CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

RAHSIA DIARI MERAH oleh penerbit KARNADYA X

[Copy link]
 Author| Post time 8-9-2014 09:29 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 8-9-2014 11:56 AM
kesian hawa.. kalo die bgtau citer sebenar.. die meletakkan adam dan keluarga dlm bahaya..
kalo tak ...

ya..dilema tuh..

tunggu bab seterusnya..ceh..macam suspen jek..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2014 09:34 PM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 09:29 PM
ya..dilema tuh..

tunggu bab seterusnya..ceh..macam suspen jek..

terpinga.. tertanya... di dalam dilema mu..

tetiba kuar lagu kru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 10:25 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:30 PM

BAB 5


DUA minggu berlalu. Adam semakin sibuk dengan kerja dan melawat tapak. Dia perlu melihat tapak projek sebelum pelan lukisannya dikemas kini dan dihantar kepada ketuanya. Ulang alik dari rumah ke pejabat dan kadang-kadang ke tapak projek membuatkan masa dan kehidupannya hanya tertumpu pada kerja. Penyiasatannya pada rumah banglo putih dan diari merah itu sudah tergendala. Selama dua minggu itulah dia tidak jenguk kedua orang tuanya tetapi sering juga dia bertanya khabar melalui telefon.

Adam senyum setiap kali dia berbual dengan ibunya di telefon, kisah Hawa yang menjadi topik utama. Sayang benar ibunya pada gadis itu padahal mereka masih tidak tahu asal usul dan kisah sebenar gadis itu sehingga boleh terjebak dalam kes seperti itu. Dulu, pulang dari rumah orang tuanya pada pagi minggu itu, dia terus ke rumah dan membelek semula diari merah itu. Banyak halaman yang sudah dikoyak, mungkin sengaja dikoyak. Malah ada juga catatan dalam halaman diari merah itu tidak habis ditulis, seolah tergantung begitu saja. Itu tidak kira halaman yang bertulis yang sudah terkoyak separuh.

Adam berjalan perlahan menuju ke kawasan lapang di tapak projek. Topi keselamatan masih di atas kepala. Dia memerhati sekitar tapak itu. Pelan lukisan yang turut dibawa bersama dibuka dan ditatap seketika. Dia cukup berpuas hati kerana semuanya mengikut spesifikasi yang dikehendaki pelanggan dan juga memenuhi kriteria pihak berwajib.  Pelan lukisan itu digulung dan dia melangkah pula ke arah sebatang pokok yang rendang. Panas terik dari cahaya matahari yang sudah menegak di kepala cukup membuat matanya terasa sedikit berpinar.

"Fuh..lega.." Adam melabuhkan punggung di bawah pokok  rendang tadi. Dia mengipas badannya sendiri.

"Encik Adam, jauh menung?" Tegur Encik Hassan, salah seorang kontraktor yang hadir di tapak projek.

"Oh..tak adalah. Kat sini teduh sikit.." Adam mengukir senyum. Dia pelawa Encik Hassan duduk di sebelahnya.

"Hmm..nampaknya projek ni akan bermula tak lama lagi. Tak adalah sunyi rumah-rumah yang sudah sedia ada di kawasan ni." Hassan memandang ke arah beberapa banglo di sekitar tapak projek.

"betul tu..kalau dulu, laluan ke sini macam sunyi je.." Adam menambah.

"Encik Adam tahu tak..ada sesuatu yang berlaku pada salah satu banglo tu?" Hassan berpaling ke arah Adam seketika sebelum matanya beralih pada banglo yang dimaksdukannya tadi.

"Sesuatu?" Adam  berkerut kening.

"Ya..nampak tak banglo putih tu?" Hassan tuding ke satu arah jalan kecil menuju ke sebuah banglo putih.

"Nampak..tapi kenapa dengan banglo tu?" Adam menelan liur. Rumah itulah yang sedang disiasat sekarang ini.

"Dulu..saya yang bina banglo putih tu.." Hassan mula bercerita.

"Oh..jadi, Encik Hassan tahulah selok belok rumah tu?" Adam sudah mula teruja. Mungkin dia boleh mendapat klu untuk siasatannya nanti.

