CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 20-11-2015 04:04 PM | Show all posts
aku dok tertunggu2 perang amariya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2015 12:05 AM | Show all posts
Esmiria replied at 20-11-2015 04:04 PM
aku dok tertunggu2 perang amariya.

Perang tak jadi kot. Pasal plot dah tukar.... Tapi scene fight tetap ada...














Rajin betul pi naikkan benang ni pasaipa?




Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2015 03:05 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 22-11-2015 12:05 AM
Perang tak jadi kot. Pasal plot dah tukar.... Tapi scene fight tetap ada...

ceq tunggu update.huhuhu....adakah qi udah berkawen ya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2015 12:34 AM From the mobile phone | Show all posts
bila nk ltk n3 br

mula2 takot nk msk sbb tjuknya
rupanya indah spt lata desa arita

pminat tron jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2015 03:16 PM | Show all posts
kimsa-ra replied at 23-11-2015 12:34 AM
bila nk ltk n3 br

mula2 takot nk msk sbb tjuknya

Errrr..... tetiba kena alergic bila ditanya mana entry baru.....

Sorry la Kim. Tgh buat overhaul ni ha ... dah siap nanti den tepek....

Pepandai ekau tukor jadi Desa Arita kheennss?

Lain kali janganlah takut. Phantasmargoria tu = Fantasi (jgn tanya bahasa apa, den pun lupo ).

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2015 05:53 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 20-10-2015 05:53 PM
Eeeeeiiiiiiii............. saja je taaauuuuu...

Yang sebenornye, tengah buat rombakan ha ...

menarik jgk kalau terus versi cetak... boleh buat koleksi peribadi lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-11-2015 11:09 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 24-11-2015 05:53 PM
menarik jgk kalau terus versi cetak... boleh buat koleksi peribadi lagi...

InsyaAllah. Doakan ya Zam...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 11:14 PM | Show all posts
Sorry, dah berbulan tak hapdet. Agaknya ada yang dah lupa jalan cerita.

Tapi, atas permintaan, saya sambung mana yang ada dululah ya.

Terima kasih banyak-banyak pada yang sudi baca citer tak seberapa ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2015 11:17 PM | Show all posts
BAB 48

Tunggangan dipacu selaju mungkin. Otak sarat dengan pelbagai persoalan. Siapa yang menyerang? Mengapa mereka menyerang? Siapa sebenarnya yang dijadikan sasaran? Tak henti-henti berfikir.

Mereka perlu kembali semula ke Istana Suriyan untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan. Tetapi, mereka tidak akan boleh berpatah balik. Musuh ada dibelakang mereka. Seolah-olah penyerang itu sengaja menyekat jalan itu. Sepertinya, mereka telah diperhatikan sekian lama sehingga segala tindak-tanduk mereka diketahui.

Ishan berhenti berlari secara tiba-tiba. Serta-merta Syakilla tahu, ada musuh tidak jauh dari situ.

“Jaga-jaga!” Syakilla berteriak memberi amaran namun sia-sia.

Sebatang anak panah yang muncul entah dari mana, terus laju menusuk ke badan kuda tunggangan Ramzar lalu rebah. Kuda itu berbunyi kuat dan tersentak-sentak menahan sakit.

“Ramzar!” Arania terjerit.

Ramzar turut jatuh bergolek namun bangkit dengan segera. Masih cergas. Pedang dipegang kejap. Dalam masa yang sama, dikerah otaknya untuk mencari jalan menyelamatkan diri. Bukan dirinya tetapi, waris pemerintah Amariya itu.  

Tiga orang pemuda berkuda memunculkan diri. Juga berpakaian serba hitam dengan kain menutupi muka. Ramzar, Syakilla dan Arania terus bersiaga. Menggenggam erat senjata milik mereka. Ramzar berdiri dihadapan Syakilla dan Arania, mahu melindungi. Tanggungjawabnya tetap perlu dilaksana.

Tiga pemuda berpakaian serba hitam kian menghampiri.

“Kalian tidak boleh lari lagi.” Salah seorang darinya berkata. Suaranya garau dan dalam.

“Apa yang kau mahu dari kami?” Soal Syakilla, garang namun hanya dibalas dengan ketawa berdekah-dekah.

“Kenapa kau menyerang kami?” Arania pula menyoal.

