CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Esmiria

Novel Psiko Online: Fesiran (Episod Dua Puluh SATU) Update!

[Copy link]
 Author| Post time 9-9-2014 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Episod Lima

Seorang budak perempuan yang berumur 9 tahun sedang berdiri di tengah karnival funfair. Orang ramai yang lalu lalang dihadapannya menyebabkan dia berasa takut dan air matanya terbit lalu mengenai pipinya . Tadi, dia bersama abangnya bersama di satu booth permainan baling botol. Tiba-tiba rakan-rakan abangnya datang menghampiri abangnya lalu mengajak abangnya bermain.Abangnya setuju dan menyuruhnya berdiri di tepi booth .

Dia tidak bermain permainan itu kerana ketinggiannya rendah, maka dia rasa bosan kerana menunggu abangnya bermain permainan itu bersama rakan-rakannya lalu mengambil keputusan untuk merayau -rayau di booth lain.

Saat dia menapak untuk meninggalkan abangnya, dia ternampak seorang budak lelaki asing yang sebaya dengannya   dihadapannya.

" Mari sini.Saya nak tunjuk sesuatu kat awak .Mari! " kata budak lelaki itu dalam nada tinggi dengan sebuah senyuman diwajahnya.Suara budak itu jelas didengarinya walaupun bunyi muzik kuat memenuhi sekitar Funfair tersebut.

" Apa dia?! "

" Kalau awak nak tahu,ikut saya! "

Rasa ingin tahu  tentang apa yang ingin ditunjukkan budak lelaki tersebut membuak-buak didalam dirinya lalu dia mengikut langkah laju budak lelaki tersebut yang mula meninggalkannya .Budak lelaki itu ketawa halus sambil berlari sepanjang dia berlari dihadapan semua booth disekitar padang besar itu.Budak perempuan itu  terus mengejarnya dengan pantas sebelum budak lelaki itu tiba-tiba hilang dari pandangannya membuatkan dia berhenti langkah dan tercungap-cungap nafas kerana menggunakan sepenuh tenaganya dengan berlari tadi.

Dia rasa terkejut dan hairan. Dia mengeluh kerana rasa ditipu oleh budak lelaki tersebut.

Dia ingin kembali ke booth dimana abangnya berada tetapi dia lupa mana booth tu berada .Akhirnya, berdirilah dia di tengah karnival itu. Tampaknya dia sudah sesat. Dia berasa kesal kerana mempercayai kata-kata budak lelaki tersebut.

Dia terus menangis seesak-esaknya sampai didengar oleh orang yang lalu lalang dihadapannya,namun mereka tak peduli fasal  budak perempuan itu.

Dia menangis dan terus menangis dan tiba-tiba telinganya menangkap  satu  suara perempuan .Suara itu dirasakannya sangat dekat.

" Kenapa adik menangis ni? Adik sesat ea? "

Remaja perempuan yang berusia 14 tahun itu melutut dan  merenung wajah budak perempuan dihadapannya. Dia mengalihkan tangan budak perempuan itu yang menutup matanya lalu dikesatnya air mata budak perempuan itu.


"  Camne boleh tersesat ni? Adik merayau ea? " tanya remaja perempuan itu lagi . Budak perempuan itu terus bercerita bagaimana dia tersesat..

" Oh,akak rasa akak tahu mana abang adik. " kata dia sambil berdiri.Tangan kanannya memegang tangan budak perempuan itu.

"Ikut akak yer. "

Budak perempuan itu hanya diam dan mengikut remaja perempuan itu kemudian langkahnya terhenti .

Dia melihat remaja perempuan itu membeli Lolipop yang besar di sebuah booth,sebaik Lolipop itu bertukar tangan lalu dihulurnya  kepada budak perempuan itu dengan senyuman diwajahnya.

" Nah,adik mesti suka lolipop kan? "

" Terima kasih kak.." budak perempuan itu tersenyum lalu dijilatnya lolipop itu. Rasa lolipop itu sungguh manis.Itulah kali pertama dia merasai gula-gula Lolipop .

Remaja perempuan itu meneruskan langkahya lalu menuju ke tempat dimana abangnya berada.

" Itu abang saya! " kata budak perempuan tu sambil menunjukkan Lolipopnya ke arah seorang remaja lelaki yang sibuk baling bola ke botol dengan riak gembira diwajahnya.

Remaja perempuan itu terus pergi ke arah  remaja lelaki tersebut .

" Bro. " kata dia sambil sentuh bahu abang budak perempuan itu.

" Adik lu sesat.Gua jumpa dia tadi. " kat dia selepas abangnya berpaling ke belakang.Rakannya turut berpaling kepadanya.

" Oh, err maaf sebab susahkan awak sampai awak cari saya kat sini. Thanks ea ." balas abangnya.Terkejut mendengar kata-kata remaja perempuan itu sebenarnya.Dia senyum kearah remaja perempuan itu.

" It’s okay . " kata dia kemudian dia tunduk agar boleh bercakap dengan budak perempuan itu.

" Jaga diri. Ada umur,kita jumpa lagi. Jangan jadi budak nakal tahu.Jadi budak baik.Faham? "

Mawar terjaga dari tidurnya. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.