"Ya. Dulu rumah tu begitu ceria dengan sebuah keluarga kaya yang menghuni rumah itu sebaik ia siap dibina. Saya kenal dengan tuan rumah itu, namanya Datuk Yusof. Dia memang peramah dan tidak sombong. Dia tinggal bersama isterinya dan tiga orang anaknya. Dua perempuan dan seorng lelaki. Hidup mereka aman damai, anak-anak sudah besar. Yang sulung perempuan, sudah bekerja. Yang tengah masih dalam tingkatan lima masa tu dan yang bongsu anak lelaki, masih sekolah rendah tapi sayang kehidupan mereka tiba-tiba berubah.. "Hassan terhenti seketika. Dia menarik nafas.

Adam masih setia mendengar. Segala apa yang diceritakan oleh Hassan tadi sama dengan apa yang disiasatnya dan juga dari maklumat yang diberi Razak dulu. Lelaki yang memberinya upah dulu juga memberi maklumat yang sama.

"Apa yang berubah?" Adam mula bertanya bila lama Hassan diam tadi.

Hassan merenung jauh ke arah banglo putih itu semula. Dia menarik nafas lagi.

"Seorang demi seorang ahli keluarga Datuk Yusof meninggal dunia dalam keadaan yang sama. Sakit, muntah darah, badan kurus kering, lumpuh dan meninggal. Seorang setiap tahun..dengan Datuk Yusof sendiri meninggal terlebih dulu. Tahun berikutnya, anak bongsunya  pula menyusul sehinggalah habis kesemua ahli keluarganya meninggal dengan cara yang sama. Saya pernah tanya seorang ustaz tentang kematian mereka. Ustaz itu hanya menggeleng. Menurutnya mereka itu semua disantau oleh seseorang yang dengki dengan Datuk Yusof dan dia sudah bersumpah akan musnahkan seluruh keluarga Datuk Yusof." Jelas Hassan. Dia melepaskan hela nafas sekali lagi.

Adam diam seketika. Cerita Hassan tadi seolah sama dengan isi kandungan dalam diari merah yang dibacanya. Jika diari merah itu milik Hawa, apa hubungan Hawa dengan keluarga Datuk Yusof? Tak mungkin Hawa anak kepada Datuk Yusof kerana semua ahli keluarga itu sudah meninggal. Dan yang lebih pelik Hawa masih tidak menjawab soalannya sampai sekarang. Lelaki yang mengupahnya untuk menyiasat kes itu juga misteri baginya. Sehingga kini dia masih tidak dapat menghubungi lelaki itu.

"Mungkinkah Datuk Yusof sudah lakukan sesuatu yang membuat orang itu begitu marah dan bertindak kejam begitu?"Adam cuba mengorek rahsia dari Hassan.

"Entahlah..Datuk Yusof seorang ahli perniagaan terkenal dan juga terlibat dalam politik. Tidak mustahil dia mempunyai musuh merata. Sampai sekarang pihak polis masih tidak dapat menyelesaikan kes tu sampailah saya dengar kes itu ditutup sepenuhnya." Hassa masih memandang banglo putih itu.

"Err..Encik Hassan pasti ke Datuk Yusof tu ada tiga orang anak saja?" Adam cuba mengorek lagi.

"Itu yang saya tahu. Kenapa?" Hassan mula berpaling pada Adam. Riak Adam seperti teruja ingin tahu semua itu.

"Tak ada..mana tahu kalau ada lagi ahli keluarga arwah yang masih hidup. Saya pun ada juga dengar juga kes famili tu mati dalam keadaan misteri. Itu adalah cara halus untuk menumpaskan musuh." Adam senyum kelat.

"Ya betul..cara yang paling baik tanpa dapat disabitkan kesalahan. Tapi ada orang kata, santau ni kadang-kadang dilepaskan begitu saja dan dituju kepada sesiapa saja oleh pengamalnya.  Dia kena hantar santau tu kepada orang lain, kalau tidak santau tu akan makan dirinya sendiri." Hassan menambah.

