CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2174|Reply: 0

Wira Negara Dalam Arena Sukan Badminton

 Close [Copy link]
Post time 29-8-2014 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Datuk lee chong wei..salah seorang atlit
yang telah berjaya membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa. Beliau adalah pemain badminton yang paling berjaya dalam sejarah badminton malaysia, selepas Misbun sidek.

Mari kita baca serba sedikit tentang insan yang hebat ini :

Nama : Lee Chong Wei
Tarikh Lahir : 21.10.1982
Tempat Lahir : Penang, Malaysia
Tinggi : 1.74m
Berat : 60kg
Kidal : tidak
Jurulatih : Rashid Sidek
Kedudukan Dunia Sekarang : 1 (perseorangan lelaki)

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa semasa pembabitan awal beliau dalam bidang sukan beliau adalah seorang pemain bola keranjang. Bagaimanapun ibunya melarangnya bermain sukan tersebut kerana risaukannya. Walaubagaimanapun, semangat kesukanannya tidak pernah pudar pada masa tersebut. Beliau jatuh cinta dengan badminton pada umur 11 tahun apabila ayahnya membawanya bermain badminton.

Lee selalu berlatih selepas sekolah. Chong Wei mempunyai bakat sukan yang besar. Dia terus memantapkan permainan dan sering menghabiskan hampir 5 jam latihan setiap hari untuk berjaya.

Selepas Misbun Sidek menyedari akan bakat beliau, beliau telah dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan ketika dia berusia 17 tahun. Sejak itu, Lee Chong Wei bekerja keras  untuk menjadi pemain terbaik.

Lee Chong Wei telah memenangi banyak gelaran badminton antarabangsa dalam kerjayanya, termasuk gelaran Siri Super. Beliau memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik 2008, dan menjadi rakyat Malaysia yang pertama sampai ke peringkat akhir acara perseorangan lelaki dan menamatkan kemarau pingat Sukan Olimpik Malaysia sejak 1996. Kejayaan yang besar telah menyebabkan beliau dianugerahkan dengan "Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN)", yang membawa gelaran Datuk.

Datuk Lee merupakan pemain perseorangan nombor satu dunia sekarang. Info terbaru tentang penglibatan Datuk Lee Chong Wei untuk sukan Asia di Incheon 2014, Korea disini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.066347 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list