CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5818|Reply: 29

Ali, Awek dan Cappuccino

[Copy link]
Post time 4-9-2014 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Julai 30

Lagu Reptilia dari kugiran The Strokes berkumandang dan berulang-ulang. Jam menunjukkan pukul 9.45 pagi.Ali masih dibuai mimpi indah. Tadi malam Ali menonton siri trilogi Die Hard kegemarannya sehingga pukul 5 pagi. Aksi karakter John Mcclain lakonan Bruce Willis sebagai seorang polis yang bergerak solo dalam membanteras keganasan begitu memukau fikiran Ali sejak dari dia darjah 5,selalu juga Ali berangan mahu menjadi John Mcclain tapi macam kelakar pula. Entah kenapa tadi malam Ali tergerak hati mahu menonton semula filem itu.

"Woi Ali!Bangun la!Dah nak pukul 10!Alarm kau ni tak reti nak padam ke?" jerkah Mansor, teman serumah Ali selama setahun setengah.
Ali terngadah. Dengan fikiran yang masih separuh masak, Ali capai Iphone 4s nya.

"Bugima!!Aku dah lambat pi kerja!Awat hang tak kejut Man?" tanya Ali dengan mata terbeliak merah dan rambut menyerupai landak laut.

Mahu saja Mansor "Smack Down" kepala Ali dengan soalan bodoh itu.Ali bingkas bangun dan bersiap.Mandi kerbau adalah perkara rutin kalau Ali bangun lewat.Hanya mengambil masa 5 minit, Ali sudah bersiap. Bau perfume yang disembur Ali buat Mansor yang acah-acah tidur jadi migrain.

"Jangan lupa kunci pintu, faggot!" jerit Mansor.Sepanjang 5 tahun mengenali Ali sejak belajar di Unisel, pelbagai nama mereka panggil antara satu sama lain. Kebanyakannya hanya carutan-carutan manja saja. Begitu akrabnya Ali dan Mansor. Ali memakai kasut Nike Stefan Janoski kesayangannya lalu beredar keluar tanpa kunci pintu. Ali sememangnya 'faggot'.
Setiap hari Ali menunggang basikal fixie hitamnya yang diberi nama "The Black Stallion" ke tempat kerja yang mengambil masa 15 minit, itupun kalau dia pecut.Ali bekerja di sebuah cafe hipster yang diberi nama " The Coffee Project ". Dah setengah tahun Ali berkerja disitu selepas tamat pengajian beliau dalam jurusan seni reka grafik dan bagi Ali, kerja di cafe itu hanya sementara sebelum dapat kerja tetap. Setelah 20 minit (sebab tidak pecut), Ali sampai di cafe dan parkir basikalnya ditempat biasa.

"Wow Ali! Sungguh awal kehadiran kamu hari ini.Begitu kagum saya!" sindir Firman yang berbahasa baku.Firman merupakan pemilik cafe itu dan majikan kepada Ali.Jarak umur Ali dan Firman hanya 3 tahun. Firman adalah seorang usahawan muda yang berjaya kerana bapanya juga seorang usahawan yang bergelar Datuk yang berjaya.Faham-fahamlah.

"Sorry dowh Fir..jalan jem tadi..perghh..sangkut lama siak. " ujar Ali yang acah-acah bawa kereta ke cafe.
"Alasan kau kurang "umphh" hari ni, please try again tomorrow.Dah! pergi buat Cappuccino tu..berduyun costumer order." sindir Firman padahal costumer baru seorang saja yang ada.
"Jap-jap..gadis myvi purple dah mai ka belum?" tanya Ali.
"Dah, dia datang tadi..time dia nak masuk je aku terus kunci pintu cafe..hahahahaha..jahat siot aku." ujar Firman dengan mimik muka Azwan Ali.
"Betul-betul la gila..gue serius banget sih." tiba-tiba Ali bercakap bahasa Indonesia.
"Belum la..gurau sikit tak boleh..benci i tawww~ ." Firman juga tiba-tiba menjadi lembut.

Setelah 30 minit, Ali yang acah-acah sibuk bancuh kopi dipanggil Firman. "Ali, tu awek feveret kau dah sampai." sambil menjuih mulut kearah pintu cafe. Ali menoleh kepala kearah pintu cafe, Myvi ungu bernombor plat WSS 2345 sudah selamat parkir di tepi pintu cafe. Ali yang tadi suram, sekarang diwarnai pelangi,bunga-bunga ros dan kekwa bagai jatuh disekeliling Ali dan bagai ada seekor unicorn comel menjilat pipinya. Pintu Myvi ungu itu dibuka. Ali makin teruja.


Bersambung....


