CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

RAHSIA DIARI MERAH oleh penerbit KARNADYA X

[Copy link]
Post time 7-9-2014 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Ipo suka btul ngn nama adam kan..apsal x letak tajuk cita ni kau bukan hawaku..heehee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2014 07:03 PM | Show all posts
Ada org nk culik hawa ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 10:22 PM | Show all posts
redsentra posted on 7-9-2014 06:59 AM
Adam terpikat kat hawa, kinah tu school crushed je

adam dah terkelu tuh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 10:23 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-9-2014 09:02 AM
Kalo ikut citer2 yg cliche.. tak sampai 5 minit dok berdua2an dah ado pencegah maksiat dtg..  s ...

owh sop jabatan agama cam tu ek?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 10:24 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 7-9-2014 01:29 PM
Ipo suka btul ngn nama adam kan..apsal x letak tajuk cita ni kau bukan hawaku..heehee

kalau tajuk tu..takkan habis la citer AKU KAU BUKAN ADAM HAWA MU
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 10:25 PM | Show all posts
redsentra posted on 7-9-2014 07:03 PM
Ada org nk culik hawa ke?

entah..terkejut si Adam tu kat dapur tuh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-9-2014 10:46 PM | Show all posts
Ipo posted on 7-9-2014 10:23 PM
owh sop jabatan agama cam tu ek?

xtau la..tp ada yg bercerita pengalaman dorg.. jabatan agama bukannya sekali report dorg terus serbu..
org tu citer laa..

tapi logik ke baru berdua2an dln umah tak sampai 5minit.. ada pencegah maksiat dtg??
ni utk yg bukan kene frame la..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2014 10:57 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:28 PM

Adam tidak tahu hendak buat apa. Hawa sudah terlentang pengsan di lantai marmar dapur dengan kakinya berdarah. Gelas yang sudah pecah berderai di atas lantai turut bersepah di situ.

"Aduh..macam mana ni?" Adam garu kepala. Dia tidak sanggup pandang Hawa lama-lama. Kain batik sarung yang dipakai Hawa sudah terselak sehingga menampakkan betis putih gadis itu. Namun begitu Hawa masih bertudung. Mungkin gadis itu ingin mengambil air minuman tadi. Telahnya sendiri.

"Ah..takkan aku nak biarkan dia pengsan kat situ seorang diri." Adam perlahan menghampiri Hawa yang sudah pengsan dan berdarah. Matanya dipejam rapat sewaktu mendekati Hawa. Teraba-raba dia cuba tarik kain batik sarung menutupi semula betis gadis itu yang terdedah.

"Adam buat apa tu?"

Pantas saja Adam berpaling. Luas matanya memandang ayah dan ibunya yang sudah tercegat di muka pintu ruang dapur. Mukanya sudah pucat. Riak kedua orang tuanya sudah berlainan. Tercegat Adam berdiri.

"Err..Hawa..dia..dia.." Adam sudah panik. Tergagap-gagap dia menutur. Entah kenapa dia mudah menjadi panik dan menggelabah ketika ini. Terasa ayatnya sudah berterabur.

"Dia kenapa?" Encik Ahmad tinggikan suara. Dia pandang Adam dengan pandangan tajam.

Puan Rohana pula sudah tercengang di situ. Dia segera mendekati Hawa yang sudah pengsan dengan kaki berdarah terkena serpihan gelas yang pecah. Segera dia cabut serpihan kaca yang masih melekat di tapak kaki gadis itu. Kepala Hawa dipangku perlahan.

"Yang korang tercegat di situ buat apa? Ambil air cepat!" Puan Rohana pandang Adam dan suaminya yang masih terpacak di situ.

Cepat-cepat Adam mengambil segelas air dan menghulurkan kepada ibunya. Air itu disapu ke seluruh muka Hawa. Pipi Hawa ditepuk berkali-kali.

"Macam mana boleh pengsan ni?" Encik Ahmad turut bingung.

Encik Ahmad pandang jam, sudah hampir tiga setengah pagi. Bunyi jeritan tadi mengejutkannya dari tidur. Cepat-cepat dia mengejutkan isterinya dan turun ke bawah. Bila sampai di ruang dapur, Adam dilihat sudah pegang kain batik sarung yang dipakai Hawa.

Hawa mula buka mata. Dia berkerut dahi. Terasa masih berpinar-pinar. Dia pandang seorang demi seorang. Bagai terkena renjatan elektrik, Hawa bingkas bangun dari ribaan Puan Rohana. Dia cepat-cepat tutup betisnya yang terdedah.