“Kerana waris Raja Zulkhan.” Pemuda itu menjawab.

Bulat mata Arania mendengar jawapan itu

“Siapa yang kau maksudkan sebagai waris Raja Zulkhan?” Syakilla bertanya lantang. Sengaja dia hambur soalan itu. Geram dan bimbang bercampur-aduk dalam diri.

“Kau sendiri tahu jawapannya.” Balas pemuda yang sama.

Ramzar menarik nafas panjang. Dia perlu mencuri masa agar kedua puteri itu dapat melarikan diri.

“Segeralah puteri berdua pergi dari sini.” Ramzar telah membuat keputusan. “Patik akan menghalang mereka.”

Airmata Arania hampir luruh.

Secara tiba-tiba, Syakilla pantas mengacu anak panah lalu dilepaskan secara rambang. Jeritan panjang bergema menandakan sasaran telah mengena.

“Pergi Arania!” Jerit Syakilla.

Tanpa berfikir lebih panjang, tunggangannya dipacu laju.

***

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 11:21 PM | Show all posts
Arania memacu Xora sepantas mungkin. Semakin lama, semakin jauh dia masuk ke dalam Hutan Mikali. Kala ini, dia tidak peduli dengan pelbagai cerita pelik dan menakutkan tentang hutan ini. Dia perlu lari menyelamatkan diri. Sendirian.

Dia tidak tahu apa yang telah terjadi pada Syakilla dan Ramzar. Mereka menyuruh dia pergi menyelamatkan diri. Dan mereka, tanpa memperdulikan nyawa sendiri, dengan tegar bertahan demi nyawanya. Demi dia, pewaris kerajaan Amariya.

Saat ini, segala gelaran dirasakan tidak berguna lagi. Gelaran itu seolah-olah membawa sial.

“Berhenti Xora!”

Arania membuat keputusan. Tali pedati ditarik. Serta-merta, Xora memperlahankan langkah hingga akhirnya, ia berhenti. Dadanya turun-naik menghirup udara. Arania bernafas laju. Cuba untuk bertenang namun di saat seperti ini, masakan dia boleh bertenang?

Otaknya sarat memikirkan perkara yang terjadi. Dalam masa yang sama, dia bimbangkan keselamatan Syakilla dan Ramzar. Apakah mereka terselamat? Jauh di sudut hati, betapa dia berharap mereka akan selamat. Mereka perlu selamat. Syakilla terutamanya...

“Syakilla...” Arania merintih perlahan. Ikutkan hati. Mahu saja dia berpatah-balik untuk menyelamatkan Syakilla. Perlukah dia berpatah balik? Apa yang perlu dilakukan sekarang? Bagaimana harus dia kembali ke Istana Suriyan? Apa pula yang akan berlaku kepada ayahanda dan bonda? Semakin banyak dia berfikir, semakin tambah terbejat otaknya.

Arania melingar ke sekeliling. Kesuraman Hutan Mikali ini menambahkan gerun dalam diri. Sayup-sayup dihujung jalan, dapat dia lihat kaki Gunung Gemora. Ke mana arah tujuannya sekarang?

“Xora...” Arania turun dari kudanya. Wajah kuda itu diusap perlahan. Air matanya bertakung, menanti masa untuk tumpah. Dia kelelahan dihambat dengan pelbagai perkara yang tak disangka.

“Mengapa berhenti? Kau sepatutnya terus pergi. Usah undur.”

Suara seorang pemuda menyentak perhatian. Besar dan dalam, seakan-akan dia pernah mendengar suara itu sebelum ini. Arania berpaling. Hampir dia tidak bernafas melihat seseorang berpakaian serba hitam sedang berada tidak jauh dari situ. Yang terlihat cuma dua anak mata. Dengan segera juga, Arania bersiaga. Pedang dipegang kejap, berwaspada dengan sebarang kemungkinan. Kali ini, tiada sesiapa yang akan melindungi dirinya.

Nafas ditarik panjang. Arania mengumpul segenap kekuatan. Walau apa pun yang terjadi, dia tidak akan mengalah. Dia akan tetap mempertahankan dirinya.

“Apa yang kau mahu dari aku?” Arania menembak soalan dengan lantang. Dia perlu tahu, kenapa orang-orang ini memburunya. Dia mahu tahu, kesalahan apa yang telah dia lakukan sehingga menjadi buruan.