" Kenapalah aku mimpi pasal akak yang tolong aku dulu? Mana dia sekarang ea? Kan bagus aku dapat jumpa dia lagi..." katanya sendirian. Teringatkan memori semasa dia kecil.Memori yang  dimimpikannya tadi.

******    ******

Edzfiani berada didalam pelukan Edrifina di atas katil di bilik hotel Zenith. Mereka baru sahaja selesai bekerja. Rambutnya yang pendek,dibelai Edrifina. Perlakuan Edrifina itu sememangnya mengundang rasa geli didalam dirinya.Tidak pernah dia bayangkan yang dia akan dibelai dan dikerjakan oleh seorang lelaki pada suatu hari. Nak tak nak,dia harus tahan rasa geli itu. Kalau dia menghalang tangan dan badan lelaki itu  bersentuhan dengannya, pasti hubungan dia dengan Mawar  yang sudah genap 3 tahun itu akan terputus jua.

Dia sememangnya tidak mahu kehilangan Mawar, dia sungguh mencintai Mawar sepenuh hatinya.Lebih dari segala-galanya termasuk Allah.

Dia sanggup berkorban demi Mawar dari segi nyawa,harta termasuk badannya. Walau dalam keadaan terpaksa.

Seluruh badannya sudah penat. Penat kerana dikerjakan oleh Edrifin. Belakangnya lenguh kerana asyik tonggeng je tadi. Tak cukup dengan itu, dia harus memainkan peranan atas pulak. Arghh! Terasa diri seperti perempuan pula.

Edzfiani tidak senyum.Marah pun tidak. Reaksi wajahnya seperti tajuk lagu penyanyi Perempuan Kosong -Poker Face. Dibiarkannya Edrifina terus membelai rambutnya sambil bertentangan mata. Matanya kuyu.

" Malam ni,ikut aku ke satu tempat.  "  suara garau lelaki itu jelas kedengaran di telinganya. Edzfiani mengangguk walaupun dia tidak mahu mengikut Edrifina.Malas dia nak tanya lokasi tempat itu kerana dia tak berdaya untuk bercakap lagi. Tampaknya terpaksalah dia membiarkan Mawar pergi ke majlis hari lahir adik rakannya itu.  Beberapa minit kemudian,dia tertidur....

******    ******* Last edited by Esmiria on 27-9-2014 11:04 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
*****    *******

" Silakan duduk." kata Daziran kepada Fesiran. Fesiran melabuhkan punggung diatas katil kembar Daziran. Matanya merenung mata Daziran.

" Kau nak berapa seluar dan baju?Cakaplah then aku bagi kau ." katanya dengan nada lembut dan perlahan.Dia berdiri dihadapan Fesiran,sekali sekala dia curi pandang  aset milik  Fesiran di bahagian atas.

" Errr...ntahlah,kau bagi jelah berapa.Aku tak kisah pun." ucapnya lalu seulas senyuman terbentuk diwajahnya. Dia memandang sekeliling bilik Daziran yang cerah kerana disinari cahaya lampu.Kini,mereka saling bertentangan mata semula.

" Hmm,okay.. " jawab Daziran dengan tenang lalu badannya berpusing menghadap almari bajunya yang besar.Dibukanya pintu almari dan mencari-cari seluar hitam dan baju kemeja yang digantung menggunakan penyangkut baju.

Sebuah deheman kecil dilepaskan oleh Fesiran. Dia menggoyangkan kakinya.Jari jemarinya mengetuk perlahan tilam empuk milik Daziran.

" Wei, Dia datang rumah aku petang tadi." Fesiran buka cerita.Daziran mula keluarkan satu persatu seluar hitam,melihat saiz seluarnya itu lalu diletakkan di atas tilam.

" Sapa? "

" Mas.Aku tak sangka yang Mas datang cari aku...Siap bawa karipap daging untuk aku bhai." cerita Fesiran lagi sebelum matanya berkalih ke 3 helai seluar hitam ditepinya.Seluar hitam itu kelihatan seperti baru,bau kedai masih ada pada seluar hitam itu sehinggakan Fesiran dapat menghidunya.

" Kenapa dia datang? Dia cakap apa dengan kau,Kau makan tak karipap daging tu? Sedap? Dia buat ke karipap daging tu? " soal  Daziran bertalu-talu yang sedang mengeluarkan dua helai seluar hitam serta dua kemeja pendek putih lalu dibeleknya kemudian meletakkan ke tilamnya.

" Kau ni satu-satulah tanya! Dia datang rumah aku  sebab nak borak dengan aku katanya.Lama tak jumpa . Aku suruhlah dia masuk then dia bagi karipap daging tu. .aku ambil ar." tutur Ferisan dalam satu nafas. Dia memaling ke baju ditepinya. Baju kemeja putih itu seperti seluar hitam yang lain, ada bau kedai dan masih kelihatan baru.

" Oh..lepas tu? " tanya Daziran lagi selepas meletakkan tiga kemeja putih ke tilamnya. Pintu almari segera ditutupnya lalu dia mengambil tempat disebelah Fesiran.  Mereka saling merenung ke dalam  anak mata masing-masing.

" Kami boraklah sambil minum air yang mak aku hidang.Lepastu dia blah. Ada gak mak aku tanya dia itu dan ini.Dia terima kasih pada Mas sebab tolong hantar aku balik haritu..."

