CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2670|Reply: 12

Nasi Budget semurah RM2.90 di Kuala Terengganu

[Copy link]
Post time 5-9-2014 01:17 AM | Show all posts |Read mode
  • Safniza menunjukkan kain rentang yang dipamerkan di hadapan gerai Nasi Budgetnya di tepi jalan di Kuala Ibai
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]


KUALA TERENGGANU - Prihatin terhadap kesan kenaikan harga barang dan makanan, sepasang suami isteri mengambil inisiatif membuka gerai menjual nasi berlauk dengan harga serendah RM2.90 sebungkus berdekatan kediaman mereka di Kuala Ibai.

Safniza Yusoff,
44
, berkata, pada mulanya idea menamakan Nasi Budget untuk nasi berlauk yang dijualnya itu dicetuskan suaminya, Mohamad Syafie Muda, 52, selepas melihat sebuah gerai sama yang menjual nasi dengan harga murah di Gong Badak.

“Sebenarnya, nasi berlauk dengan harga murah ini telah banyak dijual terutama jika berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan.

"Di sini pun ramai juga yang jual nasi berlauk dengan harga murah kerana kita faham kehendak pelanggan terutama mereka yang bekerja dan pelajar," katanya.

Menurut Safniza, kebanyakan pelanggan mereka dalam kalangan kakitangan awam dan swasta serta golongan pelajar.

"Kita faham mereka yang sibuk bekerja juga mahu berjimat kerana kedudukan ekonomi dan kos hidup yang tinggi masa kini,” katanya.

Katanya, dia dan suami membelanjakan hampir RM300 sebagai modal untuk membuka gerai Nasi Budgetnya yang baru beroperasi empat bulan sejak Mei lalu.

“Kami membelanjakan RM300 sebagai modal termasuk membeli peralatan menjual selain bahan mentah.

"Kami menetapkan harga RM2.90 bagi sebungkus nasi bersama lauk ayam, sayur timun, sambal belacan dan kuah kari," katanya.

Katanya, sebelum musim perayaan dahulu, jam 1.30 petang gerainya sudah ditutup kerana nasi yang dijual sudah habis.

Kini selepas musim perayaan jualan agak perlahan, bagaimanapun mereka masih menerima sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Safniza berkata, sebelum ini dia dan suami sahaja aktif menjual, kini dia mempunyai seorang pekerja untuk membantu menjual Nasi Budget itu.

“Saya pun tidak menang tangan untuk melayan pelanggan yang datang ramai dalam satu masa, sebab itulah ambil keputusan untuk mengambil pembantu.

“Dalam sehari, enam hingga tujuh ekor ayam dipotong 16 habis dijual. Biasanya saiz ayam untuk Nasi Budget ini agak kecil sedikit berbanding nasi berlauk yang dijual pada harga biasa,” katanya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2014 01:23 AM | Show all posts
murahnya......kalau duk sana kn best,safe byk
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 01:42 AM | Show all posts
Sewa kedai tak payah dah,boleh lah jual murah....cuba sewa kedai dah rm3k sebulan
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 07:19 AM | Show all posts
hrp2 sedap la...
kekadang kalo murah sgt...rs ntah ape2...
aym berbau le...ns skit sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 08:44 AM | Show all posts
pasar mlm, beli ayam goreng 2 ketol...rm10 gile babiks bek g mkn kepsi je..air dptx coslow dpt mash potatoes dpt..bun dpt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2014 11:59 PM | Show all posts
Harga makanan kat pasar mlm agak mahal skrg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2014 08:34 PM | Show all posts
fifie_olin posted on 5-9-2014 07:19 AM
hrp2 sedap la...
kekadang kalo murah sgt...rs ntah ape2...
aym berbau le...ns skit sgt...

Eiii..paling tak suka makan ayam yg berbau...takleh telan
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 07:36 AM | Show all posts
amirgo posted on 9-9-2014 06:34 PM
Eiii..paling tak suka makan ayam yg berbau...takleh telan

nk2 lg yg ade drh lg....eeeuuuuwwww
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:47 AM | Show all posts
nanti balik kg bole ler try..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:29 AM | Show all posts
sedak dok ni?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 09:00 PM | Show all posts
Kalu nok sedak makam tengah hari boleh try gi restoran mat binjai,sedap gop
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2014 09:01 PM | Show all posts
Kalu nok sedak makam tengah hari boleh try gi restoran mat binjai,sedak gop
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2014 04:03 PM | Show all posts
Meh lah buka gerai kat Paka...Makanan mahal sgt sinim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.185405 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list