Adam diam sebentar. Dia juga pernah belajar tentang itu dari seorang ustaz dulu.  

"Hmm...sungguh tragis kematian mereka. Siapalah agaknya musuh arwah tu?" Hassan masih memandang ke arah banglo putih.

Adam juga turut diam. Soalan Hassan tadi sukar juga untuknya menjawab.

"Oklah. Perut pun dah lapar ni. Err...Encik Adam tak makan ke?" Hassan bingkas bangun dan berpaling pada Adam.

"Tak..pagi tadi saya dah bedal tiga bungkus nasi lemak." Adam sengih.

Hassan turut senyum. Dia kemudian minta diri. Adam hanya pandang Encik Hassan berlalu pergi. Kata-kata lelaki itu terngiang-ngiang di telinganya. Apa yang diceritakan oleh Encik Hassan tadi sungguh membuatnya terkesima. Bermakna benar telahan Razak selama ini.

"Tapi..siapa Hawa sebenarnya? Macam ada kaitan dengan keluarga Datuk Yusof. Ah..aku pun tak pernah ambil tahu nama penuh Hawa. Hmm..esok dah hari Sabtu." Adam senyum. Dia bercadang untuk bertanya Hawa tentang hal itu tetapi masih berfikir cara yang sesuai dan tempat yang sesuai.

"Nak ke dia keluar makan dengan aku?" Adam mula memasang niat untuk mengajak Hawa keluar makan berdua.

"Ish..kan ibu cakap Hawa tu payah nak diajak keluar?" Adam luku kepalanya sendiri.

Dia bingkas bangun dan mengorak langkah ke tempat letak kereta. Dia perlu sampai ke pejabat semula sebelum jam enam petang. Laporan perlu disiapkan dan dihantar kepada ketua bahagian.

Kereta Adam meluncur laju menuju ke pejabatnya semula dan selepas itu dia akan bermalam di rumah orang tuanya.
Last edited by Ipo on 8-9-2014 10:27 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2014 11:17 PM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 8-9-2014 11:41 AM
lg complicated dr GKM... Ipo... mmg byk pengalaman mistik mcm ni ya...

ipo kan jenis suka komplikated skit..belit skit..

ada la gak..pengalaman kawan pun banyak gak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 12:18 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:31 PM

SEPERTI BIASA, Adam akan menghubungi ibunya terlebih dahulu sebelum datang. Keretanya sudah mula menjalar masuk ke perkarangan rumah orang tuanya. Adam senyum. Kali ini kereta waja milik ayahnya tersadai di laman. Dia mula menapak keluar dari perut kereta. Dan seperti biasa juga, dia akan membawa sejambak bunga ros putih untuk ibu. Perlahan dia mengatur langkah ke pintu utama dan salam diberi.

"Dah sampai pun anak ibu!" Tersenyum Puan Rohana sebaik pintu dibuka.

Adam mencium tangan ibunya dan sejambak ros putih dihulur kepada ibunya. Senyum sampai ke telinga Puan Rohana menyambut ros putih dari Adam.

"Hai..takkan sejambak je?" Puan Rohan pandang Adam dengan senyuman manis.

"Err..ibu nak dua jambak ke?" Adam pula tergaru-garu kepala.

"Kan dalam rumah ni ada dua bunga..satu bunga tu dah berpunya dan satu lagi tu..masih kosong. Yang kosong tulah masih belum ada yang punya." Usik Puan Rohana.

Tersengih Adam di muka pintu bila diusik ibu. Dia faham maksud ibunya tadi. Tentu bunga yang kosong itu adalah Hawa. Ah, kalau dibeli juga untuk Hawa nanti, bertambahlah lagi usikan dari orang tuanya nanti. Dia melangkah ke ruang tamu dan terus saja  ke bilik. Sekejap lagi akan masuk maghrib. Usai solat maghrib berjemaah dengan ayah, Adam berehat di dalam bilik saja. Tadi semasa makan malam, dia melihat Hawa seperti tidak selesa saja. Terasa pulak dia yang menjadi tetamu dan gadis itu pula adalah tuan rumah.