" Korang borak pasal apa? " ayat pertanyaan terkeluar dari mulut Daziran.

" Benda benda biasa je..Mostly dia banyak soal aku, aku pun  layanlah...Macam-macam dia soal. Fasal kerjalah,kesihatan akulah . "  

" Kau ada cerita kat dia yang kau dapat kerja dengan ayah Mawar? "

" Eh taklah. Aku kata aku dapat  kerja dengan datin. Dia nak tahu siapa Datin tu ,aku jawablah Datin Rosmah.Hehe..Dia pun percaya je. " Fesiran meledakkan ketawa kecil,Daziran turut sekali mengikuti perlakuan rakan baiknya.

" Sian dia. Menaruh cinta terhadap kau. Dia kol kau tadi tak? I mean sebelum kau datang sini,dia ada kol kau kan? " tanya Daziran apabila mereka sudah berhenti ketawa.

" Yup.Aku tak angkat sebab malas nak layan.  Aku ingat nak tukar simcard je bila ada gaji,so tak payahlah aku dengar telefon aku berdering lagi...By the way, karipap yang dia bagi aku tu, memang sedap wei! Sedap gila! Pandai dia buat."  kata Fesiran sebelum nada dering telefon  Daziran berbunyi.  Segera dia mencapai telefon di atas katilnya.

" Hello  yang ?  Kejap ea." kata Daziran dalam talian sebelum tangannya menutup skrin telefonnya lalu berkata

" Aku nak gayut dengan awek aku ni. Mungkin lama kami borak so.."

" Oh, faham.It’s okay, aku pun nak balik dah ni.Nak tidur. "

"  Thanks.Ambil ar  baju dan seluar tu ya. Good luck for tomorrow... " tutur Daziran sebelum bercakap didalam talian kembali di luar bilik. Fesiran hanya diam sahaja. Cemburu akan rakannya yang mempunyai kekasih hati.

" Haihh, bilalah aku nak ada lover ni?" bisik hatinya.


****    ******

Sebuah kereta hitam BMW berhenti dihadapan rumah Mawar. Mawar berpaling ke arah rakannya,Cherifan yang mempamerkan riak tenang diwajahnya. Mata mereka bertembung.

Mawar tidak gembira malam ini kerana Edzfiani tidak hadir majlis hari lahir adik rakannya bersamanya kerana ada sesuatu yang amat penting untuk diselesaikan-katanya pada Mawar didalam sms siang tadi.

Ada juga ayat  persoalan keluar dari  mulutnya tentang apakah hal yang penting sangat sampai Edzfiani tidak pergi bersamanya diajukan kepadanya didalam talian, namun Edzfiani hanya diam lalu memutuskan talian.Pesanan ringkas yang dihantar kepadanya selepas itu,tidak dibalas.

Terpaksalah dia menelefon Cherifan untuk mengambilnya ketika dia hendak pergi ke majlis hari lahir adik rakannya itu. Sekejap sahaja dirinya muncul di parti birthday itu, bosan kerana tiada pasangan bersama seperti rakan-rakan rapatnya yang hadir majlis lalu dia meminta Cherifan menghantarnya pulang dengan alasan pening kepala.

" Sakit lagi ke?Nanti jangan lupa makan ubat . " pesan Cherifan dihujung ayat sambil memegang tangan Mawar. Mawar senyum tawar. Tangan kirinya sengaja menyentuh kepala agar Cherifan mempercayai bahawa dia sedang mengalami pening kepala. Dahinya dikerut.

" Eh,thanks sebab hantar I k? "  ucapnya dalam nada perlahan dan Cherifan jelas mendengar ayat yang terpacul dari mulutnya.

Matanya tidak bertembung dengan mata milik Cherifan. Senyuman tadi sudah tiada diwajahnya.

" It’s okay, jaga diri."


Mawar membuka pintu biliknya,mencampakkan fon di bantal lalu menghempaskan badannya ke atas katil. Matanya merenung ke siling biliknya. Wajah Edzfiani mengisi ruang mindanya. Dia berasa marah pada Edzfiani kerana tidak menghubunginya sejak pesanan ringkas dihantar kepada lelaki itu petang tadi.


Apa dia buat sekarang?  Apa benda penting tu? Ke dia curang dengan aku? Jangan-jangan...Eh no,sayang aku tak macam tu -omelnya didalam hati.

Bibirnya diketap. Dia bangkit dari katil lalu mencapai Iphone s5 nya. Sudah cukup lama dia egokan diri untuk menunggu lelaki itu menghubunginya kembali selepas pesanan ringkas dihantar,dia harus menghubunginya sekarang.


Tiada . Tiada suara Edzfiani kedengaran didalam talian kerana nada dering telefonnya ditangkap telinganya. Dia berasa hampa dan putus asa untuk menghubunginya selepas 10 kali membuat panggilan. Mungkin dia sibuk selesaikan hal yang sangat penting itu. Dia melepaskan keluhan panjang. Telefonnya dihempas di atas katilnya.

Siaplah dia,kalau aku jumpa dia esok! -katanya dalam hati. Tanpa disedarinya,tangan kanannya digenggam.



