Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
Search
3883
View
5
Reply

Kemahiran turun-temurun

[Copy link]

Author: berun       Show all posts   Read mode

Author
Post time 8-9-2014 03:02 PM | Show all posts |Read mode


Abah & Sons utamakan ketelitian kerja

Katakan anda seorang bapa. Meskipun masih memberi kebebasan kepada anak untuk memilih jalan atau masa depan sendiri, namun apabila mereka menuju ke arah kerjaya yang sama, ia pasti dapat memberi nilai sentimental. Setidaknya, sedikit.

Dan itulah yang berlaku pada Ahmad Fadzil Musa atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Din. Nama ini memang seperti sudah biasa di Malaysia tetapi jika anda berada dalam usia 20an dan awal 30an, anda pasti dapat mengecam Pak Din kerana beliau adalah seorang daripada ikon negara yang pernah memenangi pingat emas dalam acara X-Games Asia dalam kategori papan selaju (skateboard).

Walaupun masih lagi aktif bermain papan selaju, Pak Din kini mempunyai kerjaya yang tidak diketahui ramai. Dan segalanya sudah ada dalam diri Pak Din sejak beliau kecil. Mengimbas kembali zaman silamnya, bapa Pak Din menyara keluarga sebagai pembaik-pulih mesin jahit, jam dan bermacam mesin lain. Bukan setakat itu, bapanya yang serba boleh juga mahir dalam kerja-kerja besi.

Mewarisi kemahiran dari bapa

Dalam usia remaja, Pak Din sering membantu bapanya di bengkel dan pada waktu itu juga beliau menuntut ilmu berkenaan kerja-kerja membaik-pulih. Semakin masa berlalu, Pak Din melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan ia boleh dikatakan mempunyai kaitan dengan pengalaman yang ditimba di bengkel bapanya. Dalam masa yang sama, beliau sentiasa mencari peluang sesuai untuk melakukan projeknya sendiri.

Saya memang seorang kaki motosikal. Entah kenapa, kereta bagaikan tidak serasi dengan naluri dan jiwa saya. Jadi, pada tahun 2001 saya membeli sebuah Vespa pada harga RM400 untuk dijadikan motosikal projek yang pertama, kata Pak Din.

Motosikal tersebut dibaik-pulih sendiri oleh Pak Din di rumahnya sehingga ia kelihatan hampir seperti baru. Memandangkan sudah mempunyai Vespa yang boleh dipakai setiap hari, Pak Din memberikan motosikal Honda EX5 lama kepunyaannya kepada bapa.




Seperti biasa, orang seperti Pak Din tidak akan berhenti setakat satu projek sahaja. Beliau kemudiannya membeli pula sebuah Lambretta dan proses baik pulih sama dilakukan sehabisnya, sehingga semua skru juga adalah baru.

Bergaul dengan komuniti Vespa dan Lambretta yang aktif di Malaysia, Pak Din bertemu dengan seorang pembuat badan lori ais, dikenali hanya dengan nama Ah Leong yang juga merupakan penggemar Vespa dan Lambretta. Mereka berkongsi minat yang sama, lalu kebanyakan masa dihabiskan bersama untuk membaik-pulih kenderaan dua roda jenama tersebut.

Terus belajar dan buat

Ah Leong juga adalah antara guru terawal saya. Saya tertarik dengan ketelitian beliau dalam melakukan kerja baik-pulih dan seterusnya menjadi inspirasi kepada saya. Ada kalanya, perincian kecil yang kemas akan membuatkan motosikal anda lebih unik berbanding yang lain, tambah Pak Din yang sentiasa bersemangat apabila bercerita tentang motosikal.

Kemudian, Pak Din jatuh hati pula dengan motosikal Harley-Davidson dan membeli sebuah Softail Spring pada harga RM35,000. Motosikal ini sudah diubah suai dan mempunyai pemegang yang tinggi. Pak Din merasakan ia kurang sesuai dan selepas sembilan bulan beliau bercadang melakukan kerja pengubahsuaian semula.

Kali ini, Pak Din tidak melakukan sendiri kerana masih belum mempunyai pengalaman terhadap motosikal tersebut. Lalu beliau menghantarnya ke sebuah bengkel. Apabila siap dan dibawa pulang, Pak Din membuka semula peralatan yang dipasang dan mendapati ia boleh dilakukan sendiri.

Ubah suai Harley-Davidson sendiri

Bermula dari itu, Pak Din mula mempelajari struktur, binaan dan kejuruteraan motosikal Harley-Davidson melalui buku manual, forum dan video yang didapati dalam internet. Memasuki tahun 2014, Pak Din semakin serius dan membuka bengkel hasil kerjasama dengan seorang rakan, Jeffrey Kido. Bagi mengingati bapanya, Pak Din menamakan bengkel tersebut sebagai Abah & Sons Co dan beroperasi di Lot 2971, Jalan 1/101C, Taman Desa Aman, Cheras, Kuala Lumpur.




Sebenarnya, motosikal Harley-Davidson ini adalah ringkas dan boleh digayakan dalam pelbagai cara. Bagi saya, motosikal yang dihasilkan oleh Abah & Sons mesti mempunyai ciri-ciri ketelitian yang tinggi dan unik, sesuai dengan penunggangnya. Saya juga cuba menonjolkan tekstur besi mentah itu sendiri, tambah Pak Din.

Bagi yang ingin mengetahui dan melihat sendiri keunikan hasil kerja Abah & Sons, anda boleh menghadiri acara Art Of Speed Asia (AOS) 2014 yang akan berlangsung di Citta Mall, Ara Damansara pada 7 dan 8 Jun ini.

Abah & Sons akan membawa bersama empat buah motosikal Harley-Davidson khas untuk acara ini iaitu model 48, Sportster, Shovelhead dan Softail. Selain itu, Pak Din juga akan membawa bersama alat ganti khas yang dihasilkan sendiri oleh Abah & Sons untuk motosikal Harley-Davidson.


Gambar lain : http://www.bhauto.my/kemahiran-turun-temurun/
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2014 11:32 PM | Show all posts
Br terbaek gini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2014 01:17 PM | Show all posts
Semoga terus maju lagi.....Itu semangat yang patut adaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2014 12:51 PM | Show all posts
aku pernah lepak dgn pak din ni mase rolling wheelz kat balok baru ni..humble mamat ni..gud luck & keep it up brader!
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 24-9-2014 05:19 PM | Show all posts
saviour_09 posted on 24-9-2014 12:51 PM
aku pernah lepak dgn pak din ni mase rolling wheelz kat balok baru ni..humble mamat ni..gud luck & k ...

yeahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2019 11:38 PM | Show all posts
This is the very nice article here you need solitaire games free card and join the great enjoyments to look it
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2019 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
0.104377s Gzip On
Quick Reply To Top Return to the list