CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
 Author| Post time 25-11-2015 11:01 AM | Show all posts
Ipo replied at 25-11-2015 10:35 AM
...Konan ???

Wah..dah bersambung kembali..selamat kembali bumi amaryia..

Jangan di seru nama itu. Bimbang kehadirannya bisa mengurangkan tacangku kerana menggunakan namanya tanpa kebenaran


Terima kasih wahai Ipo Sang Helang Emas atas ucapannya.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 11:08 AM | Show all posts
Edited by ladyFinger12 at 25-11-2015 11:10 AM
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 10:55 AM
Lata Atari... bukan Arita

Haah. Saja tambah 'e', konon-konon nak kasi bau bacang dgn Legolas ...

kat dlm ni ikut manuskrip baru lah ye?

ingat uolss maintain dgn qi

tp ye lah... jenuh lak 2x kerja. edit lain utk edisi khas porum cari



pss... sunan x beli lagi... ingat nak save bajet dulu sbb dah berlambak beli last month. Sat gi pi, anak2 slow je tarik buku kat rak!  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 11:18 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 25-11-2015 11:08 AM
kat dlm ni ikut manuskrip baru lah ye?

ingat uolss maintain dgn qi

Tak larat nak edit bebanyak. Hidang ajelah apa yang ada...

Tapi nama kat versi cari mantain nama Qi. Plot aje tukar versi Akim

Jgn tangguh beli Sunan dan jgn tangguh baca . Nah, iols bagi gambo supaya uols bersemangat nak pi beli...






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 11:21 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 11:18 AM
Tak larat nak edit bebanyak. Hidang ajelah apa yang ada...

Tapi nama kat versi cari mantain  ...

ciss.... iols pejam mata jahh

pastu jeling balik

rabak! Dah la br beli hengpong sbb tunai janji
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 02:56 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 11:01 AM
Jangan di seru nama itu. Bimbang kehadirannya bisa mengurangkan tacangku kerana menggunakan namany ...

hiyaaaahhhhh!!! ini conan sudah mariiii....



walaupon sebenornye aku bayangkan mahluk ini bila ko seru konan tadik..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:24 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 25-11-2015 11:21 AM
ciss.... iols pejam mata jahh  

pastu jeling balik

Tunai janji?

UPSR 5A ler tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 25-11-2015 03:27 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-11-2015 02:56 PM
hiyaaaahhhhh!!! ini conan sudah mariiii....

Chaaiiissss.... Legolas terus  

Baru nak berangan, Zuhriel tu yg persis Legolas

Makhluk bebear bawah tu yg dalam Star Wars kan? Spesis apatah....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:31 PM | Show all posts
Adik yg berkenaan (anda tau siapa anda. tak tau umur, akak bantai ajelah panggil adik ek )

Ni, akak dah bukak pagar. Silalah baca ye...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2015 03:33 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 03:27 PM
Chaaiiissss.... Legolas terus  

Baru nak berangan, Zuhriel tu yg persis Legolas  ...

ok laaaa.. yang ni pon boley laaaaa...



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:51 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 03:24 PM
Tunai janji?

UPSR 5A ler tuh....

komen aiols... No komenggg
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 03:53 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 03:31 PM
Adik yg berkenaan (anda tau siapa anda. tak tau umur, akak bantai ajelah panggil adik ek )

Ni,  ...

psst.... sape tu? cer citer....

mode kepoci
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:55 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 25-11-2015 03:33 PM
ok laaaa.. yang ni pon boley laaaaa...

Ni tak mau?





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 03:58 PM | Show all posts

Tahniah kalau betul. Tak betul pun tahniah jugak sebab berjaya menempuh UPSR

Menjawab soalan seterusnya.... errr.... peminat misteri. Boleh?
(poyo betul jawapan )



Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:10 PM | Show all posts

Aku mmg tak bayangkan konan itu spesis manusia pon




Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 04:53 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 25-11-2015 10:58 AM
Thanks Lady

Baru abes baca Sunan Cinta Nan Sakti

Niki...Niki...

Dah baca ek sunan nan sakti?...ikutkn tu sambungan Sunan-Nanggroe Sang Kembara... (sya ada yg ni tp lom baca lagi...syg nak baca...huhu...tunggu complete dulu...)
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2015 09:01 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-11-2015 11:33 PM
“Zuhriel!”

