View: 2586|Reply: 18
|
[Tempatan]
Kelless Ko Dek: Minta duit zakat bayar hutang along
[Copy link]
|
|
Kuantan: Bukan saja meminta bantuan zakat untuk melangsaikan hutang along, malah ada segelintir masyarakat Islam di negeri ini dikesan sanggup ‘menebal muka’ semata-mata mahu menggunakannya untuk melancong ke luar negara dan membeli kereta.
Timbalan Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, hampir setiap minggu ada saja pasangan datang ke pejabatnya mendapatkan wang bagi menampung perbelanjaan majlis perkahwinan.
Beliau berkata, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas menunjukkan mentaliti segelintir masyarakat yang hanya mahu mengambil mudah dengan meminta wang daripada MAIP untuk kepentingan peribadi.
Menurutnya, pelbagai alasan diberikan individu berkenaan untuk meraih simpati MAIP supaya memberikan wang, malah ada yang sanggup merayu serta berbohong demi memastikan matlamat tercapai.
“Kita menerima banyak permintaan daripada individu tertentu untuk mendapatkan wang zakat bagi digunakan melangsaikan hutang dengan along selain mahu menggunakan untuk kegunaan peribadi.
“Mereka juga tanpa segan silu meminta wang zakat untuk melancong ke luar negara, membayar ansuran kereta dan lebih teruk mahu membayar bil bulanan telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Selain itu, beliau berkata, alasan mahu cepat kahwin dan tiada sumber kewangan juga digunakan segelintir pasangan yang mahu meminta wang zakat bagi merealisasikan impian mereka bergelar raja sehari.
“Kebanyakan pasangan yang datang sihat tubuh badan, cuma mereka tiada sumber kewangan kerana malas bekerja. Mereka sanggup merayu diberikan bantuan kewangan supaya dapat berkahwin,” katanya.
Sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Mintaduitzakatbayarhutangalong/Article/index_html
p/s: Sebab tu pegawai kena keluar dan cari mereka2 yang betul2 susah dan memerlukan pertolongan bukan duduk office tunggu orang datang.
|
|
|
|
|
|
|
|
no wonder susah sangat nak lulus permohonan
pemohon pun peel macam racoon
ps @ghostwalking
hang pagi2 dah buka thread
wes ngombe urong? |
|
|
|
|
|
|
|
meleisia loh....ini nugara manyak tipu punya olang...manyak salah guna punya olang... |
|
|
|
|
|
|
|
amboi xhagak2 yang meminta pong |
|
|
|
|
|
|
|
isshhh..x malu sungguh..
agak2 la..
apa la perasaan dia org yer..
ker spesis xde perasaan..
|
|
|
|
|
|
|
|
pprt dan wang zakat berpisah teada |
|
|
|
|
|
|
|
takkan tak leh nak siasat benda cam nie pihak berwajib.... |
|
|
|
|
|
|
|
alinone78 posted on 10-9-2014 12:16 AM
no wonder susah sangat nak lulus permohonan
pemohon pun peel macam racoon
Wes mangan wak ali? |
|
|
|
|
|
|
|
GhostWalking posted on 10-9-2014 08:32 AM
Wes mangan wak ali?
urong
mengko 
|
|
|
|
|
|
|
|
dah pegawai pun keja asyik makan , minum teh , bila yg betul2 nak perlu kan suruh
isi borang macam2 , kadang2 yg perlukan duit zakat nie memang tak dah tak berapa
nak pandai isi borang kena plak berjela2 .
yg nak songlap tu memang cepat aje dia isi bagi lah ratus borang mesti dia isi.
i am just saying. |
|
|
|
|
|
|
|
mintak bantuan gereja aja le |
|
|
|
|
|
|
|
Tak malunya nak kawin pun mintak duit zakat, nak byr utang along pun mintak duit zakat.
Esok kalau dh beranak pinak pun mintak duit zakat jugak...x mampu nk sara anak alasannya.
Huh! |
|
|
|
|
|
|
|
erm nak kawen pon mintak zakat..
dah beranak pinak nti mintak mana pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
byk je org2 mcm ni
mcm kakak aku cerita, kat opis dia tiap2 thn byk je org mintak bantuan anak sekolah
diorg bkn org susah pun
tp dpt je RM500 baitulmal bg |
|
|
|
|
|
|
|
Itu cuma alasan yang direka untuk dapat duit zakat. Ada gak bahalol kat sini yang sangka betul punya alasan. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak kahwin nikah ajelah..kenduri besar tu bukan wajib..bagi nasi lemak seringgit seorang pun dah cukup buat kenduri kecil-kecilan supaya orang tau kamu dah kawin..takdelah kena tangkap basah dgn orang kampung nanti... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat pdg masyar merangkak la cari mitak halal
Sbb aku tak halalkan sbrg salahguna duit zakat yg haku bayor |
|
|
|
|
|
|
| |
|