"Hawa..kenapa ni? Macam mana boleh pengsan di sini?" Puan Rohana  terus saja bertanya. Hawa dilihat masih tunduk.

"Baik Hawa cakap betul-betul.." Encik Ahmad pula bertanya sambil menjeling tajam pada Adam.

"Sudahlah tu bang..tengok jam tu. Dah nak empat pagi. Tidur..esok kita boleh sambung. Saya nak balut luka ni dulu." Puan Rohana papah Hawa.

Terhincut-hincut Hawa berjalan ke ruang tamu. Puan Rohana segera menyuruh Adam mengambil kotak kecemasan. Luka di tapak kaki Hawa disapu dengan ubat dan dibalut kemas. Adam dan Encik Ahmad pula turut duduk di sofa.

Selesai merawat luka di tapak kaki Hawa, Puan Rohana memapah pula Hawa ke bilik. Adam dan ayahnya masih berada di ruang tamu.

"Adam..apa sebenarnya yang berlaku?" Tajam Encik Ahmad memandang ke arah anak bujangnya. Tadi jelas dia melihat Adam berada dekat dengan Hawa dalam keadaan mencurigakan tapi dia tidak mahu menuduh Adam yang bukan-bukan. Dia kenal dengan anak bujangnya yang tidak pernah mengambil kesempatan pada gadis.

"Saya dengar jeritan tadi. Saya jenguk ke dapur. Bila sampai, Hawa sudah pengsan di situ dengan kakinya luka." Adam menelan  liur. Bimbang ayahnya tersalah anggap nanti.

"Habis tu, kenapa ayah tengok Hawa tu sampai terselak kainnya? Ayah nampak Adam cuba buat sesuatu tadi." Tegas suara Encik Ahmad sambil memandang Adam tidak berkelip.

"Saya tak buat apa pun. Masa saya sampai tadi, kain sudah terselak, tadi saya cuba nak tutup semula. Tiba-tiba ayah dan ibu muncul di muka pintu tu.." Adam pertahankan dirinya.

Encik Ahmad diam seketika. Dia masih perhatikan riak Adam. Memang Adam tidak berbohong. "Betul?"

Adam mengangguk.

"Ok..esok kita tanya hal sebenar dari Hawa sendiri.." Encik Ahmad mula bingkas bangun dan menapak ke bilik.

Adam masih termangu di sofa. Dia hanya pandang ayahnya menuju ke bilik."Aduh..masak aku esok pagi. Janganlah Hawa putar belit cerita."

Adam bangun dan melangkah lemah ke biliknya semula menyambung tidur.
Last edited by Ipo on 7-9-2014 11:50 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-9-2014 10:59 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-9-2014 10:46 PM
xtau la..tp ada yg bercerita pengalaman dorg.. jabatan agama bukannya sekali report dorg terus ser ...

oh ya ka...betul la tu agaknya..
logik la kena ada report lebih dari sekali..

orang jabatan agama akan pantau dulu..tinjau2 dulu..baru serbu ya dak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 11:03 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-9-2014 10:46 PM
xtau la..tp ada yg bercerita pengalaman dorg.. jabatan agama bukannya sekali report dorg terus ser ...

Betul...betul...betul.

Serbu dalam masa lima minit lepas dapat report mcm tak logik sangat. Macamlah pegawai / pejabat tu ada sebelah rumah saspek... punya laju dia sampai.

Sori... terasa nak menyampuk lak...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 11:10 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-9-2014 11:03 PM
Betul...betul...betul.

Serbu dalam masa lima minit lepas dapat report mcm tak logik sangat. Ma ...

kannnnnn.. lain la tu kawasan kg.. ada telepon karat pi repot kat tok imam kg ka..
baru betoi kalo takdan 5 menet segerombolan mai bawak parang cangkui segala nak serbu umah tu

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ipo posted on 7-9-2014 10:24 PM
kalau tajuk tu..takkan habis la citer AKU KAU BUKAN ADAM HAWA MU

Hahahhahhahahaha..gelak besor teman
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 08:15 AM | Show all posts
semakin menarik cite baru Ipo ni... tak sabar nak tau rahsia di sebalik diari merah ni... sambung Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 09:44 AM | Show all posts
cmf_conan posted on 7-9-2014 11:10 PM
kannnnnn.. lain la tu kawasan kg.. ada telepon karat pi repot kat tok imam kg ka..
baru betoi kal ...

yang nih memamg nak kena hempuk ngan tok ketua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 09:46 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 7-9-2014 11:03 PM
Betul...betul...betul.