"Hmm..." Adam sengih sendiri.

Beg sandangnya dibuka perlahan. Diari merah dibuka lagi untuk ke sekian kali. Banyak halaman yang sudah terkoyak atau mungkin sengaja dikoyak. Hanya beberapa halaman saja yang ada catatan.

"Hmm...tak ada sangat klu yang aku boleh kaitkan dengan Hawa.." Adam menopang dagu. Dia masih berfikir.

Adam berpaling bila terdengar ketukan di pintu biliknya. Ibunya sudah tersenyum di muka pintu sebaik dia menyahut panggilan ibunya tadi.

"Adam belum tidur lagi?" Puan Rohana menghampiri Adam yang masih mengadap komputer dan kerja.

"Belum mengantuk ibu." Adam turut melemparkan senyuman manis untuk ibunya.

"Hmm...baca apa?" Puan Rohana jenguk buku kecil di atas meja Adam.

Adam cepat-cepat tutup dan tolak ke tepi di sudut meja. "Err..ada apa ibu datang sini?"

Puan Rohana mengukir senyum. Dia pandang wajah anak terunanya yang ada iras suaminya. Mata dan mulut pula ada iras dirinya sendiri. Rambut dan kening yang hitam dengan kulit agak putih itu ditatap seketika.

"Adam ni bukannya tak handsome tapi kenapa sampai sekarang Adam macam tak serius je nak berumahtangga?" Puan Rohana mulakan mukadimmah.

Adam sudah mengagak. Itu yang akan ditanya oleh ibunya. Yalah..tadi tidak sempat bertanya banyak agaknya. Dia hanya tersenyum sumbing.

"Ibu..belum masanya lagi. Bila saya dah sedia, saya akan kenalkan calon menantu ibu tu kat ibu." Adam pegang lembut kedua tangan ibunya.

"Sampai bila? Ibu bukannya semakin muda. Macam nilah..ibu bagi masa tiga bulan. Kalau Adam tak dapat cari calon dan bawa jumpa ibu, ibu nak Hawa jadi menantu ibu." Kali ini serius nada Puan Rohana.

"Err..mana boleh macam tu ibu. Mana nak cari dalam masa tiga bulan tu. Bukannya boleh main tangkap muat je." Adam sudah garu kepala. Syarat ibunya tadi dirasakan terlalu mendesak.

"Kalau ibu tak bagi syarat macam tu, sampai bila pun Adam tak akan cari." Puan Rohana memandang tepat ke anak mata Adam.

Adam sudah terkebil-kebil di situ. Dia sudah mati kutu. Ternyata kali ini nada suara ibunya berlainan. Kalau dulu dia tidak begitu mendesak tapi sejak kehadiran Hawa di rumah itu, ibu seolah obses tentang soal nikahnya. Saat ini wajah Sakinah juga bermain di mata namun gadis itu tidak pernah tahu akan isi hatinya dulu dan kini Hawa pula muncul. Hatinya terusik juga untuk gadis itu dan kini dia pula dalam dilema.

"Ingat pesan ibu dan syarat tu..ibu akan tanda di kalendar nanti." Puan Rohana bingkas bangun dan tersenyum.

Adam sudah menggelabah. Sampai begitu sekali ibunya mengira tempoh tiga bulan itu. Ah! Pening bila memikirkan soal perempuan, apa lagi soal jodoh. Belajar matematik dan fizik rasanya lagi senang! Baru saja dia bercadang untuk mengajak Hawa keluar bersama esok, mencari peluang bertanya hal diari merah dan cerita sebenar dari gadis itu.

"Adoi...boleh stress macam ni." Adam garu lagi kepalanya.