Last edited by johnmcclain on 5-9-2014 01:40 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2014 11:25 PM | Show all posts
permulaan yang baik

siapakah si gadis pemilik MyVi tu?

teringat plak citer korea The Coffee Prince
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 07:43 AM | Show all posts
ada story baru lg... mcm menarik jer cerita ni... sambung lg TT...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 07:59 AM | Show all posts
...ceria pagi jumaat baca kisah nih...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 09:30 AM | Show all posts
okey best..
bila nk smbung ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
best ar. sambung la
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-9-2014 01:33 AM | Show all posts
Gadis Myvi ungu itu membuka pintu cafe, lalu masuk kedalam sambil memandang phone ditangannya. Mata Ali tidak berkelip dan mulutnya luas ternganga. Ekspresi muka Ali seperti ternampak makhluk asing E.T arahan Steven Speilberg. Lagu Sugar Sugar dendangan kugiran Archies kedengaran di speaker cafe,memang tepat dengan situasi Ali sekarang.Gadis itu perlahan saja berjalan menyusuri cafe itu, berselendang hijau gelap dililit dikepala, berbaju kemeja kotak-kotak yang tidak dibutang, memakai t-shirt tertera nama kugiran Kasabian yang agak labuh didalam, berseluar skinny jeans biru dan berkasut Chuck Taylor berwarna merah. Gadis Myvi ungu itu leka berWhatsApp barangkali sambil duduk di meja berdekatan kaunter cafe.

"Hari ni apa kata kau amik order kat dia."cadang Firman sambil menyiku manja lengan Ali. "Kali ni aku nak kau make a move, mintak nombor terus..hehehe..."

"Uish! Hotak hang! aku mana berani nak mintak nombor direct terus macam tu.Kot-kot dia dah ada boyfriend ka?muka comey macam tu takkan single lagi kot?" ujar Ali yang gusar dan malu-malu yang boleh buat orang meluat. Ali sebenarnya sudah 2 tahun single, kali terakhir Ali bercinta ketika dia diawal pengajian semester 3 ijazah. Mungkin dia sudah lupa bagaimana untuk mengorat gadis-gadis.

Tetapi hati Ali begitu kuat mahu mengenali gadis Myvi ungu yang diushanya selama seminggu. Gadis Myvi ungu itu mungkin sudah menjadikan cafe itu tempat hariannya untuk bersarapan dan mungkin juga dia suka Cappuccino yang dibikin oleh Ali kerana tiada minuman lain yang dipesannya setakat ini.

"Habis tu sampai bila kau nak usha je minah ni?sampai dia dah bawak anak-anak dia?dah-dah, kau pergi ambil order kat dia sekarang." paksa Firman. Ali akur saja dengan arahan majikannya tetapi jantungnya berdegup begitu kencang. Ali mencapai menu dan buku nota kecil. Hari ini hari bersejarah buatnya. Ali berjalan perlahan ke meja gadis Myvi ungu itu. Jantungnya semakin laju mengepam darah seperti Ali laju mengepam bola yang dia tak tahu sudah bocor. Tangan Ali mengeletar dengan getaran berkadar 000.03 megahertz sambil memegang menu. Perfume gadis Myvi ungu itu yang berbau lavender makin kuat menerjah ke hidung Ali.

"Puan..ehh..Sir..ehhh..Cik nak order ape? " tanya Ali dengan nada suara yang gementar. "Kau dah spoil Ali!!!Kau dah spoil!! " jerit Ali dalam hati. Gadis Myvi ungu yang sedang leka berWhatsApp tadi terus memandang Ali. Ali menghulurkan menu.

"Ermmm..I nak macam biasa la." ujar gadis Myvi ungu itu dengan suara yang lembut. Hati Ali sudah cair dengan suara gadis itu, alam semesta ini bagaikan berputar mengelilingi Ali. Betapa "bullshit"nya metafora Ali.

"Aaaa...macam biasa?" tanya Ali yang seolah-olah tidak tahu apa yang gadis idamannya mahukan. "Pasaipa la hang tanya soalan bodoh ni??!! Dia mesti ingat aku tak concern pasal Cappuccino feveret dia..spoilllll!!" jerit Ali dalam hati buat kali kedua. Mulutnya jelas tidak memberikan kerjasama dengan otak beliau.

"Oh sorry..selalunya abang tu amik order..hehehe.." ujar gadis itu sambil menunding jari kearah Firman. Firman yang sedang seronok melihat gelagat Ali sepantas kilat berpura-pura menekan kalkulator di kaunter sambil menahan gelak. "Seronok kau usha aku ye bos..bugima betul!" marah Ali dalam hati.

