CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6408|Reply: 30

Rendang Ayam Maman

[Copy link]
Post time 31-8-2014 08:16 PM | Show all posts |Read mode
Cubaan 1, 2 ,3 ....

CERPEN RENDANG AYAM MAMAN

Mak Bi terbongkok-bongkok memetik pucuk maman apabila dia terdengar suara memberi salam.  Salam dijawab tanpa mendongak.  Dia kenal sangat dengan suara itu.

"Kak Bi, nak mintak lada api sikit. Aku nak masak gulai ayam". Tanpa menunggu Mak Bi bersuara, jari-jemari Maria sudah pantas memetik cili padi yang merah ranum. Sudah terbayang-bayang kesedapan gulai ayam yang akan dimasaknya. Kalau di Kedah, gulai itu masak kari. Tapi di sini, gulai ialah masak lemak cili padi. Ayam, santan, cili padi, serai, kunyit dan asam keping - hanya itu bahan-bahannya. Memang betul kata orang dulu-dulu, orang negeri sembilan boleh hidup tanpa bawang.

"Eh, kau ni Maria. Aku belum bagi izin dah penuh bekas di tangan?". Mak Bi meluruskan badannya. Sengal-sengal pula pinggangnya akibat terlalu lama membongkok. Maria tersengih-sengih, jejari masih ligat memetik.

"Ala, aku tau Kak Bi mesti bagi. Takkan lah dengan jiran sendiri nak berkira. Geram betul aku tengok pokok lada api Kak Bi. Aku tanam tak pernah menjadi. Suzi yang mintak aku masak gulai ayam, malam nanti sampai lah dia tu. Sejak keje kelumpo ni, jarang-jarang dia balik. Kerja banyak, katanya. Maklumlah, kerja pegawai". Panjang lebar cerita Maria. Bangga sungguh dia dengan Suzi yang bekerja di Kuala Lumpur selepas tamat diploma di kolej swasta.

Mak Bi hanya tersenyum. Malas dia ingin melanjutkan perbualan dengan Maria. Siapa yang tak kenal dengan Maria di kampung ni? Maria CNN, gelar orang kampung kepadanya. Apa sahaja berita, Maria lah yang akan tahu dahulu. Segala yang elok-elok, semua nya Maria. Anak-anak Maria lah yang paling lawa, pandai-pandai belaka dan paling berjaya. Menantu lelaki Maria lah yang paling elok. Rumah Maria lah yang paling cantik. Semua Maria. Maria tidak akan mahu kalah dengan orang lain. Setahu Mak Bi, Suzi terpaksa menyambung pembelajaran di kolej swasta kerana tidak mendapat sebarang tawaran dari universiti.

"Kak Bi, saya nampak Nurfa ada je kat rumah lepas habis belajar. Dia tak nak cari kerja ke?". Kepala Maria terjeguk-jenguk memandang ke dalam rumah Mak Bi, seakan-akan mencari kelibat Nurfa.

"Dia kata nak berehat dulu. Dia ada mohon kerja dengan Jabatan Perikanan di sini. Dia suka kerja dekat dengan kampung. Boleh tengok-tengokkan mak dan ayah, katanya".  Mak Bi membelek2 pucuk maman yang di kutipnya. Cukuplah untuk dicampurkan dengan rendang ayam kampung nanti.

"Hmmm... kalau macam tu, buat apa lah belajar tinggi sampai universiti kalau nak duduk kerja kat kampung", cebik Maria. "Maaf Kak Bi, bukan aku nak mengata Nurfa. Tapi Nurfa patut ikut macam Suzi, pergi ke kelumpo, cari kerja besar. Baru lah ada kelas. Baru lah boleh hidup senang. Untung-untung dapat cari suami kaya." Tersenyum lebar Maria membayangkan dia berbesankan orang kaya. Orang kampung tentu akan memandang tinggi kepadanya. Dan tentu akan ada yang iri hati.