Dia terus tutup lampu. Apa pun, esok dia perlu cari jalan agar tidak nampak ketara di mata kedua orang tuanya nanti. Dia perlu juga tanya pada Hawa sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 02:37 AM From the mobile phone | Show all posts
pernah cuba hanta kat alaf ??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2014 07:48 AM | Show all posts
Ipo posted on 8-9-2014 11:17 PM
ipo kan jenis suka komplikated skit..belit skit..

ada la gak..pengalaman kawan pun banyak  ...

alkisahnya... menarik jugak cite ni Ipo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 08:49 AM | Show all posts
Esmiria posted on 9-9-2014 02:37 AM
pernah cuba hanta kat alaf ??

tak..tengoklah kalau rajin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 08:49 AM | Show all posts
Zamzam2013 posted on 9-9-2014 07:48 AM
alkisahnya... menarik jugak cite ni Ipo...

pagi zamzam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 09:47 AM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:31 PM

HARI minggu itu, Adam dan ayahnya bersama membersihkan laman rumah usai sarapan. daun-daun kering yang jatuh berguguran di laman disapu dan dibakar. Mana-mana bekas yang terdedah pada pembiakan nyamuk turut dibuang. Puan Rohana dan Hawa pula mengemas di ruang dapur dan ruang tamu.

Hampir tengahari mereka sama-sama bergotong royong melakukan aktiviti yang mengemas dan membersih sekitar rumah. Usai solat zuhur mereka menikmati pula juadah tengahari.

"Lama kita tak gotong royong bersama-sama kan?" Puan Rohana mula bersuara. Lauk yang dimasak bersama Hawa tadi sudah separuh licin. Dia jeling Adam yang bertambah-tambah makan.

"Ya..seronok juga sekali sekala kita exercise macam ni. Keluarlah peluh sikit." Encik Ahmad menambah.

Adam masih diam sambil menikamati nasi berlaukkan kerabu buah beko. Kebetulan ada jiran sebelah yang sedekahkan buah beko pada ibu tadi. Memang ibu suka buat masak kerabu.

"Sedap betul kerabu ni ibu. Boleh minta lagi buah beko ni.." Adam sengih. Tersandar dia di kerusi kekenyangan.

"Sedap?" Puan Rohana pandang Adam yang sudah tersenyum di sebelah suaminya.

"Mestilah sedap..kan ibu yang masak." Adam semakin lebar senyumnya.

"Untuk pengetahuan Adam, kali ni bukan ibu yang buat kerabu tu. Ni..Hawa yang buat." Puan Rohana jeling Hawa di sebelahnya.

Adam terdiam. Beria dia memuji tadi. Riaknya sudah berubah. Hawa dari tadi asyik tunduk saja. Tidak banyak bicara. Dia segera capai pinggan nasinya yang sudah licin dan gelas ke arah sinki.

"Err..biar saya yang basuh." Cepat saja Hawa bingkas bangun dan capai pinggan dari tangan Adam.

Adam tergamam. Dia berpaling pada kedua orang tuanya yang sudah tersenyum di situ. Dia kemudian menapak ke ruang tamu. Encik Ahmad turut membuntuti Adam ke ruang tamu.

"Hmm..macam mana kerja?" Encik Ahmad mula bertanya soal kerja. Semalam dia perasan ada sebuah kamera yang dibawa Adam.

"Baik ayah..setakat ni ok." Adam melemparkan senyuman. Dia mula capai remote control dan ditekan butang 'on'

Encik Ahmad angguk-angguk. Dia perlu panjangkan pertanyaannya tentang kamera itu. Mungkin itu hobi Adam bila ada tekanan kerja. Dulu dia juga minat menjadi fotografer. Saja untuk melepaskan tekanan kerja dan mengisi masa lapang. Adam mula minta diri untuk ke bilik. Dia perlu siapkan kerja pejabat yang terpaksa dibawa pulang semalam. Lusa, dia akan ke tapak projek sekali lagi.

"Adam nak ke mana?" Puan Rohana sempat bertanya, Adam dilihat sudah menapak ke tingkat atas.

"Nak buat kerja sikit ibu..lusa nak kena hantar." Adam berpaling dan senyum. Dia pandang Hawa di sebelah ibunya yang hanya tunduk.

Puan Rohana hanya mengangguk.