"I nak Cappuccino..lepas ni I order, I cakap "nak macam biasa" yep..hihihi.." ujar gadis Myvi ungu itu sambil tersenyum manis. Ali rasa nak terpitam dengan kecomelan gadis pujaannya itu. "Okay sayann...ehhhh..okay cik." kali ketiga mulut Ali tidak memberi kerjasama. Ali laju melangkah ke arah kaunter minuman tanpa menoleh kearah Firman. Ali sememangnya mahir membuat Cappuccino,bukan sahaja hebat dari segi rasa, Ali juga hebat menghias Cappucino dengan pelbagai rekaan corak comel dan menarik. Semua ini Ali belajar sendiri sejak bekerja di cafe Firman. Cappuccino buatan Ali memang selalu mendapat pujian pelanggan.

Ali siap menghias secawan Cappuccino dengan kartun Pikachu diatasnya khas untuk gadis pujaan hati. Ali tersenyum puas. "Kau dah minta nombor phone kat dia ke?" ujar Firman yang tiba-tiba muncul dibelakang Ali macam hantu. "Woih! terkejut aku!Belum lagi..aku tak ada idea nak cakap apa..mulut aku ni cabui sangat..asyik tersasul ja." ujar Ali dengan nada kecewa yang mengada.

"Hmmm..aku ada idea." ujar Firman sambil membuat muka bijak. Ali memandang muka Firman dengan penuh harapan."Kau amik tisu..kau tulis kat atas tisu tu..something macam "you are so beautiful,can I have your number?" then, kau letak atas meja dia sebelah Cappuccino ni..tapi letak tisu tu secara terbalik dulu..takut dia tersembur pulak lepas baca ayat kau tu.Biar dia baca lepas habis minum." jelas Firman panjang lebar. Ali menelan air liurnya yang kelat. Dia ragu-ragu. "Berhasil ke benda ni?" tanya Ali.

"Kau sekarang ni sedang menerima nasihat dari seorang playboy yang berjaya.Trust me my nigga." ujar Firman yang yakin taktikalnya bakal berhasil. Ali mengangguk kepala dan terus buat seperti yang disuruh.

"Bon Appetit." ujar Ali dalam bahasa perancis yang dia belajar sebagai bahasa ketiga ketika di Unisel. Ali meletakkan Cappuccino diatas meja beserta sudu dan tisu "keramat"nya. "Wow..Pikachu~comelnyaaa~thank you." ujar gadis Myvi ungu itu dengan senyuman manis kali kedua buat Ali. Kali ini bagaikan seekor paus melompat melintasi atas kepala Ali diwaktu senja seperti didalam filem Free Willy. Ali ke kaunter dengan fikiran yang melayang-layang.

"Kau ni dah angau sangat ni." ujar Firman dengan muka meluat. Ali tidak mengendahkan Firman. Matanya hanya tertumpu pada gadis idamannya. Gadis Myvi ungu itu mengambil Nokia Lumia nya,lalu berdiri dan mengambil gambar Cappucinno buatan Ali dari pandangan atas.Trend tipikal remaja sekarang memang begitu. "Wei kau tengok tu Fir..dia mesti tengah instagram Cappuccino aku..hehehehe~." ujar Ali dengan suara seperti sedang "high" dengan ganja.

Setelah 20 minit, gadis itu meneguk Cappuccino nya untuk kali terakhir. Ali dan Firman terus memerhatikan gerak geri gadis Myvi ungu itu. Gadis itu mencapai tisunya, lalu...

Bersambung...


Last edited by johnmcclain on 7-9-2014 02:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 08:24 AM | Show all posts
ali... ali... gabra habis gaya bila minah myvi ada... fail betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 08:06 AM From the mobile phone | Show all posts
jarang woi aku nk baca cter cinta tapi sebab gaya penulisan mcm santai dan ada humor, aku rasa tertarik nk bca...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 08:35 AM | Show all posts
ke manakah ya Ali menghilang... takkan dh kecut perut Ali...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 01:26 PM | Show all posts
C'mon, Macclain! I know you have more...

*sambil membayangkan Bruce Willis depan mata

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 01:40 PM | Show all posts
johnmcclain posted on 7-9-2014 01:33 AM
Gadis Myvi ungu itu membuka pintu cafe, lalu masuk kedalam sambil memandang phone ditangannya. Mata  ...

adehai...munger2 aku bacanya...dahlah tgh dgr lagu 'Arjuna Beta'....

Sempoi dari segi bahasa...olahan terbaik...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 04:23 PM | Show all posts
sorry kalau ada yang menunggu..busy sikit sehari dua ni..malam ni saya akan sambung menulis..InsyaAllah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 09:12 PM | Show all posts
Gadis itu mencapai tisunya, lalu mengelap bibirnya. Kemudian tisu itu dironyokkan lalu di letakkan didalam cawan.
Ali tercengang. Ternyata strategi Firman langsung tidak boleh pakai. Ali memandang Firman dengan perasaan kecewa bercampur marah. Mahu sahaja dia taburkan serbuk kopi diatas kepala Firman ketika ini. Kerana fikirkan Firman itu majikannya, dia pendamkan saja. Firman pula memandang Ali, melihatkan cara Ali memandangnya membuatkan Firman mahu ketawa. Tapi dia tahankan saja dengan mulut.Teknik yang diberikan olehnya nyata tidak memberi tuah kepada Ali.