Namanya dilaung. Dia kekal membatu di sisi Arania yang kini kelihatan seperti mayat. ...

Konan?

Errkkk...

.
.
.
.
.
.
.
Adakah dia sehensem Legolas? Kalau ya... nah munge...



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2015 11:21 PM | Show all posts
sellie003 replied at 25-11-2015 04:53 PM
Niki...Niki...

Dah baca ek sunan nan sakti?...ikutkn tu sambungan Sunan-Nanggroe Sang Kembara.. ...

Dah sadaqallahhuladzim pun Sellie

Dah baca Cinta Nan Sakti, terus rasa nak ulang baca semua siri









Alamatnya, lambat lagilah manuskrip aku nak siap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 11:23 PM | Show all posts

Errr... sehensem Legolas? hhhmmm. It's in the eyes of the beholder katanye.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2015 11:30 PM | Show all posts
BAB 49

Ishan dipacu selaku mungkin. Sesekali, Syakilla berpaling kebelakang, mahu memastikan tiada yang dapat mengekori jejak. Mujur dia sempat melepaskan diri. Dua orang yang menyerang mereka telah berjaya dicederakan. Mati? Syakilla tidak pasti. Anak panah yang dilepaskan tepat mngenai dada dan perut. Jika tidak mati sekalipun, pastinya cedera parah.

Aku hanya mahu mempertahankan diri! Aku tidak berniat untuk membunuh sesiapa! Ayat itu berulang-ulang dalam benak. Mahu meredakan tegang dan rungsing dalam diri namun galau tetap tidak surut. Masakan tidak? Mereka diserang hendap. Pengawal yang mengiringi perjalanan mereka menemui ajal begitu saja. Ramzar tidak terkecuali. Perkara terakhir yang Syakilla lihat adalah tusukan pedang ke perut Ramzar sebelum lelaki itu rebah.

“Arania.” Nama itu terbit di bibir. Hati dipalu risau. Apa nasib Puteri itu? Berjayakah dia melepaskan diri?

Terasa perutnya kecut memulas-mulas. Risau dan rungsing menjadi-jadi.

Desa Atari sudah tidak jauh dihadapannya. Hanya tempat ini yang dapat dia fikirkan. Terus dia menuju ke rumah Pak Hatim. Berselisih juga dengan beberapa penduduk desa. Tidak diendahkan sedikit pun pada mereka yang melihat dia dengan pelik dan penuh tanda tanya. Berkali-kali juga dia berpaling ke belakang. Bimbang andai dirinya dapat dijejaki oleh penyerang-penyerang tak bernama itu.

Isyarat diberi agar Ishan berhenti berlari. Rumah Pak Hatim tersergam dihadapan. Segera Syakilla melompat turun. Berlari laju menaiki tangga. Pintu rumah diketuk bertalu-talu. Tiada mukadimah salam yang diberi. Nama Teja dilaung berkali-kali sehinggalah pintu terbuka.

“Syakilla.” Pada mulanya, Teja tersenyum. Tapi senyuman itu pudar perlahan-lahan apabila melihat keadaan Syakilla. Wajahnya pucat dan badannya ketar menggigil. Syakilla di tarik masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu, Syakilla terjelepuk jatuh. Nafasnya turun naik.

“Apa yang telah terjadi padamu, Syakilla?” Teja turut duduk disebelah Syakilla. Tiada jawapan yang diterima. Teja meraih tangan Syakilla dan digenggam, cuba menenangkan gadis itu yang masih belum surut gigilnya.

“Bukankah kau sepatutnya ke Kota Samara?”

“Kami…ka…mi… dalam perja…la…nan ke Kota Sa…mara.” Suara Syakilla bergetar. “Tapi…kami...telah di...serang.”

Bulat mata Teja mendengar jawapan itu.

“Oleh siapa?”

Syakilla menggeleng. Sungguh dia sendiri tidak tahu siapa yang menyerang. Perjalanan mereka sepatutnya menjadi rahsia. Namun, jelas sekali ada yang bermulut tempayan. Tapi siapa? Dan mengapa?

“Bagaimana dengan Arania?”

Syakilla memandang wajah Teja. Serentak dengan itu, air matanya terhambur.

