CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 9252|Reply: 21

Apa itu PayPal?

[Copy link]
Post time 9-9-2014 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Apa itu PayPal?

PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita.



Beberapa kelebihan menggunakan PayPal
Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.
Cara Mendaftar

1. Daftar kat http://www.paypal.com. Klik Sign Up now




2. Pilih negara (country) dan klik Start Now dibahagian Premier


3. Isi borang dan pastkan maklumat yang diisi betul. Bagi bahagian Primary Currency kekalkan dalam US Dollar. Setelah lengkap, klik Sign Up.



4. Isikan maklumat kad debit atau kad kredit. Jika tiada kad kredit, batalkan (cancel) dan isi kemudian setalah ada kad kredit.




5. Setelah klik cancel, tertera laman seperti dibawah. Lihat kat emel yang telah dihantar dan klik link yang diberikan pada emel untuk aktifkan akaun paypal.



6. Buka emel dan akaun paypal




Kat emel ada link yang diberikan dan klik link tersebut.




7. Pada laman web paypal, http://www.paypal.com masukkan password dan klik confirm.



8. Sahkan emel dan klik Continue



Akan tertera seperti gambar di bawah :







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-9-2014 10:22 AM | Show all posts
Menambah Kad Kredit Dalam Akaun PayPal

1. Di bahagian akaun Paypal, klik Add Credit Card


2. Isikan maklumat akaun kad debit/kredit dan alamat. Isikan maklumat dengan betul dan cermat. Contohnya nama pada kad kredit kad tertulis Hisham, pastikan nama Hisham ditulis pada First name.


3. Setelah maklumat diisi dengan betul dan tepat klik Add Card


4. Keluar pernyataan anda telah berjaya memasukkan kad debit/kredit.


Verifikasi Kad Debit/Kredit – Expanded Used Number

1. Klik Get Number seperti gambar di bawah :


2. Untuk mendapatkan extended number, paypal akan kenekan caj $1.95 USD ke dalam akaun kad debit/kredit


3. Paparan kad kredit yang telah dimasukkan (gambar). Perlu menunggu beberapa hari untuk mendapatkan nombor paypal pada online statement


4. Sila lihat online statement dan cek dari transaksi Paypal. Catat 4 nombor tersebut dan masukkan ke dalam akaun Paypal anda.


5. Di dalam akaun Paypal klik Complete Expanded Use Enrollment



6. Masukkan 4 digit nombor tersebut di ruangan Expended Used Number dan klik Submit



7. Anda telah berjaya mengesahkan kad kredit anda. $1.95 USD akan diberikan kembali dan dimasukkan dalam akaun Paypal anda. Status dalam akaun Paypal anda telah Verified







Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 10:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 10:46 AM | Show all posts
amyainsamad posted on 9-9-2014 10:27 AM

saja share, awak guna paypal ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:27 AM | Show all posts

pernah guna paypal beli barang..

Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:33 AM | Show all posts
adei cara nak guna paypal pun peristiwa ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-9-2014 11:36 AM | Show all posts
alphawolf posted on 9-9-2014 11:33 AM
adei cara nak guna paypal pun peristiwa ke?

kan under informasi tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 11:37 AM | Show all posts
Jetty posted on 9-9-2014 11:27 AM
pernah guna paypal beli barang..

boleh ajar sikit x? paypal guna debitkad boleh kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2014 11:38 AM | Show all posts
tykarib posted on 9-9-2014 11:37 AM
boleh ajar sikit x? paypal guna debitkad boleh kan?


boleh jer guna debit kad..iols pun guna debit kad..

sama jer proses dia..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2014 11:42 AM | Show all posts
Jetty posted on 9-9-2014 11:38 AM
boleh jer guna debit kad..iols pun guna debit kad..

sama jer proses dia..

mcm mana nak linkkan debit kad ke paypal
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:55 AM | Show all posts
sy pn gune paypal..gune debit card..
tp kne caj rm3.++
after 1-2 mggu dorg refund crdit to acc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 11:56 AM | Show all posts
tykarib posted on 9-9-2014 11:42 AM
mcm mana nak linkkan debit kad ke paypal


link apa ni..haha..sori tak faham..

masuk account yg kita dah register tukan..kat situ ada tab my account, send payment....dll...

click kat send payment...masukkan email penjual, & amount yg kita nak byr.

sblm tu kita register dulu credit/debit kad kita tu..

rasanya camtu jelah..hehe.. kotnya salah ajar..mohon yg expert tlg share..

jadi setiap kali kita nak beli lagi next time, nombor kredit/debit kad tu lah yg akan keluar secara auto takyah nak key-in tetiap kali nak buat pembayaran..



Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 02:13 AM | Show all posts
yg sedih nye sampai skang org tak tau apa itu paypal..
penah sekali pegi bank sbb nk bukak akaun tuk buat paypal, org bank tu siap tanye aku
''paypal? paypal tu mende dik?? ''
sedeyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 10:07 AM | Show all posts
Guna paypal bayar whatsapp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 03:47 PM | Show all posts
Next Totorial : http://www.yanayassin.com/2013/0 ... dengan-account.html



1. Korang kena ada Kad Debit ATM Maybank yang sah ada gambar Cherry tuee . Buka link http://www.paypal.com dan klik sign up.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-10-2014 03:50 PM | Show all posts
2. Bila dah klik sign up, akan keluar gambar seperti dibawah. Jangan lupa pilih negara dan klik‘get started’ kat bahagian ‘premier’.



3. Lepas tu, isi la form yang keluar dengan maklumat korang dengan betul yer.





4. Bila dah isi form, klik ‘agreed and get started’. Bila sampai tahap ni, akan keluar gambar seperti di bawah. Korang kena isi ‘security code’ dalam kotak tueee .



5. Then korang kena tunggu email untuk activate acct paypal korang. Ini untuk pastikan email korang adalah sah, bukan fake yaa. Kemudian korang klik ‘continue’ yang kat Pay with my Credit / Debit Card .



6. Then masa nie lah korang kena register no kad Maybank ATM debit card korang. Credit Card No korang amik kad belakang kad ATM Debit korang tue.



7. So, sekarang korang tunggu lah untuk Card ATM Debit orang untuk di verified. Selalu nyer akan amik masa beberapa hari ( 2-30 hari ). Owh, lupa nak inform bila berjaya, dalam acct korang akan ada di tolak sebanyak RM10 , tapi RM10 nie akan dipulangkan semula nanti.





8. Cara nak confirmkan debit kad korang , log in akaun PayPal kemudian klik ‘confirm debit card’ dan masukkan 4 angka rahsia. Dari mana nak dapatkan 4 angka rahsia tu?? Ok, 4 angka tu boleh dapatkan di statement maybank. Buka lah mayban2u, dari situ boleh dapat Code berkenaan.



9. Log in dulu maybank2u. Lepas tu, klik ‘accounts and banking’ kat tab menu. Dan seterusnya klik ‘wadiah saving account’. Then terus ke Debit Card History . Code nyer adalah selepas perkataan ‘SALE PP XXXX‘. Kemudian masukkan angka tu kat bahagian kotak untuk confirm debit kad di akaun paypal yang korang buka tadi, terus save dan korang dah boleh shopping guna akaun paypal.





10. Kalau korang kurang pasti mana nak letak Code yang amik kat Maybank2u tue kan. Korang buka korang nya acct Paypal, then klik macam kat bawah nie.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2014 03:51 PM | Show all posts
Untuk keluarkan duit dari paypal dan masuk ke Akaun bank anda :

http://nasoha.com/tutorial-cara- ... l-ke-akaun-maybank/
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tykarib replied at 9-9-2014 10:22 AM
Menambah Kad Kredit Dalam Akaun PayPal

1. Di bahagian akaun Paypal, klik Add Credit Card

Bro, ari tu iols try nak send money to us tp y x bole? Bole ke send money guna kredit kad? Tq
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 04:02 AM | Show all posts
such a good thread
terus ia create account paypal
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2021 12:54 PM | Show all posts
Nak tanya...kalau kita ada isu dengan seller, nak complait return barang yg dibeli online, kos post return barang di tanggung oleh siapa ya?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.141142 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list