“Jawablah!” Arania mulai berang kerana pemuda dihadapannya mendiamkan diri.

“Siapa kau yang sebenarnya?”

Pemuda itu tetap tidak menjawab. Hanya dua anaknya matanya merenung dalam.

Arania merengus. Ketakutan yang dirasa kini berganti dengan amarah. Dia diperlakukan sedemikian tanpa ada alasan atau sebab yang kukuh. Malah, apabila dia mohon penjelasan, pemuda itu kekal membisu. Arania memandang pemuda itu dari atas sehinggalah matanya tertancap pada kuda yang ditunggang.

Sesungguhnya, dia kenal akan kuda hitam itu.

“Ar...gal...” Suara Arania bergetar. Kuda hitam itu diberi nama Argal. Kuda itu adalah milik Zuhriel. Apakah benar, pemuda itu Zuhriel? Jika benar, mengapa Zuhriel mahu memburunya?

Mengetahui keperibadiannya telah terbongkar, Zuhriel terus menanggalkan kain yang menutupi muka. Matanya tidak lepas memandang Arania. Wajah Puteri itu jelas ketakutan, keliru dan juga hiba.

Arahan diberi agar Argal maju ke depan. Kuda itu menurut. Semakin lama, dia semakin hampir. Puteri itu langsung tidak melarikan diri. Pedang ditangan terhunus dan digenggam erat. Tahulah Zuhriel bahawa Arania tidak akan mengalah dengan begitu sahaja. Arania akan melawan sedaya-upaya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 11:28 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-11-2015 11:45 PM

“Berhenti!” Arania menghunus pedangnya kehadapan. Sebelum bertarung, dia mahu tahu, mengapa dirinya menjadi sasaran.

Zuhriel menurut.

“Mengapa kau lakukan semua ini, Zuhriel?”

“Aku…terpaksa menurut arahan.” Jawab Zuhriel.

“Arahan siapa?”

Zuhriel hanya mengela nafas dalam-dalam lalu dihembus perlahan. Tidak sanggup rasanya untuk memberitahu bahawa ini adalah arahan dari Zaffar, bapanya sendiri.

“Apa salahku, Zuhriel?” Nada Arania semakin sayu.

“Kesilapan itu tiada pada dirimu. Hanya nasib malang kerana Raja Zulkhan adalah ayahandamu yang sebenar.” Jawab Zuhriel.

Bibir Arania terketar-ketar. Setiap kali nama Raja Zulkhan disebut, setiap kali itu juga, hatinya terasa pedih, bagai disiat-siat. Raja Zulkhan tidak pernah dikenali. Dia sendiri pernah membenci Raja Zulkhan kerana Raja Zulkhanlah pencetus huru-hara yang berlaku lebih 20 tahun yang lalu. Kini, kebenaran telah tersingkap. Raja gila itu adalah bapanya sendiri. Dan dia sedang berdepan dengan maut hanya kerana darah Raja Zulkhan yang mengalir dalam dirinya.

“Aku tidak pernah memilih untuk menjadi anak Raja Zulkhan! Mengapa beban itu yang kau mahu kau pautkan padaku?!”

Bicara itu tidak dibalas. Wajah Puteri jelita itu direnung lagi. Lama. Jauh disudut hati, Zuhriel tidak mahu lakukan perkara ini. Apatah lagi, dalam diam, dia sendiri sudah jatuh hati pada Arania.

“Aku juga tiada pilihan, Arania.”

Usai berkata, Zuhriel melompat turun dari Argal. Tugasnya perlu disegerakan. Pedang terhunus ke hadapan. Arania juga tidak berlengah. Tajam matanya merenung Zuhriel. Bermain pedang adalah kepakarannya. Untuk menyerah begitu saja, tidak sama sekali.

Zuhriel meluru ke depan. Arania kukuh bertahan. Pedang Zuhriel terangkat tinggi, mahu memulakan serangan. Namun, yang tak terduga berlaku. Zuhriel menyerang namun bukan Arania yang menjadi sasaran. Tapi Xora.

Pedang tajam milik Zuhriel melibas leher lalu ia rebah. Darah mengalir laju dari luka dan Xora tersentak-sentak kesakitan.         