Di luar rumah Mawar, terdapat seseorang yang berpakaian serba hitam sedang memerhatikannya melalui teropong . Dia mengambil sebuah camera lalu menangkap gambar Mawar didalam bilik selepas  menzoomkan kameranya.  Dia senyum setelah melihat gambar Mawar didalam kameranya. Segera dia beredar dari  situ selepas masuk kedalam kereta hitam Audi R4 miliknya. Last edited by Esmiria on 27-9-2014 11:14 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 12:53 AM From the mobile phone | Show all posts
.........   ...... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 12:58 AM From the mobile phone | Show all posts
.......   ....... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
..... ...... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Episod Enam


Ferisan memasukan batang besi kecil itu kedalam lubang tali pinggangnya. Diperbetulkannya seluar hitam yang muat dengan saiz badannya itu lalu mendongak ke cermin almari bajunya.Baju kemeja putih dibutangkan dengan elok sebelum dia memusingkan badannya ke kiri dan ke kanan.Dia menarik nafas dan melepaskannya. Tersenyum.

" Hari ni first day aku kerja.Hopefully, bos aku tu tak garang! hehehe ." katanya sendiri sambil menyengih dihadapan cerminnya.

Wajah Mawar mula mengisi ruang mindanya. Dia membayangkan bibir Mawar yang kecil dan merah .Matanya yang menawan.Hidung Mawar yang mancung seperti perempuan inggeris. Aset Mawar yang begitu indah.Mawar sangat sempurna. Tiada cacat cela pada dirinya. Hatinya ingin dimilikinya. Kalau boleh,dia hendak Mawar menjadi kekasihnya sepanjang hayatnya.Hanya mati memisahkan mereka. Tapi...adakah itu akan jadi kenyataan?


Entah. Ada kemungkinan ia akan jadi kenyataan seperti diharapnya .Ada kemungkinan ia takkan jadi kenyataan. Jika ia terjadi, dia amat gembira sebab harapannya menjadi nyata.Jika tidak, sedihlah dia kerana tak memilikinya. Harus menerima takdir bahawa dia dan Mawar takkan bergelar pasangan kekasih. Mungkin dia perlu cari pengganti Mawar. Tapi siapa? Entah.

Tanpa berniat,dia melepaskan sebuah keluhan.Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi ketukan pintu biliknya.

Dia memaling ke arah pintu sebelum menapak ke pintu lalu tombol dipulasnya.

Daziran bediri  dimuka pintunya. Tangan kirinya memegang sebatang kunci kereta. Terbentuk senyuman diwajahnya.Matanya bertembung dengan mata Fesiran.

" Err,bukan ke kau patut bersarapan ke sekarang? "soal Fesiran dengan dahi berkerut. Tak menjangka kedatangan rakannya pada pukul 6.40 pagi ini.

" Hehe.... Lepas ni aku pergi makan sarapan.Sebelum tu..." tutur Daziran sambil menghulur kunci keretanya kepada Fesiran.

" Apa ni? " tanya dia yang berkerut seribu. Tak faham kenapa Daziran  menghulurkan kunci kereta kepadanya.

" Aku tak nak kau pergi kerja dengan menaiki bas atau teksi. Mulai hari ini,kau pakai kereta aku. Minyak kereta tu,aku sponsor. "

" Errr tak payahlah..Menyusahkan kau ja.Kang mak kau marah kau,guana?"

" Ambik ar. Kau kan LBF aku. Kalau kau tak ambik,aku takkan bercakap dengan kau lagi. " Fesiran diam. Terharu dengan kebaikan rakan baiknya itu.  Lalu dia senyum dan mengambil kunci kereta itu.

Daziran mengeluarkan wallet dari seluarnya lalu dikeluarkan dua keping not hijau dan menyerahkan pada Fesiran. Fesiran tampak terkejut, namun diambilnya juga wang yang berjumlah RM100.

" Satu untuk minyak kereta. Satu untuk belanja makan kau bila kau rehat nanti.Kereta aku ada kat depan rumah kau tu." kata Daziran.Fesiran  membalas

" Banyak duit kau? "

" Hehe..Aku buat kerja lebih..Aku nak bersarapan ni. Good luck for your first day! " Ucap Daziran sebelum Fesiran angguk lalu mengiringinya ke pagar rumahnya.

*****    ******* *****

Edzfiani memarking masuk ke ruang beranda rumah banglo Dato Redza.  Didalam hatinya,dia berharap kekasihnya tidak merajuk dengannya kerana tidak menghubunginya semalam.Bukan apa, dia terpaksa meluangkan masanya sepanjang malam bersama Edrifina di rumahnya semalam .

Sepanjang dia berada disitu, telefonnya dibiarkan berbunyi saat telefonnya berdering kerana dia harus bekerja dengan Edrifina. Dia ingat lagi, habis kebas mulutnya sebab asyik buka je. Kegelian,keperitan,kenikmatan - dia tahan dan rasai sepanjang malam semalam sampai dia melelapkan mata di rumah Edrifina pada pukul 2 pagi.

Kepenatan dan kelesuan masih dirasainya pada pagi ini. Tidurnya tidak cukup jam kerana perlu hadir ke kolejnya pada hari ini. Dia dibangunkan  oleh  Edrifina pada pukul 5.30 pagi kerana mahu dia pulang ke rumahnya.

