CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6349|Reply: 65

[Tempatan] Rugi RM600,000 kerana RM1

[Copy link]
Post time 12-9-2014 08:26 AM | Show all posts |Read mode
Kajang: Seorang ahli perniagaan kehilangan RM600,000 selepas diumpan penjenayah dengan taktik menabur beberapa not kertas RM1 di atas jalan.

Dalam kejadian jam 1.15 petang kelmarin, mangsa yang berusia 53 tahun menjadi mangsa tipu helah dua penjenayah berhampiran kawasan Industri Taman Jaya, Balakong, di sini.


Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian jenayah itu dipercayai dilakukan seorang lelaki dan seorang wanita yang dipercayai mengekori mangsa dari bank.

Menurutnya, mangsa yang menjalankan perniagaan fabrik dan pakaian dikatakan baru mengeluarkan RM600,000 untuk membayar gaji pekerjanya.


“Mangsa yang dalam perjalanan pulang ke syarikatnya terkejut apabila mendapati tayar kereta dipandu bocor mendadak.


“Susulan itu mangsa pergi ke sebuah kedai kereta berhampiran untuk menukar tayar keretanya itu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, mangsa yang menunggu giliran menukar tayar keretanya bagaimanapun terlihat seorang wanita melambai-lambai tangan ke arahnya.


“Wanita itu menunjukkan isyarat tangan seolah-olah mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan dan melihat sesuatu di atas jalan.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa keluar dari keretanya sebelum mendapati beberapa keping wang bertaburan di atas jalan tidak jauh dari keretanya,” katanya.


Menurutnya, mangsa yang leka mengutip wang itu bagaimanapun tidak menyedari seorang lelaki mengambil kesempatan menyusup masuk ke dalam kenderaannya.


“Suspek mengambil beg berisi RM600,000 itu yang diletakkan mangsa di tempat duduk hadapan kenderaan sebelum melarikan diri. “Mangsa menyedari diperdaya apabila mendapatinya beg miliknya ghaib. Mangsa segera membuat laporan polis berhubung kejadian itu,” katanya.


Polis percaya kegiatan jenayah itu dilakukan pasangan warga asing.


“Mangsa yang diambil keterangan mendakwa sudah menjadi kebiasaan dia mengeluarkan wang tunai sebanyak itu pada tarikh berkenaan untuk membayar gaji pekerjanya.


“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 08:29 AM | Show all posts
kerana RM1, hilang RM600K. dunia, dunia
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:33 AM | Show all posts
tulah lain kali nampak rm1 jangan lah kutip biar kan aje
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:41 AM | Show all posts
kalau kuar duit banyak mcm ader jer yg memerhati...berhati2
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:43 AM | Show all posts
Hebat penjenayah tu...
Terancang...
Tp apsal dia nk kutip RM1 tu?!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
dlu duit aku tejatuh rm1.x dan nk kutip cpt2 bangla kutip..halal je la .lol
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-9-2014 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnyer kuarkan cash... Takleh ke transfer online..so old fashion
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:48 AM | Show all posts
poison_paradise posted on 12-9-2014 08:45 AM
Bodohnyer kuarkan cash... Takleh ke transfer online..so old fashion

ada forumer dlm thread lain sblm ni (kes tertipu online banking) .. dia kutuk mcm ni lak. hahah

http://mforum.cari.com.my/forum. ... &page=1#pid57784317
lizaliza posted on 3-9-2014 10:13 PM
Bijak bijak...akaun syarikat pakai perbankan internet.
Ni geng kedekut la ni nak ulang alik gi bank ...

Last edited by kazaraf on 12-9-2014 08:52 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 08:51 AM | Show all posts
kesiannyer....lain kali beringat la....mesia ni tak selamat dah bagi rakyah maheran ni...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:51 AM | Show all posts
spt biase org dlm pya keje...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak byr gaji Takde la tipu online uols
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:53 AM | Show all posts
mcam2 taktik penjenayah sekrang ni..
hilang rm600 ribu cam tu jer kerana rm1..

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:54 AM | Show all posts
TuntungReturn posted on 12-9-2014 08:43 AM
dlu duit aku tejatuh rm1.x dan nk kutip cpt2 bangla kutip..halal je la .lol

berapa jauh jarak bangla tu dengan duit yang jatuh?
mesti jauh angin bawak terbang duit beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:55 AM | Show all posts
Athrun.Zalaa posted on 12-9-2014 06:43 AM
Hebat penjenayah tu...
Terancang...
Tp apsal dia nk kutip RM1 tu?!!

kekonon nk bg kt pmpn tu la kot..
kekonon duit pmpn tu tercicir la kot

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 08:59 AM | Show all posts
naperlah tak bank in aja dlm akaun pekerja...cleaner nepal kat opis lama aku pun ada akaun bank......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 09:03 AM | Show all posts
tamaknya..bangsa ape ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2014 09:04 AM | Show all posts
kluarkan duit RM600K dr bank sorang2? tak tau nak cakap apa la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 09:06 AM | Show all posts
semuanya berpunca dari sikap tamak sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 09:17 AM | Show all posts
sbb negara ni dah sinonim dengan kes jenayah, mangsa pulak yang kena kutuk, tamak lah, x hati2 lah, x online lah, mak pak x pantau lah, kluar mlm2 ngan laki lah, pakai skirt pendek lah..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2014 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ellZack posted on 12-9-2014 08:54 AM
berapa jauh jarak bangla tu dengan duit yang jatuh?
mesti jauh angin bawak terbang duit beliau..  ...

aku kua toilet stesen minyak.nk mik kunci keta lm poket, tepasan duit jtuh.tgk2 ade bangla kt blkg aku dh kutip dh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.455046 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list