CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3952|Reply: 0

EPL: Ozil 'naik angin'

[Copy link]
Post time 30-8-2014 04:59 PM | Show all posts |Read mode
LONDON: Perancang Arsenal, Mesut Ozil menangkis kritikan terhadapnya dan mengatakan dia masih antara pemain tengah terbaik di dunia yang mampu membantu pasukannya meraih kejayaan.

Segar daripada kejayaan menjulang Piala Dunia bersama Jerman, Ozil mengakui merasa terkilan dengan tindakan media yang membandingkan prestasinya bersama skuad negara dan kelab.

"Peminat-peminat percaya saya bermain dengan baik di Piala Dunia. Statistik juga menunjukkan perkara yang sama. Saya juga berpuas hati dengan prestasi saya di Piala Dunia.

"Saya tahu saya boleh menjaringkan lebih banyak gol dan membuat cubaan lebih banyak namun terkejut media amat negatif (kepada saya)," katanya merujuk kepada laporan akhbar Britain, Daily Telegraph.

"Pada musim pertama saya di Arsenal, ada beberapa ketika saya tidak berada pada prestasi terbaik namun ketika kempen kelayakan untuk pasukan kebangsaan, saya bermain dengan baik. Lihat, saya menjaringkan lebih banyak gol pada kempen kelayakan (lapan gol).

"Laporan negatif itu tidak adil. Saya berubah daripada seorang yang disenangi dalam bola sepak Jerman, amat bernilai kepada seseorang yang dihentam di media.

"Saya masih salah seorang pemain terbaik di dunia yang bermain di posisi jersi nombor 10 bermain. Peminat, jurulatih, pemain dan semua orang tahu posisi terbaik saya adalah sebagai perancang," katanya.

Di Brazil, Ozil terpaksa bermain di posisi sayap kiri oleh jurulatih, Joachim Loew selepas Jerman kehilangan Marco Reus akibat kecederaan.

"Loew memerlukan saya beraksi di sebelah kiri. Ia tidak berkaitan dengan individu, ia mengenai pasukan," katanya yang menganut agama Islam dan mengaku selesa dengan keadaan di London.

Selain itu, bekas pemain Real Madrid itu menyifatkan pengurusnya, Arsene Wenger sebagai seorang yang 'tenang' dan mengakui pemain seperti Alexis Sanchez, Jack Wilshere, Theo Walcott dan Aaron Ramsey menjadi kunci kejayaan Arsenal musim ini.

"Kami boleh mencapai sesuatu yang besar musim ini," katanya.

Arsenal dijadual bertemu Leicester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, esok. - REUTERS
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:43 AM GMT+8 , Processed in 0.066938 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list