Ali kecewa. Lagu Broery Marantika berjudul rindu yang terlarang menjadi muzik latar dalam fikirannya. Tiada tuah untuknya pada hari ini. Gadis Myvi ungu itu bangun dan terus ke kaunter bayaran yang dijaga Firman.

"Boleh i tanye sikit tak?" gadis itu bersuara pada Firman.

"Ada ape ye cik?" balas Firman.

" Siapa yang bancuh Cappucinno kat cafe ni?"

"Kenapa cik?Ada apa-apa yang tak kena ke dengan minuman cik tadi?" ujar Firman yang gabra secara tiba-tiba. Memang dia mahu cekik leher Ali kalau dia buat Cappuccino yang tidak sedap.

"Eh tak, Cappuccino tadi sedap sangat,feveret i.I just nak tau je sape yang bancuh Cappuccino ni.hehehe." ujar gadis itu sambil tersenyum kambing.

"ooooo..tu haa orangnye." Firman menjuih mulutnya kearah Ali yang berada di kaunter minuman. Ali sedang leka mengelap kaunter sambil menyanyi lagu sedih dengan suaranya yang langsung tidak sedap. Kemudian Ali menoleh ke kaunter bayaran, dia melihat gadis Myvi ungu dan Firman memandangnya. Mukanya tiba-tiba menjadi merah padam. "Kuat sangat ke aku nyanyi?" ujarnya dalam hati. Tangannya tiba-tiba membuat simbol 'peace' kearah mereka berdua. Tindakan 'awkward' Ali itu membuatkan gadis Myvi itu tergelak kecil. Ali yang berduka tadi tiba-tiba rasa seperti mahu menari tarian balet diatas awan.

"oooo..hihi..i pergi dulu ye." ujar gadis Myvi itu kepada Firman.

"Terima kasih, datang lagi ye." ujar Firman. Gadis itu hanya tersenyum dan beredar keluar dari cafe.

"Fir..apasal korang berdua pandang aku tadi?" tiba-tiba Ali berada di sebelah Firman macam hantu. Firman terkejut beruk mengalahkan rupa beruk dari filem Planet Of The Apes. "Kau ni cuba bagi salam macam budak tahfiz sebelum nak tegur orang, terkejut mak tau~" marah Firman seperti bapuk Chow Kit. "Dia kata dia suka Cappuccino tadi." sambung Firman. "Well, semestinya." ujar Ali dengan muka berlagak yang layak dipijak secara berjemaah. "Pastu tadi dia tanye siapa yang bancuh tadi..aku cakap la kau,tu yang kitorang pandang kau."ujar Firman.

Ali tersenyum lebar. Hatinya berbunga-bunga,terlalu banyak bunga sehinggakan Ali terpaksa menyumbat bunga di paru-paru. Lagu Abba berjudul Dancing Queen pula menjengah ke otaknya. Lagu yang langsung tidak sesuai.
"Hari ini,baru dia tau siapa 'Superman' disebalik Cappucinno ni,yang amik order kat dia tadi kira macam 'Clark Kent' je, muahahahahahahah."ujar Ali seperti orang gila. Firman makin naik menyampah dengan reaksi Ali,menyesal dia bagi tahu pasal situasi tadi.

"Esok kau cuba lagi la ek?hehehe." Firman cuba untuk memberi semangat kepada Ali.

"Tak ape la,aku rasa,aku nak pikat dia dengan Cappuccino aku." balas Ali dengan muka penuh keyakinan,mutu dan keunggulan.Firman terkejut dengan wajah penuh yakin Ali, itu kali pertama Ali mengeluarkan kenyataan yang begitu optimis.Air mata Firman seperti mahu mengalir.

Bersambung..

Last edited by johnmcclain on 11-9-2014 01:55 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 09:13 PM | Show all posts
Sorry sebab episod kali ni pendek saje..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 09:59 PM | Show all posts
johnmcclain posted on 10-9-2014 09:13 PM
Sorry sebab episod kali ni pendek saje..

ciput beno
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:38 PM | Show all posts

Seronok la bc cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:01 AM From the mobile phone | Show all posts
johnmcclain posted on 10-9-2014 09:12 PM
Gadis itu mencapai tisunya, lalu mengelap bibirnya. Kemudian tisu itu dironyokkan lalu di letakkan d ...

SAWITNYAAAAAAAA
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 10-9-2014 09:59 PM
ciput beno

pendek tapi sawit
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 07:57 AM | Show all posts
dh berapa hr ali menghilang... pi mana ali... keluarlah... awek tu dh nak blk dh...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.740640 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list