“Xora....Xora!” Udara yang cuba dihela menjadit tersekat-sekat. Arania menahan esak namun airmatanya mulai mengalir turun. Kuda itu pemberian Raja Amsyar. Xora telah dimiliki semenjak umurnya 15 tahun. Terlalu sayang dia pada Xora.

“Kenapa kau terlalu kejam, Zuhriel?” Arania menjerit. Pipinya basah. Mengapa Xora yang Zuhriel sasarkan? Jika nyawanya yang Zuhriel mahukan, mengapa Xora yang diseksa?

Xora mengeluarkan bunyi yang kedengaran parau dan berdengung. Jika tadi, ia tersentak-sentak laju, kini pergerakannya semakin perlahan.

“Xora...” Arania buntu. Xora memandangnya sayu. Arania mengerti maksud itu. Xora dalam kesakitan. Xora mahu nyawanya segera ditamatkan.

“Xora...” Arania tiada pilihan lain. Tidak sanggup lagi rasanya melihat Xora terseksa. Lalu, dia membenamkan pedangnya tepat ke leher Xora. Kudanya terus tidak bergerak lagi.

Zuhriel hanya memerhatikan tindak-tanduk Arania. Rasa kasihan dan pilu tidak dipamerkan pada wajah. Kejam, dia tahu itu. Namun, dia terpaksa melakukannya.

“Zuhriel!” Arania sudah bangkit berdiri. Jika tadi, wajahnya penuh dengan kepiluan. Kini, ianya berganti dengan kemarahan yang terlalu.

Arania meluru laju dengan pedang di tangan. Zuhriel bersiap-sedia. Tampak benar yang puteri itu sudah hilang pertimbangan. Itu jugalah sebenarnya yang ditunggu-tunggu. Arania, walaupun seorang puteri, kudratnya ampuh. Malah, kehebatannya menggunakan pedang tidak boleh dipandang enteng. Lalu, perlu lebih di akali berbanding bertempur secara berdepan.  

Bertubi-tubi Arania melakukan serangan. Anehnya, Zuhriel langsung tidak melawan, hanya bertahan dan mengelak tanpa membalas.  

“Pengecut!” Arania menghambur amarah. Dalam keadaan seperti ini, gerak-langkahnya menjadi tidak teratur. Begitu juga dengan nafasnya.

Arania terus menyerang. Zuhriel mengelak lagi namun kali ini, Zuhriel membalas serangan dengan menendang belakang badan Arania sehingga puteri itu jatuh tersungkur, tertiarap ke hadapan. Kesempatan yang ada segera diambil Zuhriel. Rambut Arania direntap kuat. Dengan menggunakan sisi tapak tangan, leher puteri itu dihentak tepat pada saraf menyebabkan Arania terus tidak sedarkan diri.

Zuhriel menarik nafas panjang. Rasa bersalah dibuang jauh-jauh. Hanya ini saja cara yang dapat dia fikirkan. Tubuh Arania yang terkulai dihampiri. Dengan berhati-hati, tubuh puteri itu dicempung. Kemudian, Arania diletakkan berhampiran Xora. Darah Xora yang masih panas, disapukan pada kepala, perut dan sebahagian besar tubuh, membuatkan puteri itu sepertinya telah cedera parah.

Usai melakukannya, Zuhriel melutut di tepi. Memerhatikan wajah Sang Puteri yang kekal senyap tidak berkutik.

Persona Sang Puteri masih terserlah walau dalam keadaan begitu. Zuhriel menghembus nafas panjang. Tak terperi rasa bersalah. Betapa jiwanya sendiri luka berdarah. Perintah si bapa, mahukan puteri itu hilang nyawa. Rasa kasih yang tersimpan dalam diam membuatkan dia mengingkari arahan. Sungguh, dia tidak sanggup melakukannya.

“Maafkan aku, Arania.” Tutur Zuhriel, berbisik. “Hanya ini saja cara untuk memastikan agar kau terus hidup."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 11:33 PM | Show all posts
“Zuhriel!”

Namanya dilaung. Dia kekal membatu di sisi Arania yang kini kelihatan seperti mayat. Walaupun tidak berpaling, dia tahu siapa yang memanggil.

“Hhhmm...”

Zamzam sudah berada di tepinya. Zuhriel terdengar saudaranya itu berdehem kecil. Zuhriel menoleh ke kiri. Zamzam dilihat sedang memerhatikan mayat puteri itu, terangguk-angguk.