"Aku tak kisah dia nak kerja kat mana pun, Maria. Biar lah dia merancang hidup dia sendiri. Aku tak paksa. Cukup lada api?". Mak Bi membalas, cuba untuk tidak berbual panjang lebar.

"Cukup sangat. Boleh tiga kali menggulai ni. Kak Bi nak buat apa dengan pucuk maman?"

"Nurfa nak masak rendang ayam maman. Petang esok kan ada pertandingan di balai raya kampung. Aku saja suruh dia masuk bertanding. Zaman aku dah lepas. Lagi pun, dah tak larat aku nak masak memasak, masuk bertanding ni''. Mak Bi tersenyum. Memang selama ini dia terkenal dengan juara masak di kampung. Antara kelima-lima anak perempuannya, Nurfa sahaja yang rajin ke dapur dan minat memasak. Yang lain, hanya sekadar menjalankan tugas sebagai isteri.

"Dah lah, Maria. Kalau aku layan kau berborak, memang tak menjadi lah kerja aku. Maman ni nak direndam dengan garam dan asam keping dulu. Baru boleh dimasak rendang. Kau pergi ke balai raya esok?", Mak Bi sudah berjalan menuju ke pintu dapur rumah.

"InsyaAllah, pergi. Aku bawa Suzi sekali. Terima kasih banyak ya, Kak Bi", Maria melenggang-lenggok pulang ke rumah.


P/S: Cemana? Layak diteruskan tak?


Last edited by GincuPurple on 31-8-2014 02:05 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2014 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Best
Teruskan lg ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 02:00 PM | Show all posts
sambung! sambung! sambung!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 04:33 PM | Show all posts
sambung.. jangan panjang-panjang ye
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Pls continue...hehehe....
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2014 10:29 PM | Show all posts
Sila Sambung...sedap apa rendang maman
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-9-2014 09:24 AM | Show all posts
layak je..sila teruskan..

belum penah dgr rendg ayam maman
kalo dgn btg keladi , rebung ada le cuba..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 09:26 AM | Show all posts
Ooo... Maman tu sejenis sayuran eh? Ku fikirkan nama orang....

Tak taulah apsal. Baca cerita ni terus dapat feel zaman Saloma gitu...

Sila sambung lagi. Sapa jadik juri Mastercep kat balai raya nanti?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2014 10:30 AM | Show all posts
permulaan cerita sgt menarik... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 05:38 PM | Show all posts
teringat aruah atuk sedara... peberet dia jeruk maman ni...

buat rondang laei sodap!!!

teruskan Gincu Purple!!!

Merah sokong sangat2...
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 08:33 PM | Show all posts
maman..bestnya dibuat jeruk...dah meleleh dah ni..

Gincu..teruskan..nak baca lagi..

ipo dah resign jadi penulis ni
nak tukar kerjaya jadi pembaca plak.

Next!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang nismilan goma mkn ghondang maman ni.. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2014 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnyaaa lahaiii....


Tringat zaman kanak2 cin dengan tok dgn tok wan bila dgr jeruk maman ni....


Tq tt for bring back my childhood memoryyy
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 11:30 AM | Show all posts
Sambung
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 09:33 AM | Show all posts
@GincuPurple

lamanya ...maman tu nk kena jeruk dulu ke baru bole wat rendang..
lebok je la sekali dgn ayam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 10:50 AM | Show all posts
Alahi dik...ciputnya.. teruskn berkarya...tak jadi kesalahn apa pom kat tret nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 01:09 PM | Show all posts
lipstick! sambung cepat!
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:30 PM | Show all posts
tak siap lagi ke rendang? dah lapar ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:53 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 9-9-2014 12:30 PM
tak siap lagi ke rendang? dah lapar ni

lipstik tgh tunggu blusher ngan celak mata dtg sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:38 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 9-9-2014 12:53 PM
lipstik tgh tunggu blusher ngan celak mata dtg sini

lama la gitu.. dah lapar rendang ni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:36 AM GMT+8 , Processed in 0.073017 second(s), 54 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list