Nak tak nak,dia harus bangun dalam keadaan mamai dan terus basuh muka lalu meninggalkan rumah Edrifin selepas berkucupan dengannya

Apabila dia tiba dirumahnya, Ibunya bertanya kemana dia pergi semalam.Diam hanya respon dari dia lalu pergi kebilik air untuk bersiram. Selepas bersiram,dia berpakaian tshirt biru dan seluar panjang hitam sebelum meninggalkan rumahnya tanpa bersarapan.Ibunya tidak faham dan tertanya-tanya akan karenah anak lelakinya itu. Dia mampu menggeleng sahaja melihat anaknya pergi meninggalkan rumah.

Edzfiani berdehem kecil. Tali keledar ditanggalkannya. Pintu dibuka dan menapak ke muka pintu . Ditekan loceng pintu lalu berdehem kecil sekali lagi.

" Hope dia tak merajuklah..." bisik hatinya.

Pintu dibuka.Kelihatan Mawar berdiri di muka pintu. Riak marah jelas terpamer diwajahnya. Edzfiani menarik nafas dan melepaskannya kemudian dia berkata

" Babe,Im sorry tak angkat panggilan you semalam. Im sorry okay? "

" I want to ask you something. Lets talk outside . " balas Mawar dengan nada tegas. Edzfiani diam,tahulah dia akan dimarahi  Mawar. Mawar masuk kedalam semula kemudian dibukanya pintu lalu menutup bila sudah menapak keluar.

Ditariknya Edzfiani ke satu sudut di ruang beranda itu. Tangannya mula menyentuh skrin telefonnya kemudian sebuah video dimainkan lalu ditunjukkan video itu kepada Edzfiani. Selepas beberapa minit video dimainkannya, dia menghentikan video itu.

Edzfiani membulatkan mata,terperanjat. Malu dirasakannya setelah melihat video pekerjaannya bersama  Edrifina di hotel Zenith semalam.

Segala-galanya sudah terbongkar. Air liur ditelan. Riak terperanjat jelas terpamer di wajahnya. Dia tak menyangka Edrifina telah menipu dirinya.Sia-sia dia bekerja untuk Edrifina.

" Betul  ?! " tanya Mawar dalam nada tinggi tapi terkawal. Matanya merenung tajam ke arah mata Edzfiani.

" Okay..betul tapi .."

" Kita putus mulai hari ini! I cant believe you ..you...ewwww! Yucks! " tutur Mawar kemudian meludah ke simen.Dadanya sudah bersebak . Hati perempuannya sudah hancur kerana perbuatan Edzfiani yang menduakannya. Dia rasa sangat -sangat kecewa dan sedih.Mukanya merah.  Dia tak sangka, Edzfiani yang dicintainya dengan sepenuh hati selama ini rupanya ada kekasih gelap.Bukan kaum sejenis dengannya,tetapi kaum Adam yang merupakan kaum sejenis yang sama seperti  Edzfiani!

Pada mulanya, dia agak sukar untuk percaya video itu, yang dihantar dari nombor tak dikenalinya  yang diterimanya pada pagi ini selepas dia bangun tidur. Namun,bila dia sudah mendapat jawapan  daripada Edzfiani tadi,dia seakan -akan berada dialam mimpi. Kekecewaan  yang pernah dibayangkan sebelum ini,sudah menjadi nyata!!

" Sayang, I can  explain this! "teriak Edzfiani .Dia tidak mahu kehilangan Mawar.Harus menerangkan situasi yang sebenar pada Mawar.

" Don’t touch me! " Mawar menepis tangan Edzfiani.Rasa jijik untuk menyentuh bekas kekasihnya itu. Air mata mula terbit dari matanya.Sudah mula berlinang di pipinya.

Pintu dibuka.Abangnya berdiri di muka pintu dengan riak ingin tahu diwajahnya.Dia mendengar seakan Mawar dan Edzfiani bergaduh tadi lalu dia membuka pintu.

Dia melihat Mawar menapak ke pagar rumah.Pagar rumah terbuka dengan sendiri. Fesiran yang sudah menutup pintu kereta di luar rumah Dato Redza,terkejut saat melihat Mawar yang berlari keluar dari rumahnya sambil menangis ditepi jalan tanpa beralas kaki.

" Dia nak gi mana tu? Hish,aku kena ikut ni. Kalau ada penjenayah culik dia,naya je. "  ucap Fesiran sendirian.  Sudah lupa untuk melaporkan diri kepada Dato Redza. Last edited by Esmiria on 1-10-2014 05:23 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2014 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Episod Tujuh


Dia mula membuka langkah,mengejar Mawar.

" Wei,lepaskan aku wei! Aku kena kejar sayang aku.Ntah mana dia nak lari tu! " tengking Edzfiani kepada Adrifa yang memeluk  dari belakang melalui celah ketiaknya.Edzfiani cuba bergelut,tetapi tidak boleh kerana badan Adrifa lebih sasa dan besar darinya.

" Ahh, Aku boleh track dia guna gpslah! Sekarang,beritahu aku kenapa  dia menangis tadi! Kenapa dia putus dengan kau! " teriaknya ditelinga Edzfiani mencetuskan rasa sakit didalam telinganya seketika.