Serbu dalam masa lima minit lepas dapat report mcm tak logik sangat. Ma ...

hahaa..org jabatan agama tu berjiran kut..sebab tuh tak sampai 5 minit dah terpacak kat depan pintu rumah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 09:48 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-9-2014 08:15 AM
semakin menarik cite baru Ipo ni... tak sabar nak tau rahsia di sebalik diari merah ni... sambung Ip ...

selamat pagi zamzam....citer yg tak sop macm ni ler..
ikut pala otak sendiri nk karang.. kekdahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2014 09:52 AM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 09:48 AM
selamat pagi zamzam....citer yg tak sop macm ni ler..
ikut pala otak sendiri nk karang.. kek ...

selamat pagi Ipo... takpe Ipo... yg penting rempah ratusnya cukup... sedaplah nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 11:08 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:29 PM

MASING-MASING senyap. Suasana di ruang dapur itu hanya dihiasi dengan bunyi kicauan burung yang sudah mula keluar dari sarang mencari rezeki di pagi hari. Adam yang tidak dapat melelapkan mata malam tadi sudah terasa gementar. Ayah yang duduk berhadapan dengannya kini di meja makan merenung tajam ke arahnya. Matanya sempat menjeling Hawa yang duduk di sebelah ibunya ketika ini.

Nasi lemak dengan sambal sotong itu dikunyah payah. Terasa tersekat di tenggorok. Air kosong dari dalam jag dituang penuh ke dalam gelas dan diminum sehingga habis.

"Hmm...kenapa dengan Adam ni? Menggelabah semacam je ayah tengok?" Encik Ahmad memecah suasana senyap sunyi tadi.

Adam mendongak. Ayahnya masih memandang tepat ke arahnya. "Err..tak ada apa ayah. Tercekik tadi.."

Puan Rohana senyum melihat anak terunanya sudah tidak keruan. Mungkin hal malam tadi yang membuatnya bersikap seperti itu. Matanya menala pula pada Hawa yang mengunyah perlahan nasi, tidak sedikitpun mengangkat muka. Rona wajah gadis itu sudah kemerahan.

"Sudah..makan dulu. Lepas ni baru boleh sembang.." Puan Rohana tambah lauk ke dalam pinggan Hawa.

Adam turut tunduk. Entah kenapa cuaca pagi itu terasa sudah mula membahang. Dalam hatinya masih tidak tenang memikirkan apa yang bakal Hawa katakan pada ayah nanti bila disoal tentang itu.


USAI makan, Adam dan ayahnya berehat di ruang tamu. Hawa dan Puan Rohana pula masih sibuk di dapur mengemas mana yang patut. Seketika kemudian Hawa dan Puan Rohana mula ke ruang tamu. Adam buat-buat tidak nampak. Suratkhabar yang ada di atas meja sofa dicapai dan ditatap seketika. Entah apa yang dibaca bila otak masih memikirkan perkara malam tadi.

"Hawa..pakcik nak tanya, apa sebenarnya yang berlaku malam tadi?" Encik Ahmad mula melontar pertanyaan setelah melihat Hawa sudah mula melabuhkan punggung di sebelah isterinya.

Hawa menoleh ke arah Encik Ahmad. Dia kemudian pandang pula Adam yang sudah tertutup mukanya dengan suratkhabar yang diangkat tinggi.

"Maaf..bukan salah Adam.." Hawa tunduk.

Perlahan Adam turunkan suratkhabar dan dia memandang Hawa yang sudah tunduk. Lega...

"Betul?" Encik Ahmad pandang Hawa dan kemudian beralih pada Adam.

Hawa mengangguk.

"Jadi..kenapa Hawa pengsan kat dapur malam tadi? Gelas pecah..kaki luka.." Puan Rohana pula bingung.

"Saya haus malam tadi. Saya tak boleh tidur..jadi saya ke dapur nak ambil air. Saya duduk sekejap dan..." Hawa terhenti kata-kata.

Adam pandang Hawa yang sudah diam semula. Tidak sabar dia hendak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Ayahnya dilihat masih memandang Hawa menanti kata-kata seterusnya dari mulut gadis itu.