Petang itu, Adam berkurung di dalam bilik. Dia cuba menyiapkan kerja pejabatnya secepat mungkin. Selepas ini dia kena beri tumpuan pada penyiasatannya pula. Dari maklumat yang diperolehi secara tidak sengaja dari Encik Hassan semalam, dia perlu kumpulkan semua bukti itu.

"Ah..lega..siap juga.." Adam urut lehernya yang terasa tegang. Tidak sedar  asar sudah lama masuk masuk waktu.

Dia segera ke bilik air untuk berwudhuk dan menunaikan suruhan wajib itu. Usai solat, Adam menyambung pula meneliti penyiasatannya tentang banglo putih itu. Matanya tertancap pula pada diari merah. Sekali lagi dia membaca catatan di situ.


'August 27, 2004
Detik adik bongsu aku dijemput oleh Allah. Aku pasrah. Tiada yang dapat aku lakukan melainkan memanjatkan doa dan memohon keampunan untuknya. Aku  semakin bingung. Adik aku juga pergi dengan cara yang sama.

10 am, tasik titiwangsa. August 28, 2004
Aku merasa damai melihat air tasik beralun lembut saat hati aku gundah gulana. Dia yang selalu mendesak aku tidak lagi hadir dalam hidup aku. Biarlah. Aku mampu hidup tanpa dia. Kerana aku tahu ada halangan antara kami. Sekarang ini bukan dia yang jadi tumpuan aku. Apa yang berlaku pada keluarga aku yang patut aku ambil tahu. Ayah..adik..semoga roh kalian berdua sentiasa dalam rahmat Allah.'



Adam berhenti seketika membaca. Apa yang tertulis di situ membuatnya merasa diari merah itu ada kaitan dengan kematian misteri keluarga Datuk Yusof. Dia bersandar di kerusi. Puas memikirkan kaitan diari merah itu dengan semua itu. Hanya Hawa saja yang tahu rahsia sebenar semua itu.

Adam mengorak langkah ke tingkap biliknya yang mengadap ke arah depan laman. Langsir diselak. Dia senyum melihat ibunya berbual mesra dengan Hawa di situ sambil menikmati juadah petang. Teringin juga dia turut sama  berbual di situ namun dia tahu gadis itu tentu merasa tidak selesa nanti. Lama Adam memerhati Hawa yang cukup sopan bila berbicara dengan orang tua. Wajah tanpa secalit mekap itu terserlah kecantikan semula jadi gadis itu.

"Hmm..nampaknya dia sudah berani berada di laman rumah. " Adam teringat kata-kata ibunya yang gadis itu seperti takut untuk keluar dari rumah.

Adam mengambil kameranya dari dalam beg sandang dan dia kembali ke tingkap. Lensa kamera difokuskan pada Hawa. Klik! klik! Klik!
Dia kembali ke meja semula. Kamera disambung ke komputer ribanya. Semua foto tadi dimuatnaik ke situ. Asyik Adam melihat foto-foto Hawa, matanya tertancap pada mesej pada laman sosial terkenal itu. Mesej dari Daisi. Hampir terlupa dia pada gadis itu.

"Ya Allah..banyak rupanya mesej dia.." Adam sengih. Sibuk dengan kerja, dia hampir terlupa pada permintaannya untuk menjadi kawan alam maya dengan Sakinah a.ka. Daisi.

Mesej itu dibaca satu persatu. Adam senyum sendiri. Nampaknya Sakinah begitu berhati-hati.

"Ada ke dia tanya aku ni lelaki ke perempuan? Kan nama Kumbang tu.." Adam gelak sendiri. Mesej Daisi dibalas dengan salam perkenalan juga.

"Hmm..dia online rupanya.."

Terus saja Adam melayan perbualan itu.

<Daisi> Kenapa awak nak kenal sangat dengan saya?
<Kumbang> Tak boleh ke?
<Daisi> Saya tak kenal awak..dan saya tak suka layan semua ni.
<Kumbang> Oh..macam tu. Anyway, awak kenal saya sebenarnya.
<Daisi> Kenal???
<Kumbang> Ya...kita pernah jumpa..secara tak sengaja la...
<Daisi> Erk...bila? Di mana?


