alahai.... Sedihlah plk...

Hai Zam.

Salam Aidilfitri, maaf zahir & batin ye...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2015 01:37 AM | Show all posts
BAB 47

Suria semakin menampakkan diri dicelah-celah awan. Langit masih mendung dan suram. Entahkah hujan, entahkan tidak. Istana Suriyan sudah tidak kelihatan lagi. Kepiluan masih belum surut dari hati walaupun langkah mereka sudah semakin jauh.

Senyap-sunyi. Lima orang pengawal yang mengiringi mereka tidak bersuara melainkan yang perlu. Arania juga langsung tidak memulakan apa-apa bicara. Marah dan rajuknya belum surut lagi. Syakilla yang lama menyimpan resah dengan ulah Arania semakin tidak tenang. Di istana, dia masih mampu menahan perasaan. Tapi kini, mereka semakin jauh dari tempat asal. Jika berterusan begini, susahlah nanti.

“Arania.” Syakilla cuba memulakan perbualan. Arania hanya menoleh sebentar lalu kembali memandang ke hadapan.

“Kau masih marah padaku?” Walaupun sudah tahu, sengaja Syakilla bertanya. Sekadar mahu mendapatkan perhatian. Arania mengangkat bahu sebagai jawapan.

“Aku mohon maaf.” Syakilla berkata. Nada kesal terluah.

“Maaf?” Arania tersenyum sinis. “Mudah sekali kau ucapkan maaf.”

“Aku tahu, kau sakit hati dan kecewa. Tapi, percayalah. Sedikit pun aku tidak berniat untuk membohongimu. Apa yang aku lakukan, adalah atas titah...”

“Ayahanda?” Nada suara Arania meninggi. “Iya, aku tahu itu. Sudah jelak aku mendengar alasan yang kau berikan. Kau lakukan semuanya atas titah ayahanda. Kau turuti perintah ayahanda tapi kau langsung tidak mahu mengerti perasaan aku.” Hamburnya lagi.

“Aku perlu melakukannya Arania. Kau satu-satunya pewaris Amariya. Dengan apa cara sekalipun, aku perlu melindungimu.”

“Apa kau fikir, aku tak mampu menjaga diriku sendiri?” Arania meningkah.

“Bukan begitu. Aku hanya menjalankan tugas.” Syakilla membela diri.

“Adakah kau gembira dengan tugasmu itu? Banggakah kau kerana mampu menggalas titah ayahanda sehingga kau sanggup menyakiti hatiku? Sehingga kau sanggup lukakan perasaanmu sendiri? Sungguh, aku tidak tahu apa sebenarnya yang berada dalam hatimu.”

Syakilla diam. Kata-kata Arania terasa tajam menusuk ke hati. Pedih. Banggakah dia? Atau dia sebenarnya bertindak bodoh?

“Kita membesar bersama, Syakilla. Kau sudah ku anggap seperti saudaraku. Aku mempercayaimu dengan sepenuh jiwa ragaku. Tapi kau pula sebaliknya. Kau rahsiakan banyak perkara dariku. Aku merasakan, kau telah menikam aku dari belakang.” Arania berkata perlahan, langsung tidak memandang pada Syakilla.

“Aku tidak tahu, adakah aku mampu menerima dirimu sebagai saudaraku lagi...”

Hati Syakilla yang telah sedia retak terus pecah berderai. Kata-kata Arania begitu pedih menikam jiwa. Kala ini, dia terasa mahu menangis dan menghamburkan rasa. Arania sudah dianggap seperti adiknya sendiri. Dia sanggup mengorbankan perasaan, malah nyawa demi Arania. Tapi, hanya kerana dia banyak menyimpan rahsia, Arania sanggup putus saudara. Mengapa Arania tidak mahu memahami, bahawa apa yang dilakukannya ini adalah semata-mata mahu memastikan keselamatan puteri itu?

Suasana kembali hening. Lima hulubalang yang mengiringi kekal tidak bersuara. Tiada sebab untuk mereka mencelah dalam perbualan tegang itu.

“Aku faham, jika kau sudah tidak mempercayaiku lagi. Tutur Syakilla setelah meraih sedikit ketenangan. “Dan terpulang pada kau untuk menilai diriku seperti yang kau mahu. Aku sayangkan kau Arania. Oleh itu, aku mohon untuk terus disisi untuk melindungimu. Jika bukan sebagai saudara, anggaplah saja aku sedang menjalankan titah perintah Raja Amsyar, untuk menjaga keselamatan pewaris takhta.”

Arania menarik nafas. Mula tersedar yang dia sebenarnya telah turut menyakiti Syakilla melalui kata-katanya. Terlalu terbawa-bawa dengan amarah dan rajuknya lalu terkeluar bicara yang berbisa tanpa sengaja. Arania memandang Syakilla tetapi gadis itu kini hanya memandang terus kehadapan. Wajahnya tegang. Dan mata gadis itu, tersorot kesedihan yang mendalam.

Keterlaluankah aku? Arania mengeluh perlahan. Sesalan mula hadir dalam diri.



Perjalanan diteruskan dengan senyap. Tidak jauh dihadapan, mereka bakal menghampiri Hutan Mikali. Hutan yang digeruni kerana pelbagai kisah yang masih belum sahih akan kebenarannya. Di saat ini, entah mengapa Syakilla terasa berdebar-debar. Jantungnya berdegup laju. Ishan yang seperti seperti turut merasai gejolak rasa tuannya menghentikan langkah.

Perjalanan mereka terhenti.

“Puteri Syakilla.” Hulubalang yang berada paling kiri menegur. “Ada apa-apa yang tidak kena?”

Syakilla diam. Matanya memicing manakala pendengarannya ditajamkan. Tangannya memberi isyarat agar semua yang ada disitu mendiamkan diri.

“Tunduk!”

Dua batang anak panah menjunam laju ke arah mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 11:37 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-7-2015 01:26 AM
Tabahlah uols.

Iols sedang berusaha gigih nak kasi abes ni walaupun.....  

selamat hari raya juga..

sila la sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2015 11:47 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-7-2015 01:37 AM
BAB 47

Suria semakin menampakkan diri dicelah-celah awan. Langit masih mendung dan suram. Entahka ...

Selamat Hari Raya Nicky dan semuaaaaaaaa...........



Sambung lg plzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2015 05:05 PM | Show all posts
selamat hari raya uols! duit raya ai mana?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 03:22 AM | Show all posts
zameyla replied at 23-7-2015 11:47 AM
Selamat Hari Raya Nicky dan semuaaaaaaaa...........

Selamat hari raya zameyla...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2015 03:25 AM | Show all posts
cmf_conan replied at 23-7-2015 05:05 PM
selamat hari raya uols! duit raya ai mana?



Naaahhhh.

Selamat hari raya to you too. Maaf Zahir & Batin


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.295807 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list