" Lepaskan aku dulu! Baru aku boleh explain! "

" Woi! Korang berdua buat apa ni?!Apa jadi ni?! War mana?! "  Dato Redza bersuara tinggi.Suara Edzfiani yang tinggi membawanya ke luar pintu saat  dia sudah menuruni tangga.

Matanya merenung ke arah Adrifa  dan Edzfiani yang  memandangnya. Pegangan Adrifa menjadi sedikit regang dek  terkejut akan kemunculan bapanya itu, memberikan peluang untuk Edzfiani meleraikan pegangannya.

" Ahh,lepaskan aku.Mawarrrrrrr! " jerit Edzfiani sambil meleraikan pegangan Adrifa dengan kuat yang menyebabkan Adrifa tersentak dan sedikit rasa sakit.

" Woi, kau jangan lari! Edzfianiiiii ! " teriak Adrifa tanpa menjawab soalan bapanya lalu menapak laju ke arah Edzfiani yang sudah melepasi pagar rumah.

Dato Redza tercengang untuk seketika.

" Kesampahan apakah ini? Macam budak-budak.Haihh..Baik aku sambung makan sambil tunggu budak Fesiran tu. Tapi mana Mawar ea? Hmmm, kena track ni. .."  tuturnya sendirian sebelum mengeluarkan Iphone dari poket kotnya lalu ditekannya App yang dipanggil Find My Iphone.

" Cik Mawar! Cik Mawar nak pergi mana!? "  jerit Fesiran kepada Mawar.Jarak dia antara Mawar tidak jauh. Dia makin perlajukan langkahnya.

Mawar berpaling ke belakang sekejap kemudian dia berpaling ke hadapan semula.Dia tidak sangka yang Fesiran tiba-tiba muncul dibelakangnya serta mengejarnya. Bila pulak dia nampak aku ni? Dia memperlaju lagi langkahnya untuk ke seberang jalan . Tanpa disedarinya, sebuah teksi kuning sedang memandu ke arahnya.

Fesiran perasan akan teksi kuning itu,segera dia memperlajukan langkahnya dan ...

shrikkkkkkkkkkk! Bunyi tayar teksi yang tiba-tiba berhenti kedengaran . Fesiran menarik nafas lega. Nasib baik dia sempat peluk Mawar  lalu melompat ke tepi jalan sebelum mereka berdua seperti posisi sekarang. Dia kini menindih Mawar yang tersentak dengan perlakuannya yang spontan itu. Dia terselamat kerana Fesiran telah menyelamatkannya.Air matanya sudah tak mengalir. Mata mereka bertembung. Iphone 5snya dah tercampak tepi jalan.Habis skrin bertukar gelap. Pemandu teksi itu menggelengkan kepala melihat  dua perempuan itu sebelum meneruskan pemanduannya.

" Cik Mawar..tak apa-apa? " soal Fesiran.Jantungnya berdengup dengan kelajuan yang maksima. Wajahnya amat dekat dengan wajah Mawar sekarang. Rasa nak cium Mawar je perasaan dia pada saat ini.

" Errr..eh, kau jangan tindih I lah sial! " jerit Mawar sambil menumbuk dada Fesiran berkali-kali dengan riak marah diwajahnya. Fesiran terasa sakit,segera dia akur kata-kata Mawar. Dadanya diusap.

Mawar bangkit perlahan-lahan sambil mengibas belakang baju MD dan seluar jeansnya yang terkena debu tanah. Namun,debu tanah itu tidak hilang.

" Cik tak apa-apa? "

" Ahh! Jangan sibuk! Sebab kau, baju aku kotor tahu! Aku nak balik! " balas Mawar dalam nada tinggi. Riak serius terpamer diwajahnya.Namun disebalik riak seriusnya itu,terbit perasaan malu kerana orang yang dibencinya telah menyelamatkannya dari maut. Entah apalah dia fikir sampai lari dari rumah. Terlalu mengikut perasaan.Dia berfikir,dia tak patut larikan diri begitu bila Edzfiani memaksanya untuk mendengar penjelasan.

" Mawarrrrrr!!!!!" teriak Edzfiani dari seberang jalan,Adrifa mengikutinya dari belakang. Adrifa tampak seperti marah.

Melihat Adrifa,Fesiran terus teringat bahawa dia perlu melaporkan diri kepada Dato Redza.Dia telan air liur.Dilihatnya baju dan seluarnya.Elok lagi-bisik hatinya.

Dia memandang dua orang jejaka dihadapannya. Matanya bertembung dengan mata Adrifa. Hairan bagaimana Fesiran boleh bersama adiknya.


" Saya errr..lapor diri yerp! " kata Fesiran sebelum dia menapak laju ke seberang jalan. Adrifa hanya menghantarnya dengan pandangan mata lalu berpaling ke Mawar.

" Sayang, I can explain .Listen to me! " kata Edzfiani lalu tangan Mawar ditarik dan dipegangnya.Riak sedih terpamer diwajah Edzfiani. Mawar tampak tidak suka perlakuan bekas teman lelakinya itu.

" Lepaskan I...I tak suka! "

Adrifa mengigit bibirnya, meleraikan pegangan Edzfiani seraya melayangkan satu tumbukan ke pipi kiri Edzfiani.

