CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2598|Reply: 1

Seorang jurutera ditahan di Kemaman berhubung UPSR bocor

[Copy link]
Post time 16-9-2014 12:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR - Seorang jurutera ditahan di Kemaman hari ini berhubung kes kebocoran soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadikan mereka yang ditahan kini berjumlah tujuh orang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki tersebut berumur 34 tahun ditahan pukul 1 petang.



"Lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Putrajaya dan akan direman esok pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sebelum ini, enam yang ditahan terdiri lima orang guru dan seorang ejen insurans.
Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya Khamis lalu manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum pelajar mendudukinya pada hari yang sama.
Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut. - Bernama



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2014 05:58 PM | Show all posts
Kerana sabotaj ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 1.427641 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list