Adam senyum. Dia biarkan soalan Sakinah tidak berjawab. Dia menyambung semula kerjanya dan meneliti foto dan maklumat yang diperolehi tentang banglo putih itu. Dia cuba cari persamaan dengan diari merah itu. Adam sekali lagi menapak ke tingkap. Hawa dilihat sudah bersendiri di situ.

"Hmm..patutkah aku tanya dia lagi?" Adam masih berfikir. Hawa masih di situ sedang mencatat sesuatu.

Dia kemudian melangkah keluar dari bilik.



Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:35 AM | Show all posts
wah... ipo dah ada citer baru...
    

tinggal jejak dulu ye...
jap lg baca...

    
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:19 AM | Show all posts
Ipo posted on 9-9-2014 08:49 AM
pagi zamzam

selamat pagi Ipo... sambung lg ya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 12:55 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-1-2015 12:32 PM

PERLAHAN Adam menghampiri Hawa yang begitu asyik mencatat sesuatu di atas sebuah buku nota. Dia masih tercegat berdiri di situ memerhati gadis itu yang begitu khusyuk sehingga tidak sedar kehadirannya di situ.

"Assalamualaikum.." Adam mula beri salam.

Hawa mendongak. Riaknya sudah berubah. Dia pandang sekitar laman rumah. Puan Rohana dan Encik Ahmad sudah lama tiada di situ tadi.
"Wa'alaikumussalam.."

Adam,  tanpa disuruh, dia melabuhkan punggung di kerusi yang ada hanya empat buah itu di tempat meja bulat putih. Sempat dia menjeling sekilas nota di depan Hawa. Memang sebuah buku nota yang kelihatan sudah separuh digunakan untuk catatan.

"Err...awak nak apa?" Hawa cepat-cepat tutup notanya dan pen diselitkan dalam buku kecil itu.

"Awak ni..macam tak suka saya lepak dengan awak. Saya ni kaki lepak juga.." Adam cuba berjenaka.

Hawa melemparkan senyuman. Terasa kata-kata Adam tadi seperti direka. Adam nak lepak dengan aku??

"Yalah..saya ni kan tetamu tak diundang..muncul tiba-tiba..jadi, saya kena hormat tuan rumah.." Hawa tunduk. Dia kemudian mendongak semula dan melemparkan matanya ke satu deretan pokok bunga ros putih yang mula menampakkan bunganya.

Adam masih  memandang tingkah Hawa. Senyuman gadis itu tidak dibuat-buat. Sempat dia abadikan senyuman manis gadis itu tadi semasa berada di dalam bilik.

"Kalau awak rasa macam tu, tak salahkan kalau saya tanya asal usul awak?" Adam mula memancing soalan.

Hawa kembali memandang Adam. Wajah lelaki itu ditatap seketika. Dia cuba mencari riak jujur  di wajah bersih itu. Mata redup Adam masih memandang ke arahnya.

Adam pula menjadi tidak keruan bila direnung begitu. Dia cuba mengalih pandang ke arah lain.

"Maaf..saya bukan tak nak beritahu awak ataupun orang tua awak tapi saya bimbang awak dan famili awak akan diancam nanti." Hawa tidak berani meneruskan kata-katanya.

"Diancam??" Adam pula berkerut kening.

"Ya..saya jadi pelarian dan saya diburu. Awak sendiri nampak kan?" Hawa pandang lagi Adam yang kini sudah tepat memandang ke arahnya.

"Ya..itu yang menjadi persoalan saya sejak dulu. Siapa mereka? Kenapa mereka kejar awak? Apa kaitan awak dengan diari merah tu?" Bertubi kali ini soalan dilontarkan kepada Hawa.

Hawa terdiam. Adam dilihat seperti ingin menyiasat hal itu. Siapa Adam sebenarnya??

"Awak ni PI ke?"

Adam pula terdiam kali ini. Pertanyaan Hawa jelas gadis itu seperti arif tentang itu semua.