" Aww! This is suck! Im going home! "kata Mawar,terkejut melihat perlakuan abangnya.Langsung tak kesian Edzfiani ditumbuk oleh abangnya. Mungkin kerana hatinya sudah disakiti. Dia memandang kiri dan kanan sebelum menyeberang jalan. Henfonnya yang terjatuh ditepi jalan,langsung tak terlintas di mindanya.

Dato Redza melihat jam tangannya,sudah pukul 7.46 minit pagi. Dia sudah berasa tidak sabar,pemandu baru yang ditunggunya tidak kunjung tiba.

" Mana budak Fesiran ni? Lama dah aku tunggu. Tak suka lewat-lewat ni! " bicaranya sendirian sambil melilau sekeliling. Keluhan dilepaskannya.

Fesiran tercungap-cungap saat sudah memberhentikan langkahnya. Kepala  lututnya dipegang,pandangannya dihala kehadapan.

Seorang lelaki tua yang berpakaian kot,merenung ke arahnya dengan dahi yang berkerut. Fesiran mula berdiri, menarik nafas dan melepaskannya. Peluh membasahi belakangnya tidak dipedulikan. Dia mengukir senyuman dan menghampiri lelaki yang  sudah masuk ke peringkat lima. Dia fikir ini Dato Redza kerana melihat gambarnya didalam bingkai tempoh hari.Siapa lagi bukan dia?

" Saya Fesiran.Pemandu baru Dato.Maafkan saya sebab lambat. Tadi saya ternampak anak Dato berlari keluar dari beranda bila saya keluar dari kereta , saya mengejarnya kerana rasa bimbang akan keselamatannya. .Dia berlari sambil menangis sehingga dia tak perasan ada teksi yang ingin melanggarnya,jadi saya selamatkan dia . Lepastu saya datang sini. Maafkan saya Dato..." terang dan panjang  sahaja penjelasan Fesiran. Dato Redza agak terkejut selepas mendengar alasan Fesiran.Rasa marah akan kelewatan Fesiran sudah hilang kerana alasan Fesiran. Tertanya-tanya  bagaimana Fesiran kenal anak perempuannya itu. Dia ingin menyatakan rasa ingin tahu tetapi kemunculan Mawar di pagar rumah membatalkan hasratnya.

Mawar berjalan longlai masuk ke ruang beranda dengan riak sedih diwajahnya. Pandangannya menghala tepat ke Dato Redza yang sedang memandangnya, riak terperanjat tampak diwajahnya.

" War! War tak apa-apa? Betul ke War hampir kena langgar? " tanya Dato Redza setelah menghampirinya. Dia menyentuh kejap-kejap pada muka,tangan dan kakinya. Tiada kecederaan dialaminya kecuali debu tanah yang melekat di belakang pakaiannya.

" Betul.Perempuan tu yang tolong selamatkan War . War nak masuk biliklah Pa. " respon Mawar  lalu menjeling sekejap ke Fesiran sebelum menuju ke muka pintu.

Dato Redza menggeleng. Anak perempuannya itu sememangnya payah untuk berterima kasih jika ada orang yang menolongnya.Ahh, mungkin ini salah dia.

" Dato, Dato nak saya pandu kereta untuk Dato like right now? " tanya Fesiran. Dato Redza teringat pejabatnya setelah Fesiran bertanya. Pantas dia menghulur kunci pada Fesiran sebelum menyuruh Mak Lopez mengambil suitcase didalam rumah untuknya lalu masuk kedalam keretanya. Sebaik Fesiran menutup pintu untuk majikannya,terus dia menghidupkan enjin kereta.Dato Redza langsung lupa untuk bertanya tentang bagaimana Fesiran mengenali anaknya Last edited by Esmiria on 1-10-2014 05:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Episod Lapan

Edzfiani yang kesakitan di bahagian muka serta perut  masuk ke dalam kereta. Kesakitan kerana berkali-kali ditumbuk Adrifa masih dirasai. Tadi, dia dipaksa Adrifa untuk memberitahu apa yang berlaku diantaranya dengan Mawar. Terpaksalah dia beritahu perkara sebenar, setelah Adrifa mendengar cerita sebenar, dia terus menumbuk Edzfiani pada bahagian perutnya.Kesenakan masih dirasai.Kepalanya masih pening. Darah pekat keluar dari mulutnya.

Ini kerana Adrifa tidak percaya akan ceritanya,katanya Edzfiani hanya seorang biseksual dan ingin menutup kecurangannya dengan cerita palsu.
Dia mendengus marah,tali keledar dipasang lalu dimasukkan sebatang kunci ke lubang dan keretanya sudah mengeluarkan asap kereta.

Adrifa memberi amaran kepadanya yang dia tidak dibenarkan berjumpa dengan Mawar lagi sebelum memberi tumbukan terakhirnya.Jika Adrifa mendapati dia cuba bersemuka dengan adiknya,nahaslah nanti. Mungkin dia akan ditumbuk sampai mati nanti..

Dia mendengus sekali lagi mengingatkan amaran abang bekas kekasihnya.Riak serius terpamer diwajahnya.

Dia ingin berjumpa dengan Edrifina,lelaki yang telah menipu dan mempekerjakannya selepas ini. Sia-sia sahaja dia menyerahkan dirinya untuk dipekerjakan olehnya kerana takut hubungannya dengan Mawar sudah terputus.