“Aku... tak tahu...” Syakilla teresak-esak. Sudah tidak mampu untuk dia membendung perasaan. Teja mati kata. Masih belum dapat dihadam akan kata-kata Syakilla sebentar tadi.

Di luar, kedengaran dua suara saling berbicara.

“Ishan ada di sini.”

Telinga Syakilla menangkap ayat itu. Segera, dia bangkit dan bersiaga dengan panah dan busur, terus dihala ke pintu. Teja tergamam dengan tindakan Syakilla.

Dariz menerjah masuk. Lega melihat Syakilla namun terkejut apabila menyedari akan anak panah dituju kepadanya. Dengan pantas, dia memberi isyarat kepada Pak Hatim agar tidak masuk ke dalam rumah.

“Syakilla. Bertenanglah.” Dariz kekal berdiri di pintu, tidak bergerak. Syakilla diamati dari atas ke bawah. Gadis itu kelihatan tidak tentu arah.

“Syakilla, ini aku...Dariz. Letakkan panahmu.” Pujuk Dariz. Matanya tidak lepas memandang gadis itu.

“Syakilla. Ini Dariz.”

“Da...Dariz.” Syakilla bersuara lemah. Panah dan busur terlepas dari tangan. Air matanya terhambur lagi.

Dariz segera mendekati Syakilla. Gadis itu terketar-ketar. Dia memandang sekilas pada Teja yang masih kaku di sisi.

“Dariz. Arania…aku tak…”

“Tenanglah.” Dariz berusaha memujuk. Tidak tenteram melihat Syakilla dalam keadaan begitu. Tanpa sedar, dia memaut bahu Syakilla yang terhinggut-hinggut lalu dirapatkan ke dadanya. Niatnya cuma satu, mahu menenangkan gadis itu.

Pak Hatim melangkah masuk. Memerhatikan Dariz, Syakilla dan Teja. Rambutnya digosok-gosok. Garis kebimbangan terbit pada wajah.

“Di mana ibu, Teja?” Pak Hatim menyoal

“Ke kebun sebentar, memungut sayuran.”

Pak Hatim mengangguk perlahan.

“Apa yang berlaku, ayah? Tadi Syakilla mengatakan, dia diserang...” Teja tidak menghabiskan ayat. Dariz dan Pak Hatim saling berpandangan.

“Kami mendengar berita yang di bawa dari kota.” Pak Hatim menarik nafas seketika.

“Khabar angin tentang Puteri Arania...”

Syakilla melepaskan pelukan Dariz. Matanya tertancap pada Pak Hatim, mahukan berita lanjut.

“Ceritanya, Puteri itu telah mati dibunuh.”

“Arania...” Tangisan Syakilla menjadi-jadi.

“Dan pembunuh itu...adalah...” Pak Hatim menggeleng, sepertinya tidak sanggup mengatakannya.

“Siapa ayah?” Teja menyoal.

“Pembunuh itu adalah Syakilla...”

Mata Syakilla membulat. Mulutnya ternganga. Dia terundur ke belakang sehingga badan menyentuh dinding. Nafas kini tercungap-cungap. Seakan tidak percaya dengan apa yang didengari. Tidak mampu untuk mengungkap walau sepotong ayat.

“Tidak! Tak mungkin Syakilla yang bunuh Arania.” Teja bersuara. Syakilla segera dihampiri lalu gadis itu dipeluk.

“Tak mungkin kau yang bunuh.” Teja mengulang kata.  “Tak...mungkin.” Air matanya turut mengalir turun.

“Kau dituduh membunuh kerana mahu membalas dendam atas kematian bapamu, angkara dibunuh Zulkhan pada waktu dulu.” Ujar Dariz.

Syakilla bungkam.  

“Kami yakin, kau tak bersalah, Syakilla. Namun, buat sementara ini, kau perlu bersembunyi...demi keselamatan dirimu.” Dariz menyambung kata.

Syakilla yang terbejat fikirannya dengan perkhabaran itu, terus membisu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2015 12:31 PM | Show all posts
sebelum aku masuk dalam lost world jurassic park, baik aku tanya ko..
fokus citer ni ialah dunia QI atau dunia Arania?
aku tengok byk fokus kat dunia arania..


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.080477 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list