"Tak..saja nak tahu. Saya berhak tahu sebab awak yang ikut saya balik ke sini. Jadi tak salah kalau saya nak tahu. Mana tahu saya boleh tolong awak.." Adam cuba bersikap selamba. Gadis itu tidak perlu tahu tentang identitinya selain jawatan rasminya sekarang sebagai  arkitek. Hatta ayah dan ibu juga tidak tahu tentang itu.

"Saya faham...saya tak patut ikut awak hari tu tapi saya tidak ada tempat tuju. Awak jangan bimbang..saya akan pergi dari sini. Saya sudah memohon kerja dengan kelulusan yang saya ada. Kalau saya diterima bekerja nanti, saya akan pergi dari sini dan saya harap kita tak akan berjumpa lagi.." Hawa pandang Adam yang masih memandangnya tidak berkelip.

"Bunyi macam merajuk saja? Saya tak kata nak halau awak dan suruh awak pergi.." Adam mula resah. Bimbang kata-katanya tadi menyinggung perasaan gadis itu dan lebih membimbangkan lagi jika ibu tahu nanti.

"Saya sedar siapa saya.." Hawa tunduk semula.

"Ini bukan soal tu. Saya masih menunggu jawapan dari soalan awal saya tadi." Adam masih tidak berputus asa.

Hawa melepaskan keluhan sebentar. Dia melemparkan pandangannya ke arah lain. Kali ini ke satu sudut kebun sayur yang hanya sebatas itu di sebelah kiri laman rumah. Dia senyum. Sungguh keluarga itu tidak sia-siakan tanah yang ada.

"Sayur apa tu?" Terpacul soalan dari Hawa, dia masih memandang batas sayur yang kelihatan cukup subur tumbuh di situ.

Adam turut panjangkan lehernya ke arah batas sayur. Dia senyum. Nampak subur sayur sawi yang ditanam ayah.

"Sawi..awak suka berkebun ke?" Soal Adam pada Hawa semula.

"Tak juga..saya mana reti semua tu. Tangan saya ni tak ada baja. Tanam apa-apa pun, bantut semuanya." Hawa ketawa.

Adam senyum, lega melihat gadis itu mula ceria. Pertama kali melihat wajah ceria Hawa yang terserlah lesung pipit di kiri kanan pipi gadis itu. Terusik lagi hatinya tatkala melihat gelak ketawa gadis itu.

"Ok la tu..saya pun tak reti juga.." Adam cuba juga berlawak.

"Adam...awak dah ada kekasih hati?"

Adam pantas menoleh. Pertanyaan Hawa tadi bagai merentap tangkai jantungnya. Berdegup kuat bila disenjah.

"Kenapa? Awak nak jadi kekasih hati saya?" Usik Adam,tiada jawapan untuk soalan Hawa tadi.

"Awak ni..takkan tanya macam tu pun awak ingat saya ada niat macam tu.." Hawa gelak lagi.

Adam hanya melihat tingkah Hawa. Entah kenapa terasa bahagia bila berbual dengan gadis itu.

"Oklah awak..saya nak masuk dulu. Dah nak maghrib ni.." Hawa bingkas bangun. Nota dicapai dan dipeluk erat.

Adam turut bangun." Hawa...sudi  tak awak keluar dengan saya?"

Hawa tidak jadi melangkah. "Maksud awak..dating?"

"Bukan...saja keluar makan-makan, jalan-jalan.." Adam sudah merona merah mukanya.

"Nanti saya fikir..saya masuk dulu.."

Adam hanya memerhati Hawa melangkah masuk ke rumah. Dia menarik nafas seketika. Terasa waktu petangnya kali ini terisi. Gadis itu ternyata tidak pernah ingin berterus terang.


Last edited by Ipo on 9-9-2014 12:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 01:45 PM | Show all posts
hhmm... rahsia sangat si hawa ni... adam kena bijak mengorek rahsia tersebut
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 04:26 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:04 AM

delete
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 04:41 PM | Show all posts
sweeet sgt adam ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 07:05 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:04 AM

delete
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Udah makin saspen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 09:17 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:04 AM

deletye.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 09:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 23-10-2015 08:05 AM

delete
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:49 AM GMT+8 , Processed in 0.402680 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list