Rasa marah mula menguasai dirinya. Lelaki yang mengugutnya itu memang patut diajar,patut dibelasah sampai mati.Inilah masanya untuk dia melepaskan amarahnya kepada lelaki itu kerana mempergunakannya selama ini.

Dia memandang Adrifa dihadapan keretanya, Adrifa menunjukkan isyarat tangan iaitu

" Im watching you. "

Edzfiani hanya memaling kebelakang untuk memastikan tiada kereta melalui jalan sambil diundur keretanya perlahan-lahan. Mata dia bertembung dengan mata Adrifa sebelum keretanya hilang dari pandangan  Adrifa.

*****    *******

" Edri! Edri! Edri! " jerit Edzfiani diluar pagar rumah Edrifina. Riak amarah jelas terpamer diwajahnya. Tangannya digenggam erat. Dia kehulur ke hilir dihadapan pagar rumah Edrifina sebelum Edrifina keluar dari pintu rumah  menuju ke pagar rumah.

" Apa benda? Asal kau panggil aku ni!? " tengking Edrifina.Dia sedang bermain ps3 ketika Edzfiani memanggilnya tadi.

" Bukak pagar ni! "

Edrifina mengikut kata -kata Edzfiani. Apabila pagar sudah dibuka, Edzfiani terus menumbuknya di hidungnya. Edrifina merasa sangat sakit. Dia rasa marah bila Edzfiani berbuat begitu kepadanya. Darah merah keluar dari hidung dan mula mengalir.

" Kau tipu aku!  Menyesal aku ikut cakap kau! Oh,dalam diam kau ada rakam kerja  kita di hotel Zenith tu ya! Kau patut diajar! " ucap Edzfiani sebelum melayangkan satu lagi penumbuk di pipi kiri Edrifina.

" Wei! Aku mana ada rakam! Aku rakam kau berciuman dengan mamat tu kat kelab je! " balas Edrifina setelah membalas tumbukan di perut Edzfiani.

" Tipu! Sekarang hubungan aku dengan Mawar dah putus sebab kau hantar video tu ! " respon Edzfiani selepas bangkit, menghala tumbukan ke pipi kanan Edrifina tapi ditahan olehnya.

" Aku tak hantarlah !" jeritnya sebelum satu tembakan tanpa bunyi menembusinya.  Edrifina terus jatuh kebelakang setelah satu peluru menembusi jantungnya.

Edzfiani  tersentak. Matanya merenung jasad Edrifina yang sudah tidak bergerak lagi. Darah keluar dari dada kiri Edrifina. Dia menelan air liur.

" Stop the drama! You gay! "jerit seorang manusia yang bersuara garau dari jarak jauh dimana Edzfiani berdiri. Edzfiani mendongak ke manusia itu. Manusia itu berpakaian hoody hitam,seluar panjang hitam serta bercermin hitam.

" You better stay from Mawar,if not I’ll kill you! " jeritnya lalu menguntum senyuman. Dia  berpaling ke belakang lalu menaiki motorsikal KTM 500 EXC warna kuning.Pistol yang digunanya tadi dicampak di atas jalan. Edzfiani tertanya-tanya siapakah lelaki tersebut. Dia memandang Edrifina kemudian dia masuk kedalam kereta dan meninggalkan jasad Edrifina terdampar disitu.
Last edited by Esmiria on 1-10-2014 06:02 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
.........  ..... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:34 AM From the mobile phone | Show all posts
........   ........... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:17 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
..... ......... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:52 AM | Show all posts
Okay... saya datang nak komen

Fresh idea. Nice plot. Intresting.


Episode satu panjang sangat, macam semua benda nak disumbat. Draggy and rushing. Part Rezfia tu patutnya boleh buat episode 2.

Ada certain part tu feel tak sampai. Macam baca report instead of baca novel.

Yeah. FIXI style detected...






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 9-9-2014 10:52 AM
Okay... saya datang nak komen

Fresh idea. Nice plot. Intresting.

sebab gini, since dah episod ada 10, tu nk pnjngkn je setiap episod.....episod kedua sampai 20 mukasurat....dh jadi  nk buat berapa muka surat untuk satu episod?

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:24 AM | Show all posts
Esmiria posted on 9-9-2014 11:02 AM
sebab gini, since dah episod ada 10, tu nk pnjngkn je setiap episod.....episod kedua sampai 20 muk ...

Cuba buat minimum satu epi 8 ms je, paling max pun 10. Awat nak sumbat semua benda dlm satu epi?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 11:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 9-9-2014 11:24 AM
Cuba buat minimum satu epi 8 ms je, paling max pun 10. Awat nak sumbat semua benda dlm satu epi?
...

okay thanks. sya amatur, jadi tk reti. Oky thnks taw, selkarang baru saya faham kenapa penulisan2u tk trima karya saya..hahaaa


Saya janji, lps ni, 12 muka surat k? Oh ya, hrp kli ni sya tulis dgn detail..heeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
....... ........ Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2014 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
..... ......... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
....... ...... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
........ ....... Last edited by Esmiria on 21-9-2014 11:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2014 10:37 AM From the mobile phone | Show all posts
..".............. Last edited by Esmiria on 1-10-2014 06:07 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.087992 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list