"Saya rasa  tak sedap hati, menjadi kebiasaan saya, sebelum minum, saya baca doa dulu. Bila saya nak minum, air putih tu bertukar menjadi hitam. Masa tu jugalah saya ternampak kelibat hitam melintas cepat seperti kilat di luar tingkap. Saya menjerit dan lepas tu saya tak sedarkan diri. Mungkin gelas di tangan saya sudah terlepas dan jatuh ke lantai...maaf makcik, saya dah menyusahkan makcik dan juga keluarga ni. Saya tak sepatutnya tinggal di sini.." Hawa semakin menundukkan wajahnya.

"Err..awak kata tadi..air bertukar menjadi hitam??" Adam pula terkejut. Pertama kali mendengar perkara pelik seperti itu. Apa yang dia lihat malam tadi, memang ada air yang tumpah ke lantai tetapi hanya air putih biasa. Bukan hitam!

Hawa mengangguk.

"Hawa nampak kelibat hitam tu..macam manusia ke?" Adam bertanya lagi.


"Laa..kan dia cakap tadi kelibat hitam tu melintas macam kilat. Mana nak nampak rupa bentuk benda tu?" Encik Ahmad jeling Adam.

Adam sengih. Teruja hendak tahu.

"Pelik pulak..selama ni rumah ni tak ada apa-apa yang pelik berlaku. Entah-entah kelibat hitam tu lelaki yang kejar Hawa tak?" Puan Rohana pula meneka.

Hawa masih tunduk. Dia juga tidak berani mengiakan semua itu. Memang sejak kejadian pahit itu dulu, dia sering diganggu kelibat hitam itu dan sejak itulah dia mula mendekatkan diri kepada Allah dan seboleh mungkin berzikir sebanyak mungkin dan bertahajjud. Malam tadi pun, sebenarnya dia bangun untuk bertahajjud. Alhamdulillah, kelibat hitam hanya setakat muncul begitu sahaja.

"Err..doa apa yang Hawa baca?" Encik Ahmad pula berminat dengan amalan Hawa.

"Doa untuk menghindarkan dari disihir dan disantau terutama melalui makanan dan minuman. Maaf..saya bukan syak makcik dan pakcik tapi saya harus berhati-hati. Saya kena kuatkan diri saya sendiri dengan semua itu..selepas apa yang berlaku pada keluarga saya." Hawa menyeka air mata yang mula menitis. Sebak bila menyentuh soal keluarganya.

"Ayat apa ya? Boleh pakcik belajar?" Encik Ahmad mula senyum. Rupanya anak gadis itu penuh dengan amalan.

"Boleh pakcik..nanti Hawa tulis ayat tu. Pendek je ayatnya. Saya ni bukan pandai sangat..ia hanya amalan untuk saya sendiri." Hawa mendongak dan tersenyum.

"Jadi..awak rasa air putih tu bertukar jadi hitam sebab kemungkinan ada orang yang cuba hantar sihir pada awak?" Adam berkerut kening.

"Ya..mungkin. Sebab menurut ustaz yang saya belajar dulu, dia cakap, bila doa tu dibaca pada makanan atau minuman, jika berlaku benda yang pelik, maka kemungkinan air itu sudah disihir menggunakan santau angin atau santau tuju. Itu yang bahaya. Jadi, saya amalkan ayat tu setiap kali hendak makan atau minum.." Jelas Hawa lagi.

"Itu macam santau yang dihantar melalui makanan..." Adam masih tidak mengerti maksud Hawa tadi.

"Ya..tapi jika dari jarak jauh, itu sudah dikira santau tuju atau angin." Hawa pandang pula Adam yang dari sudah berkerut dahinya. Lama dia menatap wajah lelaki itu.

Adam pula masih memikirkan kata-kata Hawa. Matanya masih menala ke anak mata gadis itu. Lama mata mereka bertentang.

"Apa kita nak buat sekarang ni?" Encik Ahmad mula berdehem.

Adam pantas menoleh. Dia tersedar. "Err..ya..apa kita nak buat?"

"Apa kata kita tanya imam masjid di kawasan ni? Mana tahu dia boleh tolong?" Puan Rohana pula mengusul cadangan.

"Boleh juga tu.." Encik Ahmad mengangguk-angguk.

Suasana kembali senyap. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Hawa pula melihat seorang demi seorang. Matanya jatuh pada Adam yang sudah tunduk. Sejak pertama kali bertemu lelaki itu, hatinya sudah berdetik namun semua itu terpaksa dilupakan. Dia tidak layak untuk lelaki sebaik Adam. Apa yang berlaku dulu begitu pahit baginya dan tidak mungkin lelaki itu boleh terima semua itu bila kelak rahsia itu terbongkar. Dari riak Adam, dia faham reaksi seperti itu. Adam mungkin sudah mula menyukainya. Itulah juga yang berlaku padanya dulu dan reaksi itulah juga yang telah menghumbannya ke dunia pahit dan pelarian. Mengingati semula kisah pahit itu membuatnya tawar hati pada lelaki.