“Bapa pasti sangat berbangga denganmu.” Ujar Zamzam. Zuhriel diam tidak membalas. Zamzam mahu menghampiri mayat Arania namun segera dihalang Zuhriel.

“Jangan kau sentuh dia.” Zuhriel memberi amaran.

“Bapa mahukan bukti.”

“Kau boleh menjadi saksinya.”

Zamzam tidak menyahut. Wajah Zuhriel diperhati. Tergambar kesedihan dan kekecewaan maha sarat. Fahamlah Zamzam, adiknya itu sedang menanggung pilu. Riwayat sang puteri ditamatkan dengan tangan sendiri.

“Walau apa sekalipun, arahan bapa, perlu kita patuhi Zuhriel. Kau tahu, bukan?” Zamzam cuba lahirkan pujukan dalam kata. Zuhriel berterusan membisu.

“Kita perlu tinggalkan tempat ini.” Arah Zamzam.

“Bagaimana dengan mayatnya?” Zuhriel bertanya.

“Biarkan saja dimamah binatang buas.”

Tanpa Zamzam sedari, kata-kata itu mengundang kelegaan pada Zuhriel. Dia lalu bangun, memerhatikan mayat Arania buat kali terakhir.

Maafkan aku...

Argal dihampiri lalu segera dia melompat naik. Menyusul Zamzam yang sudah pun memacu tunggangannya meninggalkan tempat itu. Sempat berpaling seketika ke belakang.

Aku serahkan dia kepadamu, Konan. Jagai dia untukku buat sementara...

***
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2015 11:36 PM | Show all posts
Dari balik pohon besar, dia memerhatikan anak-anak Zaffar itu berlalu pergi sehingga hilang kelibat. Setelah yakin, mereka sudah tiada, dia keluar dari tempat persembunyian. Langkah di atur merapati Puteri yang terbaring lemah, tak sedarkan diri.

“Hhmm. Tidak hairanlah mengapa kau boleh jatuh hati padanya.” Tersungging senyum di bibir Konan. Kemudian, dia membuat siulan nyaring. Muncul pula dua ekor kuda dengan menarik usungan kayu beroda empat.

Perlahan dan berhati-hati, tubuh Arania diangkat lalu diletakkan atas usungan. Kemudian, dia memanjat naik ke atas kuda di sebelah kanan. Setelah itu, dengan pantas, Konan meninggalkan Hutan Mikali dengan membawa pewaris Amariya bersamanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow replied at 23-11-2015 07:16 AM
Errrr..... tetiba kena alergic bila ditanya mana entry baru.....

Sorry la Kim. Tgh buat over ...

slh eh nama lata tu..hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
n3 br i like..
rasa mcm nama zuhril tu dh ditmbh huruf e..xpela jnji bnyi sama
syakilla cmne dia msti hidup dia watak utama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 07:49 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 03:09 AM
InsyaAllah. Doakan ya Zam...

sebagai sahabat semestinya saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya... semoga berjaya sahabat...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 10:23 AM | Show all posts
dah berguru ke ni?

kipidap, dongibab
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 10:35 AM | Show all posts
...Konan ???

Wah..dah bersambung kembali..selamat kembali bumi amaryia..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 10:55 AM | Show all posts
kimsa-ra replied at 25-11-2015 12:36 AM
n3 br i like..
rasa mcm nama zuhril tu dh ditmbh huruf e..xpela jnji bnyi sama
syakilla cmne  ...

Lata Atari... bukan Arita

Haah. Saja tambah 'e', konon-konon nak kasi bau bacang dgn Legolas gitu

Sebenarnya, ada beberapa plot dah tukar. Nama Qi pun dah tukar jadi Akim (Hakimi)

Lembah Keramat bukan lagi tempat asal Kai / Syakilla tapi tempat asal isteri Zaffar.

Anyway, andai konpius dan mahukan pencerahan, silalah tanya.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 10:57 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 25-11-2015 07:49 AM
sebagai sahabat semestinya saya akan sentiasa mendoakan kesejahteraan sahabatnya... semoga berjaya ...

Terima kasih Zam.

Daku turut mendoakan kesejahteraanmu sekeluarga.

Ayat pun dah fefeeling Syakilla dah ni... haih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.095022 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list