"Makcik, pakcik, saya tak tahu nak balas budi baik makcik dan pakcik. Saya tak mahu jadi beban pada keluarga ni. Tentang berubat tu, tak apalah. Saya boleh hadapinya sendiri.." Hawa mula sebak. Dia ingin pergi dari situ dan tidak mahu menyusahkan keluarga Adam tapi ke mana dia harus pergi??

"Hawa..jangan cakap macam tu. Makcik dah sayangkan Hawa.." Puan Rohana pula sebak.

"Sudahlah..yang lepas tu jangan dikenang lagi. Mulakan hidup baru. Kalau Hawa nak kerja, pakcik boleh rekomenkan kerja untuk Hawa. Err..Hawa ada kelulusan?" Encik Ahmad tukar topik. Risau dia melihat suasana yang tiba-tiba hiba begitu.

Hawa mendongak semula. Encik Ahmad seolah dapat membaca fikirannya yang sedang memikirkan kisah hidupnya itu. Sebak bila memikirkan perubahan mendadak kehidupan yang dilaluinya. Dari seorang periang, bekerjaya dan mempunyai keluarga bahagia kini sudah bertukar sebaliknya. Dia juga tidak tahu apa yang harus dilakukan ketika ini. Takkan selamanya dia harus bergantung harap pada keluarga itu. Dia perlu berdikari.

"Tak apalah pakcik..saya pun harus berdikari. Saya akan cari kerja nanti dan saya akan cari juga rumah sewa.." Hawa semakin sebak. Nyata keluarga itu sungguh baik hati.

Puan Rohana terus peluk Hawa. Sebak dengan kata-kata gadis itu. "Hawa..makcik tak benarkan Hawa keluar dari sini. Hawa tinggal di sini ya nak?"

Hawa diam. Bukan dia tidak mahu tetapi banyak halangan untuknya nanti. Tambah lagi Adam selalu pulang ke situ. Apa kata jiran-jiran nanti.

"Saya bukan keluarga ni dan saya tak nak menyusahkan makcik dan pakcik dan.." Hawa pandang Adam.

"Pakcik faham..soal pergaulan dan aurat kan?" Encik Ahmad pula mencelah.

Adam masih diam. Dia juga tidak betah bila ada gadis itu berada di rumah orang tuanya. Mereka berdua bukan mahram. Apa-apa pun  boleh jadi nanti.

"Alah bang ni. Senang je. Nikahkan je Adam dengan Hawa ni. Tak gitu Adam?" Usik Puan Rohana pada anak bujangnya.

Adam terdiam. Cepat saja dia menoleh pada Hawa. Hawa dilihat sudah tunduk, tidak beriak.

"Err..ibu, ayah, Adam beransur dulu. Ada hal sikit. Tadi ada kawan call." Cepat saja Adam tukar tajuk perbualan. Dia bingkas bangun dan mencium tangan kedua orang tuanya sebelum menapak ke kereta.

Sepanjang perjalanan ke rumah bujangnya, otaknya ligat memikirkan kata-kata ibunya tadi. Ibunya seperti terdesak inginkan menantu. Adam tersenyum sendiri.

"Nikah?" Adam senyum lagi.

Gadis itu hanya dikenali sekejap cuma. Masih banyak tentang gadis itu tidak diketahui.Entah-entah kekasih orang atau tunangan orang ataupun masih isteri orang, tidak mustahil semua itu. Tadi, jelas di raut wajah Hawa, tiada reaksi apa-apa bila ibunya berkata begitu seolah ada satu rahsia yang disimpan kemas dalam hidup gadis itu. Bermakna gadis itu mungkin sudah berpunya.
Last edited by Ipo on 8-9-2014 12:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:41 AM | Show all posts
lg complicated dr GKM... Ipo... mmg byk pengalaman mistik mcm ni ya...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:56 AM | Show all posts
kesian hawa.. kalo die bgtau citer sebenar.. die meletakkan adam dan keluarga dlm bahaya..
kalo tak citer.. xtau pulok kalo dorg bulih tolong die..
adakah rumah banglo yg adam pergi tuh rumah hawa dulu? jeng jeng jengggggg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.114007 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list